Setelah kali terakhir dianjurkan pada 2023 yang menyaksikan gadis asal Sarawak, Nurel Baharin dinobatkan sebagai juara, kini pencarian Dewi Remaja kembali untuk edisi ke-14. Menariknya, penganjuran Dewi Remaja 2025 selari dengan ulang tahun ke-40 jenama ini yang sudah melahirkan ramai personaliti popular dan bintang berbakat tanah air.
Pendaftaran pencarian Dewi Remaja 2025 secara dalam talian kini dibuka bermula 26 Jun hingga 10 Julai 2025 sempena ulang tahun ke-40 pertandingan berprestij ini. Gadis remaja Malaysia yang berani tampil ke depan, berpersonaliti menarik dan berbakat besar dipelawa untuk menyertai pencarian ini.
Calon peserta perlu mengisi borang pendaftaran dan memuat naik video pengenalan diri berdurasi kurang dua minit secara dalam talian di laman rasmi www.remaja.my/dewi. Setiap calon peserta hendaklah memiliki penampilan dan perwatakan yang menarik serta mampu menyerlah sebagai seorang figura awam.
Menerusi video pengenalan yang dimuat naik bersama borang pendaftaran, peserta perlu menyatakan mengapa mereka layak bergelar juara Dewi Remaja 2025 dan berkongsi pencapaian terbesar setakat ini, sama ada dalam bidang akademik, kokurikulum, sukan, bakat mahupun kerjaya.
Ads
Tentang Dewi Remaja
Dilancarkan pada tahun 1985 oleh Majalah Remaja di bawah terbitan Kumpulan Media Karangkraf dan kini di bawah Nu Ideaktiv Sdn Bhd, pencarian Dewi Remaja muncul dengan matlamat utama untuk memberi peluang kepada gadis remaja yang memiliki keyakinan, karisma dan bakat untuk berkembang.
Sejak edisi pertama, Dewi Remaja telah melahirkan ramai nama besar yang kini menjadi antara ikon dalam industri seni dan media Malaysia. Mereka bukan sahaja bergelar anak seni bahkan cukup signifikan dalam apa sahaja yang dilakukan.
Ads
Antaranya termasuk Tengku Anis Tengku Anis, Aleeza Kassim, Sharifah Shawati, Azah Aziz,Wan Khatijah,Jasmin Hamid, Wardina Saffiyah, Juliana Banos, Annahita Bakavoli, Pushpa Narayan, Scha Alyahya,Izara Aishah, Noor Neelofa, Raysha Rizrose, Shaza Bae, Tracie Sinidol dan ramai lagi.
Memasuki tahun ke-40 pada 2025, Dewi Remaja bukan sahaja meraikan pencapaian masa lalu tetapi juga menyesuaikan diri dengan zaman digital yang mana kredibiliti, ketulenan dan impak sosial menjadi nilai utama.
Ads
Format pertandingan juga sentiasa berevolusi daripada pusingan bulanan ketika era majalah ke penyertaan secara digital berserta kandungan realiti eksklusif yang disiarkan di kaca televsiyen dan platform digital.
Lebih daripada sekadar gelaran, mereka yang bergelar Dewi Remaja membawa misi dan tanggungjawab. Mereka menjadi duta kepada nilai progresif iaitu keberanian, kecerdasan, empati dan kekuatan wanita moden Malaysia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nak cantikkan kulit wajah tidak semestinya guna produk yang mahal. Dengan bantuan bahan-bahan alami yang ada di dapur juga boleh bantu mendapatkan kulit yang lebih sihat dan flawless.
Perkongsian dari Riana Samad menarik untuk anda cuba kerana bahan yang digunakan adalah campuran kunyit, asam jawa dan juga timun.
Kiub Ais pencerah Kulit. Campuran Kunyit, Asam jawa & Timun.
Aritu sorang sobat citer, ada try campur limau nipis dan soda bikarbonat untuk buang parut. Ya Aulohhh mendidih rasa kulit kata dia. Amende laa. Guna limau nipis saja pun Kakdell sendiri hampir rasa nak pi sembam muka dalam ais, inikan campur soda bikarbonat.
