Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa hibanya apabila anak kesayangannya, Nur Fatima Aisya memberitahu dia mimpi ayahnya kerana terlalu rindukan bapanya itu.
Fattah berkongsi perkara itu ketika menafikan dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya kurang meluangkan masa dengan anaknya.
Kata Fattah meskipun jadual kerjanya padat namun dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa.
Ads
“Perkongsian Instagram baru-baru ini menunjukkan antara momen saya dapat berjumpa dengan Fatima tapi sudah tentu situasi tidak sama macam dulu.
“Kalau ada yang kata saya sibuk sehingga ketepikan Fatima, itu tidak benar. Jadual kerja saya sudah disusun awal dan tarikh melawat Fatima juga sudah dipersetujui.
Ads
“Dalam sebulan, saya dibenarkan melawat dan bermalam bersama Fatima beberapa kali.
“Saya sentiasa masukkan waktu melawat dan bermalam dengan Fatima dalam jadual saya. Tiada istilah saya sibuk dan tidak masa untuk Fatima,” katanya.
Ads
Pun begitu kata Fattah apa yang membuatkan dirinya paling terkesan adalah emosi Fatima tambah pula anak kesayangannya itu mengadu mimpikan dirinya.
Akui Fattah lagi dia tidak dapat menahan sebak dan rasa sedih apabila Fatima pernah bermimpikan dirinya kerana terlalu rindu.
“Paling membuatkan saya sedih ialah apabila Fatima beritahu dia mimpi daddy. Beberapa malam dia mimpi dan ingin bertemu dengan saya. Itu membuatkan saya tersentuh,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semalam, fenomena PS5 melanda negara apabila sudah ada di pasaran. Ramai yang beratur seawal pagi untuk mengambil PS5 setelah membuat tempahan pada bulan awal bulan November lalu.
Produk keluaran Sony ini menjadi ‘kegilaan’ ramai peminat games setelah PS4 Pro berada di pasaran sekian lama.
Ramai yang sanggup membuat tempahan awal dan ada sanggup membuat tempahan luar kawasan setelah kehabisan stok di pusat berhampiran kediaman.
Sebagaimana perkongsian oleh seorang lelaki ini, menerusi facebooknya, Daniel Kincaid yang sebelum ini membuat tempahan luar kawasan demi mendapat stok PS5 berkenaan.
Lebih lucu, apabila gelagatnya yang sanggup membiarkan isteri duduk di belakang, sebaliknya PS5 siap dipakaikan seatbealt. Caranya ini telah menarik perhatian ramai.
Namun hakikatnya, begitulah dalam perkahwinan. Pasangan harus menghargai minat pasangannya. Itulah yang menjadi pemanis dalam sebuah rumahtangga. Biarpun isteri muncung, tetapi hati tetap menghargai minat suami.
Ikuti perkongsian sweet pasangan ini.
11/12/2020. Launch Day PS5 di Malaysia. Dari Loqstaq Ke Pulau Pinang ambek PS5.
Bini mengamok sb suruh duk belakang.
Dari zaman PS1 smp ke PS5 tak pernah miss kena beli sebab dari kecik gila game.
Bagi yang belum berkesempatan nak beli tu pelan-pelan kayuh nanti ada rezeki sampai masa hampa lak beli. Never give up gais.
Warganet turut memberi komen, nyata gelagat lucu ini mencuit hati!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru beberapa hari menyambut hari ulang tahun kelahiran anak perempuan, kini pasangan sama cantik sama padan, Aeril Zafril dan Wawa Zainal sekali lagi mengadakan majlis. Kali ini untuk anak sulung mereka, Ahmad Fakharuddin Attar atau lebih mesra dengan panggilan Attar.
Sepertimana anak perempuan, Aeril juga turut membuat nukilan khas untuk anak sulung mereka sempena hari lahir yang ke- 8 tahun. Saban tahun, Aeril pasti tidak miss berkongsi catatan baik untuk isteri mahupun anak-anak setiap kali tiba hari-hari istimewa.
