Kalau sudah jodoh tidak kemana. Itulah yang boleh dikatakan mengenai pasangan selebriti, Sabri Yunos dan isterinya, Angeline Tan atau nama Islamnya, Ardini Angeline Tan Yoke Yeah yang mengikat tali cinta pada Sabtu lalu.
Akui Angeline, suaminya adalah orang yang paling banyak mengajar dan mendedahkannya dengan ajaran Islam, meskipun sudah mempunyai sedikit pengetahuan agama melalui rakan-rakan.
“Saya terbuka hati memeluk agama Islam kerana Sabri banyak mengajar saya mengenai agama ini.
“Apabila berkawan dengannya, banyak dia ajar dan bimbing. Saya kagum tengok cara dia mengajar, dia guru pertama saya, ” katanya berkongsi.
Ads
Malah menurut Angeline lagi, suaminya itu bukan sahaja penyayang bahkan dia seorang lelaki yang ikhlas sejak mengenalinya lebih 30 tahun lalu.
“Sebenarnya kita tak rancang tetapi persahabatan yang terjalin sejak dulu bertukar menjadi sayang. Perasaan itu datang secara semulajadi.
Ads
“Semua yang baik ada dalam diri Sabri. Dia ikhlas, penyayang, prihatin dan paling penting boleh bimbing saya ke arah yang lebih baik,” luahnya lagi.
Angeline yang mengucap kalimah dua syahadah pada 26 September lalu di Kelantan disatukan bersama Sabri Yunos pada 14 Oktober lalu di Perlis.
Ads
Tambah Angeline lagi, dia bersyukur hasratnya untuk memeluk Islam dan sekaligus mengahwini Sabri mendapat sokongan baik dari dua anaknya dan keluarga.
Hari raya menjelang tiba, sudah tentu ramai dah tak sabar nak menikmati hidangan di pagi hari raya yang enak terhidang. Tapi bagaimana nak Mindful Eating semasa hari raya. Tentu mencabar kan? Maklumlah dah sebulan berpuasa, ini lah masa nak ‘balas dendam’. Tapi hati-hati salah makan, memang buat perut ‘terkejut’ . Sakit perut sepanjang hari!
Hidangan istimewa yang biasanya disediakan seperti rendang ayam, rendang daging, lontong, dan aneka juadah lain yang pasti mengundang nostalgia dalam setiap suapan.
Menurut Farahanani Amir Hamzah, Pegawai Dietetik UiTM, makan dalam kuantiti sederhana untuk mengelak berlaku masalah penghadaman setelah sebulan berpuasa.
Dalam tempoh kita berpuasa perut kita telah direhatkan di siang hari selama 13 jam tak makan dan minum. Dalam tempoh ini, enzim perut kurang dihasilkan berbanding hari biasa untuk mengurangkan risiko dinding perut terhakis oleh asid perut. Jadi, sebarang perubahan secara mendadak boleh mengundang ketidakselesaan perut seperti refluks asid, kembung, dan juga sembelit.
Lazimnya, kita akan makan juadah yang tinggi protein seperti ayam dan ikan beberapa kali pada hari raya. Enzim perut seperti pepsin yang berfungsi dalam penghadaman protein yang kurang dihasilkan selepas sebulan berpuasa boleh terganggu dengan perubahan mendadak dalam corak pemakanan kita dalam satu hari.
Jangan risau, boleh sahaja nak cuba semua makanan yang ada, cuma kena amalkan konsep ‘mindful eating’ supaya tidak berlebihan dan memudaratkan perut. Kena cedok makanan ke dalam pinggan kita dalam porsi yang terkawal. Makan sedikit sahaja dahulu dan ulang lagi selepas beberapa jam. Dengan cara ini, sistem penghadaman kita akan lebih bersedia untuk memproses makanan.
‘Mindful Eating’ merupakan satu konsep makan yang memerlukan kita makan dengan penuh kesedaran tentang apa yang ada di dalam pinggan kita. Salah satu caranya ialah dengan mengunyah makanan perlahan-lahan dan menikmati setiap suapan. Dengan cara ini boleh membuatkan kita cepat rasa kenyang dan tak menambah berkali-kali.
Selain itu, pastikan kerap minum air kosong dan elakkan minum minuman berkarbonat yang boleh menjadi punca perut kembung. Tak pasal-pasal kena cari air halia pula bila dah senak perut. Lagipun minuman berkarbonat selalunya tinggi kalori dan boleh menyebabkan berat badan naik selepas hari raya. Mesti kita taknak berat naik berkali ganda kan?
Hidangan raya yang kurang serat daripada buah-buahan dan sayur-sayuran juga boleh jadi punca sembelit. Jadi caranya kena selit kan juga hidangan seperti salad buah-buahan segar sebagai pemanis mulut untuk elakkan kejadian sembelit di hari raya. Selain itu, jangan lupa minum air dengan cukup sehingga 10 gelas sehari untuk dewasa untuk memastikan kelancaran penghadaman.
Tular di media sosial beberapa hari lalu apabila pelakon Puteri Balqis mendedahkan sikap buruk bapanya dalam satu program broadcast di YouTube sewajarnya menutup aib sendiri dan tidak mendedahkan perkara itu pada orang ramai.
Hal ini mendapat respon pelbagai pihak dan memetik laporan di Harian Metro difahamkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, remaja itu sewajarnya membuat laporan polis bagi membolehkan dirinya mendapat pembelaan undang-undang dan dilindungi dari sebarang ancaman kepada diri pada masa akan datang.
“Sepatutnya kita dalam Islam, dia lebih pentingkan kepada menutup aib sendiri. Sepatutnya gangguan seperti itu tak perlu didedahkan pada orang ramai.
“Dia sepatutnya lapor kepada polis. Polis yang bertanggungjawab akan menyiasat kes itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia 2022 di sini, hari ini.
Idris menjawab dakwaan pelakon berkenaan baru-baru ini, yang mendedahkan sikap buruk bapanya termasuk memperlakukan ibunya dengan teruk.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun dalam reaksi semalam juga bersedia memanggil pelakon terbabit jika ada laporan dibuat.
Manakala Presiden Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia Datuk Dr Raj Karim pula berkata, tindakan pihak yang menemu bual pelakon remaja perempuan berusia 15 tahun itu bagi mendedahkan dakwaan perbuatan jenayah bapa pelakon adalah suatu bentuk eksploitasi seksual dan perlu diambil tindakan.
Sehubungan itu beliau berkata, mana-mana pihak yang terbabit dalam penyiaran kandungan di media sosial perlu mengikut garis panduan ditetapkan dalam menemu bual kanak-kanak bagi mengelakkan mereka mengeksploitasi golongan berkenaan demi mengejar tontonan yang tinggi.
“Apa tujuan Youtuber itu? Dengan pendedahan melalui temu bual itu, kanak-kanak terbabit sudah dieksploitasi sebanyak dua kali iaitu oleh bapanya (jika benar dakwaan) dan pihak yang menemubualnya.
“Kita ada garis panduan jika ingin menemu bual kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual termasuk mendapat kebenaran dari ibu atau bapa mereka dan tidak boleh dilakukan di tempat awam.
“Kalau di pihak kebajikan yang ingin menemubual mangsa penderaan seksual perlu adanya kaunselor dan perlu peka terhadap gangguan emosi mangsa.
“Kita sendiri tidak tahu bagaimana Youtuber ini mendekati pelakon ini namun yang pasti tindakannya itu adalah tidak betul kerana ia disiarkan secara terbuka,” katanya lagi.
Pada masa sama, Raj berkata, tindakan pelakon itu mendedahkan berhubung pengalaman pahitnya dikhuatiri memberi kesan jangka panjang termasuk kemurungan dan malu.
Beliau berkata, remaja terbabit sepatutnya mendapatkan pertolongan daripada pihak berkuasa termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan membuat laporan polis jika benar berdepan gangguan seksual daripada bapanya sendiri.
Ramai yang sayangkan ‘Abah!’ Ramai yang mahukan beliau menjadi pemimpin negara ini. Malah dilaporkan, 20 Ahli Parlimen BN yang menang PRU-15 didakwa menyatakan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi Perdana Menteri ke-10.
Kesemua Ahli Parlimen tersebut sedia menandatangani akuan bersumpah (SD) yang menyokong ”Abah” menjadi Perdana Menteri dan membentuk kerajaan.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
BAPA KEBAJIKAN RAKYAT
‘Abah Muhyiddin’. Gelaran sedemikian sebenarnya sudah cukup menunjukkan penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) ini.
Beliau menjadi Perdana Menteri ke- 8 di kala negara terkesan dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.
Masih ingat lagi, hanya selepas 16 hari menerajui pentadbiran negara, beliau mengambil langkah drastik mengisytiharkan PKP bagi mengekang penularan COVID-19 dan 11 hari kemudian mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang menawarkan pelbagai bantuan kepada rakyat dan pihak industri yang terkesan dengan COVID-19 termasuk Bantuan Prihatin Rakyat.
Memetik laporan Bernama, penganalisis politik Md Shukri Shuib pernah menyifatkan Parlimen Pagoh itu sebagai Bapa Kebajikan Rakyat, dek pelbagai bantuan diberikannya kepada rakyat bagi membantu mereka menongkah arus kemelesetan ekonomi ekoran COVID-19 yang sedang melanda negara.
Bahkan beliau beranggapan Muhyiddin sebagai ‘man of actions’, iaitu pemimpin negara itu mempamerkan personaliti yang bijak dan lebih banyak bekerja daripada bercakap kosong menyebabkan beliau disenangi rakyat, apa lagi dengan perwatakan sebagai ‘figura bapa’.
INI 21 MANIFESTO PN ADA KELEBIHAN TERSENDIRI UNTUK KEBAJIKAN RAKYAT
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.