Tiada siapa menyangka rutin biasa bersama keluarga boleh menjadi kenangan terakhir yang terpahat hingga ke akhir hayat. Dalam kesedihan itu, hasrat derma organ seorang isteri akhirnya menjadi peninggalan penuh makna buat insan lain.
Itulah yang dirasai Raja Muhammad Raja Ali, 45, selepas kehilangan isteri tercinta, Romaizam Marzuan, 44, yang meninggal dunia selepas tiga hari tidak sedarkan diri akibat komplikasi penyakit asma.
Menurut Raja Muhammad yang menetap di Kampung Padang Machang, Manir, hari terakhir mereka bersama dilalui seperti biasa. Mereka sempat pergi bekerja, bersarapan dan makan tengah hari bersama sebelum pulang dan singgah ke pasar raya.
“Pergi kerja, sarapan dan makan tengah hari bersama, selepas pulang kami ke pasar raya. Arwah sempat hidangkan makan malam serta meluangkan masa menonton televisyen bersama keluarga, itu momen terakhir yang tidak akan saya lupakan hingga ke akhir hayat,” katanya.
Raja Muhammad Raja Ali menunjukkan gambar isteri, Romaizam Marzuan. – NSTP/Nazdy Harun
Tunaikan Hasrat Arwah Derma Organ
Di sebalik kesedihan kehilangan insan tersayang, Raja Muhammad tetap kuat menunaikan hasrat isterinya yang pernah menyatakan keinginan untuk menjadi penderma organ.
Menurutnya, arwah pernah beberapa kali memaklumkan bahawa dia telah mendaftar sebagai penderma organ bersama tiga orang adiknya.
Selepas pihak hospital mengesahkan nama Romaizam terdapat dalam rekod penderma, Raja Muhammad berbincang dengan ahli keluarga sebelum bersetuju meneruskan hasrat tersebut.
“Selepas pihak hospital mengesahkan nama arwah terdapat dalam rekod penderma organ, saya meneruskan hasrat itu bagi memberi peluang kepada pesakit lain yang lebih memerlukan.
“Saya fikir hasrat menderma organ ini untuk kebaikan arwah, justeru saya bersetuju dermakan organ arwah,” katanya.
Menurutnya, organ yang didermakan termasuk buah pinggang, hati, tulang dan injap jantung.
Malah, dia dimaklumkan buah pinggang serta hati arwah sudah mempunyai penerima dan akan dihantar ke Kuala Lumpur untuk proses seterusnya.
Raja Muhammad berharap derma organ itu mampu memberi manfaat serta peluang kepada pesakit lain untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik.
Ads
Tiga Hari Tidak Sedarkan Diri
Mengimbas detik sebelum pemergian isterinya, Raja Muhammad berkata Romaizam yang bertugas sebagai Penolong Akauntan di Pejabat Bendahari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mula mengadu sukar bernafas pada malam Ahad.
Arwah kemudiannya dibawa ke sebuah klinik berhampiran kediaman mereka.
“Sebaik tiba di klinik, arwah dalam keadaan tidak sedarkan diri dan pihak klinik meminta saya membawanya terus ke hospital.
“Arwah mula tidak sedarkan diri kira-kira jam 10.30 malam Ahad dan selepas tiga hari menerima rawatan, arwah disahkan meninggal dunia pada jam 7.56 malam,” katanya.
Pemergian itu berlaku selepas keluarga melalui tiga hari penuh debaran ketika Romaizam menerima rawatan. Dalam tempoh yang sukar itu, keluarga akhirnya turut berdepan keputusan untuk meneruskan hasrat yang pernah dinyatakan arwah ketika masih hidup.
Derma Organ Beri Harapan Kepada Insan Lain
Keputusan meneruskan hasrat Romaizam bukan sesuatu yang dibuat tanpa perbincangan. Selepas mendapat pengesahan daripada pihak hospital mengenai rekod penderma dan berbincang bersama keluarga, Raja Muhammad memilih untuk menghormati keinginan isterinya.
Ads
Di sebalik kehilangan yang begitu besar, keputusan tersebut membuka ruang kepada pesakit lain untuk mendapat peluang meneruskan kehidupan. Buah pinggang dan hati arwah yang sudah mempunyai penerima menjadi sebahagian daripada hasrat terakhir Romaizam yang dapat ditunaikan keluarganya.
Bagi keluarga, derma organ itu bukan sekadar satu keputusan selepas pemergian Romaizam, tetapi juga satu bentuk penghormatan terhadap hasrat yang pernah dinyatakannya sendiri.
Empat Anak Terasa Kehilangan
Pemergian Romaizam turut meninggalkan kesan mendalam kepada empat anak pasangan berkenaan yang berusia antara sembilan hingga 19 tahun.
Raja Muhammad yang bekerja sebagai pembantu tadbir di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyifatkan isterinya sebagai seorang wanita yang ceria, penyayang dan sentiasa menceriakan suasana keluarga.
“Arwah seorang yang ceria dan sering menggembirakan kami keluarga dengan pelbagai celotehnya serta seorang ibu yang sangat baik.
“Arwah memang seorang yang ceria, selalu buat orang di sekelilingnya gembira dan ketawa sebab itu bila dia tiada kami sekeluarga memang terasa sangat kehilangannya,” katanya.
Tambahnya, antara memori yang paling dirindui ialah kebiasaan mereka keluar bersama untuk makan, berjalan-jalan serta mengunjungi lokasi menarik bersama anak-anak.
“Saya dan arwah sering keluar bersama, pergi makan, berjalan dan mencari tempat-tempat yang tular untuk kami kunjungi dan memori itu akan terpahat dalam kenangan saya dan anak-anak buat selamanya,” katanya.
Walaupun pemergian isteri berlaku dalam sekelip mata, Raja Muhammad reda dengan ketentuan yang telah tertulis.
Jenazah Romaizam akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Padang Tengir, Manir selepas semua urusan berkaitan pendermaan organ selesai.
Dalam kesedihan sebuah keluarga kehilangan isteri dan ibu tersayang, hasrat terakhir Romaizam untuk mendermakan organ menjadi satu peninggalan penuh makna. Pemergiannya bukan sahaja meninggalkan kenangan indah buat keluarga, malah memberi sinar harapan kepada insan lain untuk meneruskan kehidupan.
Setiap ibu bapa punya cara tersendiri dalam mendidik anak-anak. Namun ada masanya, kita tidak dapat mengawal amarah itulah yang dilepaskan pada anak-anak. Tetapi cepat-cepat tersedar dan mula rasa bersalah kan.
Mungkin faktor tekanan baik kerja mahupun sekeliling membuatkan kita tidak dapat mengawal diri. Ditambah pula dengan karenah anak-anak membuatkan mudah nak naik angin.
Bagi pelakon terkenal, Saharul Ridzwan dalam satu perkongsian di laman instagramnya, dia bercerita mengenai situasi di mana tanpa sengaja memarahi anak sulungnya.
Selamat pagi anak Baba. Sorry marah2 Ali 😘 . Kesian Ali, minggu lepas selalu dia kena marah dengan Baba. Kadang2 sebab kita stress and busydengan sesuatu benda, kita tak perasan terlepas marah tu dekat anak. Anak datang nak main, kita cakap, Nantiii! Jangan kacau! Dah anak merajuk dengan kita barulah terkial2 nak datang peluk. 😭
Kawan kawan, agak2 kita ni selalu marah anak or isteri kita, cepat2 lah kita mintak maaf, peluk orang yang kita sayang. Tanpa doa dari dorang ni kan, mungkin itu pun akan sekat sesetengah rezeki kita.
Ali nangis sampai sedu2 kadang2 bila kena marah, sudahnya Baba pulak berair mata bila tengok anak tak sihat lepas tu. Sayang family kita, baru Allah sayang kita ❤️
Siapa sangka mengemis pun boleh jadi kaya! Meraih sempati orang ramai dengan pakaian yang lusuh serta perwatakan yang kusut masai adalah antara ciri-ciri seorang pengemis.
Tidak nafikan golongan ini yang hidup dibelenggu kemiskinan mampu meraih pendapatan yang lumayan dengan simpati orang ramai.
Walaupun ia suatu perbuatan sosial yang tidak digalakkan, namun ia tetap mengundang simpati. Barangkali ada sebab tersendiri yang tidak mampu kita rungkai.
Tidak dinafikan kehidupan golongan ini dikatakan daif, namun ada juga hidup sebaliknya.
Sebagaimana kisah dari luar negara ini, memberikan gambaran bahawa mengemis bagaikan suatu ‘kerjaya’ untuk meraih kekayaan.
Menurut laporan Gulfnews, Chhotu Baraik, bahawa lelaki kurang upaya berusia 40 tahun ini mendedahkan kehidupannya yang berjaya meraih RM2K sehari serta memiliki kedai perabot dan 3 isteri.
“Pada mulanya, saya berusaha keras untuk memenuhi matlamat hidup saya, tetapi kemiskinan terus menghantui saya seperti bayang-bayang, jadi saya memilih untuk memohon dan memperoleh banyak wang, maka saya melabur ke dalam perniagaan untuk memperoleh keuntungan yang baik,” katanya.
Duit hasil mengemis buka kedai jaul perabot
Pada waktu pagi, Baraik mengemis dan berjaya meraih jumlah wang kira-kira RM1,889. Wang yang diperolehinya itu kemudian dilaburkan kesemuanya ke dalam perniagaan.
Hasilnya, dia kini berjaya membuka kedai menjual perabot sendiri dan mendapat pendapatan sebanyak RM62,000 sebulan! Menurutnya lagi, perniagaan tersebut kini dijaga oleh salah seorang isterinya (dia memiliki 3 orang isteri).
“Isteri pertama saya menjalankan kedai perabot, dan pendapatan dari perniagaan mengemis dan pemasaran diagihkan sama rata antara dua isteri saya yang lain, jadi tidak ada pertikaian di antara mereka,” katanya.
Tidak akan berhenti mengemis
Beliau juga memberi tahu tidak berhasrat untuk berhenti mengemis walaupun telah berjaya membuka kedai perabot.
Lazimnya waktu pagi, Baraik akan mengemis dan berpenampilan selekeh. Tetapi pada waktu malam pula, dia akan berubah secara drastik dengan mengenakan pakaian sut dan tie serta membawa peranan sebagai seorang bos.
PU Riz berkongsi pesanan menyentuh hati dan mahu Neelofa berkahwin semula jika dirinya pergi dahulu demi meneruskan kehidupan serta membimbing keluarga.