Menjadi kebiasaanya  bila kita bercuti ke tempat-tempat menarik pasti ada sahaja gambar yang ingin diabadikan sebagai kenang-kenangan. Lazimnya juga jika ingin dibandingkan antara suami dan isteri, orang yang paling sibuk hendak bergambar adalah isteri. Betul bukan?

 

 

Benar atau tidak, namun apa yang pasti orang perempuan ni bila bergambar akan membuatkan mereka rasa bahagia.

Jika anda  tidak percaya, cubalah perhatikan gelagat isteri anda bila di bawa berjalan ke destinasi menarik. Mungkin selama ini ada yang tidak perasan. Memang itulah perangainya!

Berkongsi tentang merakam foto ketika bercuti, salah seorang pemilik akaun TikTok berkongsi video yang cukup mencuri perhatian warganet. Suria Syafiqah telah berkongsi keletah orang tuanya ketika di bawa berjalan-jalan ke tempat menarik.

Kalau bergambar dengan kawan kemain sengih, bini sendiri asyik tak nak je … nanti menyesal, orang suruh bergambar buat muka

Dapat dilihat ibunya seakan bertukar ‘garang’ dan cakap direct sahaja dengan suaminya ketika sesi bergambar.

“Dengan Kawan Kemain Sengih….”-Gelagat Isteri Usik Suami Susah Senyum, Tarik Perhatian!

Bukan itu sahaja, malah turut diugut dengan ayat ‘nanti menyesal’ dan kemudian selamba pula berseloroh dengan suaminya.

“Dengan Kawan Kemain Sengih….”-Gelagat Isteri Usik Suami Susah Senyum, Tarik Perhatian!

Ini kerana difahamkan bahawa suaminya itu bila bergambar dengan kawan-kawannya  rajin pula tersenyum.

IKLAN

Bah Wuhuuu… nanti abang menyesal takda gambar kat beca

Manakala perkongsian video berasingan, Syafiqah juga tidak dapat menahan tawanya bila melihat gelagat spontan ayahnya yang ingin pergi ke tempat lain meskipun telah dipanggil oleh ibunya untuk bergambar.

Namun akhirnya pasrah menuruti ajakan isterinya untuk bergambar kenangan berlatarkan beca.

“Dengan Kawan Kemain Sengih….”-Gelagat Isteri Usik Suami Susah Senyum, Tarik Perhatian!

Secara umumnya, video yang dikongsikan ini telah tular dengan memdapat sejuta tontonan di aplikasi TikTok.

@suriasyafiqah Mak ku gangster everytime ajak laki dia bergambar #fypdongggggggg #fyp #foryoupage #parentsoftiktok #funnyvideos ♬ CASABLANCA – Nuha Bahrin & Naufal Azrin

Meninjau di ruangan komen, bermacam-macam respon diberikan dan rata-rata turut mengakui begitulah ragamnya orang lelaki.

“tp mmg betul..bila ngan kwn or saudara mara,bukan main lagi senyum.tang bila ngan Bini cam kene jatuh hukuman penjara je rupanya😂😂😂😂”

IKLAN

“abah sy sejak pandai buat mini love,,klu begambau asik2 ada mini love,,xkira situasi😅”

“Masalahnya betul, Ayah saya pun macam ni Makcikkk”

“biasa nyer kalau bini ckp direct mcm ni..dia caring & setia..😅”

Sumber : TikTok @suriasyafiqah

 

“Dengan Kawan Kemain Sengih….”-Gelagat Isteri Usik Suami Susah Senyum, Tarik Perhatian!

Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.

IKLAN

ARTIKEL MENARIK :Ditipu Agensi. Berhabis RM76K Nak Pergi Haji, Namun Suami Isteri Ni Terkandas Di KLIA!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Ibu Ni Kongsi Pengalaman Jelajah Turki 30 Hari Guna Kereta Bersama Anak Beranak!

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI