Usahawan popular dan pengasas perniagaan Fashion Valet, Vivy Yusof yang menimang cahaya mata ketiga baru-baru ini berkongsi sekeping foto jambangan bunga yang dihadiahkan oleh suaminya, Fadza Anuar.
Di dalam perkongsian tersebut, Viy memuat naik kapsyen yang cukup ringkas namun sweet sehingga mendapat pelbagai respond dari pengikutnya.
Menurut Vivy, jambangan bunga itu adalah hadiah untuk meraikan tempoh perkenalan mereka suami isteri selama 12 tahun.
“12 tahun kami telah mengenali antara satu sama lain, dia beri saya jambangan bunga, saya beri seorang bayi yang comel,” seloroh Vivy menerusi ruangan kapsyen tersebut.
Vivy yang melahirkan anak ketiga pada 10 Oktober lalu memberi nama anaknya, Sarah Ilham Shah. Sebelum ini, Vivy dan suami yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dikurniakan dua cahaya mata , Daniel Azim Shah, 5, dan Mariam Iman Shah, 3 tahun.
Ads
Ads
Sementara di ruangan komen, rata-rata pengikut Vivy telah mengucapkan tahniah mereka berdua.
Anak-anak ibarat kain putih, sebagai ibu bapa kitalah yang mencorakkannya. Semasa seseorang bayi itu lahir, mereka mempunyai potensi untuk menjadi seorang genius.
Jika seorang bayi itu tidak cacat maka dia mempunyai segala yang di perlukan untuk dia boleh menjadi cemerlang. Jika otaknya dirangsang dengan sempurna, dia pasti boleh mencapai tahap genius.
Menurut Dr Rozieta Shaary atau lebih dikenali sebagai Ibu Rose yang juga Parenting Guru, ibu bapa cemerlang yang mahu membina anak-anak yang positif perlu melihat anak-anak mereka yang masih kecil sebagai seorang yang berkebolehan, cekap dan berjaya bila dewasa nanti.
“Saya suka membuat andaian yang mudah difahami untuk menerangkan lagi perkara ini. Sekiranya kita andaikan anak kecil itu seperti sebuah kereta, maka semasa dia baru lahir, dia adalah ibarat sebuah kereta sport yang boleh meluncur laju dan mempunyai kapasiti enjin yang besar. Namun jika pemandunya tidak menggunakannya dengan sepenuhnya, tidak ada guna kuasa yang ada pada kereta itu.
Untuk menjadi juara , ibu bapa dan anak mesti dapat bertahan hidup di dalam dunia penuh cabaran ini. Ini memerlukan kekuatan disiplin yang tinggi terutamanya bagi ibu bapa. Ibu bapa mesti mengawal diri dan senantiasa memastikan diri memberi input yang baik kepada anak-anak.
Pertama, ibu bapa mesti mengawal perkataan yang keluar dari mulut. Jika mahu anak jadi berani, berhentilah menakutkan mereka. Jika mahu anak menjadi baik, berhentilah mengatakan mereka jahat. Jika mahu anak yang berdisiplin, berhentilah mengatakan mereka itu ‘ hyperactive’. Perkataan yang keluar daripada mulut kita akan memprogramkan otak anak-anak kita,” ujarnya lagi.
Bila perkataan itu terlalu kerap dia kaitkan kepada anak itu, maka anak itu akan mengambilnya sebagai milik dia. Dia akan mengaitkan imej kendirinya dengan perkataan itu. Bila itu sudah menjadi miliknya, maka menukarnya menjadi payah. Pada peringkat ini, ia bukan sekadar mental sahaja, tetapi jiwa juga terlibat.
“Terdapat ibu bapa yang tidak suka menggunakan perkataan positif kepada anak-anak mereka contohnya, comel, bijak, rajin, cantik dan sebagainya. Kononnya pada pendapat mereka, anak-anak yang selalu dipuji akan bengkak kepala mereka. Nanti, anak akan menjadi bongkak.
“Memuji sebenarnya tidak meninggalkan kesan negatif jika dilakukan dengan betul. Contohnya, jika anak itu bijak, katakan dia bijak dan kemudian tanya dia mengapa dia suka menjadi bijak. Semasa itu semaikan nilai-nilai murni untuk menjadi pendorong dia untuk menjadi bijak.
“Contohnya, dia menjadi bijak dan suka belajar kerana dia mahu menolong orang lain menjadi bijak juga. Walaupun pada usia yang masih kecil. Janganlah membandingkan kebijaksanaan dia kelembapan budak lain pula. Kemudiannya memuji dia melangit tinggi. Inilah yang membawa takbur.
Jika mereka tidak suka bergaul dengan orang lain, janganlah itu sahaja yang disebut berkali-kali. Jangan pula mengait perkara itu sebagai peribadinya. Gunalah perkataan yang boleh memprogramkan dia untuk suka bergaul.
