‘Deep Kau Bagi.’ Wawa Zainal Terus Terdiam Bila Aeril Zafrel Tegur Lengannya Terdedah

Share

Aktor popular Aeril Zafrel menegur tindakan isterinya, Wawa Zainal yang secara tidak sengaja mendedahkan auratnya ketika melakukan sesi siaran langsung di aplikasi TikTok baru-baru ini.

Menerusi satu tangkapan skrin @kakmid8803, memaparkan Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin sedang mempromosikan produk kosmetiknya kepada individu yang menonton ‘live’ tersebut.

Namun ketika menunjukkan produk kepada penonton, lengan Wawa kelihatan agak terdedah sekali gus membuatkan suaminya segera menarik baju bahagian tersebut bagi menutupi pergelangan tangan.

“Nampak bah tanganmu. Kita ni meniaga jangan tunjuk aurat, betul ka? Haa sambung.. diam terus. Deep bah tadi tu sebenarnya,” kata Aeril dalam loghat Sabah.

Artikel Berkaitan

@kakmid8803 Diam seribu bahasa! Kelu terus wawa zainal.. Tapi asben jenis tegur soft je jaga air muka isteri.. #wawazainalcosmetics
#jdtpialamalaysia2022 ♬ original sound – Mieda

Selepas ditegur, Wawa yang juga seorang aktres dilihat hanya mampu terdiam sambil tersenyum seolah-olah terkedu apatah lagi ditonton oleh orang ramai.

Rakaman berdurasi 27 saat itu mendapat 1.5 juta tontonan dalam masa dua hari, selain lebih 700 komen netizen yang memberikan pelbagai reaksi terhadap aksi pasangan berkenaan.

Sumber : OhMyMedia

Mesti Baca :

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA

dan join keluargagader club

IKLAN