Di dalam ruang yang kecil dan sempit, segala details perlu diutamakan. Ada beberapa tips yang boleh membuatkan bilik kelihatan lebih luas dengan hanya beberapa cara mudah. Bilik yang kecil boleh membuatkan anda berasa terkurung dan tidak selesa.

Tambah lagi jika bilik itu tiada tingkap. Tetapi dengan konsep yang sesuai dengan ruang tersebut, ia mampu memberikan perbezaan dari segi visual dan membuatkan bilik kelihatan lebih luas dan kemas.

Teknik warna dan pencahayaan serta susunan perabot adalah antara beberapa topik yang  akan dikongsikan dalam artikel ini. Semoga idea-idea ini dapat memberi inspirasi kepada anda yang ingin menaiktaraf bilik. Jom kita tengok!

TIPS BILIK LUAS, KEMAS DAN RAPI

  1. Cat dinding dengan warna yang cerah 

Tips Bagi Penyewa Rumah Sewa, Bilik Sempit Tampak Luas Dan Kemas

Ruangan yang limited dan sempit disarankan guna warna cat yang lembut dan cerah. Jika guna cat yang lebih gelap, efeknya akan kelihatan sempit seperti menutup ruang itu.

Manakala cat cerah memberikan efek yang luas kepada mata. Bukan itu sahaja, bilik pon kelihatan lebih tenang untuk dijadikan tempat berehat.

Antara warna yang cerah ialah beige, pastel, putih dan cream. Jika ingin memilih warna putih, pilih lah yang sesuai kerana warna putih mempunya banyak kod yang berbeza warna putihnya.

2. Penggunaan cadar, perabot dan barang hiasan warna cerah 

Tips Bagi Penyewa Rumah Sewa, Bilik Sempit Tampak Luas Dan Kemas

Seperti pemilihan warna bilik, warna cadar dan juga details yang lain juga penting. Penggunaan cadar dan perabot atau hiasan yang berwarna gelap menyebabkan bilik nampak lebih gelap.

Sebaiknya pilihlah warna yang sesuai dengan warna cat bilik. Ini menampakkan bilik lebih kemas dan teratur tanpa mempunyai campuran warna yang berlainan.

Langsir juga memainkan peranan. Jangan risau, jika ada masalah tidur tetapi ingin gunakan warna langsir yang cerah, boleh gunakan langsir “blackout”.

IKLAN

Langsir ini dapat menghalang cahaya hampir sepenuhnya. Sesuai dengan orang yang mempunyai migraine ataupun masalah tidur.

3. Pencayaan lampu kecil seperti downlight dan eyeball, lampu meja dan lampu tidur

Tips Bagi Penyewa Rumah Sewa, Bilik Sempit Tampak Luas Dan Kemas

Pencahayaan semula jadi memang menjadi pilihan tambah lagi jika anda merupakan seorang content creator yang sentiasa memerlukan pencahayaan yang baik.

Untuk mendapatkan suasana yang warm dan calming, boleh gunakan lampu eyeball warm light. Boleh juga letak lampu meja tepi untuk extra cahaya.

Bila bilik cerah, tak ada lah suasana rasa suram. Ada lah sikit rasa productive untuk buat kerja. Apatah lagi untuk orang yang mood nya ikut suasana dan keadaan cuaca.

4. Penggunaan cermin besar 

IKLAN

Tips Bagi Penyewa Rumah Sewa, Bilik Sempit Tampak Luas Dan Kemas

Zaman sekarang cermin boleh ditempah ikut saiz dan juga design sendiri seperti yang diinginkan. Jika tidak pasti, boleh mintak cadangan dari pakar hias dalaman.

Dengan adanya cermin, bilik nampak lebih luas dan elegant. Tapi, pastikan sentiasa bersihkan cermin. Jadi tak kemas pula bila permukaan cermin penuh dengan habuk dan kotor.

Bonus bila cermin boleh dijadikan tempat “mirror selfie” dan “ootd”. Ia juga memudahkan kita untuk check pakaian yang dipakai sebelum keluar rumah.

5. Tambah hiasan pokok hidup atau palsu agar nampak segar 

Tips Bagi Penyewa Rumah Sewa, Bilik Sempit Tampak Luas Dan Kemas

Untuk dapatkan bilik yang nampak segar dan “healing”, boleh letak hiasan pokok hidup. Pokok palsu pon tak menjadi masalah asalkan berwarna hijau.

IKLAN

Hal ini kerana untuk menambah unsur kehijauan di dalam bilik. Warna hijau merupakan warna yang tenang. Boleh guna gantungan daun palsu untuk lekat di dinding ataupun pintu bilik.

Tapi janganlah berlebihan, risau nampak serabut dan mengundang serangga yang tak patut. Bukan itu sahaja, haruslah rajin untuk lap daun agar nampak licin dan tak lekat habuk.

MESTI BACA: Dapat Rehat Dengan Tenang, Tips Bilik Wangi Semula Jadi

Penat Sental Baju Putih, Cuba Tips Ini Untuk Jimat Masa Dan Tenaga

Suami Minta Menu Kurang Berminyak? Ini Tips Buat Kulit Popia Basah Lagi Sedap Dan Sihat

SUMBER: Lemon8 Aina Salsabila

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Tips Bagi Penyewa Rumah Sewa, Bilik Sempit Tampak Luas Dan Kemas

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI