Di Rumah Kalau Anak Asyik Bergaduh & Otak Kita Rasa Serabut, Ada Baiknya Tengok Diri Kita Dulu Untuk Betulkan Keadaan!

Share

Mengekalkan ketenagan dan rasa bahagia di dalam keluarga adalah cabaran yang sangat hebat yang perlu digalas dengan sebaik mungkin.Ketenangan rumah tangga tidak akan wujud jika tanpa usaha dilakukan.

Ada banyak perkara boleh dilakukan dan menuut perkongsian Dr Redza Zainol, ada 5 cara boleh dilakukan untuk bina suasa bahagia dalam rumah bila anak-anak dilihat asyik bergaduh sesama adik beradik dan ini menyebabkan otak dan perasaan kita sebagai ibu ayah tidak tenang anda perkata itu dibiarkan begitu sahaja.

Nak tahu apakah caranya itu, ini perkongsiannya.

Kalau anak asyik bergaduh, rasa otak serabut setiap kali ada di rumah, ada baiknya kita tengok diri kita dulu. Nak keluarga bahagia, nak pasangan tenang, ilmunya kita yang kena belajar.

Bina suasana bahagia di rumah dengan 5 cara ni.
1. Jauhkanlah diri dari anak ketika kita marah.
Bila kita marah, kita akan mula jerit-jerit. Kita akan guna bahasa kasar sampai caci maki anak sendiri. Nak tegur anak, biar kita dan anak sama-sama tenang dulu. Duduk dan biar mata kita separas. Jaga tangan supaya tak naik tanpa kita sedar.

2. Muhasabah diri kita bila terlintas hati nak bandingkan anak depan adik beradiknya yang lain. Tak ada satu anak pun yang serupa. Setiap anak karakternya berbeza, kepandaian pun berbeza. Cukuplah dengan hanya menjadikan kakak atau abang sebagai sumber inspirasi pada adik yang lain.

3. Jauhkan diri dari rasa sayang anak bersyarat.
“Mama cuma sayang abang kalau baik, kalau pandai, kalau buat kerja rumah.”
Cinta mak ayah pada anak tu tak bersyarat sebab anak tu amanah dari Allah. Baik buruk anak, dia tetap anak kita. Tugas kita ialah didik dia selagi kita berdaya.

4. Mengugut anak tu tanda skil komunikasi kita dengan anak sangat lemah.
Contoh mengugut:
“Kalau tak susun kasut dalam almari, petang ni papa tak bagi keluar..”
Cara yang lebih baik:
“Kasut ni Anas tolong letak dalam almari.”

(Selepas 2 minit)
“Papa rasa Anas lupa letak kasut dalam almari.”
(Selepas 2 minit)
“Jom kita susun kasut sama-sama.”

5. Hati-hati supaya tak terbuka aib anak depan orang lain.
“Baiknya anak you ni. Elok je dia duduk dari tadi.
“Baik? Ishhh, budak ni pandai berlakon je. Kalau kat rumah, ni lah hantunya.”
Bila orang puji anak kita baik, kadang-kadang tanpa sedar kita nak merendah diri sampai terbuka aib anak pada orang luar.

Anak kita yang mendengar, sedihlah hati dia. Kalau diulang-ulang, rasa sedih tu membukit.
Lama-lama berubah menjadi marah sampai boleh berdendam dengan mak ayah sendiri.

Kawan-kawan, ambil peluang masa anak masih kecil untuk baiki diri kita. Menjadi seorang ibu atau ayah adalah perjalanan kita untuk menjadi manusia yang lebih baik. Layanlah anak seperti mana yang kita harapkan mereka layan kita bila kita tua nanti.

Sumber : Redza Zainol

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN