“Dia Kan Korean, Mana Boleh Dipaksa Adat Kita.” Cara Maryam Berpantang Jadi Isu, Ini Reaksi Ernie Zakri

Share

Nama personaliti media sosial, Maryam Younarae  sekali lagi menjadi bualan hangat susulan ramai pihak yang mempertikaikan mengenai caranya menjalani proses berpantang.

Baru sahaja melahirkan cahaya mata sulung pada Oktober lalu, isteri kesayangan Ryzal ini dikatakan tidak berpantang dengan cara yang betul.

Isu ini  mendapat reaksi pelbagai daripada ramai pihak. Ramai yang kurang senang cara yang dipraktikkan Maryam, ibu kepada bayi perempuan bernama Rina ini.

Begitupun ada yang tampil memberikan reaksi berhubung isu ini termasuklah penyanyi, Ernie Zakri.

Dalam perkongsian nya, Ernie menekankan konsep menghormati pendirian orang lain lebih-lebih lagi buat Maryam yang juga merupakan wanita asal Ansan, Gyeonggi-do, Korea Selatan itu.

“Tapi.. dia kan Korean. Mana boleh dipaksa adat kita. Yang penting tubuh badan sihat, tahu la mereka jaga diri inshallah,” kongsinya.

Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada penyanyi, Syamel itu menerusi sebuah ciapan di laman Twitter.

Tambah Erni lagi yang sedang menantikan kelahiran bayi sulungnya, setiap orang bebas untuk mengamalkan cara berpantang mereka sendiri asalkan kesihatan mereka sentiasa terjaga.


Perkongsian Ernie turut mendapat sokongan yang turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar trend seperti ini dapat diubah pada masa akan datang.

IKLAN