Umum mengetahui dalam penjagaan kesihatan selain perlu mengamalkan gaya hidup sihat.
Selain itu kita juga percaya dengan mengamalkan cara tradisional seperti minum air herba, rempah dan sebagainya turut dapat membantu dalam menjaga kesihatan.
Hal yang sama juga turut diamalkan oleh Dr Rizal, seminggu sekali dia akan amalkan minum air kunyit yang diadun daripada beberapa bahan terpilih.
Ini sebagaimana perkongsiannya di facebook turut berkongsi cara penyediaan bahan yang bertindak sebagai detoks untuk liver.
Nak tahu detail, ini perkongsiannya dan bolehlah kita turut cuma amalkannya.
Ads
1. Kunyit – separuh ibu jari. Kalau serbuk guna 1/2 sudu besar
2. Halia – 1/4 sudu besar
3. Santan fresh bukan kotak- 1 cawan. Tak perlu masak.
Ads
Minum sebelum tidur
Cara buat pun senang. Blend semua sekali. Lepas tu minum. Buat ni waktu malam sebelum tidur.
Ads
Lepas tu biarkan bahan bahan ni do the magic. Boleh rasa kesan dia esok pagi.
Amacam? Senangkan. Cubalah.
Sumber : Dr Rizal
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Keluarga kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, Muhammad Harraz Aryan Mohd Hafizi yang meninggal dunia selepas ditinggalkan dalam kereta di sebuah tadika di Taman Ria, Sungai Petani, dekat sini pada Selasa reda dengan kejadian berkenaan.
Ibunya, Nor Azira Abdul Halim, 36, mengakui terkejut menerima berita kejadian yang menimpa anak bongsu daripada dua beradik itu daripada gurunya kira-kira jam 12.25 tengah hari. Dia diminta datang ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
“Saya tahu ALLAH SWT lebih menyayanginya dan meminjamkannya hanya sekejap untuk kami sekeluarga.
“Pada mulanya, saya ingat anak terlibat dalam kemalangan kerana tadika berkenaan terletak berdekatan dengan jalan raya sebelum dimaklumkan Muhammad Harraz tidak sedarkan diri.
Dia kemudiannya memaklumkan kejadian kepada suami, Mohd Hafizi Husin, 36, yang bertugas sebagai anggota tentera di Kem Tentera Sungai Petani supaya bergegas melihat keadaan anak mereka dengan segera.
Katanya, dia berdoa tanpa henti supaya anak bongsunya itu selamat dan tidak berlaku kejadian tidak diingini sepanjang perjalanan pulang.
Bagaimanapun menurutnya dia menerima panggilan suaminya yang memaklumkan supaya terus ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk melihat keadaan anak mereka.
“Bila saya sampai, suami hanya telefon kata pergi hospital terus. Saya pun bergegas balik. Bila saya balik, suami kata pergi terus ke hospital. Mereka tak beritahu apa-apa dekat saya.
“Saya sampai hospital, saya tak tahu apa-apa. Cuma saya hairan kenapa ramai yang bagi laluan suruh saya masuk, sampailah saya nampak arwah atas katil Unit Forensik dah kena balut.
“Masa itu baru saya tahu anak saya dah tak ada. Wajah dia macam tidur, tapi naluri ibu, saya dapat rasa yang dia sakit sampai dia mati. Saya dapat rasa air muka dia tu sebab bibir dia gelap,” kata Nor Azirah.
Nor Azirah ditemui ketika menuntut jenazah anaknya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Menurut Nor Azira, anaknya telah mengikuti pembelajaran di tadika berkenaan sejak tahun lalu dan dijemput kakitangan tadika di rumah yang terletak berdekatan pada jam 7.45 pagi hari kejadian.
Katanya, tiada sebarang reaksi perubahan ditunjukkan, malah sebelum keluar bekerja lepas subuh semalam, Nor Azirah melihat anaknya masih tidur dan meninggalkan anaknya disiapkan nenek untuk ke tadika.
Jelas ibu kepada tiga anak itu, sebelum ini, petugas tadika menjemput anaknya setiap pagi. Tetapi selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka hanya menjemput anaknya pada Selasa dan Rabu sahaja. Selebihnya, dia sendiri akan menghantar anaknya kerana bekerja pada hari tertentu sahaja.
Menurut Nor Azira, anak bongsunya itu seorang yang ceria di rumah, namun agak pendiam apabila berada di sekolah. Dia dalam pada itu menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk tindakan lanjut mengikut prosedur sekiranya berlaku kecuaian atau unsur jenayah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, hasil maklumat awal, mangsa dan seorang kanak-kanak lain telah diambil oleh pengetua tadika pada jam 7.45 pagi.
Menurutnya, mangsa diletakkan di tempat duduk penumpang belakang manakala seorang kanak-kanak lima tahun berada di tempat duduk penumpang hadapan.
“Mangsa ketika itu dalam keadaan sihat dan duduk di tempat duduk belakang bahagian kiri.Apabila sampai di tadika, seorang petugas lain telah mengambil kanak-kanak lima tahun bagi memulakan sesi pembelajaran.
“Pengetua terus parkir kereta di tepi luar tadika dan mematikan enjin kereta,”katanya.
