Memang benar, anak bukan tempat untuk luahkan rasa tak puas hati. Malah perkongsian bapa ini melalui laman facebooknya Mohd Fhais sungguh deep. Katanya jangan sebab lambat pergi kerja anak jadi mangsa akibat tekanan yang kita hadapi. Jom baca perkongsian ini.
____________________________________________
Kalau terlambat pergi kerja sekalipun jangan jadikan anak mangsa keadaan
Dunia tak akan kiamat pun lambat masuk kerja. Paling teruk parking penuh, jalan jem, punch card merah atau tak dapat pekerja cemerlang je. Chills la..
Ads
Kalau tak mahu lambat buatlah persediaan awal, gosok baju sebelum tidur, siapkan keperluan sekolah anak siang-siang atau bangun je lebih awal 30-60 minit.
Tapi kalau terlambat dan kelam kabut nak bergegas pergi kerja tu kita tertengking anak yang minta di peluk atau termarah anak yang nak salam itu boleh beri padah pada kita selepas kiamat nanti.
Sebab yang akan di semak di akhirat nanti bukan berapa banyak anugerah pekerja cemerlang kita dapat tapi yang di hitung ialah bagaimana amalan kita dengan anak-anak.
Ads
Didikan, kasih sayang dan perhatian yang kita telah curahkan pada anak menjadi timbangan kemudian hari nanti.
Ingat ya ! Kita kerja untuk sara anak-anak bukan nak sara bos..
Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti ada ujian yang berbeza-beza dalam. rumah tangga. Ada yang diuji pasangan curang, ada pula yang sakit dan sebagainya.
Kisah pasangan suami isteri ini cukup menyentuh hati. Masakan tidak, walaupun dirinya sering cedera akibat amukan isteri, namun dek kerana cinta dan kasihnya dia tetap setiap bersama isteri kesayangan nya itu.
Paling memilukan apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh pakcik ini apabila ditanya bagaimana dia bertahan menghadapi ujian ini.
Ikuti kisah pasangan ini yang dikongsikan oleh Dr Yazeed Hair Johari menerusi laman facebooknya.
JANJI KAMI
Kisah benar ini , Aku alami dan lihat dihadapan mata aku sendiri , Lebih kurang 7 tahun yang lepas . Ketika itu , Aku sedang bertugas di salah sebuah Hospital Daerah di Johor .
Malam tu seperti biasa , Aku oncall , Di jabatan kecemasan .
Jam 10 malam .. Jumlah pesakit mula berkurangan . Aku pun masuklah dalam bilik rehat oncall , Untuk rehat kan badan .
Luka dalam kepala
Tak lama lepas tu ..
“ Bos , Ada patient .. Luka dalam dekat kepala ..” Balas salah seorang pembantu perubatan ..
“ Dekat 60-an umur dia ..” Balas pembantu perubatan .
“ Mak oi , Ganas betul bini dia ..mengamuk sampai macam tu skali , Mesti laki dia buat hal ni …. kalau tidak , takkan bini nak mengamuk sampai macam ni kan … ok sekejap , Saya datang tengok ..” balas aku…
Aku pun , Terus melangkah , Ke “ Yellow zone “ Separa kecemasan …
“ Bos , Ada patient lagi seorang …Amuk dekat rumah … Kita dah ikat .. Polis yang bawa.. “ Balas pembantu perubatan
“ Ok , Saya tengok yang luka ni dulu …” balas aku
Disebelah katil itu , Terbaring nya seorang lelaki yang berumur lewat 60 an , Berpakaian kemas , dengan kopiah di kepala .. Nampak bersih orangnya ..
“ Assalamualaikum , Tuan .. saya doktor yang merawat .. luka dalam juga ni … apa terjadi ni tuan ?” tanya aku ..
“ walaikumsalam , Doktor .. Panggil saya pak dollah je , Tuan tu tak biasalah saya … itulah , Saya luka di kepala ni … kena kuali terbang … “ balas pakcik tu tersenyum..
Kuali terbang atas kepala
“ Macam mana boleh terbang sampai kepala kuali ni ..” Tanya aku ..
“ Saya dah biasa dah doktor .. Bukan setakat kuali .. Baldi , besen , kerusi .. apa saja lagi semua pernah terbang ke arah saya ..” balas pak dollah lagi …
“ Dasyat betul eh , Semua objek terbang menerbang ni .. dah kenapa pakcik ?” balas aku …
“ Isteri saya mengamuk … itu sudah biasa..” balas pak dollah
“ Oh , Boleh pakcik cerita … kenapa makcik mengamuk sangat … Sementara tu saya jahitkan dulu kepala pak cik ni ..” balas aku
Isteri ada masalah mental
“ Orang sebelah katil saya ni … Isteri kesayangan saya … dah lama dia ada masalah mental … Bila terlupa makan ubat … Atau ubat dah habis … Memang dia akan berubah … Terus jadi Amuk ..” Balas pak dollah
“ Ohh … Masalah mental ya .. Ingatkan pakcik kawin baru .. he he he ..” gurau aku
Pak dollah , Hanya tersenyum …
“ dah tua dah doktor , Nak berbini lagi pun , Bukannya mampu , Tak kuat pun lagi ..” Balas pak dollah ..
Aku teruskan menjahit ..
“ selalu ke jadi macam ni .. sejak berapa lama makcik ada masalah mental ni …pak dollah ?” Tanya aku ..
“ Boleh tahan kerap juga … kadang 2 minggu sekali , Ye lah kadang kadang saya pun ada terlepas pandang bila makcik terlupa makan ubat , Mak cik dah ada penyakit ni sejak 5 tahun lepas …” balas pak dollah …
“ Tapi hebat lah pak dollah , Boleh bertahan sampai ke hari ni ..” Balas aku tersenyum ..
“ Sejak dia sakit ni 5 tahun lepas , Dia tak seperti dulu … Perwatakan dia dah berubah .. Tak seperti yang pak dollah kenal dulu … dia mula jadi cepat marah , Kadang kadang dia tak kenal pak dollah , Meracau sorang2 … pak dollah hanya hidup dengan jasad saja .. walaupun hati perasaan dia dah lama hilang … Kdang kadang timbul rasa benci .. cepat cepat pak dollah solat .. untuk buang segala perasaan benci dan marah tu …..” Balas pak dollah tunduk … matanya merah , Air mata mula membasahi pipi …
“ Sabar ya pak dollah ..” Pujuk aku ..
“ Maaf doktor , Sedikit emosi .. Tapi doktor jangan risau lah , Mak cik ni tanggungjawab pak dollah … Sejak dari hari pertama pak dollah nikahi dia .. Itu bermakna Allah dah tanggung jawabkan makcik pada pak dollah .. Dah menjadi kewajipan saya untuk jaga dia seumur hidup … “ Balas pak dollah …
“ Makcik boleh uruskan diri sendiri selepas kena penyakit ni ?” tanya aku ..
“ Pak dollah lah yang uruskan semuanya … Mandi , Makan , Minum , Berak , Kencing … Pakaian dia .. Aurat dia … Setiap hari tak pernah putus… Pak dollah jaga yang termampu … Kalau kena hari yang dia ok … Pun pak dollah tetap jaga seperti biasa ..“ Balas pak dollah
“ Bila polis datang ?” Tanya aku
“ Tadi makcik baling barang barang sahaja , Tapi dari jauh , Saya nampak makcik dah mula pegang Parang .. Cepat cepat pakcik telefon polis … “ Balas pak dollah
“ Ya allah , Seram jugak macam tu .. Tapi pak dollah tetap bersabar dengan makcik kan ..” Balas aku
Sakit ujian Tuhan
“ Pakcik percaya , Sakit ini ujian tuhan .. Kalau makcik tak kena sakit ni , Mak cik takkan buat macam ni .. Makcik ni sebelum ni , Lemah lembut orangnya .. Dia jaga pakcik bagaikan menatang minyak yang penuh .. Tak setimpal apa yang pakcik buat sekarang ni .. Jatuh naik , kami bersama..” balas pak dollah …
“ Kagum lah pak dollah .. Sayang betul … pak dollah dengan makcik ..” Balas aku ..
Anak jarang balik kampung
“ Anak anak pakcik mana ? “ tanya aku
“ Sejak makcik sakit , Anak anak jarang sangat balik kampung , Takut mak dia mengamuk katanya .. Dulu pernah sekalj .. Makcik pernah balik senduk pada cucu dia sendiri .. Itu lah kalj terakhir anak kami pulang ke kampung ..” Balas pak dollah
Mendengar kisah itu … Aku sendiri mula sebak dan tunduk .. Berat ujian yang allah turun kan pada pak dollah .
Namun , Untuk mengembalikan suasana , Aku cuba mengubah topik …
“ Makcik saya dah beri ubat penenang , Nanti kita refer pada Pakar Psikiatri ya .. Kepala pak dollah pun saya dah siap jahit ni … “ Balas aku lagi
“ Doktor , Saya nak mintak kebenaran boleh ? Izinkan saya duduk disebelah makcik boleh ?” Tanya pak dollah ..
“ Ya allah , Mesti lah boleh pak dollah .. Silakan …. “ Balas aku
Pak dollah pun bangun dari katil , Berjalan ke katil isterinya .. Pak dollah duduk sambil mengusap dahi isterinya itu ..Dan mencium tangan isterinya yang terikat pada katil itu berkai kali ..
“ Jangan risau , Awak rehat lah … Saya kan ada ni …” bisik pak dollah pada isterinya
Aku hanya terpaku dihujung katil itu … Sambil aku merenung .. Senyum pada pak dollah ..
Entah kenapa … Rasa tenang sangat lihat pak dollah
Sesuatu yang indah
“ Doktor .. Maaf … Sekali lagi saya nak tanya .. Boleh tak dapatkan saya kain dan air suam …” Tanya pak dollah ..
“ Boleh , Kejap ya .. Saya mintak misi ambik kan ..” Balas aku
Tak lama selepas tu , Misi pun bawa kain putih .. dan air suam
Pak dollah menyambut dengan penuh senyuman dan rendah diri … Menunduk berkali kali tanda penghargaan ..
Pak dollah basah kan kain itu dengan air suam ..
Kemudian , Dia berjalan ke hujung katil , Ke arah aku….
Kain basah suam itu , Pak dollah letakkan pada tapak kaki isterinya ..
Dengan penuh keikhlasan , Pak dollah membersihkan kaki isterinya itu …
Sambil memandang ke arah aku ..
“ Tadi masa polis ambil dia … Tak sempat saya sarungkan selipar .. Dah kotor tapak kaki makcik …” Balas pak dollah …
Dan pada saat itu .. Aku yang sedang berdiri .. Hanya mampu melihat .. Sesuatu yang paling indah … Sesuatu peluang yang sengaja tuhan itu beri pada ku untuk memahami .. Apakah itu Cinta ..
Seorang saja dalam dunia
Walaupun Pak Dollah di pukul hingga berdarah kepalanya .. Itu bukan lah alasan.
“ Makcik ni , Seorang saja dalam dunia .. Kalau dia dah pergi nanti .. Pak cik dah tak akan jumpa orang macam makcik lagi ..” Balas pak dollah.
Jika tuhan berikan kau seorang sahaja untuk kau jaga , Bayangkan Betapa besarnya pengorbanan Nabi Muhammad terhadap Seluruh umatnya ..
Rezeki dari Yang Maha Esa
Malam tu membuatkan aku sangat teruja .. Tak sangka aku berpeluang melihat sesuatu yang indah .. Ini semua rezeki dari yang maha esa..
Cinta itu , Jika kurniaannya dan datangnya ikhlas kerana Allah .. Maka indah lah dia ..
Tapi Jika , Cinta itu datang dari nafsu semata .. Maka binasa lah ia..
Di saat aku sedang terpegun dan mengelamun melihat pak dollah yang kusyuk membersihkan kaki isterinya itu …
“ Kalau doktor nak tahu .. Orang yang di atas katil ni lah Cinta Hati saya , Saya dah berjanji dari hari pertama saya nikahi dia , Yang …Kami akan menjalani usia tua bersama hingga kesyurga .. “ Balas pak dollah .. tersenyum
Sambil mencium tapak kaki isterinya itu …
Allahuakbar …. ————————
Pergaduhan asam garam rumah tangga Mari kita tanya diri kita semula .
Apakah kita mampu lakukan apa yang dilakukan oleh pak dollah ?
“ Ya allah , Kau permudahkan lah perjalanan hidupku dan ahli keluargaku “
Pergaduhan tu memang asam garam dalam rumah tangga , Tapi jaga lah hubungan itu sebaik mungkin yang terdaya .Ambil lah yang positif dari setiap hikmah yang berlaku
Yang penting , Ingatlah siapa bersama kita dikala naik dan turunya nasib kita.
Kongsilah cinta dengan pasangan anda sementara mereka masih ada .
Gambar ni aku snap dari jauh … Masa pak dollah ( Bukan nama sebenar) Membersihkan kaki isterinya .
Kadang kadang , Tak perlu hadiah yang mewah , Cukup sekadar kita menghargai insan itu , Kerana ianya lebih bermakna.
Allahuakbar
Mei Ling , Nanti hang dah tua jaga aku elok elok . Ok bai
Sumber: Dr Yazeed Hair Johari
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Meninjau akaun Instagram MUA Bellaz, telah dikongsikan satu video baru yang memaparkan majlis baby gender MUA Bellaz. Diadakan di kediaman mereka, dekorasi belon-belon berwarna merah jambu dan biru memenuhi ruangan.
Terbaru, dia memuatnaik satu video yang memaparkan majlis baby gender yang diadakan di kediaman mereka.
Bellaz dan suaminya, Anuar atau mesra dipanggil Mart Nuart tampil sedondon dalam persalinan merah lengkap dengan sampin.
Meraikan hari indah ini bersama insan-insan tersayang, Bellaz seperti biasa tetap dengan mulutnya yang riuh itu.
Ketika dipecahkan belon yang berisi cebisan kertas berwarna pink, gamat suasana dan ianya adalah baby girl.
“It’s a GIRL, syukur alhamdulilah Ya Allah. Kakak Eica ada kawan dah.
Dia dalam pada itu melahirkan rasa syukur kerana impian untuk memiliki dua anak lelaki dan anak perempuan itu dipermudahkan Allah.
“Alhamdulilah maka selesailah misi 2 bunga 2 kumbang. Mat Nuart hang jangan macam-macam. Alhamdulilah semua rezeki dari Nya.
“Hai hampa, berpuasa yang ke 18 dah kita harini, kejap ja dah nak raya lagi 12 hari,” katanya teruja.
Sempat lagi Bellaz bertanyakan kepada Mat Nuart adakah ini penutup dan Mat Nuart membalas dalam gurauan berbunyi ‘ tambah lagi ‘.
Wanita, hatinya setipis kulit bawang. Diciptakan dengan penuh kelembutan, kasih sayang dan mudah mengalirkan air mata jika ada perkara yang memilukan terjadi padanya.
Bukan itu sahaja, bila sampai hatinya tersakiti, sampai saat itu, mungkin tidak lagi mampu dirawat. Segala janji manis dahulu tidak lagi mereka peduli. Oleh itu, lelaki perlu tahu dan prihatin dalam menjaga hati wanita.
Wanita memilih suami, kerana mereka percaya mereka dan zuriatnya akan dilindungi dan disayangi, bukan dibiarkan dan disakiti. Buat para suami, jauhkan dari sifat ‘keji’ yang bakal menjerat diri dan masa depan anda, seperti yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol ini. Semoga bermanfaat pada semua.
Elak 4 Jenis ‘Jangan’ Ini Terhadap Isteri
1) Dah jadi suami, jangan sekali naik tangan pada tubuh badan isteri.
Walaupun hanya sekali, hati isteri akan jadi sangat jauh dari kita. Nak rasa sayang pada suami pun susah, apatah lagi nak taat.
2) Dah jadi suami, jangan tipu isteri. Isteri kalau percaya suami, dia bagi sepenuh hati dia pada suami. Kalau dijaga hati isteri dengan kata yang baik dan benar, bahagialah keluarga.
Sekali kita tipu, bertahun nak dapatkan balik kepercayaan dia.
3) Dah jadi suami, jangan sekali guna perkataan buruk untuk hina isteri.
Bodoh, betina, b**i, ini semua perkataan yang buat isteri jauh dari kita. Rezeki pun susah nak singgah ke rumah kita.
4) Dah jadi suami, jangan curang. Kalau pada mata kita isteri dah tak cantik, usahakan supaya dia jadi cantik semula. Cukupkan keperluan asas dia iaitu makan, minum, rehat dan tidur isteri. Lepas tu, cukupkan barang-barang dia.
Tanyalah mana-mana wanita yang pernah hatinya hancur, perasaan dia pada suami takkan sama lagi.
Bila sampai masa dia kata dia dah tawar hati, maknanya hubungan tu tamat sampai situ saja.
Sebab isteri yang tawar hati ni dia dah tak rasa apa-apa. Sedih pun tak, marah pun tak, kecewa pun tak.
Dia cuma nak mulakan hidup yang baru.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.