Sekali lagi perkongsian lelaki yang menggunakan gelaran #superdaddy ini menyentuh hati pembaca di laman facebooknya. Jika sebelum ini, saudara Khairul Abdullah sering memuat naik kisah tiga anak lelakinya selain throwback kisah bersama arwah isteri, namun perkongsian kali ini mengenai ibunya cukup berinspirasi.
Kisah ketabahan ibunya yang hidup dalam serba kesusahan namun, demi melihat wajah cucu yang dinanti selama 10 tahun, dia sanggup terbang beratus ribu kilometer ke tempat yang cukup asing, sendirian tanpa ditemani sesiapa. Namun, ibu ini selamat tiba ke destinasi tanpa sebarang masalah, biarpun dia hanya fasih berbahasa melayu. Satu kisah yang cukup mengagumkan.
Itu mak, usianya 67 tahun dan masih sihat.
Mak cuma orang kampung yang sekolahnya hanya sampai darjah 4. Lari meninggalkan sekolah dan ibu tirinya demi untuk mencari ibu kandung berbekalkan RM1.20 di dalam poket.
Hidupnya susah dari kecil sehinggalah saya lahir dia masih susah. Kami tinggal jauh di ulu, tempat jin bertendang kata mak. Rumah dikelilingi hutan dan semak.
Ular, lipan, kala jengking, biawak, musang biasa berkampung di bawah rumah atau kadangkala terlepas masuk ke dalam rumah.
Ads
Mak boleh membaca, mengira dan menulis, berkat belajar sehingga darjah 4. Selebihnya mak hanya tahu buat kerja rumah dan menoreh getah.
Dunianya hanya di kebun getah atau di rumah bersama keluarganya. Jarang ke mana-mana. Kuala Lumpur hanya dilihat di kaca tv sahaja apatah lagi tempat lain di dunia.
Namun pada 2014, saya pinta mak untuk datang melihat cucunya yang baru lahir, cucu yang 10 tahun dia tunggu. Mak setuju, lalu saya terbangkan dia seorang diri ke Frankfurt, Germany.
Seorang diri tanpa ditemani siapa-siapa demi untuk melihat cucunya Khaleef.
Semua orang gementar, mak yang hanya tahu berbahasa melayu dengan loghat Kedah yang pekat perlu terbang ke negara yang mana orangnya jarang sekali bercakap inggeris, apatah lagi bahasa Melayu loghat Kedah.
Ads
Namun mak sampai dengan selamat.
Dan hari itu, buat pertama kalinya mak melihat dunia. Dunia yang dia tak pernah bayangkan, dunia yang salji turun memenuhi gunung dan buminya. Dipegang dan dibaling-baling salji itu semahunya.
Luas dan indahnya bumi Allah ini katanya.
Sejak itu dia terbang sentiasa. Terbang melihat dunia.
Hari ini, mak terbang selang seminggu, berulang-alik untuk melihat cucu-cucunya. Lapangan terbang adalah destinasi biasa buat dia. Dia sudah mahir selok belok dan tahu cara di mana-mana airport pun.
Ads
Nak menghantar dan menjemput dia pun tak perlu masuk ke dalam dah, drop sahaja di pintu masuk dan dia tahu mana nak tuju dan tunggu sahaja di gate mana yang akan dia beritahu bila dia sampai nanti.
Yer, mak masih terbang seorang diri.
Dia frequent flyer.
Sesekali dia pinta untuk naik keretapi, bosan juga kerap sangat terbang katanya.
Saya mungkin menjadi orang yang pertama naik kapal terbang di dalam keluarga kami dan saya juga orang yang paling kerap travel.
Namun hari ini rekod naik kapal terbang paling banyak dipegang oleh mak.
Di era digital yang serba canggih ini, internet telah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan seharian kita, termasuk anak-anak kita. Walaupun internet menawarkan pelbagai manfaat, seperti akses kepada maklumat dan peluang pembelajaran, ia juga membawa risiko yang perlu diberi perhatian, terutama bagi golongan muda yang belum matang.
Oleh itu, kawalan internet oleh ibu bapa adalah penting untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak di dunia maya. Kenapa ibu bapa kena kawal penggunaan internet?
1. Mengelakkan Ketagihan Internet
Ketagihan internet, termasuk ketagihan kepada permainan video atau media sosial, adalah isu yang semakin biasa di kalangan anak-anak. Masa yang terlalu banyak dihabiskan di hadapan skrin boleh menjejaskan prestasi akademik, kesihatan fizikal, dan hubungan sosial mereka.
Ibu bapa perlu menetapkan had masa skrin yang jelas dan berdisiplin untuk anak-anak, serta menggalakkan mereka terlibat dalam aktiviti luar dan sosial yang bermanfaat. Dengan cara ini, anak-anak dapat menikmati faedah internet tanpa mengabaikan aspek penting lain dalam kehidupan mereka.
2. Membentuk Tabiat Digital yang Sihat
Selain daripada memantau kandungan dan masa skrin, ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak mengenai etika internet dan penggunaan yang bertanggungjawab. Ini termasuklah menghormati privasi orang lain, mengelakkan penipuan dalam talian, dan tidak terlibat dalam buli siber. Dengan memberi panduan dan contoh yang baik, ibu bapa boleh membantu anak-anak membentuk tabiat digital yang positif dan bertanggungjawab.
3. Pembelajaran yang Positif
Ibu bapa boleh membantu anak-anak menggunakan internet dengan cara yang produktif dan mendidik, seperti mencari maklumat untuk pembelajaran atau aktiviti yang merangsang kreativiti. Mengawal penggunaan internet membolehkan mereka mengarahkan anak-anak ke sumber-sumber yang bermanfaat.
Menggunakan Alat Kawalan Internet!
Terdapat pelbagai alat dan aplikasikawalan internet yang boleh membantu ibu bapa dalam mengawal penggunaan internet anak-anak. Alat-alat ini membolehkan ibu bapa memantau aktiviti dalam talian dan menetapkan had masa skrin. Menggunakan teknologi ini dengan bijak boleh memberikan lapisan tambahan perlindungan kepada anak-anak.
Tahukah anda, dengan aplikasi Astro Fibre dapat membantu untuk mengawal penggunaan internet. Macam mana tu? Kalau anak-anak asyik guna internet, ibu bapa boleh kawal akses. Dengan mudah, anda boleh ‘lock’ dan ‘unlock’ rangkaian internet di peranti tertentu pada waktu yang diinginkan.
Guna Aplikasi Astro Fibre
Aplikasi Astro Fibre adalah aplikasi mudah alih yang baru diperkenalkan khusus untuk pelanggan Astro Fibre. Aplikasi ini membolehkan pelanggan mengawal dan menyesuaikan akses internet di rumah mereka, serta berkongsi akses rangkaian dengan tetamu secara selamat, antara banyak ciri lain.
Bagusnya Astro Fibre kerana anda boleh menikmati pelbagai kebaikan seperti:
– Kongsi WiFi Cara Mudah & Selamat
Anda boleh kongsikan WiFi anda dengan cara mudah. Tak perlu leceh-leceh, gunakan kod imbas QR dan tetamu yang datang ke rumah boleh menikmati internet yang lancar tanpa gangguan.
– Kawal Penggunaan Internet Anak
Tak perlu risau anak terlebih guna internet. Dengan aplikasi ini, ibu bapa boleh mengawal tempoh masa anak menggunakan internet dan boleh disekat sekiranya perlu.
– Pantau Prestasi Rangkaian WiFi
Bagusnya aplikasi ini kerana ia memberi kemudahan untuk pelanggan perhatikan sekiranya liputan internet bermasalah dan sebagainya. Kadang-kadang pelik kenapa rangkaian internet jadi perlahan. Jadi dengan adanya aplikasi ini, anda boleh pantau pengguna yang akses ke rangkaian internet melalui peranti apa, jadi masalah boleh dikenalpasti segera.
WiFi Astro Fibre juga mempunyai kelajuan pantas yang memberi pengalaman internet tanpa gangguan. Ia juga mempunyai sambungan kencang yang dapat mengekalkan kelajuan internet tanpa buffering atau gangguan.
Rangkaian internet yang mesra keluarga dan boleh diakses semua orang dalam satu rumah. Paling penting, proses pemasangan mudah tanpa masalah dengan ciri-ciri keselamatan yang ditingkatkan, dapat beri perlindungan keselamatan terhadap ancaman siber.
Bagi memberi kepuasan kepada pelanggan, Astro Fibre sentiasa menambah baik perkhidmatan yang disediakan. Lebih bagus lagi, akan ada lebih banyak ciri-ciri menarik yang lain akan diperkenalkan tak lama sahaja lagi.
Dengan semua ciri terbaik ini dapat membantu anda sekeluarga menggunakan internet dengan lebih mudah. Kepada pelanggan Astro yang sedia ada, boleh muat turun Aplikasi Astro Fibre secara percuma.Berbaloi-baloi kan langgan Astro Fibre!
Jom, Ikut Kakak Kencang Guna Astro Fibre!
Untuk menjadi pengguna yang bijak, langgan lah Astro Fibre di rumah anda sekarang! Ikutlah sepertiKakak Kencang kita iaitu Hawa Rizwana, yang memilih Astro Fibre di rumahnya. Bukan saja mempunyai liputan yang luas bahkan kelajuan internet tanpa gangguan membuatkan Kakak Kencang kita puas hati menggunakan WiFi ini bersama keluarganya.
Jom, kenali Kakak Kencang Astro Fibre!
Kalau nak tahu kehebatan Astro Fibre, apa kata tengok Kakak Kencang dan keluarga enjoy gunakan WiFi hebat ini!
Bukan sekadar di ruang tamu, bahkan di seluruh rumah Astro Fibre ‘buat kerja’ terbaik! Memang ‘cover’ satu rumah. Duduklah di mana-mana pun, tetap akan dapat liputan internet terbaik tanpa gangguan. Juga boleh diakses pelbagai peranti, jadi tiada masalah kalau nak tonton filem ataupun buat kerja. Mudah kan?
Patutlah Hawa dan keluarga lebih suka habiskan masa di rumah. Dengan adanya liputan internet sehebat Astro Fibre di rumah, banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama!
Jadi jangan tunggu lagi, ayuh buat pilihan bijak seperti Kakak Kencang dan nikmati internet lancar untuk seisi keluarga!Lagi best, kini ada tawaran hebat untuk pelanggan Astro, anda boleh tambah WiFi Kencang 500Mbps dengan hanya RM90 sebulan. Memang berbaloi dan betul-betul jimat!
Nak tahu lebih banyak tentang Astro Fibre WiFi Kencang, boleh layari https://www.astro.com.my/fibre atau WhatsApp “HI” ke 03-9543 3838.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Umum mengetahui, kalau ada ahli keluarga kita yang jatuh sakit mesti kita akan membawa mereka ke hospital atau klinik untuk membuat pemeriksaan. Pun begitu, ada satu perkara yang sering kita terlepas pandang dalam bab pemilihan pakaian yang sesuai untuk berjumpa doktor. Biasanya, capai sahaja baju yang ada dan terus bergegas ke klinik.
Pun begitu ada juga segelintirnya bila diberikan tarikh temujanji untuk membuat pemeriksaan lanjut, siap datang dengan penuh bergaya. Namun tahukah anda, tersalah pemilihan pakaian akan menyukarkan proses untuk doktor memberi rawatan dan sekali gus menyukarkan anda juga.
Oleh itu, ada baiknya kita dengar nasihat daripada Doktor Muhammad Izzat ini yang turut dimuat naik di akaun fbnya untuk manfaat bersama.
Ini pesanannya….
Kalau nak pergi check doktor, tak payah la pakai tudung lilit-lilit, kan payah dah nak cek telinga, nak cek leher nak periksa thyroid. Pakai tudung biasa-biasa dah.
Kalau nak pergi cek mengandong pula takyah la beriya nak pakai jubah. Pakai baju biasa-biasa sudah. Bila suruh selak perut nak scan segan pula. Kalau nak juga pakai jubah, sila lah pakai kain satu lagi di dalam, atau leggings ke, senang la nak selak perut untuk check perut dan scan.
Baju jubah lip lap berlabuci dan tudung Siti Nurhaliza ka Ramlah Ram ka Fazidah Joned ka Sanisah Huri ka, tudung artis suam-suam kuku tinggalkan kat umah bila pergi jumpa doktor.
Pakai biasa-biasa sudah, tudung mak jah pun dah cukup, melainkan lepas jumpa doktor tu hangpa ada konsert atau nak buat persembahan kat Royal Albert Hall London.
Kalau pakai tudung makcik bawang macam kat bawah ni pun dah ok dah, tudung makcik bawang takpa, jangan perangai makcik bawang je.
Hak korang la nak pakai tudung instant ke tudung 3 in 1 ke, asalkan bila doktor nak periksa tu senang la, takda la nak tunggu 10 jam nak tanggalkan pin satu satu.
Posting daripada doktor ini juga menarik ramai netizen memberi pandangan dan berkongsi pengalaman berkenaan hal pemakaian ketika berjumpa doktor. Ini antara yang menarik untuk dikongsikan.
Ibu mana yang tidak bimbang dengan kesihatan anaknya bila kerap kali mengalami beberapa gejala seperti susah bernafas, bersin dan badan berbintik-bintik tanpa mengira waktu.
Disebabkan kerisauan itu juga telah membuatkan Tya Ariffin akhirnya memutuskan untuk membawa anak lelakinya, Arif Jiwa mendapatkan rawatan dengan melakukan ujian alergi kulit di sebuah pusat perubatan di ibukota baru-baru ini.
Berkongsi info berkenaan keadaan anaknya, Tya memaklumkan anak lelakinya itu kerap mengalami masalah susah bernafas, bersin dan badannya pula berbintik-bintik merah.
“Pergi ke klinik, ingatkan batuk atau selsema. Minumlah ubat. Pergi ke TNT juga, sekejap hilang dan datang lagi.
“Kerana tak puas lagi, jadi datanglah ke doktor untuk buat ujian alergi,” kongsi Tya di dalam video yang dikongsikan di Instagramnya.
Tambah Tya lagi, “Jadi buat test alergi pada susu ke, cheese ke, kacang ke, coklat, sampai haiwan peliharaan pun ditest, tu yang kenapa belakang Arif ada titik titik,” terangnya.
Hasil daripada ujian yang dilakukan dengan kos sekitar RM700 hingga RM1,000 itu, dapatlah diketahui bahawa Arif sebenarnya alergi pada debu.
“Ingakan sebelum ini sebab tak boleh minum susu, makan kacang atau keju. Buat juga ujian haiwan peliharaan.
“Tapi hasilnya, Arif memang alergi debu,” jelas Tya.
Lantaran itu Tya berpesan kepada semua agar menjaga kebersihan kediaman termasuk menukar sarung bantal, karpet dan langsir.
“Kena selalu lihat kebersihan carpet, bantal, langsir. Selain itu kena tukar 5-7 hari sekali. Bantal setiap hari dijemur atau dicuci. Elakkan tempat berkarpet.
“Jadi ibu-ibu pastikan kenali punca sebenar, dah kasian Arif selama ini kena menahan makan coklat, keju dan sebagainya. Ternyata debu je,” jelas Tya lagi.
Pelakon dan pengacara, Ain Edruce yang kini hamil anak keduanya mengakui berat badan badannya kini semakin bertambah secara mendadak biarpun kandungannya baru berusia lima bulan.