Menurut Adzli, mangsa berada dalam kereta dengan keadaan pintu dan cermin tertutup serta tiada ruang pengudaraan antara jam 8 hingga 12.15 tengah hari.
“Ketika pengetua mahu hantar semula mangsa ke rumah, dapati mangsa tiada dalam kelas dan guru kelas memberitahu kepada pengetua yang mangsa tidak hadir ke sekolah.
“Pengetua terus menuju ke arah kereta miliknya yang diletakkan di tepi jalan berhampiran dengan tadika dan dapati mangsa dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri. Mangsa dibawa ke hospital dengan ambulan dan hasil pemeriksaan doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia semasa sampai di hospital dan tiada kesan kecederaan luaran,”katanya.
Cukup meruntun jiwa membaca perkongsian ini. Bagaimana seorang anak sanggup membiarkan diri demam semata-mata untuk mendapat peluang dijaga dan dipeluk oleh ibunya.
Semuanya kerana ibu bapanya yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja berbanding memberi perhatian kepada keluarga.
Semoga kita sama-sama mengambil pengajaran dari kisah ini.
Maafkan Kakak, Mama!
” Kenapa tak makan ubat. Dah demam macam ini, macam mana mama nak pergi kerja? . Semalam mama dah EL, satu ward marah tau. Kamu ini tolong jangan susahkan mama boleh?,” teriak Atiqah kepada anak gadis nya yang berumur 11 tahun itu.
” Mama, kakak demam. Tolong mama,” jawab anak nya merayu agar Atiqah mengambil sehari lagi cuti untuk menjaga nya di rumah.
” Kakak, kenapa tak faham dengan kerja mama. Cuti ini bukan hak mama tau dalam keadaan staff tak cukup, pesakit ramai dan kerja ward berlambak. Tolong lah kakak, dah pakai baju sekolah cepat, makan ubat.
Kalau tak larat juga, nanti papa balik kerja malam ambik kakak kat sekolah. Mama balik malam tau, double shift hari ini. Jaga diri kakak elok-elok. Esok mama kerja pagi pula,” pesan Atiqah kepada anak nya sambil menyarung uniform.
Suami Atiqah juga seorang kakitangan hospital, Penolong Pegawai Perubatan (PPP) di jabatan kecemasan yang juga bekerja shift dan tidak menentu jadual kerja nya.
Setelah menghantar anak nya ke sekolah dan meletakkan beg nya di loker wad, tiba-tiba Atiqah terperasan ada sekeping surat di dalam kocek uniform nya.
” Mama, kakak memang tulis surat ini awal-awal kerana kakak pasti mama lebih utamakan kerja dari kakak.
Maafkan kakak kerana tidak makan ubat semalam sebab memang kakak sengaja nak demam. Kakak nak demam supaya kakak dapat habiskan masa lama dengan mama.
Tidur dengan mama sambil peluk mama. Makan mama suapkan, dan dengar mama bercerita macam-macam aktiviti yang kita akan buat bersama apabila kakak baik demam.
Tapi kakak tau, itu semua cerita bohong mama. Mama dan papa sibuk bekerja, jaga anak dan saudara orang lain, sedangkan kakak kena jaga diri sendiri.
Maafkan kakak mama sebab dah susahkan mama dengan demam ini.”
Terduduk Atiqah membaca surat anak nya itu sambil berlinangan air mata. Tidak sangka dengan kesibukan dalam menunaikan tanggungjawab ini, Atiqah telah kehilangan kebahagian sebenarnya iaitu membahagiakan orang yang disayangi.
#fightfornurses
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Terkini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa kemunculan varian Covid-19 baharu yang digelar “deltacron” – strain hibrid yang menggabungkan kedua-dua varian delta dan omicron.
WHO memaklumkan berkaitan penularan Deltacron menerusi taklimat pada Rabu lalu. Menurutnya, varian itu merebak di Perancis, Belanda dan Denmark.
WHO tidak menolak kemungkinan varian baharu itu berisiko menjadi ‘masalah utama’ di Eropah dan AS, biarpun beberapa pakar berpendapat varian itu tidak perlu dibimbangkan.
Menurut Dr. Maria Van Kerkhove, Ketua Teknikal WHO untuk Covid-19 berkata, kes telah dilaporkan di Denmark, Perancis dan Belanda, tetapi menyatakan tahap pengesanan adalah “sangat rendah.
Dalam pada itu, Ketua Saintis di Helix, California, William Lee berkata, varian Deltacron yang dikesan belum mempunyai ‘maklumat terperinci’ yang membolehkan para saintis membuat kajian, namun masih perlu dipantau dari semasa ke semasa.
Katanya, jumlah kes Deltacron masih rendah, walaupun di beberapa negara yang jangkitannya ditularkan secara individu ke individu dan berharap varian baharu ini tidak lagi menjejaskan sistem kesihatan global.
Dalam pada itu, menurut laporan USA Today, William Hanage, ahli epidemiologi di Harvard T.H. Chan School of Public Health, memberitahu akhbar itu bahawa masih terlalu awal untuk mengambil berat tentang deltacron.
“Ia hanya satu varian jika ia menghasilkan sejumlah besar kes. Jika tidak ada banyak kes, orang ramai tidak perlu risau,”
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.