Daun Inai + Sirih, Ramuan Terbaik Hilangkan Bau Badan Orang Perempuan!

Share

Bimbang jika masalah bau badan tidak dirawat, akan menyebabkan orang lain tidak selesa berada dekat dengan kita.  Lebih-lebih lagi si suami yang sentiasa berada disisi siang dan malam.

Sewajarnya kita ingin tampil sempurna di mata suami.  Dan atas alasan ini,  sebaiknya segera atasi masalah bau badan anda agar tidak menimbulkan masalah pada hubungan intim suami isteri.

Jom semak apa petua untuk hilangkan bau badan yang paling mudah dibuat dan berkesan.


 

 

[su_highlight background=”#f2af61″ color=”#242121″]Rebusan Daun Sireh Dan Inai[/su_highlight]

Bahan-bahan:

♥3 helai daun sireh

♥Segenggam daun inai

♥3 gelas air

 

Cara-cara:

1. Rebus kesemuanya di dalam periuk dengan api sederhana kecil dari 3 gelas menjadi 1 gelas.

2. Tapis dan minum bila sudah suam. Diamalkan seminggu sekali atau setiap kali habis haid.

 

Sumber : Norliza Mohd Salleh

IKLAN