Siapa sangka, hanya kerana setitis ubat mata, tubuh yang sihat boleh hilang upaya sehingga terpaksa bergantung sepenuhnya dengan insan tersayang.
Itulah yang terjadi kepada Hamdan Hashim kerana menghidap Steven-Johnson Sindrom (SJS) akibat alahan terhadap ubat titis mata mengandungi antibiotik.
Memetik laporan Harian metro, Hamdan mengakui berat untuknya menerima hakikat hilang penglihatan selepas 30 tahun hidup normal.
Bagaimanapun, dia cuba berdamai dengan takdir dan bersyukur masih dipanjangkan usia serta ada isteri yang setia dengannya.
“Mungkin dulu saya nakal jadi Allah beri ujian ini sebagai peringatan dan sayang-Nya terhadap saya.
“Walaupun tak dapat melihat sempurna macam dulu apabila mata kanan buta dan kiri pula nampak sedikit saja, saya bersyukur dengan kehidupan sekarang.
“Tak kaya tapi hidup saya berasa cukup berbanding dulu dan tambah bersyukur dengan adanya isteri yang sanggup menjaga serta bersama dalam susah senang. Moga syurga tempatnya,” katanya.
Mengimbas detik hitam yang berlaku dalam hidupnya, Hamdan berkata, pada awalnya dia hanya mengalami sakit mata kemudian merujuk ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
“Waktu itu, saya dibekalkan dengan ubat titis mata dan selepas menggunakannya, berlaku alahan yang menyebabkan mata dan bibir bengkak hingga dikejarkan ke hospital.
Ads
“Selepas diberi makan ubat, alahan bertambah teruk hingga naik ruam serta luka pada wajah dan badan.
“Akibatnya, saya terpaksa mendapatkan rawatan selama 43 hari di hospital dengan dua minggu di unit rawatan rapi (ICU) dan selebihnya di wad biasa,” katanya.
Menurutnya, hampir tiga tahun juga dia ambil masa untuk stabil sebelum dapat bekerja semula pada akhir 2019.
“Kini, saya mencari rezeki dengan bekerja sebagai pembantu di kedai makan ibu mentua (Amnah Othman, 64).
“Orang mungkin tengok saya macam normal kerana boleh buat kerja tetapi hanya saya, doktor dan Allah saja tahu keadaan diri ini.
“Doktor di hospital kerajaan tak berani nak ambil risiko untuk rawat saya dan kini, saya ikhtiar dapatkan rawatan dengan bertemu pakar mata di Kuala Lumpur setiap tiga bulan sekali.
Ads
“Kosnya bukan sedikit namun saya dengan bantuan isteri sama-sama kumpul duit untuk mendapatkan rawatan,” katanya yang belum dikurniakan zuriat.
Sementara itu, isteri Hamdan, Nurrhidayah Hassan memilih untuk setia walaupun suaminya itu bergelar orang kurang upaya (OKU) penglihatan selepas tiga tahun mereka berumah tangga.
“Saya sayangkan suami dan lebih bahagia jaga dia (suami) dalam keadaan begitu.
“Saya kenal suami sudah lama iaitu sejak 2011 lagi sebelum berkahwin pada 2014.
“Ditakdirkan, dia sakit pada 2017 namun saya anggap itu ujian dan terus menjaganya.
Ads
“Waktu itu (suami mula sakit), memang ada yang cuba ambil kesempatan namun saya tak layan kerana naluri dan perasaan bukan ke arah lelaki lain.
“Bagi saya, apa yang berlaku terhadap suami itu takdir Allah dan saya reda saja dengan ketentuan-Nya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Setiap orang pasti ada kenangan waktu kecil, itulah yang dikongsikan oleh Tengku Mahkota Pahang menerusi laman Instagramnya.
Memuatnaik naik gambar kenangan ketika kecil bersama kekanda dan adindanya nyata meraih perhatian ramai.
Rata-rata yang melihat perkongsian tersebut teruja. Bukan mudah Kan nak melihat wajah kerabat sewaktu kecil.
Meninjau akaun Instagram milik baginda, terdapat perkongsian sekeping gambar yang memaparkan wajah Tengku Hassanal bersama adindanya yang lain antaranya Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, Tengku Puteri Afzan Aminah, Tengku Puteri Jihan Azizah dan Tengku Muhammad Iskandar.
Rata-rata memuji wajah putera dan puteri tidak banyak berubah. Usai dewasa, masing-masing nampak cantik dan kacak belaka. Tengku Afzan misalnya ketika kecil cukup comel dan sedikit dengan baju merah jambunya.Rupa-rupanya gambar tersebut adalah kenangan yang diambil ketika mereka berada di England pada tahun 2004. Kelihatan semuanya masih kecil dan berwajah comel. Tengku Ahmad memaut leher Tengku Muhammad dan kedua putera ini nampak begitu akrab.Sejak dahulu lagi, Pemangku Sultan Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah antara putera raja yang sering menjadi perhatian ramai. Bahkan sikapnya yang berjiwa rakyat serta humble Yang diwarisi bonda dan dan ayahanda membuatkan,baginda cukup disayangi.
Sehingga kini, posting oleh Tengku Hassanal ini telahpun mendapat lebih 44 ribu likers daripada netizen.
Fizz Fairuz dapat anak lagi, “Alhamdulillah, wife saya selamat melahirkan anak kelima.” Pasangan Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia selamat menimang anak kelima.
📍Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.
Hantaran yang dibuat oleh Fizz Fairuz itu dihujani dengan ucapan tahniah di kalangan rakan selebriti dan juga warga maya.
Berikut antara komen-komen rakan selebriti dan juga warga maya:
Sebelum ini, Fizz Fairuz dan Almy Nadia sudah dikurniakan empat anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9; Nur Afrina Aurora, 8; Nur Afrina Ayra, 6; Nur Afrina Aisyah, 3. Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 15.
Bagaimanapun Fizz Fairuz tidak berkongsi jantina anak kelimanya itu. Namun menerusi komen rakan artisnya, Achey, dikatakan bayi yang dilahirkan itu ialah bayi lelaki.
Banyak sebenarnya kelebihan dan keistimewaan bagi sesiapa yang menunaikan solat sunat Dhuha, selain apa yang sedia kita maklum adalah dikaitkan dengan rezeki.
Pun begitu, mungkin ada yang belum tahu rupanya ada doa yang dibaca oleh Nabi Muhammad SAW setiap kali usai menunaikan solat Dhuha ini. Nak tahu apakah doa tersebut? Ikuti perkongsian ilmu daripada Aisyah Asyifah ini. Jom semak.
Solat Dhuha
Solat Dhuha selalu dikaitkan dengan urusan rezeki, kebanyakan dari kita setelah solat Dhuha doa minta kelancaran rezeki. Itu yang sering dilakukan …
Tapi tahukah anda apa doa Rasulullah SAW setelah solat Dhuha?
Apa doanya ?
Dari ‘Aisyah radhiallahu ‘anha, ia berkata bahawa Rasulullah SAW selesai solat Dhuha, baginda mengucapkan:
ALLOHUMMAGHFIR-LII WA TUB ‘ALAYYA, INNAKA ANTAT TAWWABUR ROHIIM..
(Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang)_ sampai beliau membacanya seratus kali.
(HR. Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. 619)
Doa ini dibaca seratus kali setiap solat dhuha.
Mengapa doa Rasulullah SAW tiada berkaitan dengan rezeki?
Bukan rezeki yang tidak datang tapi dosa-dosa kita yang menghalangi rezeki itu masuk.
Kalau dosa-dosanya sudah diampuni, Insya Allah rezeki mengalir lancar kerana penyumbatnya, penghalangnya (dosa) sudah tidak ada.
Doanya dibaca 100x, Pagi kan kita sibuk kerja, banyak urusan, kalau harus baca 100x sambil duduk di tempat solat mungkin tiada kesempatan, jadi bagaimana??
Doanya boleh dibaca sambil membuat kerja, kerja sambil dalam hati baca doa.
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya”
(HR. Muslim no. 1893).
Ilmu Harus Diamalkan Agar Menghasilkan manfaat..
Ilmu Harus Disebarluaskan Agar Menjadi Tabungan Kebajikan.
Ilmu itu tidak dinamakan ilmu selagi mana ia tidak diamalkan.