Kehidupan suami isteri ini banyak cabarannya. Ada pasangan yang sama-sama kelakar, ada pasangan yang jenis serius. Semua perkara dianggap serius sehingga kadang kala, hubungan jadi hambar. Jika salah faham berlaku mula telingkah, berlawan mulut dek masing-masing tak nak mengalah. Apa pun, punca ia berlaku, pasangan harus muhasabah diri agar membawa ke arah kebahagiaan. Keluarga bahagia itu petunjuk kepada pasangan yang saling lengkap melengkapi.
Malah perkongsian oleh Mohd Fhais ini ada benarnya, katanya, usah berlawan mulut tetapi upgrade diri untuk keluarga.
Suami isteri sepatutnya saling berlawan
Ads
Apa guna kahwin kalau asyik sokong menyokong tapi tak ada sebarang perubahan.
Kahwin bermaksud naik taraf kehidupan.
Dari hidup bujang kepada hidup berpasangan. Dari hidup menyewa kepada membeli rumah sendiri. Dari hidup untuk diri sendiri kepada hidup demi keluarga. Dari hidup cuma fikir bekerja kepada hidup terpaksa fikir hal keluarga. Dari hidup tanpa masalah kepada hidup bijak mengurus masalah. Dari hidup kais pagi makan pagi kepada hidup mula menyimpan untuk masa depan.
Berlawan, bersaing, berlumba sesama sendiri untuk upgrade diri, upgrade ilmu, upgrade ekonomi. Jika tidak rumahtangga akan terus di takuk lama.
Jangan berlawan mulut sebab tu tak berfaedah tapi berlawan usaha, ilmu dan tekad. Yang ni kalau tak nampak manfaat sekarang pun, esok lusa pasti akan nampak.
Moga kita menjadi pasangan yang saling ingin memberi kebaikkan dan manfaat buat pasangan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Malang tidak berbau, siapa menyangkan hentakan kepala yang berlaku tiba-tiba bertukar jadi ngeri bila berlaku pendarahan tanpa sedar. Inilah yang berlaku kepada ayah pelakon, Hanis Zalikha.
Menerusi Instagramnya, Hanis berkongsi kisah ayahnya yang terpaksa menjalani pembedahan segera malah hampir hilang keupayaan bercakap selepas jatuh dan terhentak kepala.
Ibu kepada dua cahaya mata itu juga turut menasihatkan wargamaya agar sentiasa pekat dan membuat pemeriksaan jika mengalami hal yang sama seperti ayahnya.
“Kalau anyone you know jatuh kepala terhentak, luaran memang takde apa tapi dalaman maybe boleh jadi pendarahan perlahan. Sejurus dari terjatuh, bila check X-Ray dan CT scan tak ada apa-apa, semua clear saja, tapi bila 2-3 minggu kemudian boleh bertukar jadi mimpi ngeri sebab darah dah membanjiri sebahagian besar otak anda.
“My dad realised something was wrong hampir sebulan lepas jatuh, tiba-tiba dia tak dapat gerakkan kaki kanannya. Macam lagging. Sebab dia jatuh terhentak dahi kiri, bila anggota belah kanan yang terjejas, we knew it must be the brain.
“I ambil dia dan tanya dia tentang trip to Acheh baru-baru ni, he said “Bila Daddy pergi Acheh?”. Ya Allah this very man, is my dad, someone who was very sharp and opinionated, tiba-tiba sangat blur dan slow, jawab sepatah-sepatah,” kongsi Hanis.
Tambahnya lagi, ayahnya juga menjadi sedikit pelupa malah hilang memorinya dek kerana adanya darah yang memenuhi otaknya selepas terjatuh.
Pun begitu Hanis lega bila mana dia bertindak pantas dan menyedari lebih awal keadaan ayahnya.
“So I spent the whole day uruskan dia, berunding dengan dua pakar dan seorang pakar bedah saraf dan akhirnya dimasukkan ke hopsital pada sebelah malam untuk persediaan pembedahan keesokan harinya, he told the family “Daddy tadi drive sendiri datang sini”. My heart sank, I was frantic with worry — takutnya lagi lambat ni lagi banyak memori dia hilang.
“The brain surgery went well atas izin Allah, thank you to everyone involved. Doktor kata kalau lewat sikit je lagi memang boleh hilang keupayaan bercakap, keupayaan bernafas dan seterusnya koma, sebab otak dah compressed terlalu banyak darah.
“I jot this here as a reminder for all of us to always jangan tangguh-tangguh kalau hati dah tergerak.
“Daddy masih tak ingat I bawak dia pi hospital hari tu. Nasib baik kita selfie,” kongsinya lagi.
Vokalis kumpulan XPDC, Ali sebelum ini diuji serangan angin ahmar. Malah dia juga ditidurkan kerana kesukaran bernafas sebelum ini akibat masalah jantung dan paru-paru.
Namun, bapa kepada lima cahaya mata itu bagaikan diberi peluang kedua untuk meneruskan kehidupan. Begitupun dia terpaksa makan dan minum menggunakan tiub kerana tekaknya masih sakit untuk menelan.
Pemilik nama sebenar Mohd Ali Ismail baru-baru ini berkongsi cerita suka duka yang melanda hidupnya.
Pafa pandangan masyarakat mungkin beranggapan, anak kelahiran Klang ini mungkin dilihat kental dek kerana jiwanya ke arah genre rock.
Namun hakikatnya, jiwa lelaki berumur 54 Tahun ini cukup rapuh dan manja seperti kanak-kanak. Itu do sendiri isterinya, Sharifah Azuwanna Syed Joned yang dinikahinya sejak 27 tahun lalu.
“Alhamdulillah, saya bagai hilang kata-kata diberi nikmat hidup ini. Saya pernah berada pada tahap peratusan 50/50 untuk hidup. Seperti nyawa-nyawa ikan ketika itu. Allah tarik nikmat aset suara saya miliki, tapi dibentangkan banyak hikmah.
“Tapi kini keadaan saya semakin okey. Dulu nak bercakap pun susah. Sekarang boleh bercakap walaupun tak lancar. Kalau susah sangat nak bercakap, isterilah yang jadi wakil (bercakap). Sehingga kini saya masih meneruskan fisioterapi dan ‘rehab’ seminggu sekali di Hospital Rehabilitasi Cheras.
“Pergerakan dan kos ulang-alik ke hospital juga dapat dijimatkan serba sedikit kerana saya sudah berpindah menyewa pangsapuri di Seri Kembangan sejak awal Ramadan lalu. Dulu masa tinggal di Klang, banyak guna duit,” kata Ali dalam nada sebak sambil menyeka air mata.
Kata Ali, dia bersyukur di saat hilang punca rezeki kerana nikmat ditarik, banyak pihak membantunya.
Kos rawatan di Hospital Ampang sebelum ini selama tiga minggu RM12,000 ditanggung Baitumal. Begitu juga bayaran sewa rumah RM850 turut dibantu badan berkenaan.
“Kediaman baharu yang disewa pun sewanya dibayar Baitulmal sebanyak RM800. Kami hanya bayar RM50 saja,” kata Ali.
Namun, sejak awal Ramadan lalu juga, Ali enggan terus berpeluk tubuh mengusahakan perniagaan menjual kerepek dan kuih tradisional.
“Anak saya syorkan takkan nak terus menerima sumbangan orang, lalu mereka mencadangkan untuk menjalankan perniagaan. Akhirnya kawan syorkan saya menjual kerepek dan kuih diusahakannya.
“Kami berniaga di tapak Pekan Sungai Besi. Tapak pun kawan saya uruskan tanpa perlu saya membayar sewanya. Cuma masa nak mulakan perniagaan itu, duit simpanan yang ada ditampung dengan barang kemas digadai isteri jadi modal. Hasilnya dapatlah kumpul RM8,000 sebagai modal.
“Ketika ini, tiga anak saya termasuk lelaki sulung bergilir-gilir menjaga gerai kerana saya belum kuat untuk menjaganya seorang diri. Hasil jualan ini bolehlah menampung kehidupan saya sekeluarga. Malah pernah hasil jualan cecah RM300 sehari,” kata Ali sambil memberitahu wakil kelab peminat XPDC turut datang ke rumah dan menghebahkan perniagaan diusahakannya.
Akui Ali, dia sebenarnya teringin nak makan pelbagai menu kegemaran.
“Tapi saya memang tak boleh makan beriya-iya. Kena elak makanan keras terutamanya. Tambah nak raya, teringin juga makan ketupat dan lontong. Apakan daya. Tengok kek pun semacam tiada perasaan.
