Siapa kata wanita yang menjadi surirumah tangga tidak boleh menjana pendapatan lumayan? Hal ini telah dibuktikan oleh Puan Nurbayah, pemilik inthemix_kitchen. Dengan hanya  memasak di rumah, pendapatan yang diterima cukup lumayan.

Bukan sekadar untuk membantu suami meningkatkan pendapatan keluarga, malah dengan memasak ini jugalah membuka mata suaminya untuk turut sama serius menjalankan perniagaan dan mengambil keputusan tidak lagi makan gaji.

Ikuti antara kisahnya yang telah dipaparkan di dalam Majalah Keluarga terbitan Julai 2018.


Mengimbau kembali detik awal berniaga, bagi Baya atau nama sebenarnya Nurbayah, setiap perniagaan itu ada pasang surutnya. Lebih-lebih lagi apabila perniagaannya hanya tertumpu pada jualan biskut semata-mata.

“Apabila di luar musim perayaan nyata pendapatan yang diraih oleh saya berkurangan. Atas alasan ini juga, saya mencari idea untuk memastikan operasi perniagaan dapat terus dilaksanakan dan sekali gus pendapatan boleh  dijana walaupun pada luar musim perayaan.

IKLAN

“Saya tercari-cari apa lagi yang boleh saya lakukan dalam meningkatkan pendapatan keluarga. Jadi ramai teman-teman cadangkan kepada saya untuk menawarkan pelbagai jenis masakan kepada pelanggan. Pada pandangan mereka, masakan yang saya sediakan juga mempunyai keenakan rasanya yang tersendiri.

Wanita Ni Buat Duit Dengan Memasak. Keuntungannya Melebihi Dari Makan Gaji!

“Tanpa fikir panjang, saya cuba dengan menu pertama saya iaitu shepherd pie sebanyak 2 kg daging. Jualan pertama saya, hanya buat promosi dalam grup WhatsApp kawan-kawan sahaja dan Alhamdulillah 30 paket habis terjual di hari pertama. Semua ini saya masak di dapar rumah sendiri.  Begitu juga pada hari kedua, saya buka tempahan untuk 30 paket dan habis semuanya,” ujarnya dengan rasa gembira.

IKLAN

Keseronokan berniaga

Melihat penerimaan yang bagus daripada pelanggan terdekat dan keuntungan yang diraih, ini memberikan keseronokan. Siapa sangka hanya dengan memasak dan berkat usaha berterusan, keuntungan yang diperoleh melebihi daripada makan gaji. Apa yang pasti wanita diluar sana juga boleh berjaya dalam menjana pendapat keluarga dengan cara memasak.

IKLAN

Wanita Ni Buat Duit Dengan Memasak. Keuntungannya Melebihi Dari Makan Gaji!

“Makin lama bertambah order, boleh kata semua yang orang nak saya akan buat. Daripada Shepherd pie, kemudian Lasagna, Rissole, Ceaser Salad, Puding Roti, Caremel dan pelbagai menu lainnya.

“Malah kami juga ada menawarkan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan di sekitar lembah Klang dan untuk yang sukakan kejutan untuk insan tersayang kami juga menawarkan  ‘Delevery Surpise’. Semua ini saya war-warkan di dalam instagram, dan alhamdulillah media sosial banyak memudahkan lagi untuk saya kembangkan perniagaan ini.

Sumber : Majalah Keluarga isu Julai 2018

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI