Angeline Tan tiada ‘job’ lepas berhijab, “Mungkin ini masa yang sesuai saya dalami ilmu agama.” Pelakon Ardini Angeline Tan mengakui sudah lama tidak menerima tawaran berlakon selepas berhijab.
Angeline Tan Tiada ‘Job’ Berlakon Lepas Berhijab, “Mungkin Ini Masa Yang Sesuai Saya Dalami Ilmu Agama”
Angeline menganggap rezeki dalam bidang lakonan masih belum ‘sampai’ kepadanya buat masa ini. Tetap positif, Angeline atau nama Islamnya, Ardini Angeline Tan merasakan ketika ini mungkin belum ada watak yang sesuai untuk diberikan kepadanya.
Memetik temubual OhBulan, Angeline berkata, dia cuba bersangka baik dan menganggap rezeki belum berpihak kepada dirinya untuk kembali aktif dalam bidang lakonan.
“Sejak saya pakai tudung, tawaran berlakon sudah tiada langsung. Kalau ada pun setakat tempelan bersama suami dalam drama Perang Nasi Dagang arahan Issey Fazlisham.
“Kalau tanya secara peribadi, saya nak sangat berlakon dan saya sejenis yang tak boleh duduk diam. Mula-mula saya rasa tak biasa duduk rumah dan tiada tawaran. Lama-lama saya anggap mungkin ini masa yang sesuai untuk saya belajar dan mendalami ilmu agama.”
Jelas suri hati kepada aktor dan pelawak Sabri Yunus ini lagi, dia bersyukur kerana diberi tawaran lain di saat tawaran lakonan tidak datang langsung.
“Bulan Julai hari itu saya sepatutnya pergi kursus agama tetapi saya tak pergi sebab ada tawaran daripada sebuah stesen televisyen untuk menjayakan program iaitu ‘Angeline Tanya Abang Jawab’.”
Disoal sama ada pernah meminta tawaran berlakon daripada mana-mana pihak produksi ataupun tidak sebelum ini, pelakon ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ itu berkata, dia tidak pernah meminta sebarang job selama 30 tahun berkecimpung dalam industri seni.
“Saya rasa semua orang kenal dan faham saya. Selama 30 tahun dalam bidang ini saya tak pernah minta job. Dekat suami sendiri pun tidak pernah. Kalau ada job yang sesuai untuk saya, pasti mereka akan panggil. Kalau tak sesuai itu sebab mereka tak panggil.
“Saya selalu fikir kawan-kawan lain pun nak hidup. Jadi kita semua perlu percaya pada rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah.
Mengenai kehidupan Angeline selepas hampir setahun menjadi isteri, wanita ini ternyata bahagia dengan kehidupan alam rumah tangganya.
“Susah nak cakap sebab kami bermula sebagai kawan baik dan sekarang jadi suami isteri. Saya rasa seronok, kehidupan lebih tenang, bahagia dan masih lagi belajar sebagai seorang isteri. Abang (suami) seperti buku, saya kena baca setiap hari.”
Angeline ditemubual di majlis sidang media program terbaharu terbitan TV Alhijrah, ‘Angeline Tanya Abang Jawab’ yang berlangsung di Restoran Homst, Wangsa Maju.
Tentunya sesiapa pun akan teruja bila ada yang menawarkan RM1,000 bahkan jumlahnya boleh meningkat hingga RM3,000 kepada anda yang mempunyai sekeping wang RM1. Boleh dikatakan itu tawaran yang berbaloi dan hebat.
Melalui statut yang dihantar oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli akaun FB miliknya, tentunya menarik perhatian umum. Beliau menawarkan RM1, 000 kepada mana-mana individu yang mempunyai sekeping wang RM1 yang ditandatangani Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) keenam, Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman.
Tambahnya lagi, jumlah itu akan meningkat kepada RM2, 000 hingga RM3, 000 sekiranya keadaan wang kertas RM1 tersebut masih dalam keadaan baik dan sempurna.
“Cuba tengok (wang) kertas RM1 yang anda ada. Kalau ada tandatangan sama seperti gambar di bawah, saya beli dengan harga RM1, 000.
“Kalau keadaan cantik, saya beli dengan Harga RM2, 000 dan kalau lagi cantik saya beli dengan RM3, 000,”
“PM ye kalau ada,” Ujarnya yang memuat naik status ini pada 19 May yang lalu.
Status itu menerima pelbagai reaksi tanda suka, komen dan perkongsian. Bahkan tidak hairanlah hantaran terbabit mendapat perhatian warganet selepas ia tular di media sosial.
Ramai warganet juga ada menunjukkan koleksi wang lama yang disimpan mereka di ruang komen.
Mencantikkan ruang kediaman tidak semata-mata dengan pokok bunga sahaja. Kini, dengan kreativiti dan minat, anda boleh menggabungkan pokok bunga dan sayuran untuk menjadikan ia lebih menarik.
Inilah yang dikongsikan oleh puan Lydia Ezani pada ruangtepi pagarnya. Walaupun cukup terhad tetapi dengan kreativiti yang ada, pemilik kediaman ini menjadikan ia kebun yang cukup cantik. Pilihan pokok bunga Ros Jepun, Bayam Brazil dan juga pokok snake plant sesuai kerana jenis pokok renek dan berbunga cantik.
Penghadang rumput digunakan membuatkan ia nampak lebih kemas tersusun.
Kebun depan rumah pun boleh..percubaan melandskapkan tanah ciput depan pagar dengan ros jepun + bayam brazil + snake plant.
Pokok Ros Jepun mengeluarkan bunga yang menarik sekaligus mencantikkan ruang tersebut.
Minggu lalu, kerajaan telah mengumumkan inisiatif bantuan tunai secara ‘one-off’ RM500 yang diberikan kepada ibu bersalin pada tahun 2023.
Tidak terkecuali, Angkasawan Pertama Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor menyambut baik perkara itu dengan mengusik isterinya Datin Dr Halina supaya menambah cahaya mata pada tahun depan.
Menerusi sebuah posting di laman Instagram, Dr Muszaphar berharap pengumuman tersebut secara tidak langsung dapat dijadikan sebagai motivasi kepada isterinya.
“Bajet 2023. Dalam semua intipati belanjawan, inisiatif ini paling menarik perhatian saya. Semoga menjadi motivasi yang baik buat Dr Halina.
“Dapat duit belanja lagi haha,” selorohnya sebaik Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selesai membentangkan Bajet 2023 baru-baru ini.
Pada masa sama, figura berusia 50 tahun itu menjangka lebih ramai bayi akan dilahirkan pada tahun depan terutama dalam kalangan penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
“Pasti akan menjadi ‘baby boom’ tahun hadapan. Apa pandangan anda?,” soalnya kepada pengikut.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi penjelasan bahawa tidak semua ibu akan mendapat bantuan tunai itu sebaliknya hanya diberikan kepada penerima BKM sahaja.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan dikurniakan enam cahaya mata.
Mereka adalah Sophea Isabella, 11, Sophea Natasha, 9, anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, 3 serta kembar kedua Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia, 2.
Umie Aida terbang RM1k, tak sengaja terseludup sebiji epal ke New Zealand. Gara-gara sebiji epal, pelakon terkenal Datin Seri Umie Aida 'terbang'RM1,000. Bagaimanapun Umie tetap tenang menerima ujian tersebut ketika dikenakan denda oleh pihak Bahagian Biosekuriti New Zealand, sebaik tiba di Lapangan Terbang Auckland baru-baru ini.