Pasangan ini membuktikan cinta tidak hanya berlandaskan paras rupa dan fizikal tetapi keikhlasan hati.
Justeru ungkapan cinta tak mengenal rupa sangat sesuai untuk menggambarkan pasangan yang cukup istimewa ini. Kalau hati sudah berkenan, kekurangan yang ada diaanggap satu keistimewaan.
Demikian juga dengan pasangan Mohd Azran Zainal Abidin, 27 dan Siti Sarah Osman, 27, apabila memilih untuk bersatu sebagai suami isteri yang sah.
Fizikal Siti Sarah yang merupakan orang kurang upaya kategori kerdil bukan menjadi halangan untuk pasangan ini yang menyulam cinta sejak 2010.
Pasangan istimewa itu disatukan di rumah Siti Sarah di Jalan Melati, Kampung Sura, di sini, jam 10 malam pada Jumaat lalu.
Mohd Azran berkata, dia tidak melihat kecacatan isteri sebagai halangan untuk mereka melangsungkan perkahwinan.
Ads
“Saya tidak melihat paras rupa, warna kulit dan kesempurnaan fizikal kerana kelemahan itu menjadi indah dan sempurna apabila adanya rasa cinta.
“Sepenuh hati saya mencintainya dan menerima dia seadanya kerana dia cukup istimewa serta sempurna untuk saya,” katanya yang berasal dari Kampung Telaga Papan, Semerak, Pasir Putih, Kelantan.
Menceritakan kembali detik pengenalan mereka, Mohd Azran berkata, mereka mula berkawan selepas berjumpa ketika sama-sama menyertai Kem Motivasi Tingkatan Enam di Besut pada 2010 sebelum menjadi rapat.
“Saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut sementara isteri pula pelajar Sekolah Menengah Agama Maarif namun kami sekadar berkawan pada awal perkenalan sebelum timbul perasan sayang selepas merasai banyak keserasian.
Ads
“Saya tidak kisah apa pandangan orang lain terhadap kami dan saya bersyukur apabila isteri menerima lamaran saya,” katanya yang bekerja sebagai pembantu pemasaran farmasi.
Bagi Siti Sarah pula, kesungguhan dan keikhlasan suami sepanjang perhubungan mereka membuatkan dia menerima lamaran suaminya.
“Biar pun serba kekurangan namun suami tidak melihat kelemahan itu dan bersedia untuk berkahwin dengan saya.
Ads
“Saya tidak pernah menagih simpati dengan kekurangan yang ada sebaliknya menjadikan ia sebagai motivasi dan dorongan untuk berjaya.
“Malah, saya sendiri tidak pernah menyangka akan berkahwin secepat ini, ternyata Allah sentiasa adil dalam mencorakkan kehidupan setiap hambanya,” katanya yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah, Kolej Universiti Insaniah Kedah.
Siti Sarah menzahirkan rasa syukur bertemu jodoh dengan seorang suami yang bertanggungjawab dan baik hati.
“Walaupun fizikal saya begini, saya melaluinya dengan penuh yakin dan paling penting tidak pernah menagih simpati orang lain.
“Apatah lagi, status isteri membuatkan tanggungjawab saya lebih besar dalam menjalani kehidupan berumah tangga.
“Sejak dulu, saya menjadikan kekurangan diri sebagai pencetus motivasi dan dorongan untuk lebih berjaya,” ujarnya.
Sumber: Berita Harian & Teganukita.net
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Membesarkan anak angkat beragama Islam, Chee Hoi Lan yang merupakan pesara guru tadika itu dikurniakan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah/2022 Masihi sekali gus mendapat gelaran Ikon Ibu Sejati-Keluarga Malaysia.
Chee, 83, yang membesarkan Rohana Abdullah, 20, sejak usia dua bulan hingga sekarang mendapat perhatian masyarakat dan kerajaan kerana keikhlasannya menjaga serta mendidik gadis itu walaupun mereka berlainan agama.
Anugerah itu dikurniakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah/2022 Masihi di Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.
Chee yang hadir berkerusi roda ketika ditemui pemberita selepas majlis itu menjawab ringkas: “Saya sangat gembira (menerima anugerah itu).”
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul tahun ini.
Syed Zainal Abidin, 59, berkata pengurniaan anugerah itu memberikan semangat untuk beliau menjalankan tugas seharian yang mencabar.
“Saya memang suka mengamalkan korporat dakwah dan dengan adanya anugerah ini saya serta rakan-rakan korporat lain akan menggunakan platform sedia ada untuk berbuat baik dalam syarikat dan komuniti sekeliling,” kata anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu.
Lima lagi penerima Anugerah Maulidur Rasul adalah Pengarah Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya Datuk Dr Azizan Baharudin, Penerbit Eksekutif (Pengisian Kandungan Islam) TV3 dan TV9 Ahmad Noor Sulaiman dan Pengerusi Yayasan ZIKAY Mohd Khay Ibrahim.
