Hidangan berkuah seperti kari tidak lengkap rasanya tanpa memasukkan aroma daripada daun kari yang cukup hebat rasanya.
Pun begitu membeli daun kari di kedai dan tersimpan kemas di dalam peti ais adakalanya buat ia mudah layu dan sudahnya daun herba yang satu ini jadi kering. Sudahnya pasti ramai yang membuangnya begitu sahaja.
Jangan dibuang terlebih dahulu. Aroma dan rasa daun kari ini tidak hanya datangnya daripada rasa segar daun ini, tetapi juga turut mengeluarkan aroma dan bau yang sama hebatnya walaupun selepas dikeringkan.
Jadi jangan buang dahulu, cuba ikuti langkah yang diberikan ini. Cara ini bukan hanya masih sama aromanya, bahkan daun kari kekal tersimpan elok selama 3 bulan lamanya. Hebat kan? Jom cuba.
Ads
Ads
Caranya:
Basuh daun kari bersih dan kemudian jemur di bawah matahari hingga kering.
2. Kalau nak cepat, masukkan dalam oven yang di lapik di atas kotak. Gunakan suhu 75 C tetapi perlu awas, jangan sampai daun jadi garing. Cuba ramas daun ini agak-agak lembut dan kering sudah cukup.
Ads
4. Masukkan dalam sebuah bekas dan titiskan beberapa titisan minyak masak dan ramas-ramas daun-daun ini supaya minyak bersalut serata.
5. Masukkan dalam bekas atau botol yang kedap udara. Bila nak guna ambil yang perlu dan tutup kembali penutup. Daun kari anda ini boleh tahan 2 hingga 3 bulan. Selamat mencuba ya!
Sumber : Mamak Haji
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semua tahu kan, wanita ni seorang yang multitasking. Kiranya dalam satu masa, macam-macam kerja diorang boleh buat! Memasak lah, time tu juga nak melayan anak, nak letak baju dalam mesin basuh.
Sampaikan kadang boleh tertanya, macam mana kita boleh hebat macam tu eh? Macam Dr Redza Zainol ni, boleh tertanya macam mana isterinya boleh melayan anak sambil buat kerja. Kan? Jom tengok perkongsiannya.
Pandai betul isteri saya cari masa bermain dengan anak. Balik rumah, sambil buat kerja itu ini, sempat juga dia selit buat aktiviti dengan anak.
Satu hari saya tanya dia,
“Macam mana boleh selit masa main dengan anak?”
Suka pula dia tengok muka blur saya ni. Dia kata gini kat saya.
Beza saya dengan dia ialah saya main dengan anak bila saya ada masa. Tapi dia pula akan “Cipta Masa” supaya boleh main dengan anak setiap hari.
Terpelanting saya dibuatnya.
Barulah saya faham beza
“If I have time, I will play” dengan “I will make time to play”.
Ya Allah, terasa lalai sungguh. Dengan orang luar boleh pula saya set masa nak berjumpa. Sampai buntu masa nak bersama dengan anak. Tau-tau je anak dah besar.
Dia cerita lagi yang dia panggil ni sebagai “Special Time” bersama anak.
Syarat-syarat “Special Time” ni ialah :
✅ Kita cuma perlu luang minima 15 minit saja sehari untuk “Special Time” dengan anak.
✅ Pada hujung minggu, boleh dibuat beberapa kali dalam sehari.
✅ Masa ni kita luang hanya untuk diri kita dan anak.
✅ Aktiviti pula mesti ditentukan oleh anak.
Semasa Special Time, tugas mak ayah ialah fokus pada 5 perkara ni. Jom saya kongsikan.
1) Pujian
Contoh :
“Papa suka tengok kakak main anak patung tu, kakak jaga elok-elok ye”.
Anak terus tahu yang kita sedang perhatikan mereka dan anak dapat rasa diri mereka dihargai bila mereka bermain dengan elok.
2) Beri respon segera
Jika anak kata, “Dinosaur tengah kejar dengan singa”, kita pun ikut ulang dengan penuh semangat.
Barulah anak tahu yang mak ayah tengah mendengar.
3) Ajuk perlakuan anak
Bila anak mula susun blok, mak ayah pun boleh bina blok binaan sendiri.
Anak-anak akan tahu kita tengah beri perhatian.
4) Perhati dan huraikan perbuatan anak.
Contoh:
“Oh….adik susun blok hijau atas blok merah ye. Adik nak bina menara ye?”
5) Bersemangat
Penting ni, mak ayah jangan lemau pula.
Contoh :
“Wow! Cantiknya abang mewarna! Ibu sukalah mewarna dengan abang!”
Lepas ni anak pun tak nak cari gajet sebab mak ayah lagi pandai melayan anak berbanding gajet.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menggalas tugas dan tanggung jawab sebagai seorang isteri dan ibu bukanlah sesuatu yang mudah.
Mungkin ada yang nampak mudah tetapi yang melaluinya tahu situasi sebenar. Nak nak lagi kalau memiliki anak yang ramai.
Situasi tersebut turut dikongsikan oleh pelakon Nad Zainal menerusi laman instagramnya.
“No filter needed. Muka berminyak, Sarung shirt besar, rambut toncet malas, buat apa nak malu ini adalah rupa seorang isteri.
“Are you ready yang single-single tu? Berkahwin dan ber anak. Kita akan banyak tanggungjawab… Tidak seindah drama petang, mana yang tak ada maid tu lagilah.
“Now I know… Kenapa mak-mak kadang-kadang macam singa… Nak bercantik-cantik, pergi manicure pedicure pun jarang dah.
“Sebab bila ada masa terluang baring dan nap sekejap itu lagi bermakna daripada ke spa dan salun. Nak masuk puasa ni mula google lauk nak masak sahur pulak… Itulah MAK,” tulis Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin berkahwin dengan Faliq pada 18 Disember 2015.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya bersetuju dengan kata-kata yang ditulis oleh Nad itu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Banglo Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini sudah diroboh, hanya tinggal kenangan. Tiada lagi banglo megah milik Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang dahulunya tersergam indah di belakang sebuah hotel di Petaling Jaya.
Banglo dua tingkat yang pernah menjadi syurga bagi penyanyi Seri Dewi Malam ini kini hanya tinggal longgokkan pecahan batu selepas dirobohkan oleh pemilik baharu dua bulan lalu.
Memetik portal Hibglam dan juga menerusi TikTok Hibglam yang kelihatan hanya tembok batu coklat kiri kanan yang masih tertera nombor rumah 42 yang bersisa, manakala pintu pagar gah rona hitam sudah diganti dengan zink hijau, menandakan kerja-kerja kontraktor sedang dijalankan. Difahamkan pembeli hanya inginkan tanah dan bukan banglo tersebut, selain turut membeli lot bersebelahan kediaman tersebut.
Menurut pengawal yang diupah oleh syarikat pembinaan, beliau telah menjaga kawasan berkenaan sejak hartanah bertukar milik sekitar awal tahun ini.
“Saya cuma tahu dahulu rumah besar ini pernah didiami seorang penyanyi popular, tetapi kemudian dibeli oleh sebuah syarikat. Kerja merobohkan rumah pun baru sahaja dilakukan sekitar Mei lalu. Selebihnya saya tak tahu. Saya cuma kerja jaga,” katanya ketika ditemui HibGlam.
Tiada sebarang kerja pembinaan dijalankan pada hujung minggu dan perincian mengenai projek berkenaan juga tidak dipaparkan di bahagian luar premis. Melalui celah pintu pagar zink setinggi lapan kaki itu, jelas kelihatan sebuah jengkaut masih ditinggalkan untuk menyelesaikan kerja pembersihan sisa runtuhan.
Menurut sumber terdekat keluarga Allahyarham, kediaman tersebut diruntuhkan bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah projek komersial. Namun, individu terbabit tidak mengetahui syarikat mana yang berjaya membeli hartanah tersebut ataupun harga yang ditawarkan kepada anak tunggal arwah, Aliff Omar Ali, 42.
Usaha untuk mendapatkan komen waris Allahyarham juga belum berhasil apabila panggilan kepada Aliff tidak dijawab. Sementara itu, seorang kenalan terdekat Allahyarham menyatakan barangan peribadi arwah terutama yang berkaitan dengan kerjaya seninya sudah dipindahkan ke tempat lain.
Perabot serta barangan besar lain dijual sedikit demi sedikit kepada rakan serta ahli keluarga selepas fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Setahu saya semua barangan peribadi terutama trofi serta hadiah penghargaan yang diterima sudah disimpan di tempat selamat selepas tiga tahun rumah itu berada dalam pasaran. Saya kurang pasti sejak bila proses tersebut, mungkin sekitar 2020 ketika pandemik Covid-19 melanda dunia,” ujar seorang sumber yang enggan dikenali.
Sebuah Kenangan
Ketika hayatnya, Allahyarham Sharifah Aini sering mengundang rakan-rakan dan anak-anak tahfiz menjamu selera di banglo berkeluasan 20,000 kaki persegi itu. Menurut sumber tersebut, tujuan Aliff menjual rumah agam tersebut adalah kerana terlalu besar untuk mereka empat beranak berteduh selain kos penyelenggaraan yang tinggi.
Namun, Aliff sempat tinggal beberapa tahun di kediaman terbabit selepas pemergian Sharifah Aini akibat komplikasi fibrosis paru-paru pada 5 Julai 2014. Terdahulu, khabar penjualan hartanah berkenaan mula bertebaran empat tahun selepas pemergian Allahyarham apabila diiklankan pada harga RM8 juta menerusi Facebook. Pada iklan berkenaan turut ditulis banglo tersebut adalah kepunyaan seorang penyanyi popular tetapi dirahsiakan identitinya.
Sebagai penghibur yang cukup menjaga nilai eksklusif, Sharifah Aini mengakui jarang keluar rumah kecuali untuk bekerja atau menghadiri majlis penting. Kediaman tersebut juga sering dijadikan tempat pertemuan dengan rakan media, menjamu kenalan serta mengadakan majlis doa selamat yang turut dihadiri anak-anak tahfiz.
Banglo tersebut dilengkapi perpustakaan, dua dapur, sembilan bilik tidur, tujuh bilik air, dewan acara, lima ruang tamu, kolam ikan serta sebuah bilik pembantu rumah. Allahyarham juga mempunyai ruang khas untuk menyimpan pakaian, aksesori serta barangan peribadi lain yang seakan-akan galeri pameran.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.