“Tahun ini pun kerana keadaan kesihatan diri, saya tak boleh berpuasa. Saya juga harus meminum susu enam kali dalam sehari untuk membekalkan tenaga selain ubat hospital.
“Setiap kali dengar laungan bacaan solat terawih di surau berdekatan pun jadi sayu. Saya tak boleh melipatgandakan pahala di bulan puasa kerana keterbatasan diri. Isteri selalu memujuk hati akan teman saya ganti atau qada puasa nanti,” katanya.
Ali menambah dia sepatutnya menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah pada 10 malam terakhir Ramadan.
“Pihak agensi kembara umrah sampai sanggup nak bawa saya ke sana walaupun perlu berkerusi roda. Tapi isteri pun cakap tak mahu susahkan mereka. Saya anggap tak ada rezeki.
“Saya pernah tujuh kali mengerjakan umrah. Dua kali daripada jumlah itu saya pernah ke sana bersama isteri iaitu pada tahun 2018 dan 2021,” katanya.
Sementara itu, Sharifah Azuwanna berkata ujian dilalui Ali menjadi ruang terbaik untuk menyokongnya dari belakang.
“Dulu selama lima kali melalui fasa kehamilan, dia (suami) yang bersusah payah menjaga saya. Saya pernah rasa loya nak muntah pun, dia sanggup tadah tangan.
“Kini, sewaktu dia diuji, saya pula menjaganya. Saya ini sebenarnya jenis cepat geli dengan benda yang memualkan. Tapi ketika menjaga suami termasuk membantu ke tandas pun saya seolah-olah hilang sikap geli itu.
“Cuma saya tahu dia memang sedih tak dapat berpuasa baru-baru ini. Dulu waktu sihat, puasa takkan tinggal. Malah siap buat puasa sunat lain termasuk puasa enam,” kata Sharifah Azuwanna .
Terdahulu, pada hari sama, Ali dan isterinya turut menerima kunjungan pihak stesen radio Buletin FM bersama Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin yang menyampaikan sumbangan dan bantuan baucar RM300 sebulan selama tempoh setahun untuk membeli barangan keperluan dapur di premis beli belah itu.
Penyampai Buletin FM, Haiza Hanafi turuf hadir menyerahkan sumbangan peribadi dan barangan stesen radio berkenaan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sayur-sayuran antara makanan yang paling cepat bertindak balas dan tidak tahan lama. Biarpun disimpan di dalam peti ais, ada kalanya sayur-sayuran cepat
layu dan tidak tahan lama.
Sama seperti sayur, buah-buahan juga tidak mampu kekal lama apabila disimpan. Sebenarnya ada cara penjagaan agar memastikan kedua makanan ini mampu disimpan lebih lama. Bagaimana? Ikuti tip dan petua yang diberikan ini.
Ketika menyimpan buah-buahan, pastikan ia tidak bertindih di antara satu sama lain. Baik menyimpan di dalam peti ais ataupun di luar, pastinya kesemuanya
tidak bertindih.
Mungkin meletakkannya di dalam bekas besar dan leper adalah pilihan paling sesuai. Elakkan sama sekali bakul kecil dan hanya membuatkan buah cepat lembik.
Limau
Pastikan limau disimpan di dalam tempat menyimpan telur, di dalam peti ais.
Tomato dan Timun
Simpanlah tomato dan timun di dalam suhu bilik sahaja. Namun untuk mengelakkan tomato cepat masak dan lembik, sorokkanlah dari cahaya matahari atau lebihan cahaya kepadanya.
Jambu, Epal dan Pear
Bungkus buah-buahan jenis ini, iaitu yang masih belum masak di dalam kertas bersama buah-buahan yang agak masak. Kemudian simpanlah ia di tempat gelap. Dalam tempoh sehari, buah-buahan ini akan masak.
Kentang
Kentang memang sangat cepat bertindak balas dengan suhu. Elakkan daripada mencampurkan kentang dengan buah atau sayuran jenis lain. Jika kentang sudah
dikupas, rendamkan di dalam air dan simpanlah di dalam peti ais.
Sayuran Herba
Seperti herba seperti daun saderi, daun bawang, daun kesum dan sebagainya, letakkan di dalam bekas berisi air kemudian simpanlah dalam peti sejuk. Pastikan akarnya terkena air. Cara ini buat ia tahan lebih lama daripada tempoh biasa.
Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.