Selamat melahirkan anak keduanya pada Disember lalu, pengacara yang cukup petah, Dayah Bakar tampil berkongsi wajah comel anak keduanya.
Melalui Instagramnya, wajah comel Armand Muhammad Fayyadh yang kini berusia dua bulan menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya tidak hanya membesar dengan sihat bahkan pipi pau yang gebu dan comel buat ramai yang geram.
“Masha Allah Tabarakallah. Assalamualaikum auntie uncle dan kawan-kawan. Nama Saya Armand Muhammad Fayyadh.
“Auntie uncle boleh panggil saya ikut pilihan hati ataupun baby adik. Buat masa ni, saya paling love milk, sleep and poopoo,” tulisnya.
Ads
Malah Dayah juga turut mendoakan perjalanan anak keduanya itu sentiasa diberkati Allah SWT serta sihat membesar.
“Doakan baby adik sihat, membesar dengan kuat dan baik, cerdas, bijak dan menjadi anak yang soleh, penyejuk hati ibu baba, berjiwa besar, indah akhlaknya, merendah diri dan berbakti pada agama bangsa dan negara. Amin,” tulisnya lagi.
Meninjau diruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan-rakan selebriti memuji wajah comel dan gebu si comel Armand Muhammad Fayyadh.
Ads
Semoga terus membesar dengan sihat.
Terdahulu, Dayah Bakar selamat melahirkan bayi keduanya pada 29 Disember tahun lalu.
Bekas personaliti televisyen (TV), Puan Sri Datin Normala Samsudin akui sebak ketika menemani cucu lelakinya yang masih bayi melalui proses berkhatan.
Kata Normala Samsudin lebih sayu apabila melihat cucu sulungnya yang bernama Aamin Yusuf itu menangis kesakitan selepas proses berkenaan di sebuah hospital swasta kelmarin.
“Meleleh airmata tok mama bila hari berkhatan AY (Aamin Yusuf).Mula dengan RTK test (ujian pengesanan Covid-19) khatan dan hinggalah ke malam, bila nak membuang air yang pertama tu menjerit pedih, jadi anak lelaki harus kuat ya nak, biar ujian apa sekalipun..
“Tok mama Tak tahan dengar sayu tangisnya. Moga Allah sempurnakan dirimu jadi anak yang sihat walafiat dan soleh.
“Benar luka berkhatan itu pedih dan bisa supaya kita sentiasa bertasbih, berselawat dan sentiasa ingat kebesaranNya dan berserah kepadaNya. Supaya kita istiqamah dan melihat kesalahan diri dan perbaiki diri,” tulisnya dalam sebuah entri di akaun instagram miliknya.
Menerusi perkongsian berkenaan dia memuat naik video yang disunting dari mula proses berkhatan itu hingga selesai.
Aamin merupakan cahaya mata pertama anaknya yang juga seorang doktor iaitu Ruhila Roslan yang dilahirkan pada 15 Jun lalu.
Dalam pada itu, Normala sempat menitipkan doa untuk anak-anak yang turut berkhatan pada hari berkenaan.
“Ucapan kepada anak-anak yang berkhatan sama hari dengan Aamin Yusuf, didoakan jadi insan solihin dan takut pada Allah dan taat ibu ayah. Aamiin Ya Rabbal Alamin,” ucapnya.
Imbas kembali, Ruhila dan suaminya Majid Nazli selamat dijabkabul dalam majlis serba sederhana ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Januari 2021.
Akhirnya Cara Ini Paling Tak Beban Simpan Duit, Setahun Dapat RM3,300!
Tidak dinafikan untuk menyimpan duit agak sukar bagi mereka yang boros berbelanja. Bahkan setiap kali hendak menyimpan, ada yang beranggapan ia sebagai beban. Akibatnya hasrat menyimpan tak menjadi!
Sebenarnya ada pelbagai cara hendak menyimpan tanpa rasa beban. Namun perkongsian Nur Nilam Sari ini agak menarik apabila menyimpan mengikut jumlah duit.
Walaupun nampak mudah tetapi ia memerlukan komited.
Jom lihat cara ini. Boleh cuba tambah tabungan.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
RM1 – Setiap hari masuk dlm tabung. Total setahun RM 365 so genapkan cikitt agi bagi RM400
EXTRA TIP MENABUNG
Selain itu kita boleh menabung dengan cara mengamalkan konsep Labur dahulu baru belanja sebagaimana perkongsian daripada facebook, Sembang-sembang ASNB.
Tip mudah simpan duit
Ada banyak cara yang dikongsikan bagaimana untuk menyimpan duit tanpa rasa terbeban. Ada yang menyarankan supaya wang RM5 jangan digunakan, sebaliknya diketepikan dalam satu tabung dan hanya digunakan pada hujung tahun. Ada juga yang menyarankan simpan duit ikut hari, contohnya hari Isnin – RM1, Selasa – RM2 dan seterusnya.
Tiada cara yang salah ataupun betul, yang penting ada keinginan untuk menyimpan duit. Admin pun nak kongsikan satu kaedah mudah untuk menyimpan dan melabur, malahan dengan cara ini, anda mungkin tidak sedarpun yang anda melabur setiap bulan.
Bagaimana caranya? Pastilah dengan mengamalkan konsep ‘Labur Dahulu Baru Belanja’.
Jika dahulu nasihat yang sering kita dengar ialah ‘kalau ada lebih, jangan lupa melabur’, tetapi dalam zaman teknologi serba canggih ini, adalah lebih mudah kalau kita ‘melabur dahulu baru belanja’.
Anggap pelaburan sama seperti komitmen membayar hutang yang perlu diketepikan terlebih dahulu sebelum anda mula berbelanja untuk barangan keperluan.
Dengan mengamalkan konsep ini, pengurusan duit setiap bulan menjadi lebih mudah kerana anda sudah melabur, jadi tiadalah istilah terlebih berbelanja, tiada masa melabur atau tiada lebihan untuk melabur. Diam tak diam, anda sudah memiliki duit simpanan yang boleh digunakan pada bila-bila masa.
Kelebihan Labur Dahulu Baru Belanja
1. Anda sudah melabur terlebih dahulu setiap bulan, jadi tiada istilah terlupa untuk melabur. Anda boleh berbelanja berdasarkan wang yang masih tinggal selepas membayar hutang kerana sudah melabur sebaik gaji diterima
2. Anda berpeluang menerima dividen tahunan kerana instrumen pelaburan seperti ASB memberi dividen berdasarkan baki setiap bulan. Modal pelaburan juga tidak hilang kerana ASB berharga tetap
3. Sekiranya jumlah pelaburan sudah besar, anda boleh berbelanja menggunakan dividen sahaja tanpa mengeluarkan modal, menjadikannya sebagai sumber pendapatan pasif tahunan
4. Menabung tidak memberi pulangan, malahan jika kita menabung sahaja tanpa melaburkan wang berkenaan untuk satu tempoh yang panjang, nilai wang dalam tabung makin mengecil akibat inflasi. Malahan ada kemungkinan ia rosak dimakan anai-anai
Dalam menetapkan jumlah pelaburan bulanan, pastikan anda mengetepikan jumlah yang anda selesa dan tidak terlalu megganggu perbelanjaan untuk keperluan.
Pelaburan secara sistematik, walau serendah RM30 setiap bulan akan membantu membina tabungan dan pada masa yang sama, menjana pendapatan pasif menerusi dividen yang diterima.
Jangan pula anda ketepikan sehingga RM200 tetapi mengeluarkannya pula dihujung bulan. Sekiranya ini berlaku, wang yang dilaburkan memang tidak akan bertambah kerana sudah dikeluarkan sebelum sempat menjana keuntungan.
Usahawan 36 tahun gigih duduki SPM demi cita-cita bergelar doktor. Demi merealisasikan impiannya dalam bidang perubatan, seorang usahawan berusia 36 tahun, Rusni Shafiya Ruslan, bertekad untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
Rusni memilih untuk mengambil tiga subjek aliran Sains Tulen iaitu Biologi, Fizik, dan Kimia, sebagai langkah awal mengejar hasratnya untuk berkhidmat sebagai seorang doktor.
Menurutnya, meskipun usianya semakin menghampiri angka 40, sokongan padu daripada ahli keluarga serta rakan-rakan sekeliling menjadi sumber motivasi utama untuk terus mengejar cita-cita.
“Mak saya sempat tergelak kecil apabila saya maklumkan ingin menduduki semula SPM. Namun, adik saya, Dr Nur Hanisa Ruslan yang merupakan seorang pakar bedah, banyak menyuntik inspirasi dan memberikan dorongan.
“Ramai kenalan saya bekerja dalam bidang perubatan. Mendengar pengalaman mereka tentang dunia hospital menambahkan lagi minat saya untuk mendalami bidang ini,” katanya.
Rusni yang berasal dari Kluang, Johor berkata, minat untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan sudah tersemat dalam dirinya sejak kecil. Bagaimanapun, atas faktor kewangan dan tanggungjawab keluarga, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan.
“Tahun ini, saya nekad untuk memberi peluang kepada diri sendiri. Fokus utama saya kini adalah untuk menduduki semula subjek-subjek teras seperti Biologi, Fizik dan Kimia.
“Selepas itu, saya bercadang untuk menyambung ke peringkat asasi universiti. Saya lebih memilih program asasi kerana lebih bersifat intensif dan lebih dekat dengan suasana pembelajaran di universiti, berbanding STPM,” jelasnya.
Rusni menjangkakan, sekiranya segala perancangan berjalan lancar, beliau boleh menamatkan pengajian dalam bidang perubatan dalam tempoh sekitar enam tahun.
Ketika ditanya tentang bidang kepakaran yang diminatinya, Rusni berkata beliau masih belum membuat keputusan muktamad, namun menunjukkan kecenderungan terhadap bidang Obstetrik dan Ginekologi (O&G) serta Pediatrik.
“Saya terbuka untuk menerokai bidang-bidang lain sepanjang proses pembelajaran nanti. Saya yakin, dengan usaha dan sokongan daripada keluarga serta rakan-rakan, impian ini dapat direalisasikan. Insya-ALLAH,” katanya penuh semangat.