“Contohnya, ” Fia, suka berkawan, nanti bila Fia dah kenal kawan, Fia suka bermain dengan dia, kan?” Ini menyediakan anak itu untuk menerima identiti asing ini dan menjadikannya hak dia. Gambaran ini disemaikan di minda mereka sedari kecil lagi,”ujar Ibu Rose lagi.
Mempunyai imej kendiri yang positif adalah perisai yang paling penting untuk berjaya hidup di dalam dunia yang penuh negatif ini. Oleh itu adalah amat penting bagi ibu bapa membina imej kendiri yang positif di dalam anak kecil mereka. Janganlah mengaitkan perkara-perkara yang negatif dengan diri anak-anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penggemar makanan Western pasti suka Sos Blackpper. Baik dimakan bersama ayam atau kambing, keenakan rasanya menambahkan selera bukan?
Untuk ibu-ibu yang nak cuba buat sendiri sos ini, jom admin Kongsikan resipi dari Afiy Al Habibi yang viral sehingga dikongsikan lebih k.
Sos Blackpepper Viral
Inilah resepi yang mendapat lebih seribu share di laman fb sendiri. Ramai yang komen nak petang tadi. Jadi saya panjangkan lagi perkongsian di sini. Sekali dengan cara perapan daging ikut selera sendiri.
Resepi lain yang lengkap boleh jengah di fb saya. Semoga bermanfaat.
Bahan-bahan
Bahan perapan daging ( 3 keping )
– 3 sudu besar sos lada hitam
– 3 sudu besar serbuk cheese
– 1 sudu besar sos spageti cendawan
– 3/4 lada hitam kisar
– 1/2 sudu kecil parsley flakes
* tak perlu masukkan garam. Perapan dengan serbuk cheese sudah memadai.
Cara membuat:
1. Satukan semua bahan perapan dalam bekas besar.
2. Lumurkan pada kepingan daging kambing setelah dicuci bersih tanpa darah beku.
3. Perap selama 8 jam untuk hasil yang terbaik.
* Untuk perap semalaman masukkan dalam peti suhu biasa.
Resepi Sos BlackPepper Viral
Panaskan 3/4 sudu besar Planta dalam api sederhana kecil sahaja.
Masukkan 1 ulas bawang putih yang telah diracik hingga naik bau.
Masukkan 1 tin sos spageti keju.
Pilih yang tin kuning seperti dalam gambar.
Saiz tin paling kecil (250 gram kalau tak
silap).
Tambahkan air suam 1 tin.
*konsistensi kuah tak terlalu cair atau ketara pekat.
Tambahkan 1/2 sudip kicap Jalen lemak manis.
* jangan guna kicap masin
Masukkan 3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar.
Juga masukkan 3/4 sudu kecil gula ( boleh masuk sikit-sikit untuk langkah selamat)
Kacau sebati.
Tutup api setelah cukup semua rasa.
Siap.
Boleh follow facebook Afy AL Habibi untuk resepi lain yang lengkap lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biasanya jika ingin dibandingkan antara baju suami dengan pakaian si isteri yang ada dalam almari, pakaian siapa paling memenuhi hampir keseluruhan ruang?
Tentu pakaian si isteri lebih banyak bukan? Hinggakan ada pakaian yang tersimpan lama tanpa disentuh dek kerana banyaknya pilihan pakaian yang boleh digunakan oleh orang perempuan.
Sedangkan jika baju yang lama tersimpan di dalam almari tanpa dipakai akan menyebabkan ianya berbau kurang menyenangkan.
Nak elak terjadi, boleh cuba 5 tip ini untuk pastikan pakaian di dalam almari sentiasa segar dan harum dengan cara yang lebih menjimatkan.
1. Daun pandan
Daun pandan memang mempunyai aroma yang digemari ramai dan mampu menyegarkan ruangan almari jika diletakkan sehelai dua di dalam almari.
Caranya cukup mudah, hanya ambil daun pandan dan simpulkan ia sebelum diletakkan di suatu sudut almari. Biarkan sehingga daun layu dan bolehlah diganti yang lain.
2. Botol minyak wangi
Jika ada minyak wangi yang telah habis, bolehlah diletakkan di dalam almari pakaian. Pastikan penutup minyak wangi tersebut dibuka agar keharumannya merebak ke seluruhan ruangan almari.
3. Sabun mandi
Ambil sabun mandi yang harum baunya dan letakkan di suatu sudut di dalam almari. Malah boleh juga diletakkan dicelah-celah lipatan baju untuk memastikan pakaian yang tersimpan kekal harum baunya.
4. Herba
Pilih herba yang mempunyai aroma kesukaan anda. Mungkin bauan serai menjadi pilihan. Makan bolehlah serai dihiris halus dan masukkan ke dalam uncang. Kemudian digantung di dalam almari pakaian.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.