Berkongsi kisah perubahan hidup yang bakal dilalui anaknya, pelakon, Zarina Zainuddin meluahkan rasa gembira melihat perjalanan baru anaknya, Azal.
Sebagai seorang ibu, tiada apa yang lebih menggembirakan andai dapat melihat anak kesayangannya, Azal yang kini bahagia dengan insan tercinta.
Menerusi perkongsian di Instagram, Zarina berkata dia yakin bahawa anaknya, Azal Azrai mampu menjadi seorang suami bertanggungjawab serta menyifatkan anaknya itu seorang yang setia bersama pasanganya, Rahmah yang merupakan seorang warga Indonesia.
Malah kongsi Zarina lagi, dia yakin anaknya mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai seorang suami kelak.
Ads
“Semoga Rahmah dapat membimbing Azal dan membahagiakan Azal,” tulisnya ringkas di Instagram.
Memuat naik sekeping gambar Azal bersama pasangannya di Instagram, Zarina turut mendoakan yang terbaik malah yakin anaknya mampu menggalas tanggungjawab dengan baik.
“Sebagai ibu, saya memang harap nak tengok Azal kahwin, berumah tangga dan rasa bahagia dengan adanya isteri yang menjaga dan menyayanginya.
Ads
“Saya sangat yakin Azal mampu kerana dia bertanggungjawab. Macam mana dia dengan saya, jaga saya. Saya pergi mana-mana pun dia ikut. Dia seorang yang setia.
“Saya rasa bila dia dapat seorang wanita, seorang isteri, dia akan jaga dengan sangat baik sekali,” katanya.
Terdahulu, Zarina berkongsi mengenai kisah Azal yang kini sedang dalam fasa mengenal hati budi seorang wanita berasal dari Indonesia yang dikenali sebagai Rahmah.
Menjadi seorang isteri dan ibu adalah tanggungjawab yang begitu mencabar. Setiap saat menguruskan rumahtangga. Bagi yang bekerjaya, apabila balik ke rumah terus masuk ke dapur masak dan kemas apa yang patut. Memang penat, tetapi itulah rutin harian.
Namun, kebahagian berumahtangga akan lebih manis apabila sang suami turut membantu menguruskan bersama-sama. Jangalah ibu-ibu mahu lakukan semua tanpa bantuan suami. Minta suami membantu sama. Berhentilah menjadi isteri dan ibu yang sempurna demi kebahagiaan.
Begitulah perkongsian ikhlas seorang ibu dan isteri di laman facebooknya Najibah Mustaffa. Moga kita menjadi yang terbaik untuk suami dan anak-anak.
BERHENTI JADI ISTERI DAN IBU SEMPURNA, JADILAH BAHAGIA
Selalu kita dengar orang cakap, bila perempuan ini pandai serba serbi. Untunglah suami dan anak-anaknya. Bahagialah keluarganya. Pandai memasak sedap, hebat mengemas, menghias rumah, berdandan berhias pun tak kalah. Didik anak-anak pun mantap. Cantik pulak tu. Ewah.
Saya pun di awal perkahwinan cuba untuk jadi begitu. Anak seorang OK lagi, masa tu boleh je buat sendiri semua. Hatta kalau gas habis pun, boleh je pergi kedai beli dan angkat masuk rumah. Haha dia punya power.
Bukan suami tak tolong, diri sendiri yang tak pandai minta tolong. Sebabnya acah acah mahu jadi sempurna semuanya. Terbiasa berdikari pun sama. Rumah mesti kemas, kain mesti berlipat, baju kerja suami siap bergosok, makan minum siap hidang terjaga semuanya. Masak tu mesti meriah lauk. Ewah lah sangat.
Bila anak sudah bertambah, dari satu jadi dua, tiga dan kini empat. Lama kelamaan, badan jadi sangat penat. Usia pun semakin meningkat. 4 tahun sahaja lagi nak cecah 40 tahun. Sakit pun dah terasa sana sini.
Tambah lagi bila saya mula berniaga. Mana nak tengok WhatsApp, coaching team, pantau outlet, guide staf, buat marketing, bla bla dengan senarainya yang panjang.
Penat.
Perempuan bila tenang gembira dia sangat comel macam teddy bear atau hello kitty. Tapi bila penat dia akan jadi orang lain. Kadang tu singa, harimau, hantu kak limah segala.
Saya pernah lalui fasa penat dan tertekan ini selepas melahirkan anak keempat. Dengan dia susah nak tidur, nak menyusu sahaja. Melekat dengan ibu. Tak boleh langsung ibu jauh. Masa tu saya tak rasa seronok pun duduk rumah sendiri. Tak rasa kasih pun tengok suami dan anak-anak. Serabut.
Sebabnya? Penat. Penat ni boleh jadi pintu masuk Syaitan hasut itu ini. Mengeluh, mengungkit, sedih, kecewa bla bla yang negatif. Bila penat solat pun tak khusyuk. Huhu.
Mujurlah saya tersedar yang ini bukan kehidupan yang saya cari. Saya tak boleh biar berterusan dengan penat. Cari ilmu, baca perkongsian di FB.
Tahulah saya jawapannya. Saya perlu berhenti jadi sempurna. Hanya perlu jadi bahagia. Saya perlu mula belajar minta tolong ahli keluarga dan orang lain.
Seminggu sekali saya ambil bibik. Dia kemas rumah, lipat kain, tukar cadar, kadang tu basuh langsir, sental tandas, mop lantai semua. Complete satu rumah dikemas.
Hari hari lainnya saya mengemas 2 kali sehari sahaja. Pagi sebelum anak bangun, petang sebelum Maghrib. Kemas pun sekadar pastikan rumah tidak berselerak sangat sebab ada anak anak kecil yang suka bawa mainan sana sini, lantai disapu, dan dapur bersih dari pinggan mangkuk tak berbasuh dan sampah.
Kain baju berbakul, kalau larat dan sempat, lipat. Kalau tak pejam mata tunggu bibik datang minggu depan.
Saya selalu sahaja sebut kepada suami dan anak-anak, ibu penat, ibu nak rehat. Tak mahu paksa diri berlebihan.
Yang saya jaga sangat hanyalah makan minum keluarga. Memang memasak 2-3 kali sehari. Itupun ringkas sahaja. Ada karbo, protein, sayur cukup. Syukur yang penting kenyang. Sebab saya selalu percaya, masakan mengikat kasih sayang keluarga dengan sangat indah. Ada juga lah hari beli je lauk bila tak sempat atau tak ada bahan basah dalam peti. Hihi.
Malam malam berehat sahaja. Bergolek dengar cerita anak-anak.
Sudah tua tua begini. Saya mahu lebih masa untuk tambah ilmu, baiki ibadah. Mahu lama lama di tikar sejadah, mahu tadabbur alquran, mahu baca buku banyak-banyak dan buat yang menggembirakan.
Ramai ibu hari ini tertekan. Bacalah banyak kisah yang berlegar di media sosial.
Kita pilih untuk bahagia dulu.
Barulah semuanya terlihat sempurna pada mata kita. Walaupun tidak pada mata orang lain.
Dan para suami, bantulah isteri anda bahagia dengan kurangkan rasa penatnya. Sebab bila ibu gembira dan bahagia, seisi keluarganya turut berbahagia. ???
Najibah Mustaffa Catatan sementara tidurkan anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Terharu membaca perkongsian Abby Abadi bebeberapa hari yang lalu menerusi laman instagramnya. Sambil memuat naik sebuah gambar yang memaparkan kiriman doa dari seseorang buat anaknya yang baru lahir.
Apa yang mengharukan adalah doa tersebut telah ditulis sendiri oleh anak syurga Azal, yang merupakan anak lelaki kepada pelakon Zarina Zainuddin.
Doa dari Anak Syurga Azal 🥰 @azal_azrai@zarinazainuddin_ . Alhamdullillah. Syukur Moga ALLAH makbulkan doa Azal ye agar Baby Danial cepat sihat & membesar sebagai johan 😍 Comel sangat doa ni 🙊
. Hari ke 29 usia Baby Muhammad Danial Firman Faizal Sy. Sedar tak sedar sekejap je masa berlalukan?.. Sy dan Suami @jaiezzany tenang selalu sbb yakin dgn kuasa solat, DOA & sedekah . InshaALLAH, Baby D kami kuat & akan terus bertahan. Kami yakin: Masa akan mengubati segalanya. Janji ALLAH SWT, “Setiap kepayahan pasti ada kemudahan” 😇
. Hari ke 29, Baby D minum susu dah 8.5cc 2 jam sekali. Berat dah 660gram. Itulah perkembangan dia. Tak semua buleh Sy kongsikan disini ye hihi
.Yg lain turun naik. Kadang stabil.. kadang Dr kata 50/50. Segalanya masih belum reda sbb panjang lagi perjalanan Baby Danial Sy di NICU, HSB tu 🙊 . Ps: Oklah tu je.. Yg indah2 je buleh cerita. Yg pahit2 sikit biar Sy simpan bawak ke mimpi ye hehe.. Terus mendoakanu yg baik2 utk Baby D Sy & Baby2 lain di NICU seluruh negara & seluruh dunia ye. Hanya ALLAH berkuasa atas segalaNYA.. Aminnnn ❤️ #SelamatMalam#Assalamualaikum 💋
Perkongsian tersebut nyata menyentuh hati pengikut di laman instagram Abby Abadi. Masing-masing memuji akan keprihatinan dan sikap penyayang yang ada dalam diri Azal.
Apabila seorang muslim itu, bersedekah ia merupakan tindakan mulia yang masuk ke dalam salah satu sunnah yang sangat dianjurkan untuk umat Islam.
Malah setiap sedekah yang diterima di sisi Allah SWT, Dia akan balas dan ‘membayarnya’ di dunia lagi.
Itu janji Allah dalam al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.
Oleh itu, setiap Mukmin perlu yakin amalan bersedekah memiliki keistimewaan yang sangat luar biasa sekiranya ia sentiasa diamalkan dalam hidup mereka. Begitu juga dengan rezeki yang melimpah ruah
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Abang ini setiap kali nampak saya balik rumah mentua pasti dia datang minta duit. Dari zaman saya mula mula kahwin lagi. ketika itu tak perasan yang abang ini ada masalah kesihatan mental. Kat pasar basah juga begitulah. nampak saja saya terus minta duit.
Dari jauh kadang kadang nampak kereta saya terus angkat tangan.
Tak banyak dia minta. Paling banyak RM5. Saya pernah bagi RM50. Kata dia taknaklah,nak RM3@RM5. Saya tanya kenapa taknak RM50? dia jawab aku orang gila RM5 cukup dah.
Pernah kawan sekampung nasihatkan saya. Matt Nanti kau bagi duit,hari hari dia minta duit.Dia tak sihat tu. Susah kau nanti.
Abang ini ada masalah kesihatan mental disebabkan keturunan. Jadi orang tak layan sangat dia. Tapi dia kata taknak dah makan percuma kat warung,nak bayar juga walaupun seringgit. Selalu jalan kaki pergi merata. Kerjanya itulah setiap hari ulang alik kawad.
Saya kata kat member,tak susahlah,bertambah senang adalah. RM5 aku belanja untuk dia mudahan dapat pahala. Ada orang setiap hari habiskan duit RM10 beli rokok itu pasti satu pembaziran Allah tak suka.
Paling saya kagum dengan abang ini adalah sifat taat dia dalam menjaga solat berjemaaah. Bersebelahan rumah mentua saya ini ada surau. Boleh dikatakan Zohor Asar,Magrib Isyak pasti dia ada. Kadang kadang kami berdua sahaja solat berjemaah. Saya imam dia makmum.
Sekarang Walaupun PKP hanya dia saja dapat lesen besar pergi masjid,solat kat masjid,tidur kat tangga masjid. Kita walaupun normal,pergi masjid boleh dapat surat saman. Dia pula yang kata kita ini gila sebab takut nak datang masjid.
Saya selalu sembang dengan dia. Saya kata abang Ahli syurga dah insyaallah. Jawapan beliau buatkan saya termenung panjang.
JANGAN PANDANG RENDAH BIARPUN MEREKA MINTA SEDEKAH
Aku walaupun gila aku kenal Allah. Aku kenal masjid,aku jaga solat sebab orang yang tak jaga solat dia masuk neraka. Nak masuk syurga syaratnya bukan gila,tapi taat perintah Allah.
Fuh sentap ke jantung. Sehingga ke hari ini saya masih ingat kata kata beliau.
Begitulah kawan. Jangan pandang rendah orang begini. Jika nampak mereka jalan kaki tepi jalan,berentilah hulurkan seringgit dua. Mungkin asbab sedekah ini Allah datangkan rezeki mencurah curah dari sumber yang kita tak sangka.
Kadang kadang saya terfikir dia lebih baik dari kita. Dia lebih rapat dengan Allah dalam soal ibadah. Mungkin dosa tak buat dah,tak ambil riba,tak tipu waktu kerja,takyah fikir tanggungjawab keatas anak isteri,tak fikir hutang kereta rumah. Doa dia pasti lebih makbul dari kita. Dan mungkin dia lebih awal dari kita masuk syurga.
“Gila yang sebenarnya adalah apabila kita berjalan diatas muka bumi Allah dengan kesombongan dan riak”
Sumber: Muhammad Hassan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bella Astillah dan Syed Saddiq berkongsi detik bermakna apabila menerima nasihat rumah tangga Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah menjelang alam perkahwinan mereka.