Kisah si kecil ini tular dan menjadi bualan hangat di seluruh negara kerana kepetahannya berbahasa Inggeris. Hana Aishah Mustafa Kamal, 7, yang lancar berbahasa Inggeris sewaktu ditemubual sebuah saluran televisyen tempatan ternyata menarik perhatian ramai.
Gelagat si kecil ini dilihat dalam satu rakaman video berdurasi 23 saat dari berita RTM, menunjukkan Hana Aishah begitu fasih dan penuh keyakinan apabila bercerita tentang pengalaman pertama kali ke sekolah.
Video tersebut dipercayai diambil ketika Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat lawatan ke Langkawi sempen Program Back To School baru-baru ini.
Dalam satu temu bual Mustafa Kamal yang merupakan ayah kepada Hana memberitahu kebolehan anaknya berbahasa inggeris adalah anugerah sejak dari kecil lagi.
“Dia boleh berbahasa Inggeris sejak umur tiga tahun, masa umur dua tahun masih pelat lagi. Tapi perkataan pertama dia dulu pun dalam bahasa Inggeris.
“Saya pun rasa pelik, dia memang gifted. Aishah ni suka tengok rancangan bahasa Inggeris. Dia belajar sendiri sahaja sampai orang kampung pun panggil dia Aishah London.
“Kalau naik kapal terbang atau jumpa pelancong asing, dia tarik tangan saya nak pergi tegur dan bersembang,” kata Mustafa lagi.
Beliau yang merupakan seorang peniaga, tidak mempunyai sebarang tip khusus dalam membesarkan anak-anaknya, apatah lagi mengasah kemahiran mereka dalam bahasa Inggeris.
Ads
Namun, beliau yang juga bekas pegawai Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) memberi penekanan terhadap pendidikan agama buat Aishah dan lapan lagi anaknya yang lain sejak mereka kecil.
“Tak ada rahsia apa-apa, cuma jaga solat dan tekankan pendidikan agama. Macam Aishah, dari usia tiga tahun saya dah ajar solat. Saya juga tekankan pada pembelajaran al-Quran untuk dia.
“Dari segi pemakanan pun tak ada apa-apa tip, cuma selera Aishah lain sikit. Dari kecil dia suka spaghetti, pizza, keju. Kalau nasi, dua atau tiga hari sekali sahaja dia makan,” kata Mustafa.
Tambahnya lagi, mereka sekeluarga sering belajar bahasa Inggeris dengan Aishah memandangkan dia mampu berkomunikasi dalam bahasa itu dengan lancar, berbanding adik-beradiknya yang lain.
Ads
Dalam pada itu, Mustafa berkata, Aishah juga seorang anak yang mudah diurus dan dia langsung tidak gentar untuk menjejakkan kaki pada hari pertama persekolahan, pada Selasa.
“Dia teruja nak ke sekolah, kejutkan dia untuk bangun pagi pun senang, sekali panggil sahaja dan bangun.
“Soalan pertama dia pada guru kelas adalah mengenai peraturan sekolah, apa boleh buat dan apa yang tak boleh buat di sekolah.
“Dia memang suka tanya soalan yang pelik. Pernah dia tanya saya, kenapa kita solat ada kiblat ke Makkah, tapi tak nampak Makkah pun. Jenuh nak menjawab,” katanya lagi.
Ads
Mengulas mengenai video tular anaknya, Mustafa berkata dia bersyukur dan gembira dengan reaksi orang ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa kagum terhadap kebolehan Aishah.
Malah, video murid tahun satu Sekolah Rendah Kebangsaan Kedawang, Langkawi, Kedah itu turut menerima ratusan ribu tontonan menerusi laman Facebook, Twitter dan Instagram.
“Bapa mana yang tak suka. Saya bersyukur sangat. Semoga ia menjadi contoh kepada anak-anak lain.
“Penguasaan bahasa Inggeris sangat penting, bila kita kuasai bahasa asing, lebih banyak ilmu kita boleh dapat,” jelasnya lagi.
Tambahnya, Aishah juga pernah menyuarakan hasratnya untuk menjadi seorang doktor atau pereka fesyen apabila dewasa kelak.
Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dipercayai mangsa penderaan oleh ibu kandung dan rakannya berperwatakan ‘tomboy’ di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang.
Kes ini telah mendapat perhatian banyak pihak selepas beberapa video serbuan dibuat oleh jiran tetangan dan dikongsikan di media sosial yang dipercayai menjadi mangsa penderaan ibu kandung dan rakan tomboy yang mengaku pasangan ‘suami isteri’.
Terbaharu, difahamkan kanak-kanak terbabit berada dalam keadaan stabil selepas berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.
Malah, kanak-kanak berkenaan juga kelihatan ceria setelah bertemu dengan ahli keluarganya terutama bapa kandung selepas melihat beberapa video tular dan dimuat naik oleh bapanya.
“Alhamdulillah, jumpa balik harta dunia akhirat aku. Anak yang tak pernah aku naik tangan kat depa. Selama ni aku diam ja,” tulisnya.
Dia yang dikenali Amirul Haizad memaklumkan dirinya sudah lama mencari anak kandungnya yang dibawa lari oleh bekas isteri sejak 5 September 2022.
“Bukan baru muncul. Anak yang saya cari selama setahun lebih, bekas isteri saya bawa lari depa dari saya. Dah block saya, dia bawa lari 5 September 2022,”maklumnya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Khairin-Nisa Ismail berkata, kanak-kanak itu juga kelihatan gembira dan masih dirawat di Bahagian Kanak-Kanak Hospital Sultan Ismail (HSI).
Selain bapa kandung, antara yang hadir ke hospital bagi menziarahi kanak-kanak tersebut dari Kedah adalah bapa saudara dan datuk.
Tambah Khairin-Nisa, kanak-kanak lelaki itu akan menerima rawatan terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada waris atau orang yang layak dan sesuai di kampung halamannya.
Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk di kawasan kejiranan kerana prihatin dan mengambil tindakan proaktif bagi menyelamatkan kanak-kanak tersebut daripada terus menjadi mangsa penderaan.
Sebelum ini, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memaklumkan pihak polis telah menahan reman pasangan terbabit (ibu mangsa & rakan tomboy) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.
Ibu mangsa yang berusia 27 tahun direman enam hari, manakala suspek berperwatakan tomboy berusia 30 tahun direman selama tujuh hari. Malah, pihak polis turut merampas dua batang rotan bagi membantu siasatan.
Hasil semakan rekod mendapat kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang kesalahan lampau.
Sumber: TikTok @amirulhaizad55, Kosmo! Online (Khairul Mohd Ali)
Bagi anda yang terfikir-fikir untuk menyediakan menu puding sebagai hidangan pencuci mulut untuk majlis tertentu, apa kata anda sediakan Puding Trifle versi dalam cup ini. Jadi mudahkan untuk dimakan, ambil satu bekas untuk sekali makan.
Jika kebiasaannya puding trifle ini dibuat secara disusun berlapis-lapis di dalam trifle bowl untuk menampakkan lapisan-lapisan dessert yang ada di dalamnya. Kebiasaannya lapisan paling bawah adalah kek swiss roll, kemudian dilapiskan dengan kastard, buah buahan, jelly, whipped cream atau sebagainya mengikut citarasa.
Jadi kali ini jom kita buat puding trifle versi dalam cup sepertimana resipi yang dikongsikan oleh Yusma Mustafa.
RESEPI PUDING TRIFFLE VERSI DALAM CUP
Bahan-bahan :
1 biji kek swiss roll (pilih warna hijau perisa pandan)
1 kotak jelly (brand nona pilih kotak warna merah perisa strowberi atau raspberi)
1 tin buah koktel
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastard
1/2 cawan gula
1 cawan air
Ekstra Tip:
* Kalau tak nak guna buah koktel boleh je ganti dengan buah tin lain seperti buah pic, buah laici, buah longan
*Bahan dan step buat sama ja kalo guna bekas atau loyang.
*Resepi ni boleh dapat 25 cup pendek dan kecik yang biasa orang buat dadih tu. Saya dabelkan resepi sebab nak buat 50 cup.
Cara Membuatnya :
1.Potong kek swiss roll pastu isi dalam cup. Terpulang nak potong tebal mana. Agak-agak 1/4 tinggi cup tu just nice.
2. Kemudian tuang adunan kastard. Adunan kastard ni buat macam ni. Campurkan 1 tin susu cair, 1 cawan tepung kastard, 1 cawan air dan 1/2 cawan gula.
Kacau di bawah dulu, baru kacau di atas api. Kena kacau non stop guna api kecik sampai likat, berkilat dan keluar letup letup.
**Kalau nak cair sikit, air tu masukkan 2 cawan.
3. Tapiskan air buah koktel. Kemudian susun buah koktel di atas lapisan kastard. Tekan tekan sikit buah koktel tu guna sudu biar separuh tenggelam masuk ke lapisan kastard.
4. Setelah itu tuangkan jelly. Cara nak masak jelly macam ni,
Campurkan serbuk jelly dengan 400ml air. Masak sehingga larut dan mendidih. Kalo guna dua kotak just dabelkan air.
Kena tuang perlahan-lahan atau ceduk guna senduk sebab nak elak buah koktel tu terapung apung.
5. Tutup cup dengan penutup. Nampak kan 3 layer warna macam lampu isyarat tu?
Kalau kita nampak isteri kita tengah naik marah, tengah membebel, tengah merapu, tengah menjerit, tengah naik angin. Tak payah buat benda lain. Jangan tanya. Jangan tegur. Jangan tazkirah. Lebih-lebih lagi, jangan marah dia semula.
Ambil apa saja yang ada di tangan dia, letakkan di tepi. Pimpin tangan dia, bawa di satu sudut. Peluk dia kuat-kuat. Tak payah cakap. Tak perlu pujuk. Cukup dengan peluk.
Dia mungkin menjerit dan marah. Nampak macam tenaga dia banyak sangat. Tapi saat itu sebenarnya dia berada di takah emosi yang paling lemah.
Kalau ada orang peluk dia waktu ni. Dia boleh menangis teresak-esak. Dia boleh mengadu tersedu-sedu. Tobat lahum. Dia taknak jadi begitu. Dia nak jadi anak yang baik.
Dia nak jadi isteri yang solehah. Dia nak jadi ibu paling sempurna di dunia.
PELUKAN ‘UBAT’ YANG SUPERB!
GAMBAR HIASAN (49)
Pelukan itu cukup membuatkan dia faham bahawa suami memahami.
Isteri bukan terlahir sebagai orang yang marah-marah dan suka marah. Kalau dia memang jenis baran, dari dulu pun suami takkan berkenan. Bukan dia dari awal kenal pun jenis yang kokak kepala pekerja kedai kalau makanan lambat sampai. Tidak. Jangan biarkan dia sendirian memujuk rasa. Perjalanan rumahtangga adalah perjalanan syurga. Tapi perjalanan ini tak semudah yang kita semua sangka. Sokonglah dia sepenuh jiwa.
Kredit: Siti Suryani Yaakop
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.