Tajam tuuu siap boleh putihkan lantai tandas ganti clorox tau dak. MOHON istighfar banyak dekat yang bagi resepi diy macam tu. Kulit jenis tebal no worries la sangat. Kene yang kulit nipis sensitif tu. Eh senget jugak!
Nak mudah cuba buat masker lembut mesra kulit ni dari jenis berasid cam tadi. Sebab natural2 limau pun tak semua boleh ngam.
Macam masker pakai 3bahan ni. Hanya timun, kunyit dan asam jawa inshaallah boleh sangat. Niat melawa cara alami tu comel dah. Tapi toksah kelam kabut sangat bereksperimen memacam kat kulit.
Kenapa 3 bahan, cemana nak buat & berapa kerap pakai, nakti boleh baca kat gambar. Kat situ Kakdell ada ringkaskan serba sikit.
Berminat nak terai tapi tak pasti bila nak buat tu boleh la share dulu tanak bagi hilang ya.
Selain menjadi bahan penyedap dalam masakan, serai antara herba yang sangat efektif untuk membaiki kesihatan dalaman seorang wanita. Bagi anda yang mementingkan kecantikan dan kesihatan dalaman, apa kata cuba praktik petua menggunakan serai ini.
Perkongsian petua oleh Mastura Rashid melalui laman facebook ini boleh dijadikan panduan untuk anda. Patutlah wajahnya bersih tanpa cela, rupanya dia mengamalkan petua mudah ini.
Tapi, dalam mana-mana herba pun, bila ada baik, mesti ada buruknya juga jika terlebih dos, terutama sekali jika anda sedang mengandung, menyusu atau orang tua. jadi, berpada-pada tatkala mengamalkan sesuatu petua.
Jom kita ikuti perkongsian beliau seperti di bawah ini. Semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba !
Okay, resipi teh serai ni asalnya adalah dari perkongsian seorang bidan kelantan. Kalau tengok umur dia waktu tu, ingatkan baru lewat 30an atau awal 40an gitu. Rupanya dah 50an ok. Pengsan fiona tengok wajahnya yang bersih dan muda tak padan umur. Kemerahan, bersih, bertenaga. Jangan fikir dia bela saka atau hantu raya pulak ok. Memang dia amalkan teh serai sejak muda lagi.
BAHAN-BAHAN
3 batang serai
1 sudu besar daun teh hijau
2 ketul besar gula batu (pecahkan)
Resipi asal hanya gula batu dan serai saja. Tapi fiona tambah daun teh hijau supaya teh ni supaya fungsi awet mudanya berdouble triple dengan teh hijau yang antioksida. Bukan saja darah lancar, siap pakej cairkan kolestrol ,sihatkan jantung dan otak sekali.
Boleh guna teh hijau uncang brand OSK, AHMAD TEA ATAU BOH. Boleh ganti dengan teh rooibois atau black tea biasa. Boleh guna madu, stevia atau gula perang kalau tak nak gula batu. Tapi sebaiknya jangan guna gula biasa sebab tak berkhasiat. Boleh tambah halia jika nak extra hot. Tambah lemon untuk extra vitamin c booster.
Ketuk serai sampai pecah supaya kesemua khasiat serai masuk dalam air rebusan.
Isi air dalam cerek terus (cerek jenis boleh masak atas induction cooker), atau dalam periuk pun boleh.
Isi serai dan teh hijau.
Masukkan gula batu terus ke dalam air. Mulakan merebus sampai mendidih.
Dah didih, tutup api, dan biarkan seketika selama 10 minit. Biarkan dulu bahan-bahan berada dalam cerek. Nampak tak air dah bertukar warna perang? Kalau air bertukar hitam, cuba check, takut ada cicak tokek termasuk sekali tanpa sedar.
Tuang secawan. Harumnyaaa aroma teh serai ni. Jadilah kau esok berwajah baby baby dengan teh awet muda yang satu ni. Simple kan? Tak buat jugak, tak tahulah.
Kos RM1 untuk 5 batang serai, dan RM10-RM15 untuk daun teh hijau asli sebungkus. Gula batu sepeket RM2.20. Kos tak sampai RM20, tapi boleh buat berkali-kali.
Jemput minum. Lepas minum ni berpeluh-peluh badan. Ini antara teh terbaik untuk diminum sebelum mulakan senaman atau buat kerja rumah.
Teh ni selamat diminum kanak-kanak ok. Tak perlu rebus 7 hari 7 malam. Cukup 10 minit untuk legakan cirit birit anak, demam dan sakit perut.
Oh jangan hairan lepas minum asyik nak kentut, sendawa dan kencing saja ok. Nilah “magic”nya teh serai awet muda ni. Amalkan gaya hidup sihat dengan bahan semulajadi dari dapur ok.
APA KEBAIKAN TEH SERAI?
1. Kalau selalu senggut sampai guling-guling dan bergulung macam tenggiling tu, bolehlah minum teh serai secawan bila senggugut menyerang takde belas kesian.
2. Untuk orang yang sakit-sakit urat, krem urat lepas bersukan, atau bersumo, boleh minum teh serai secawan ok. Serai bersifat antispasmodic, iaitu boleh melegakan otot yang kekejangan.
3. Melancarkan darah, buatkan badan berpeluh non stop macam berlari naik tangga 20 kali.
4. Detox semulajadi. Detox perut dan juga detox kulit. Jadi senang membuang, senang berpeluh dan anda pun sihat happily ever after.
5. Boleh melegakan sakit sendi dan arthritis.
6. Rumah yang selalu dimasuki ular, bolehlah tanam serai sekeliling pagar. Pantang 7 keturunan ular dekat dengan rumah yang ada pokok serai. Kalau dimasuki ular juga, belalah angsa sebagai bonus. Ular paling anti dengan bunyi angsa. Tapi angsa arwah abah dulu, kena telan juga dengan ular sawa. Bising sangat kot, jalan mudah, telan saja.
7. Melegakan selsema dan meningkat sistem imun badan, dan mengelakkan kerosakan sel badan. Jadi badan dan muka maintain awet muda.
APA SIDE EFFECT TEH SERAI?
1. Ibu mengandung tak boleh minum dikhuatiri berlaku birth defect disebabkan bahan aktif nama Citral dan Myrcene yang ada dalam serai.
2. Fungsi melancarkan darah haid juga menyebabkan risiko keguguran tinggi.
3. Orang berkulit sensitif tak boleh minum teh serai kerana serai ni boleh trigger ruam dan alergik.
SIAPA BOLEH MINUM?
Semua dari kanak-kanak hingga orang tua. Termasuk ibu menyusu. Tapi ibu menyusu tak perlu letak daun teh hijau ok. Teh hijau ada kafein. Elakkan.
Jika anda mengandung, berkulit sensitif, nak makan boleh, tapi dalam masakan saja ok. Elakkan minum teh, apatah lagi sapu minyak serai yang panas di kulit.
Boleh tengok cara buat di dalam gambar. Fiona dah ubahsuai resipi ni untuk tambah fungsi antioksida dan sejukkan badan.
BERAPA KALI MINUM SEHARI?
Serai bersifat diuretik. Boleh singkirkan garam dan air berlebihan dari badan. Efek kencing, berpeluh tu sangat biasa. Boleh minum 2-3 kali sehari. Tapi sebaiknya jangan tambah gula putih ok. Hilang khasiat dia tau.
Tambah halia untuk efek panas dan extra diuretic function. Orang yang ada darah tinggi, bengkak badan, kencing manis, elok minum teh serai ni. Kalau ada kencing manis, tolong jangan tambah gula batu, gula biasa, gula perang, madu, atau pemanis. Stevia saja ok.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seterika baju adakalanya memenatkan dan memakan masa teutama bagi anda yang mempunyai anak-anak ramai. Selain baju kerja suami, anda juga perlu seterika baju sekolah anak dan juga pakaian lain.
Jika mahu cepat dan memudahkan kerja anda, jom cuba kaedah ini. Hanya dengan menggunakan tiga bahan ini sahaja iaitu papan seterika, kertas alumimium dan kain kapas, kerja anda akan menjadi lebih mudah, cepat dan dapat menjimatkan elektrik.
Terima kasih kepada Puan Afnee Baker yang telah berkongsi tip ini.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.