Penerima lain adalah aktivis kemanusiaan dan penceramah motivasi Shazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina serta kaunselor berdaftar Hushim Salleh.
Sumber : Bernama
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jadikanlah kehadiran diri kita dapat menggembirakan hati dan bermakna kepada orang lain terutamanya kepada ibu ayah, pasangan, anak-anak dan keluarga tersayang.
Bukankah kita juga sering mendengar ungkapan; untuk menjadikan diri kita dicintai orang lain, maka diri kita perlu mencintai orang lain terlebih dahulu.
Untuk menjadi peribadi yang selalu dirindui, maka jadikanlah diri kita insan pertama yang selalu merindui dahulu.
Ingat pesan Nabi SAW: “Sesungguhnya sesiapa yang tidak menyayangi, maka dia tidak disayangi”. (Riwayat Muslim)
Andai ditanya, sebagai seorang ayah apa pula perkara perlu dibuat untuk menjadikan anak-anak sentiasa merindui hadirnya ayah dalam hidup mereka?
Sedangkan lazimnya, ayah selalunya mempunyai karektor yang tegas dan garang dan sekali gus menyebabkan anak-anak tidak rapat dengan ayah.
Untuk itu, jom baca perkongsian daripada saudara Taufik Razif ini untuk manfaat bersama.
Jadilah ayah yang dirindui anak-anak
1. Selalu pandang mata anak bila bercakap
2. Suka gunakan nada suara yang rendah bila bercakap
3. Tahu personaliti dan karakter setiap anak anaknya
4. Selalu gunakan kata kata motivasi daripada ugutan
5. Bila marah, tak hilang kawalan
6. Bila gembira, tak gembira keterlaluan
7. Selalu bercerita pada anak tentang Ketuhanan
8. Selalu peluk cium semua anak tanpa pilih bulu
9. Selalu cipta kenangan indah walaupun pada perkara yang kecil
10. Hargai setiap usaha anak walaupun tidak sempurna
11. Lebih banyak mendengar daripada menengking dan memarahi
12. Melayan seluruh ahli keluarga dengan penuh lemah lembut dan kasih sayang
“Father is someone who lost everything just to make you win”
Sumber : Taufik Razif
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila terjadinya batuk yang berterusan sama ada pada anak-anak atau pada diri kita sebagai orang dewasa, itu adalah antara petanda utama yang perlu diambil serius. Jangan pandang ringan dengan membiarkan masalah tersebut berpanjangan.
Ini berpandukan perkongsian daripada Dr Zubaidi di akaun facebooknya, berkenaan kejadian yang berlaku pada salah seorang pesakitnya yang mengalami batuk berpanjangan hingga menyebabkan terganggu tidurnya.
Difahamkan, walau pun telah makan pelbagai jenis ubat namun batuk pesakit tersebut tetap juga tidak reda.
Jadi jom kita baca perkongsian penuh daripadanya untuk kita menambah ilmu berkaitan penjagaan kesihatan untuk kita seisi keluarga. Jangan ingat batuk itu sekadar batuk yang disebabkan tekak yang gatal, namun batuk juga ada yang boleh membahawa bahaya pada diri jika tidak dirawat.
APA PUNCA BATUK BERTERUSAN?
Saya masih ingat seorang pesakit saya yang agak obese, selalu batuk ketika tidur. Dia terjaga kerana batuk berterusan tanpa henti. Bila minum air kosong baru lega sedikit.
Dia sudah cuba pelbagai ubat batuk tetapi tiada perubahan yang baik.
Saya tanya bila kali terakhir makan? Dia menjawab selalunya pukul 10pm. Kadang kala lambat sikit. Bila tengah malam lapar, dia pergi ke restoren 24 jam untuk makan roti canai.
Saya percaya berkemungkinan besar, dia mengalami refluks.
Photo by Towfiqu barbhuiya on Unsplash
Batuk Terbahagi Kepada 2
Ada masalah batuk disebabkan penyakit berbahaya. Ada disebabkan oleh masalah yang ringan.
Antara masalah batuk yang bahaya adalah:
1. Tibi
2. Kanser paru-paru
3. Bronchiectasis
4. COPD (Chronic Obstructive Pulmonary Disease)
Sementara yang kurang bahaya dan dapat dirawat dengan baik adalah:
5. Asthma
6. Post Nasal Phlegm akibat Sinusitis yang kronik
7. Reflux
Photo by JESHOOTS.COM on Unsplash
Saya berikan ubat gastrik untuk kawal masalah beliau untuk sementara waktu. Pada yang sama saya nasihatkan kurangkan berat badan, tidur gunakan alas kepala yang agak tinggi dan tidak makan berat 2 jam sebelum tidur.