Betul ke jadi ibu bekerja lebih banyak cabarannya berbanding ibu suri rumah tangga?
Tolak ke tepi perbandingan itu, setiap wanita bergelar mak-mak pasti mengalami pelbagai liku dalam menguruskan rumah tangga masing-masing.
Apa yang membezakan antara ibu A dan ibu B ialah cara pengurusan masa. Nak tak nak, kerja rumah memang kena buat kerja rumah tak akan pernah habis.
Selagi bernyawa selagi itulah rumah sentiasa “hidup”.
Tetapi kebanyakkan mak zaman sekarang ada dua posisi tau. Berkarir dan juga suri rumah dalam satu masa. Hebat, bukan?
Jadi bekerja atau tidak, masing-masing perlukan pengurusan masa yang sistematik agar tak tertekan bila berada di rumah.
Mak-mak bolehlah ikut tips di bawah ni untuk kurangkan stress…..jom tengok
TIPS PENGURUSAN MASA UNTUK SURI RUMAH BEKERJA DAN SEPENUH MASA
1. Bangun Awal
Seeloknya mak-mak tidur awal untuk senang bangun di awal pagi. Bila bangun awal pagi, sempat lah siapkan kerja agar tak diganggu oleh anak-anak. Bukan itu je, bangun awal pon sempat untuk mak-mak sediakan bekal untuk anak-anak dan suami. Bekerja atau tidak, mesti boleh buat kalau cukup tidur!
2. Rehat Otak
Bila dah penat buat kerja,cubalelapkan mata kejap dalam 10-30 minit. Bila otak penat, badan pon akan jadi penat. Maka jadi lambatlah kerja nak siap kan. Bila bangun memang automatic rasa segar. Yang kerja janganlah pulak tidur di pejabat ya. Tapi kalau penat sangat mungkin boleh pejam mata waktu rehat. Pandai-pandai lah bahagikan masa.
3. Sediakan Bahan Basah
Setiap kali hujung minggu je dah boleh sediakan bahan basah untuk masak sepanjang minggu yang akan datang. Potong sayur dan bahan mentah dalam bekas dan simpan dalam peti. Lagi bagus, boleh sediakan pes frozen. Nak masak tinggal nak keluarkan dan panaskan je.
4. Jangan Tangguh
Tabiat ‘nanti dulu’ ni biasanya sebab dah selalu amalkan. Tipulah kalau tak pernah lambatkan solat sebab nak siapkan kerja lain dulu. Kita semua manusia ada silap. Kalau dah terfikir buat je terus, cuba jangan tangguh. Mana tahu bila dah tangguh tu tiba-tiba ada kerja lain pula kena siapkan, ditangguh lagi. In shaa Allah semua kerja akan selesai satu persatu.
5. Lipat Kain
Ini paling mencabar, rasa malas sangat nak melipat kain. Tapi jangan risau, boleh je lipat sambil-sambil tengok tv ke, tunggu ikan atas dapur tu masak ke ha kan senang. Kena pandai jugak asingkan jenis-jenis baju barulah tak serabut masa nak lipat. Yang kecik-kecik macam stokin dan pakaian dalam tu boleh buat hujung-hujung. Asalkan yang besar-besar ni dah settle.
6. Kurangkan Screen Time
Masa anak-anak ada kat rumah, elakkan main gadjet. Mungkin ada yang terfikir masa ini lah nak catch up dengan update kawan-kawan di media sosial kan dan berita terkini kan. Cuba luangkan masa bersama anak-anak supaya ada “balance” lah masa bekerja dan masa yang diluangkan bersama anak-anak. Haaa… mak-mak kenalah rajin buat aktiviti di rumah bersama anak-anak. Bila otak anak-anak dah penat, cepatlah diorang tidur. Maka cepatlah kita boleh siapkan kerja tanpa diganggu oleh mereka.
7. Bersenam
Alasan je tak ada masa nak buat senaman, mak-mak boleh buat 10 benda dalam 1 masa. Takkan nak bersenam 30 minit pon tak sempat kan. Boleh je sambil goreng ikan tu sambil angkat dumb bell sebelah haa barulah kuat sikit tangan menggoreng ikan. Bila dah bersenam, barulah segar dan emosi tak cepat penat. Boleh cuba dan biasakan!
8. Solat Sunat
Antara kunci rezeki dalam kehidupan yang orang paling jarang amalkan. Tahu tak kuasa DOA seorang mak-mak sangat luar biasa? Lepas hantar anak ke sekolah boleh buat sunat dhuha. Jadi kalau buat, eloklah selit doa buat suami dan anak-anak serta mak ayah kat kampung. In shaa Allah hidup tu lebih tenang.
9. Bersihkan Sinki
Jangan ajar anak-anak letak dalam sinki selepas makan dan minum. Ajar mereka untuk terus basuh pinggan sendiri selepas makan. Ha ini termasuk untuk anak lelaki. Kerja rumah tak ada “gender roles” sebab ia hanya asas kehidupan yang semua orang wajib buat. Tak kan nak jadi malas kan? Paling penting, sebelum tidur malam pastikan sinki bersih tanpa sebarang kotoran supaya tak ada binatang kotor datang.
10. Reward Diri
Perempuan mana je tak suka dapat hadiah dan manjakan diri sendiri? Jadi andai kata dapat duit poket lebih dari suami, bolehlah guna duit tu untuk keperluan sendiri.
Cuba jangan fikir anak-anak dan suami sebab mereka dah lengkap dengan keperluan memandangkan mak-mak sendiri yang urus pakai minum mereka.
Cuba ‘me time’ dengan kawan-kawan. Bukan selalu pun, kalau dapat merasa mesti rasa seronok!
Sebenarnya kebanyakan isteri bukan tak ada masa, cuma tak pandai uruskan masa. Akhirnya rasa penat dan tak cukup rehat yang kadang boleh buat diri stress sampai menangis. Kalau rajin, buatkan jadual sendiri supaya lebih teratur.
MESTI BACA: Tips Bagi Penyewa Rumah Sewa, Bilik Sempit Tampak Luas Dan Kemas
Penat Sental Baju Putih, Cuba Tips Ini Untuk Jimat Masa Dan Tenaga
Penat Sental Baju Putih, Cuba Tips Ini Untuk Jimat Masa Dan Tenaga
SUMBER: Mingguan Wanita
MESTI TONTON: KISAH KUCING YANG CUTE HINGGA MEMBAWA KEBAHAGIAN BUAT SEBUAH KELUARGA
NAK JOIN DAFTAR DI SINI
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dai Tik Tok Keluarga @keluarga.my