Isnin lalu, sesi persekolahan bagi tahun 2023 sudahpun bermula. Pelbagai ragam murid-murid dapat dilihat menerusi laman sosial yang dimuatnaik oleh ibu bapa dan juga guru sekolah.
Ada yang menangis, ada yang teruja dan ada yang steady memandangkan sudah dilatih untuk ke sekolah. Ada juga murid-murid yang hadir begitu teruja untuk bertemu rakan-rakan baru.
Namun ketika kanak-kanak di sekolah lain seronok berkenalan dengan rakan baru, lain pula situasi yang berlaku kepada seorang murid darjah enam di Sabah, apabila menjadi satu-satunya murid di dalam kelasnya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh guru kelasnya dikenali sebagai Cikgu Aben di Facebook, murid tersebut dikenali dengan nama Errone Erwine dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ruminding, Sabah.
Seorang sahaja murid saya tahun ini, dia ketua kelas, dia pengawas, dia juga tukang sapu, tukang lap tingkap semua hari-hari. Hari-hari dia, tiada orang lain,” tulis cikgu itu.
Difahamkan juga, jumlah murid yang mendaftar di sekolah itu pada tahun ini adalah sebanyak 10 orang sahaja. Sehingga kini, hantaran tersebut telah mendapat 5,500 tanda suka, 931 komen dan 1,100 perkongsian.
Ads
Di ruangan komen mendapati ramai yang terhibur dengan kejadian yang jarang-jarang berlaku ekoran kebiasannya jumlah murid adalah ramai dalam satu kelas.
Kalau dia tidak hadir macam mana? Terpinga-pinga cikgu sendirian dalam kelas,” komen Nasfarina.
Kalau perhimpunan macam mana itu? Tetapi senanglah dia terpilih wakil sekolah untuk sukan olahraga itu cikgu,” komen Stenz Chang.
Untung murid ini. Macam kelas persendirian dan ‘homeschool’,” komen pengguna yang lain pula
Hydrangea atau lebih dikenali dengan nama tempatannya sebagai bunga Siti Zubaidah memang cantik dipandang. Walau tidak berbau harum, namun hydrangea punya kelasnya yang tersendiri.
Umumnya, ramai antara kita suka membeli bunga ini di kedai-kedai bunga walau pun harganya sedikit mahal untuk dijadikan penyeri di ruang kediaman malah sering juga dijadikan sebagai bunga hiasan dulang hantaran. Memang nampak sempurna dan cantik semulajadi!
Dan kita sering beranggapan pokok bunga ini jika ingin ditaman sukar penjagaannya apatah lagi kita membayangkan pokok bunga ini sesuai hidup ditempat sejuk. Namun tahukah anda, Puan Hasifah yang juga merupakan peniaga online walau sibuk, masih ada masa untuk menanam dan menjaga pokok bunga hydrangea di laman kediamannya. Nyata, pokok hydrangea hidup subur dan berbunga lebat, mungkinkah juga mudah dijaga? Untuk itu, nak tahu lebih lanjut jom baca perkongsiannya itu.
TIPS TANAM BUNGA HYDRANGEA
Ini Hydrangea Macrophylla. Saya suka sgt pokok ni sebab senang tanam, senang jaga. Berbunga dgn berkali-kali. Selain kebun bunga ros, saya buat kebun hydrangea di belakang rumah. Bunga Hydrangea tahan lama dan sangat cantik.-Hasifah
Tips tanam hydrangea:
1)Pertama sekali adalah pemilihan lokasi. Pilih spot yg panas pagi selama 6 jam dan akan teduh pada waktu petang. Bila panas terlampau sangat, bunga hydrangea akan layu. Bila teduh sepanjang hari pulak, hydrangea kita takkan berbunga.
2)Bunga hydrangea ni cepat layu bila kurang air.So siram pagi dan ptg.Sb tu perlu tempat panas 6 jam sahaja.
3)Jangan siram masa tgh panas sebab daun akan melecur. Kalau nak siram juga pastikan tak kena daun sebab akan jadi melecur perang-perang.
4)Jarakkan setiap pokok sebanyak 2 kaki sebab pokok hydrangea sgt cepat membesar dan bercabang. Space yg kecil akan membantut tumbesaran pokok. Pokok hydrangea ni boleh jadi tinggi dan rimbun. Daun cepat membiak dan pucuk bercambah.
5)Masukkan tanah hitam organik kedalam lubang sebelum tanam hydrangea untuk pastikan dpt zat.
6)Baja setiap 2 minggu.Baru pokok selalu berbunga dan berkembang daunnya. Saya guna baja bunga organik. Letakkan sesudu kecil di atas tanah dan jgn tersentuh batang pokok. Tapi letak berdekatan dgn area akar dibawah tanah. Supaya lepas siram, baja akan meresap ke dalam tanah. Akar akan dot zat.
7)Potong bunga hydrangea yg dah makin layu untuk galakkan pucuk baru yang seterusnya akan jadi bunga baru. Bila kita potong, baru pucuk naik di cabang lain. Pokok cepat tinggi.
8)Cabut rumput sekeliling pokok. Sebabnya rumput akan curi zat dan jadi pesaing.
9)Kawal pesticides yg suka makan daun pokok.
10)Give love to your plants. Setiap hari melawat pokok dan perhati dgn kasih-sayang. Perhatian kita sendiri akan buat pokok kita gemuk.
Sekarang musim hujan pun, daun tak jadi kuning atau layu. Ulat bulu juga tak kacau daun hydrangea. Senang betul jaga. Ini gambar pokok saya dah besar dan selepas saya prune bunga lama. Pokok dah start tinggi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seperti yang kita dapat lihat, saban hari ada sahaja inovasi terbaharu mengenai rekabentuk rokok elektrik atau vape berada di pasaran.
Malah bagi penggemar vape, mereka bagaikan membelinya sebagai satu koleksi kerana rekabentuk yang dikeluarkan sangat unik.
Terbaharu rekabentuk vape sekali lagi mengundang perhatian ramai namun kali ini tercetus kebimbangan kerana rekabentuk yang dibuat bakal menarik perhatian kanak-kanak dan juga bayi yang menyangkakan itu adalah mainan.
Hadir dalam variasi karakter haiwan berwarna-warni, vape itu dikatakan boleh menggalakkan kanak-kanak merokok, sekali gus membahayakan kesihatan mereka. Ini kerana akan ter cetus minat untuk ambil tahu serta seterusnya membeli sedangkan mereka tidak tahu bahawa ianya bukan dihasilkan untuk kanak-kanak.
Antara yang lantang menyuarakan tentang produk ini tentunya Pengarah Perubatan Klinik Iris, Shah Alam, iaitu Dr. Arisman Wenge Abdul Rahman yang menggesa kerajaan bertindak segera untuk menanganinya.
“Ini bukan satu jenaka, tapi ini adalah satu jenayah. Tolonglah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Kesihatan kita, Dr Zaliha Mustafa ambil serius isu yang memudaratkan kesihatan mental dan fizikal ini.
“Laksanakan tindakan keras dan jelas dengan segera! Sampai macam ni sekali kita menggalakkan dan mendedahkan anak kecil dan budak sekolah dengan penampilan video dan gambar serta iklan malah “kedai-kedai” yang aktif tumbuh macam cendawan dalam negara kita. Bodoh atau cerdik? Speechless.
Dr Arisman turut mempersoalkan masa depan masyarakat di negara ini sekiranya mereka telah didedahkan dengan penggunaan alatan elektronik berbahaya sejak usia muda lagi.
“Bagaimana generasi kita 10 tahun atau 20 tahun akan datang jika seawal usia kurang 10 tahun sudah terdedah dan mudah mendapatkan barangan ”bodoh” ini tanpa kawalan dan penguatkuasaan keras oleh kerajaan. Generasi apa akan kita dapat nanti?” soalnya lagi.
Selain Dr Arisman, rata-rata pelayar media sosial turut meluahkan rasa bimbang serta marah dengan penjualan vape itu di pasaran negara ini.
Menerusi komen-komen di Twitter, netizen juga bersuara mengenai remaja masa kini yang dilihat terang-terangan menghisap vape di kawasan awam.
“Trend yang sangat merisaukan. Merata-rata sekarang ni boleh nampak budak sekolah, remaja lelaki dan perempuan hisap vape secara terbuka tak cover dah.
“Kalau macam ni punya design, anak aku yang empat tahun tu pun minta suruh beli weh.
“Kat Bukit Bintang tu penuh dengan budak belasan tahun hisap vape,” tulis beberapa netizen.
Dulu masa anak-anak masih kecil tentu kita membayangkan jika mereka meningkat remaja, semakin mudahlah untuk mereka membantu kita di rumah.
Namun bila anak semakin membesar, lain pula jadinya. Tidak mudah juga rupanya untuk anak-anak ringan tulang membantu kita melakukan kerja-kerja rumah. Selagi tidak disuruh, selagi itu semuanya seakan ‘liat’ untuk melakukan kerja-kerja seperti menyapu, melipat kain, mencuci pinggan dan sebagainya.
Pun begitu tahukah anda, sebenarnya ada trik dan tips yang boleh dilakukan oleh anda untuk menarik minat anak-anak remaja ini melakukan kerja-kerja mengurus rumah dan sebagainya.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Dr Shima Mahiddin, beliau merupakan seorang pensyarah di UIAM dan juga merupakan pensyarah kanan di UPM. Malah mempunyai sijil hipnosis, hipnoterapi, magnetism for healing, nyata punya pengalaman luas untuk berkongsi ilmu.
Melalui postingnya terdahulu ada menyentuh tentang bagaimana didik anak remaja dengan penuh kasih sayang agar ringan tulang membantu ibu di rumah. Jujur kita katakan bukan mudah sebenarnya berdepan dengan anak-anak yang telah remaja, cabarannya jauh berbeza berbanding mereka masa kecil. Memang lagi mudah untuk dapatkan bantuan daripada mereka.
Menyedari senario ini, ada baiknya kita sebagai ibu bapa ketahui cara betul untuk mendekati jiwa anak remaja agar mudah mendengar kata dan sekali gus ringan tulang membantu kita pada bila-bila masa diperlukan.
Nak tahu detail, jom semak!
Saya percaya menjadi ibu bapa kepada remaja belasan tahun mungkin merupakan tugas yang paling sukar berbanding ketika anak-anak masih kecil. Jika tidak diurus zaman remaja mereka, fahamlah kita apa akibatnya.
Dikatakan pada zaman remaja, rakan-rakan dan media lebih berkuasa dalam hidup mereka. Tetapi kajian dan pengalaman menunjukkan dengan jelas : ibu bapa adalah sangat penting dalam kehidupan remaja.
Remaja belasan tahun perlukan sokongan, panduan dan perhatian daripada ibu bapa seperti mana waktu mereka kanak-kanak juga. Jadi, bagaimana hari ini kita dapat bentuk mereka supaya mereka seronok untuk bantu kita buat kerja di rumah.
1. Agihkan Tugas
Lagi-lagi bila kita ada anak yang ramai. Maka, pengagihan tugas di rumah ni penting. Masing-masing perlu diberi tugas dan tanggungjawab yang sesuai ikut usia mereka.
2. Berikan Pujian
Siapa yang tak suka dipuji. Boleh kembang kempis hidung bila dipuji. Pujian dan kata-kata yang baik boleh merangsang dan menaikkan semangat anak-anak untuk lebih rajin membantu pada masa akan datang.
3. Banyakkan Bersabar
Bukan mudah untuk mendidik anak-anak buat kerja rumah. Kita pun tak boleh nak harapkan mereka buat kerja rumah dengan sempurna. Jika ada yang tak kena, mahu tak mahu memang kena sabar. Dengan penuh kasih sayang kita perlu beritahu mereka kenapa perlu begitu dan begini.
Contohnya, anak remaja lelaki yang rajin membantu ibunya di dapur adalah “bakal dambaan suami setiap wanita” kerana dia lebih memahami susah payah seorang isteri bila berkahwin nanti. Dia akan menjadi suami yang lebih bertolak ansur bukan suami yang hanya tahu memberi arahan dan mengharapkan segalanya tersedia untuknya.?
Anak remaja perempuan pula, kita boleh ajak shopping bersama-sama membeli barang dapur dan memasak makanan feveret dia.
Dengan penuh kasih sayang dan puji-pujian kita boleh menyampaikan pesanan, bahawa suatu hari nanti walau setinggi mana pun dia belajar, hasil air tangan isterilah yang sangat suami dan anak-anak nantikan. Betapa istimewanya dia mempunyai kelebihan resepi masakan sendiri yang didambakan bakal calon suami.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.