Terkini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa kemunculan varian Covid-19 baharu yang digelar “deltacron” – strain hibrid yang menggabungkan kedua-dua varian delta dan omicron.
WHO memaklumkan berkaitan penularan Deltacron menerusi taklimat pada Rabu lalu. Menurutnya, varian itu merebak di Perancis, Belanda dan Denmark.
WHO tidak menolak kemungkinan varian baharu itu berisiko menjadi ‘masalah utama’ di Eropah dan AS, biarpun beberapa pakar berpendapat varian itu tidak perlu dibimbangkan.
Menurut Dr. Maria Van Kerkhove, Ketua Teknikal WHO untuk Covid-19 berkata, kes telah dilaporkan di Denmark, Perancis dan Belanda, tetapi menyatakan tahap pengesanan adalah “sangat rendah.
Dalam pada itu, Ketua Saintis di Helix, California, William Lee berkata, varian Deltacron yang dikesan belum mempunyai ‘maklumat terperinci’ yang membolehkan para saintis membuat kajian, namun masih perlu dipantau dari semasa ke semasa.
Katanya, jumlah kes Deltacron masih rendah, walaupun di beberapa negara yang jangkitannya ditularkan secara individu ke individu dan berharap varian baharu ini tidak lagi menjejaskan sistem kesihatan global.
Dalam pada itu, menurut laporan USA Today, William Hanage, ahli epidemiologi di Harvard T.H. Chan School of Public Health, memberitahu akhbar itu bahawa masih terlalu awal untuk mengambil berat tentang deltacron.
“Ia hanya satu varian jika ia menghasilkan sejumlah besar kes. Jika tidak ada banyak kes, orang ramai tidak perlu risau,”
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
Ads
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
Ads
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil: Periksa mata, kerana dari mata turun ke hati
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rumah tangga yang bahagia bukan datangnya dari kemewahan atau wang ringgit. Tetapi bagaimana suami dan isteri bersatu dan saling melengkapi di sebalik kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri masing-masing.
Ungkapan bahagia itu sederhana mungkin sesuai untuk menggambarkan dua personaliti yang juga memegang gelaran isteri dan ibu. Hidup sederhana namun ikhlas dan hasil sokongan dari insan tersayang kini nama mereka cukup gah. Bella atau nama sebenarnya nabilah bt zulyadaini, dulunya gadis kampung namun kini Namanya sebaris dengan juru mekap terkenal. Bahkan setiap kali memuat naik video solekan, pasti mendapat sambutan ramai.
Manakala Pavithra, seorang ibu dan isteri yang hanya tinggal di sebuah estet tiba-tiba ‘meletup’ usai video masakannya mendapat sambutan sehinggakan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Ini serba sedikit kisah dan perjalanan hidup dua wanita yang berjaya dan menjadi inspirasi kepada kaum wanita dan ibu di luar sana. Hasil sokongan suami yang sentiasa di sisi dari awal sehingga kini adalah contoh kenapa dua wanita ini mampu bangkit dan berjaya seeprti sekarang. Moga kisah pasangan suami isteri ini menjadi contoh buat kita semua. Siapa yang tak kenal dengan Bella, wanita cantik dan juga seorang jurusolek yang cukup pandai berkata-kata. Kaletahnya tatkala di dalam video live membuatkan ramai terhibur apatah lagi dengan loghat utaranya yang pekat.
Anak kelahiran utara ini ‘meletop’ dan viral apabila video tutorial solekannya mendapat sambutan luar dugaan. Sejak itu, secara tidak sengaja Bella mula mengukir nama sebagai jurusolek tak bertauliah. Dek minat dan mengisi masa lapang sebagai suri rumah, dia mengasah bakat bersoleknya itu hanya dari rumah dengan menggunakan alat solek cap pasar malam sahaja.
Walaupun suami tahu yang Bella bukanlah profesional dalam andaman ini, namun kerana dia yakin isterinya itu tekad dan minat dalam bidang tersebut, suami tetap membantu dan sehingga kini terus menjadi sayap kanan Bella dengan mengembangkan perniagaan mereka pula. Kerana itulah, Bella sentiasa mendedikasikan kejayaannya hari ini buat suami yang tidak pernah berkata tidak setiap kali Bella memerlukan bahu berpaut.
Awalnya ibu muda yang cukup petah berbicara ini memasuki bidang bakery. Namun dia kemudiannya beralih arah kepada solekan setelah mempunyai anak.
2013 adalah permulaan untuknya terjun dalam bidang solekan dengan membuat live di facebook. Tidak sangka, personaliti media sosial ini mendapat sambutan hangat sehinggakan berjaya mengumpul sejumlah besar penonton setiap kali bersiaran secara live. “Teruskan minat kita.. Buktikan pada orang yang kita boleh melakukan yang terbaik dalam hidup kita. Sapa lagi nak ubah cara hidup melainkan kita sendiri berusaha sehabis mungkin, berdoa pada Allah swt mintak dipermudahkan segalanya jauhi dari2 orang yang tak baik dari kita ,buka kanlah seluas2 pintu rezeki dan diberikan kesihatan yang baik (sihat) Aminn aminn.
“Dalam kehidupan ni ada pelbagai risiko /halangan /dugaan/pahit dlm hidup Yes kita kena kuat tempuhi dgn pelahan2 kita bangun go Bangun hampa…? Apa kita minat practice PRACTICEx3 sampai berjaya..nk berjaya kena hadapi dulu asam garam brulah kita belajar sesuatu yg baru dlm hidup kita…masih merangkak masih banyak lagi ingin belajar ingin explore lebih dalam lagi cuba buat lain pda org yes itulah kita.
“Tak mahu cakap semualah rasa sia2 dalam hidup ..tapi kita kena kuat demi masa depan ingat keluarga ingat anak2….rezeki kita siapa yang tahu hanya Allah swt yang tahu..apa yang penting berusaha rajin …? Rajin rajin pulun gigih …Allah tahu isi hati kita,” ujar Bella lagi menerusi perkongsiannya di Facebook.
Masih tidak percaya siapa dirinya sekarang ni, Bella tidak malu mengaku dulu hanya gadis kampung berbasikal ke hulur hilir mencari rezeki untuk keluarga.
“Mengaji takat spm saja tu pon cikgu yang bayarkan yuran2 buat saya ..terima kasih pada semua cikgu sekolah menengah sri badong terutamanya ustaz muslan jasamu tidak terbalas…..terus keja ..selekeh sangat2 tak pernah merasa berbaju raya /baju baru.
“Ingat lagi time2 tu kawan semua dah ade motosikal tapi saya hanya berbasikal usang ..bila kayuh rantai basikal jatuh p mai p mai kena kejar anjing dan sebagainya berapa susahnya mencari rezeki..ingat lagi masa tu mak saya bertanya pada saya “kak makan dakg ” time tu bella dapat duit dari hasil kelas ikan start 7pgi -5ptg hanya dpt 15 ringgit saya jawab “Alhamdulilah mak dah makan kenyang dah”
“Padahal saya tak makan ikat perut lagi sebab niat duit rm15 ringgit tu memang nak bagi mak beli barang dapur untuk makan esoknya. Allahuakbar sori sebak sat .juga tak pernah merungut tak malu dengan kehidupan kita ..jangan malu jangan fake…jadilah diri sendiri.
“Sekarang Alhmdulilah dapatlah membantu keluarga dan rakan2 serba sedikit rezeki saya dapat …terima kasih buat hampa smua yang sentiasa menyokong saay..insyallah saya akan buat terbaik bantu setakat mampu…mintak maaf jikalau terlepas pandang komen tak terbalas maafkan bella…
‘Terima kasih buat kawan2 zaman sekolah rendah menengah saya smpai kwn2 sekarang yang banyak membantu saya dari segi kewangan bantu saya terima banyak bella akan ingat smpai bila2 …terima ksih jugak pada suami tercinta Mak/abah keluarga yang sentiasa memberi semangat nasihat buat bella.
Hasil perkongsian hidup bersama Anuar Ahmad,wanita anggun ini yang sedang hamil anak ketiga mengakui sangat bersyukur dan gembira kerana dalam usia muda, dia sudah memiliki keluarga yang lengkap.
Walaupun berkahwin awal, namun saya dan suami tidak menyesal kerana keluarga kami sudah lengkap dengan kehadiran Airis dan Aidil. Walaupun mungkin wanita seusia saya masing enjoy ke sana ke mari, namun saya tidak cemburu, bahkan saya bersyukur kerana Tuhan anugerahkan saya keluarga yang cukup harmoni. Bukan mudah melayari alam rumah tangga dalam usia muda. Banyak cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi. Tetapi saya berpegang kepada ‘sabar’ dalam semua hal.
“Dalam rumah tangga kena banyak sabar, kena yakin jika nak buat sesuatu kerja, sibuk macam mana sekali pun kena ada masa untuk anak-anak dan suami, sentiasa bertolak ansur dengan pasangan jika nak mudahkan hidup. Yang lebih penting, jika berlaku pergeseran atau perselisihan faham, dengan pasangan, jangan mudah naik angin. Tahan amarah tu dan selalu berbincang,”ujar Bella lagi.
Berbekalkan video masakan amatur, Pavithra bersama suaminya, Sugu berjaya menambat hati rakyat Malaysia. Rata-rata terpikat dengan gayanya yang bersahaja dalam berkongsi ilmu masakan di samping kefasihannya berbahasa Melayu. Dan, sangat menakjubkan apabila video itu dirakam oleh suaminya yang bekerja sebagai pekerja estet sahaja.
Lebih istimewa lagi, Namanya turut meniti di bibir pemimpin nombor satu negara. Sehinggakan menghadiahkan tripod dan barangan elektrik kepada pasangan ini. Betapa luar biasanya penangan Sugu Pavitra sehinggakan mendapat tempat istimewa di hati Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin.
Pavithra mengecapi populariti ini atas dorongan dan bantuan suaminya yang tidak hanya memberi semangat, malah berkongsi idea dan turut muncul sebagai watak penting dalam video isterinya itu.
Hasilnya kini, mereka sudah boleh menikmati bayaran ribuan ringgit daripada Youtube hasil langganan dan tontonan yang tinggi pada setiap video yang dimuat naik. Daripada rumah estet, kini mereka berpindah ke rumah teres yang lebih selesa. Difahamkan, Sugu menjadi tulang belakang dalam setiap ‘content’ yang dihasilkan isterinya itu. Tanpa Sugu, tiadalah Pavithra dan begitu sebaliknya. Kerjasama intim ini terbukti apabila suaminya sanggup berhenti kerja baru-baru ini untuk memberi fokus sepenuhnya pada penghasilan video Youtube bersama isterinya. Inilah kejayaan bersama yang dikongsi seisi keluarga. 10 Bagaimana Suami Mampu Bantu Isteri Menggapai Bintang?
Ada kala, isteri bukanlah mahu suami bersama bekerja dengannya, jika mampu memberi restu dan keizinan pun sudah besar rahmatnya. Maka, mulakan usaha isteri itu dengan restu dan doa seorang suami.
Wanita ini jiwanya rapuh apabila dilanda krisis emosi atau tersentak dek halangan. Maka, sokonglah moral dan jiwa mereka dengan kata-kata semangat, beri keyakinan buatnya meneruskan apa yang sudah diusahakan.
Jangan ‘downgrade’ isteri dengan membentangkan kelemahan-kelemahan mereka. Isteri sangat terkesan jika suami sendiri menjatuhkannya.
Berilah peluang dan ruang untuk isteri mencuba sesuatu itu dan berikan dia masa untuk membuktikannya. Jangan digesa untuk berhenti jika tidak nampak hasilnya lagi.
Jika punya idea dan kemampuan untuk dibantu, usulkan kepada isteri. Isteri mana akan menolak jika suaminya sama-sama mahu menjayakan pekerjaannya itu.
Selalu ambil berat perkembangan isteri dan bertanya khabarnya, adakah apa-apa masalah yang boleh dibantu? Pasti isteri rasa begitu dihargai dan selamat suami ada di sisi.
Jika isteri gagal, jangan ‘dihentak’ lagi isteri dengan bebelan dan kata-kata keras yang boleh meruntun hatinya. Sekali pun, kamu kecewa, simpan dahulu dan gubah kata-kata sebagai nasihat bukan kecaman.
Sama-sama mudahkan tugas harian dan tanggungjawab di rumah. Jangan beri syarat; “jika kamu mahu bekerja, kamu harus tahu seimbangkannya dengan tugas di rumah atau anak-anak!” Ini tidak adil! Suami juga harus pikul tanggungjawab bersama kerana sama-sama bekerja dan berusaha untuk keluarga. Malah, suami sepatutnya pikul tugasan yang lebih bukan isteri ya.
Jangan ugut isteri dengan kata-kata kalau itu, kalau begini, siaplah! Biarlah isteri itu melakukan pekerjaannya dengan tenang tanpa rasa takut dek ugutan suami yang buat dia bertambah stres.
Lihat usaha isteri sebagai perjuangan bersama supaya kamu tidak rasa ‘dengki’ dengan kejayaan isteri kelak. Jangan hanya kamu mahu mendaki tangga teratas, sedangkan isteri dibiar merangkak sendiri.
Sumber: Majalah Keluarga & Astro Gempak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pengurusan kewangan mungkin ramai yang menganggapnya suatu istilah yang rumit dan sukar untuk dilakukan dan tidak semua berjaya laksanakan tanpa disiplin yang tinggi. Namun percayalah, dengan pengurusan yang baik dalam kewangan akan menjadikan kehidupan lebih selesa dan mudah.
Pun begitu, dalam mendidik diri untuk melakukan pengurusan yang baik, tidak dinafikan ada juga sebahagiannya mempunyai tabiat buruk yang sukar untuk dikikis dalam membelanjakan wang. Contohnya boros berbelanja kalau hendak menyimpan biasanya bila sudah beli itu dan ini barulah baki yang ada disimpan dan pelbagai lagi tabiat lain yang sebenarnya akan menjadi punca dan penyebab bertambah sukar untuk mengurus kewangan menjadi lebih baik dan stabil di masa depan.
Bukan itu sahaja, banyak lagi tabiat buruk berkaitan wang yang mungkin sedar atau tidak anda lakukan. Nak tahu lanjut, ini dikongsikan oleh pakar kewangan Dr Azizul Azli Ahmad. Bersama jadi panduan dan cubalah berubah untuk tidak terus melakukan tabiat yang tidak bagus dalam usaha merancang kewangan anda.
TABIAT BURUK TENTANG WANG
1. Kita tak buat simpanan automatik, sepatutnya terus potong gaji masuk ASB atau Tabung Haji.
2. Kita masih percaya bahaya, ada lebih nanti baru nak simpan. Hakikatnya, selalu tak lebih.
3. Tiada pengetahuan tentang wang, yang tahu belanja dan habiskan sahaja. Zalim sungguh.
4. Guna kad kredit tak betul, kecemasan kita untuk beli bag tangan dan rim tayar kereta.
5. Tidak pernah bawa bekal ketempat kerja, jika bawa tepaware mesti hilang atau tak bawak balik punya. Bini marah terus merajuk makan dikedai Leha janda anak lima.
6. Tiada rekod perbenjaan , selagi duit ada belanja ikut apa yang suka.
7. Menabung bukan hiburan, kita cepat bosan. Cuba buat tabung hijau atau jingga, kita mesti teruja menabung punya.
8. Banyak beli dan simpan barang tak perlu, “ini ex mama bagi dulu nie kasut nie, walaupun dah buruk tapi tiap kali pijak. Mama rasa macam pijak muka dia jer!”
9. Malas banding harga barang, ada banyak app yang boleh bantu kita kini. Guna sahaja.
10. Abai skor kredit kewangan kita. Tak pernah kisah bayar hutang awal atau lewat. Janji bayar katanya.
11. Tidak jaga kesihatan, takaful akan jadi lebih tinggi.
12. Tidak periksa penyata kad kredit, janji bayar minimum saja dah cukup.
13. Tak jaga kenderaan, makin dibiarkan makin tinggi belanja selanggara kereta sebenarnya.
14. Malas bayar hutang kad kredit, kad kredit adalah duit masa depan yang kita dah gunakan masa sekarang.
15. Tak pernah beli buku kewangan sedangkan bab duit akan pegang sampai kita meninggal.
16. Beranggapan wang tak penting, yang penting kebahagiaan.
Jika kita masih amalkan semua ini, bersedialah bahawa kita akan hidup susah nanti. Baiki diri jadilah kaya dan mulia agar terus membantu sesama manusia.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Ibu mana yang tidak sedih apabila melihat anak kecil yang sebelum ini sihat dan ceria, kini terlantar sakit tidak berdaya. Lebih menyedihkan, si kecil kini ditidurkan dengan bantuan oksigen akibat jangkitan kuman dalam darah selain kahak telah menutup bahagian paru-paru sebelah kirinya.
Kisah si kecil ini dikongsikan sendiri oleh ibunya Adinda Kandadalam facebook. Semoga adik Putera Alif Salahuddin Al Azim kembali sembuh seperti sedia kala.
Bismillahhirahmannirrahim…Alhamdulillah…ramai org yg doakan kesembuhan boboi…dan ramai jugak yg bg kata2 semangat utk ibu n papaAlhamdulillah sedikit sebanyak ibu mndapat semngat…ibu akui bukan mudah utk ibu hadap apa yg sekarang trjadi dihadapan mata ibu..
Menyaksikan ank yg ibu kasih dan cinta bertarung nyawa melawan kesakitan…air mata ibu x mampu lg ibu keluarkan…hanya hati yg meruntun dan mnjerit ….Allahu….kuatlah wahai putera ibu…doa ibu x akan pernah berhenti …berjuanglah sayang….moga2 keajaiban akan hadir bersama kekuatan kita..
Jngn pernah mngalah sayang….ibu tahu boboi kuat….ibu tahu boboi nk sgt ibu peluk dan cium boboi mcm dlu…ibu jugak tahu boboi nk sgt ibu bergurau dengan boboi….sabar ye sayang…ibu x akan pernah mngalah….selagi kita kuat dan berdoa harapan x akan pernah pudar…kepada semua sahabat…tolong doakan kesembuhan putera saya..
Dia skng dimasukkan ke dalam icu.. akibat jngkitan kuman dlm drah…jngkitan kuman dlm paru2 n kahak block paru2 seblah kiri….buat masa ni doktor trpksa tidurkan dia dan berikan bntuan oksigen…..
saya hrap sgt bntuan dari sahabat2semua….bkn sya mnta bntuan wang ringgit…cukuplah sekadar doa yg ikhas…manalah tahu salah satu dari doa sahabt2 semua Allah makbulkan…..amiiinnn
DOA BUAT PUTERA ALIF SALAHUDDIN AL AZIM
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di