Hari ini genap usia 8 tahun putera ayah, AHMAD FAKHARUDDIN ATTAR. Seperti selalu, biarpun semasa mendodoikanmu, ayah akan terus menitip pesan buat anakanda tercinta sebagai ole-ole pedoman untuk waktu mendatang…
Attar…bukti pertama ikatan cinta suci mulia ayah dan mama. Biarpun awalnya dihempas badai gelora tapi hikmahnya menjadi sumber kekuatan buat kami, yang semuanya menjadi ‘manis’ akhirnya! Kebahagiaan demi kebahagiaan datang mencurah…
Sesungguhnya, mendahulukan dan mencari ‘REDHA ALLAH’ adalah kunci rahsianya. Attar kena genggam ini dan amalkan dalam hidup. insyaALLAH pasti ada jalan keluar dalam apa jua masalah yang menerpa. Ketahuilah nak, Kita tak kan mampu memuaskan hati semua manusia dan berbuat sesuatu untuk mencari redha manusia adalah hal yang sia- sia!
Ayah tak mahu Attar menempuh sama alam kejahilan ayah dulu. Cukuplah ayah seorang. Sebab itu, daripada kecil sampai menjangkau Attar dewasa nanti, ayah tak pernah lelah mendekatkan Attar pada jalan-jalan mencintai dan dicintai Tuhan.
. Mudah2an di mana dan sebagai apapun Attar berdiri, ALLAH selalu memelihara dan melindungimu ketika penjagaan ayah tidak lagi sampai padamu. Namun walau sejauh mana pun terpisahnya kita, tetap nanti ada untaian doa dan kiriman ‘hasanah amal jariah’ bagi ayah dan mama.
Bila tiba saatnya, Attar akan ganti tempat ayah untuk menuntun dan menjaga adik-adik . Ikat hati kalian dengan iman dan taqwa kerana itu yang menyatukan hati dan perasaan yang hakiki. Berapa ramai yang luarannya tampak bersama dan bersatu tapi sekadar jasad sahaja. Sedangkan hati mereka retak seribu…
Sekiranya ada antara kalian yang sudah atau mahu ‘tergelincir’ dari jalan yang diredhai Tuhan, nasihati penuh hikmah dan santuni membimbing kembali. Ingat kan juga janji mereka pada ayah & mama..
Sungguh Iman & Taqwa tak dapat diwarisi tapi Attar terima lah ini sebagai wasiat Iman dan pesanan yang soheh daripada ayah yang merindukan & mahu anak-anaknya selamat & menyelamatkan serta berjaya dunia akhirat.
Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-8 puteraku, Attar! Peluk cium penuh kasih sayang ayah tanpa batas padamu.
Bahagianya sebuah keluarga apabila rumahtangga itu disinari oleh amalan ibadahnya. Begitu juga dengan pelakon dan usahawan Datin Rebecca Nur Al-Islam yang memuat naik gambarnya dengan pakaian lengkap solat sehingga menarik perhatian netizennya.
Beliau juga menyentuh mengenai sejadah yang menarik hatinya. Dan beranggapan, bahawa kena berpakaian cantik apabila ‘mengadap’ Allah.
“Salam Magrib And Selamat BerBuka Puasa Everyone Mummy Becca Jatuh Cinta Betul Dgn Sejadah Cantik Ni,Sgt2 Tebal,Lembut Dan Cantik Sgt2…”
“Kalau Jumpa Org Kita Nak Cantik2 Dan Selesa kan??? Kalau Jumpa Allah Pun Kita Harus Sentiasa Kemas,Cantik Dan Dalam Keadaan Bersih Dan Selesa….”
“Sapa Minat Dgn Sejadah Ni Uolsss boleh Whatsapp Atau DM anak Bujang @ayyum96 Dia Ada Jual Sejadah Cantik Ni,”
“Murah Sgt2 And The Best Rasa Nak Duduk lama2 Atas Sejadah tu The best lagi Macam Macam Warna ada,Dengar2 Lebih 10 Warna ada,” tulisnya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.