Setiap orang punya citarasa berbeza dari segi susun atur rumah. Mungkin ada antara yang suka sarat dengan hiasan dekorasi dan ada yang suka konsep minimalist iaitu konsep ringkas.
Malah cara ini mudah untuk mengemas terutama ada anak yang ramai dan masih kecil. Bagitu juga dengan jenis rumah kediaman. Asalkan kreatif dekorasi rumah menjadi selesa dan kemas.
Begitulah perkongsian ini. Ia boleh menjadi ilham untuk susun atur. Jom lihat ideanya!
Saje nak share deco-deco bilik tidur utama. Musim2 pkp ni, takde apa nk buat, kita transform laa bilik tidur kita. Bajet nipis je ni. Tak sampai RM400 pun (tak termasuk econ tau. Sbb econ tu bukan tujuan deco2. Jgn ada yg tanya plk
Ads
Musim pkp ni semua brg yg diperlukan sy beli kt Shopee. Murah2 jer. Brg lain mmg dh sedia ada dlm rumah, just mix and match kan sahaja. Ade jgk yg sy diy sndiri. Janji sedap mata memandang & selesa utk merehat2kan badan di bulan yg mulia ini.
Kadang kala cara hidup akan membuatkan kita hidup dalam tidak sihat. Walaupun makan makanan yang sihat, namun jika emosi tak kawal, ia akan memakan diri untuk jangka masa panjang.
Sebagaimana perkongsian puan Aminah Mat Yusoff yang menyentuh mengenai pesanan seorang doktor kepada wanita setiap kali datang mendapatkan rawatan di kliniknya.
Pesan seorang doktor kepada setiap wanita yang datang ke kliniknya. In Sha Allah yang membaca, mengamalkan dan menyebarkan moga beroleh pahala dan manfaat. Peristiwa ini berlaku ketika saya masih lagi menuntut di UKM. Taqdir Allah ketika cuti sem, saya membawa ibu ke salah sebuah klinik di Pasir Mas. Seperti biasa ibu saya menerima rawatan daripada Doktor dan dibekalkan beberapa jenis ubat.
“Ibu awak demam biasa sahaja, tapi ada perkara penting yang ingin saya sampaikan..setiap wanita yang datang ke klinik saya akan dapat maklumat ini supaya dapat bantu lebih ramai orang diluar sana” Beritahu Doktor berkenaan sambil tangannya menarik laci meja.
Daripada laci dikeluarkan dua keping gambar dan diletak di atas meja. “Cuba tengok gambar ini”? Saya cuba mengamati gambar yang dimaksudkan..Allahuakbar, terkejut bercampur ngeri kerana terpampang depan saya gambar seorang wanita yang mengidap breast kanser…kecut perut dibuatnya.
“semakin hari semakin ramai wanita yang mengidap penyakit ini dan ia agak sukar untuk dipulihkan, jika sembuh sekalipun ia akan menjadi seorang wanita yang tidak sempurna dari segi fizikal dan emosi”
6 PESANAN UNTUK WANITA SALAH SATUNYA ELAK KANSER
Ingat pesan saya dan sampaikanlah kepada wanita diluar sana.
1. Jaga hati, jangan buruk sangka dan fikir yang bukan-bukan tentang orang lain kerana sekali kita memberi ruang ia bersarang di dalam hati, selamanya dia akan kekal malah semakin membesar. Inilah benih yang menyuburkan sel kanser, kecuali mendekatkan diri kepada Allah dan sentiasa berfikiran positif.
2. Jangan melayan perasaan sedih yang berpanjangan, itulah perbuatan yang sia-sia dan mendatangkan mudhorat. 3. Jangan berdendam kerana perasaan marah dan tertekan akan menjadi baja kepada breast kanser.
4. Jangan memendam perasaan, masalah akan membuatkan seorang wanita lemah, tidak bermaya dan kerap keletihan. Luahkanlah kepada seseorang yang kita percayai dan ingatlah Allah juga sentiasa ada untuk mendengar keluhan kita.
5. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu diluar kudrat seorang wanita, kerana Allah SWT jadikan wanita sangat bebeza dengan lelaki. Jadilah seorang wanita yang lemah lembut tapi miliki jiwa yang sihat dan kental kerana itulah fitrah semula jadi yang telah ditetapkan.
6. Akhirnya, masaklah untuk keluarga makanan yang baik-baik, kerana dari air tangan seorang isteri dan Ibu menjadi penentu kepada tahap kesihatan sebuah keluarga.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan menjadi asbab untuk seluruh wanita menjadi sihat In Sha Allah.
Membicarakan dengan pasangan andai salah seorang pergi dahulu mengadap Ilahi, itupun seakan tidak sanggup rasanya membayangkan detik itu. Sebolehlah biarlah hidup mati bersama.
Namun apa daya kita, sedangkan kematian itu adalah pasti. Lantas atas sebab kita sayangkan pasangan dan anak-anak yang akan ditinggalkan, kita perlu buat sesuatu sebelum saat itu tiba.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Saudara Azizul Azli di akaun fbnya tentang apa suami perlu buat sebelum meninggal pergi. Ayuh baca perkongsian penuh daripadanya.
SEBELUM SUAMI MENINGGAL PERGI?
1. Sediakan satu dana hibah buat isteri sebelum apa apa terjadi.
2. Didik isteri urus kewangan dan belanja keluarga. Ceritakan bagaimana kita urus belanja bayar semua.
3. Maklumkan isteri semua hutang yang ada. Hutang kereta berapa, Hutang rumah, hutang budi dan pembiayaan peribadi.
4. Ceritakan pada isteri simpanan yang ada juga. Tabung ASB ada berapa dan hibahkan pada siapa? KWSP kita letak siapa penama. Begitu juga Tabung Haji ada berapa, saham apa kita ada.
5. Sediakan Dana Kecemasan 6 bulan gaji kita. Dan pastikan jika apa apa berlaku, isteri boleh guna dana kecemasan ini.
6. Ambillah Takaful Perlindungan Pendapatan. Saya bukan agen takaful tetapi saya galakkan semua suami kacak dan seksi ada perlindungan ini. Bayaran serendah RM50-RM150 sahaja sebulan.
7. Tulis senarai daftar, apa yang harus dilakukan “Jika Saya Meninggal?”. Bagaimana urus dana pancen, lapor pada siapa, dana KWSP perlukan salinan apa, siapa penama dan sebagainya.
Ada isteri hilang punca bila tiba tiba suami dijemput pergi. “Saya tak tahu nak buat apa apa”.
8. Sediakan Dana Pendidikan Anak dan Pelaburan. Ceritakan tabung mana kita simpan dan dana apa kita ada dalam pelaburan.
9. Hitung dan senaraikan Aset yang ada. Setahun sekali tulis beli saham apa, tanah dimana, rumah sewa dan berapa kereta yang ada.
10. Ajar Isteri sejak sekarang guna perbankan online untuk semua urusan. Jika semua urusan kewangan kita uruskan. Apa salahnya maklumkan pin bank, kata dah sayang.
11. Jangan harapkan sesiapa akan bantu dan urus keluarga kita. Yang namanya duit ini berhantu, sanggup telan dan hina saudara demi duit sahaja.
Tinggalkan keluarga kita dalam keadaan berharta. Bila miskin dan ada hutang, keluarga pun sanggup buang.
Syawal terus berlalu bersama begitu banyak momen indah tercipta saat meraikan lebaran bersama sanak saudara dan rakan taulan.
Menyemarakkan lagi kehadiran Syawal tentunya kita tidak mahu melepaskan untuk merebut pahala dengan berpuasa enam.
Pun begitu, ketahui dulu penerangan berkenaan menggabungkan puasa enam dengan puasa ganti daripada mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin . Jom fahaminya.
GABUNG PUASA SUNAT DENGAN PUASA WAJIB?
Seseorang berkata : Saya ada cara yang tersendiri untuk mengaut pahala yang banyak tanpa perlu melakukan ibadah seperti orang lain. Bagaimana? Kata beliau : Saya pilih Bulan Ramadhan untuk saya bermusafir ke luar negara bagi urusan bisnes saya. Orang musafir boleh buka puasa dan ganti selepas Ramadhan. Bila Bulan Syawal saya ganti dan niat puasa enam Syawal sekali. Pahalanya kata ustaz sama seperti pahala orang puasa enam. Jadi, kalau orang lain berpuasa sebulan campur enam hari baru dapat pahala bagaikan setahun puasa, sedangkan saya hanya puasa Ramadhan termasuk ganti, dapat pahala yang sama.
Saya tersenyum kepadanya. Saya kata: Walaupun saya tahu ada ulama yang berpendapat sedemikian, namun saya percaya Allah Maha Bijaksana lagi Adil tidak akan menyamakan antara dua amalan yang ternyata berbeza. Saya akur ada perbezaan pendapat namun saya tidak bersama dengan pendapat seperti itu. Saya percaya bahawa ajaran Islam itu penuh dengan lojik dan munasabah yang kuat. Allah itu Maha Halus penilaianNYA lagi Adil. Jika tidak, ramai yang akan mencari ruang keizinan (rukhsah) berbuka puasa pada Bulan Ramadan dan diganti enam hari pada Bulan Syawal. Atas alasan pahalanya sama seperti puasa setahun tanpa perlu berpuasa sebulan dan enam hari.
Saya bertanya kepadanya: Bolehkah saudara membayar hutang kepada pihak yang saudara berhutang dengan niat sedekah sekali kepadanya, padahal jumlahnya sebanyak jumlah hutang sahaja? Munasabahkah begitu?!!
Dia diam.
Bukan semua boleh digabungkan.
Bolehkah saudara gabung solat sunat Subuh dua rakaat dengan solat fardu Subuh itu sendiri? Niat aje solat sunat bersekali dengan solat fardu macam puasa enam diniatkan gabung dengan puasa wajib. Dapat pahala sama? Maka dua rakaat fardu Subuh dapat pahala sunat Subuh sekali tanpa perlu lagi solat sunat subuh?!
Begitu? Mudah sekali. Maka banyaklah nanti yang akan digabungkan. Pastinya tidak semudah itu.
Saya kata, apatah lagi apabila kita lihat riwayat secara jelas menyatakan Nabi s.a.w bersabda
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ، كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
“Sesiapa yang berpuasa ramadhan, kemudian dia susulinya dengan enam hari dari Bulan Syawwal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)” (Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dll).
Ertinya puasa Ramadan dahulu kemudian diikuti dengan enam hari pada Bulan Syawal.
Ibadah memerlukan kesungguhan dan bukan andaian.
Saya tidak bersama dengan pendapat itu, namun terpulang kepada saudara. Akhirnya, ia antara saudara dengan Allah jua.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.