Siapa sangka, hanya kerana setitis ubat mata, tubuh yang sihat boleh hilang upaya sehingga terpaksa bergantung sepenuhnya dengan insan tersayang.

Itulah yang terjadi kepada Hamdan Hashim kerana menghidap Steven-Johnson Sindrom (SJS) akibat alahan terhadap ubat titis mata mengandungi antibiotik.

Memetik laporan Harian metro, Hamdan mengakui berat untuknya menerima hakikat hilang penglihatan selepas 30 tahun hidup normal.

Bagaimanapun, dia cuba berdamai dengan takdir dan bersyukur masih dipanjangkan usia serta ada isteri yang setia dengannya.

“Mungkin dulu saya nakal jadi Allah beri ujian ini sebagai peringatan dan sayang-Nya terhadap saya.

“Walaupun tak dapat melihat sempurna macam dulu apabila mata kanan buta dan kiri pula nampak sedikit saja, saya bersyukur dengan kehidupan sekarang.

“Tak kaya tapi hidup saya berasa cukup berbanding dulu dan tambah bersyukur dengan adanya isteri yang sanggup menjaga serta bersama dalam susah senang. Moga syurga tempatnya,” katanya.

Dek Kerana Ubat Titis Mata, Suami OKU Lepas 2 Tahun Berkahwin. Isteri Pilih Setia Hujung Nyawa!

Mengimbas detik hitam yang berlaku dalam hidupnya, Hamdan berkata, pada awalnya dia hanya mengalami sakit mata kemudian merujuk ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

“Waktu itu, saya dibekalkan dengan ubat titis mata dan selepas menggunakannya, berlaku alahan yang menyebabkan mata dan bibir bengkak hingga dikejarkan ke hospital.

IKLAN

“Selepas diberi makan ubat, alahan bertambah teruk hingga naik ruam serta luka pada wajah dan badan.

“Akibatnya, saya terpaksa mendapatkan rawatan selama 43 hari di hospital dengan dua minggu di unit rawatan rapi (ICU) dan selebihnya di wad biasa,” katanya.

Menurutnya, hampir tiga tahun juga dia ambil masa untuk stabil sebelum dapat bekerja semula pada akhir 2019.

“Kini, saya mencari rezeki dengan bekerja sebagai pembantu di kedai makan ibu mentua (Amnah Othman, 64).

“Orang mungkin tengok saya macam normal kerana boleh buat kerja tetapi hanya saya, doktor dan Allah saja tahu keadaan diri ini.

“Doktor di hospital kerajaan tak berani nak ambil risiko untuk rawat saya dan kini, saya ikhtiar dapatkan rawatan dengan bertemu pakar mata di Kuala Lumpur setiap tiga bulan sekali.

IKLAN

“Kosnya bukan sedikit namun saya dengan bantuan isteri sama-sama kumpul duit untuk mendapatkan rawatan,” katanya yang belum dikurniakan zuriat.

Sementara itu, isteri Hamdan, Nurrhidayah Hassan memilih untuk setia walaupun suaminya itu bergelar orang kurang upaya (OKU) penglihatan selepas tiga tahun mereka berumah tangga.

“Saya sayangkan suami dan lebih bahagia jaga dia (suami) dalam keadaan begitu.

“Saya kenal suami sudah lama iaitu sejak 2011 lagi sebelum berkahwin pada 2014.

“Ditakdirkan, dia sakit pada 2017 namun saya anggap itu ujian dan terus menjaganya.

IKLAN

“Waktu itu (suami mula sakit), memang ada yang cuba ambil kesempatan namun saya tak layan kerana naluri dan perasaan bukan ke arah lelaki lain.

“Bagi saya, apa yang berlaku terhadap suami itu takdir Allah dan saya reda saja dengan ketentuan-Nya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Sumber : Harian Metro

Dek Kerana Ubat Titis Mata, Suami OKU Lepas 2 Tahun Berkahwin. Isteri Pilih Setia Hujung Nyawa!

MARI MEWARNA MERDEKA

Wow mewarna BINTANG KECIL datang lagi!!! Hanya RM40 sahaja. Bawa pulang:

1. Akaun simpanan sspn RM20
2. Bekas pensil
3. Pensil warna
4. Sijil penyertaan

Hadiah akaun SIMPAN SSPN dan barangan keseluruhan bernilai RM1000.

Daftar sekarang! Tempat TERHAD

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI