Didie Alias lawat Amyza Aznan, datang beri semangat, rai hari jadi ke-19 Andre di wad. Pelakon Didie Alias telah meluangkan masa untuk melawat anak kepada sahabatnya, Amyza Aznan, yang kini sedang menerima rawatan di hospital akibat penyakit kanser paru-paru.
Didie Alias Lawat Amyza Aznan, Datang Beri Semangat, Rai Hari Jadi Ke-19 Andre di Wad
Sebagai seorang sahabat dan ibu, Didie memahami kesukaran yang sedang dihadapi oleh Amyza dan keluarganya. Didie atau nama sebenarnya Nur Fadzilah Ali, 54, berkata walaupun sibuk dengan urusan lain, dia tetap mencari ruang untuk bertemu Amyza bagi memberi semangat.
“Walaupun ujian ini berat untuk diterima, mummy (Didie) tetap luangkan masa walaupun sekejap untuk bersama Amyza. Saya memberikan semangat dan cuba menceriakan dia. Sama-sama kita doakan buat sahabat mummy,” katanya menerusi hantaran di Instagram.
Selain memberikan sokongan moral kepada Amyza, Didie turut mengambil kesempatan untuk meraikan ulang tahun ke-19 anak Amyza, Andre Mikail, di Wad Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Ads
Didie dan Amyza menyanyikan lagu selamat hari jadi buat Andre, yang tidak dapat menahan air mata kerana terharu dengan kejutan tersebut.
“Sebenarnya berat hati nak muat naik video ini, tapi hari ini adalah hari istimewa buat Andre. Hari ini ulang tahunnya yang ke-19. Mummy doakan Andre terus kuat ya sayang. Mummy juga mohon doa dari semua, semoga ada keajaiban buat Andre dan dia cepat sembuh,” ujar Didie.
Sebelum ini, Amyza memaklumkan bahawa anak sulungnya, Andre, telah disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga pada 15 Februari lalu. Selepas tiga minggu menerima rawatan di Hospital Ampang, Andre telah dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
Pantang ada drama menarik, pasti akan tular! Baru-baru ini media sosial kecoh dengan satu drama, iaitu ‘Risik Pada Hati’ di satu stesen televisyen yang sudah tamat dramanya dengan penamat yang cukup realistik dan tidak klise.
Pengakhiran drama tersebut, selepas berundur diri dari dicerai dan nekad untuk tidak rujuk semula dengan Adam, rupanya Hayfa dedahkan dirinya sedang mengandung zuriat sulung yang selama ini dinanti-nantikan.
Walaupun sekadar rekaan dalam drama, namun orang ramai jangan pandang enteng mesej dan tauladan yang disampaikan menerusi sesebuah drama itu. Misalnya seperti yang diselitkan dalam drama ini bagaimana amarah suami isteri boleh membuatkan rumah tangga berakhir sia-sia jika ia tidak dikawal dengan baik.
Perkara ini dijelaskan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Dr Syahr Musafir berkongsikan sudut pandangan mengenai situasi itu. Dapat disaksikan di sini, Adam dan Hayfa membuat keputusan melulu dalam keadaan marah sebelum kedua-duanya menyesal. Sepatutnya apabila pasangan anda sedang dikuasai emosi, salah seorang haruslah menjadi ‘air’ supaya pertengkaran itu tidak bertambah buruk.
Ramaiiiiii sangat yang share pasal lakonan selebriti Ummi Nazeera yang cukup hebat sebagai Hayfa, lebih-lebih lagi hari ini episod akhir. Selepas anak-anak sudah masuk tidur malam ni tadi, saya pun tengoklah kejap babak Hayfa marah dan meluahkan rasa, akhirnya terlafazlah perkataan cerai daripada mulut suaminya, Adam, yang dilakonkan oleh selebriti Alif Satar.
“Let me go..” cabar Hayfa.
Apa Adam jawab? Adam kata, “Nak sangat, kan?”
Barulah lafaz cerai tu keluar daripada Adam. Ini babak yang paling menangkap perhatian saya. Lakonan yang sangat real oleh Alif Satar, Ummi Nazeera dan tak dilupakan Zara Zya sebagai watak Aisyah.
Saya takkan komen langsung pasal seluruh drama ni sebab saya tak menonton dari awal. Saya faham pasti ada pelbagai kesedihan yang dilalui Hayfa sehingga Hayfa mencabar Adam untuk menceraikannya. Saya tak nak nafikan apa-apa pun pasal ni.
Isteri Jangan Mudah Cabar Suami, Suami Jangan Mudah Sahut cabaran!
Cuma bagi saya, kesilapan besar seorang isteri adalah bermudah-mudah mencabar suami menceraikannya pada saat perasaan marah menguasai diri dan emosi sedang pecah berderai. Ketika ini bara sedang menyala dan api sedang marak.
Kesilapan besar seorang suami pula adalah menyahut cabaran si isteri yang sedang amarah itu dengan melakukan apa yang si isteri pinta dalam kemarahan. Ketika ini api marak itu dicurahkan minyak tanah.
Ambillah pengajaran, bara sedang menyala dan api sedang marak tak boleh disuakan dengan minyak tanah.
Ketika isteri marah, suami tak boleh tambahkan kemarahan. Ketika suami marah, isteri tak boleh tambahkan kemarahan.
Tak kisahlah situasi apa, sebab apa, sudah lama tanggung atau apa saja.
Kalau sama-sama ‘jadi api’ akhirnya akan jadi sebagaimana macam Adam dan Hayfa, berlaku pertambahan kemarahan yang menyebabkan lafaz cerai. Selepas tu air mata bercucuran.
“Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan marah…”
Sebagai manusia biasa, pertengkaran antara pasangan suami isteri adalah normal, terutamanya ketika fasa awal pernikahan. Dan tak pelik pun apabila isteri berkata berkata seolah ‘Jika tak suka saya, lepaskan saya’ ketika dirinya sedang marah.
Apa suami kena buat? Bagi saya cukuplah suami diam.
Nak peluk? Bagi saya, tak perlu atau bergantung kepada keadaan. Ketika isteri marah, ibaratnya macam kita si kancil nak peluk sang singa. Mana boleh nak peluk.
Tetapi kena faham, api sedang marak jadi si suami tak boleh jadi bara atau minyak yang akan menambahkan kemarakan api tu.
“Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan marah…” Bukan saya pesan tetapi Rasulullah pesan.
Selepas nikah, biasanya lelaki mulai faham hakikat wanita diciptakan dengan fitrah mudah berkata-kata mencabar untuk diceraikan dan seumpamanya, dan suami kena kuat, sabar dan rasional. Banyak hikmahnya kuasa talak dan cerai diletakkan pada suami, bukan isteri.
Tetapi isteri hilang kelembutan apabila bermudah-mudah mencabar suami menceraikannya dan suami hilang kejantanan apabila menceraikan atas dasar mengikut emosi.
Ini sekadar pandangan saya saja, Tuan-Puan yang tak setuju tak perlu bersetuju dengan saya. Muhasabah diri kita. Isteri, jangan bermudah mencabar. Suami, jangan terikut rasa tercabar tu. Masing-masing risik pada hati sendiri, sesuai dengan tajuknya.
Seawal 6.30 pagi restoran dibuka dan adalah adalah disarankan untuk makan sarapan awal kerana selepas pukul 8 pagi, restoran akan dipenuhi oleh tetamu dan anda terpaksa untuk beratur panjang untuk mendapatkan tempat duduk.
Untuk info, selain DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, terdapat beberapa lagi hotel di bawah jenama DoubleTree by Hilton di Malaysia. Antara pilihan yang tersedia adalah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kebiasaannya, kita sering dengar anak-anak malu apabila ibu bapa mempunyai pekerjaan yang biasa atau pun tidak kemewahan seperti mana diimpikan.
Namun, lain pula bagi anak bongsu kepada pasangan selebriti Hollywood, David dan Victoria Beckham apabila Harper Seven berasa malu kerana mempunyai ibu bapa terkenal.
Memetik laporan dailymail, bekas anggota kumpulan Spice Girls iaitu Victoria Beckham mendedahkan Harper malu mempunyai ibu bapa terkenal terutama suaminya, David menghantarnya ke sekolah dengan menaiki kereta mewah.
Victoria mendedahkan anak bongsunya yang kini berusia 11 tahun itu meminta David memberhentikan kereta jauh daripada pintu pagar sekolah kerana tidak mahu orang lain melihat dia turun dari kereta mewah.
“David menghantarnya ke sekolah dengan menaiki kereta Rolls Royce ketika itu dan tiba-tiba Harper minta diturunkan di tepi jalan dan jauh sedikit dari kawasan sekolah,”ceritanya.
Malah, Harper juga meminta agar David dan Victoria membenarkannya menaiki bas untuk pergi ke sekolah seperti kebanyakan rakan-rakannya yang lain.
“Tak hanya itu, dia pernah beritahu mahu naik sekolah sama seperti rakan-rakannya yang lain,”katanya lagi.
Pendedahan itu dibuat menerusi episod terbaharu podcast Armchair Expert baru-baru ini dan Victoria hanya mengetahui hal tersebut selepas dimaklumkan oleh David sendiri.
Akan tetapi, mereka berdua faham punca Harper berasa malu apabila dihantar ke sekolah dengan menaiki kereta mewah serta mempunyai ibu bapa terkenal.
Pada mereka, ia kerana Harper mahukan privasi dan merasai pengalaman hidup biasa seperti kebanyakan rakan-rakannya.
Sekadar info, David dan Victoria Beckham berkahwin pada tahun 1999 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Brooklyn Joseph Beckham, 23, Romeo James Beckham, 20, Cruz David Beckham, 17 dan Harper Seven Beckham,11.
Pantang tradisional Malaysia dipersoal apabila ada ibu dilaporkan menjadi pucat dan lemah. Warganet bandingkan pantang tempatan dengan penjagaan ibu di Barat.