Pernahkah anda mengalami momen “Why do I sound like my mother/father” ?
Pernahkah anda secara tiba-tiba tersedar bahawa gaya anda bercakap dengan anak ataupun cara anda memarahi anak adakalanya menyerupai gaya atau cara ayah atau ibu anda bercakap atau memarahi anda semasa zaman kanak-kanak atau remaja dulu?
Kenapa begitu?
‘Familiarity Principle’ menjelaskan bahawa manusia akan membina kesukaan atau kecenderungan untuk memilih sesuatu yang kita sudah biasa atau ‘familiar’ kerana itu lebih mudah dan selesa.
Ads
Cara kita membesarkan dan mendidik anak-anak banyak dipengaruhi oleh cara kita dibesarkan dan dididik oleh ibubapa ataupun penjaga kita selama ini kerana ITU SAHAJA cara yang kita tahu dan kita biasa.
Sesuatu yang biasa tidak semestinya betul dan sesuai.
Ads
Kita sukar menerima perubahan kerana meniru kaedah yang sudah dibiasakan lebih mudah berbanding belajar sesuatu yang baru untuk diamalkan walaupun sesuatu yang baru itu lebih baik dan sesuai.
Ads
‘Familiarity’ itu penting, tetapi kita juga perlu terus belajar untuk mencari kaedah yang sesuai dengan anak dan zamannya tanpa bergantung 100% kepada kaedah kita dibesarkan dahulu.
Dunia sudah berubah.
“The illiterate of the 21st century will not be those who cannot read and write, but those who cannot learn, unlearn, and relearn.” (Alvin Toffler, ‘Future Shock’)
Sumber: Noor Afidah Abu Bakar,
Parent Connect Consultancy
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Merialisasikan bilik impian anak sering menjadi antara agenda ibu ayah untuk memastikan anak-anak selesa dan seronok berada di dalam bilik mereka.
Ini sebagai mana yang dilakukan oleh ibu ini, menjelmakan sebuah bilik impian anaknya dengan konsep 3 in 1, bilik tidur, bilik bermainan dan juga bilik belajar.
Menariknya lagi, semua itu dilakukan secara DIY bersama suaminya. Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
D.I.Y paling mencabar! Play room + Study room + Bed room.
Ramai yang minta wanie upload gambar penuh DIY ni. Wanie mengambil masa seminggu untuk siapkan bilik ini. Bilik agak kecil dengan keluasan bilik hanya 8 kaki x 9 kaki.
Barang-barang utama yang wanie gunakan adalah papan, kayu dan paku. Kerja-kerja membina, menukang, mencantum siap dalam 2 hari sahaja. Kerja-kerja mendeko yang agak lama sebab berperang dengan husband punya idea..haha.
Safety.
Perkara paling penting membuat play room ini adalah keselamatan anak-anak bila bermain. Wanie kalau boleh taknak ada benda tajam, keras ataupun benda yang boleh mendatangkan kecederaan.
Lantai.
Wanie gunakan foam mat bagi mengurangkan risiko kecederaan jika terjatuh. Gelongsor pula, wanie letak getah paip di pemegangnya. Di bawah gelongsor, wanie letak beanbag dan foam mat juga. Pemijak tangga juga wanie tampalkan foam mat untuk keselesaaan masa memanjat.
Play room.
Ketinggian dari lantai ke lantai play room 1.4 meter sahaja. Ketinggian dalam play room juga 1.4 meter. Kalau buat tinggi sangat, wanie pula yang masuk main dalam tu.. haha. Dalam playroom pula , mula-mula nak biarkan kosong sahaja. Tapi si anak request nak kitchen set pula. Survey survey harga kitchen set tu bole tahan yahudi harganya..haha. So, nak jimat punya pasal, buat la pakai kotak dan plywood . Janji dia bole memasak sudahlah.
Bed room.
Cadangnya taknak buat tapi fikir anak ada 3 orang, bilik pula ada 3 je, so letak lah satu tilam kat situ dengan almari baju pun ada sekali. So, penat-penat main dia terus tidur.
Study room
Wanie dapat idea untuk invisible kan meja. Di hujung tilam yang ada tulis ‘good night’ tu, meja sebenarnya. Bila nak study, boleh turunkan. Bila nak tido, lipat semula ke atas. Sebelahnya wanie letak rak untuk susun buku-buku sekolah.
Toys storage.
Memandangkan bilik tu kecil, wanie minimumkan barang-barang. Wanie cari storage yang kecil sahaja. Lagi besar storage, lagi banyak la mainan, lagi bersepah la bilik, lagi kuat la suara wanie menjerit. Haha.
Budget.
Anggaran semua sekali wanie tak dapat nak kongsikan sebab banyak guna barang-barang yang sedia ada di rumah. Rasanya anggaran kasar dalam rm 400++ kot. Material deko bilik yang agak banyak beli.
Selebriti terkenal Nur Fazura semalam mengumumkan dirinya kini sedang hamil empat bulan. Berita tersebut disambut gembira oleh para peminat pasangan ini. Dia juga mengakui tidak mengalami sebarang alahan sebaliknya hanya kepenatan. Namun dia dan bayi berada dalam keadaan sihat walafiat.
Fazura berkata, cahaya mata adalah antara anugerah terindah diberi Allah SWT buat dirinya dan suami, pelakon yang juga penyanyi, Fattah Amin.
“Saya tidak pernah ada perasaan seperti ini dan ini merupakan antara anugerah terindah yang diberi oleh Allah S.W.T terhadap kami berdua.
“Semenjak kami mendirikan rumahtangga, kami sentiasa percaya dan menyerahkan kepada Yang Maha Esa terhadap apa jua rezeki atau dugaan yang diberikan oleh-Nya.
“Alhamdulillah akhirnya, berkat doa kami, keluarga tersayang, rakan-rakan dan juga para peminat yang sentiasa tidak pernah putus mendoakan kami, akhirnya doa kami semua dimakbulkan,” katanya.
Menurutnya lagi, dia bersyukur dengan kelancaran trimester pertama kandungannya.
“Dalam kondisi yang kita semua sedang hadapi sekarang, saya kini sedang berehat di rumah. Alhamdulillah saya bersyukur tidak mempunyai sebarang alahan yang teruk setakat ini dan saya sangat teruja untuk menghadapi hari-hari yang mendatang,” ujarnya.
Semalam, Fazura da Fattah masing-masing memuat naik berita gembira tersebut di ruangan instagram.
Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, saya dan suami @fattahaminz ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan. InsyaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahayamata kami yang pertama.
Kandungan saya kini dalam bulan keempat, alhamdulillah. Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini. Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang.
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini. Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang. InsyaAllah. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi dari hati kami berdua. 🙏🏻❤️✨👶🏼 @fattzuralovelife
Bila bercerita tentang minat mak-mak ini, selain hobinya suka ‘shopping’, mencuba resipi baru, menjahit dan tidak kurang juga ada yang suka hendak mencantikkan kediaman dan laman dengan adanya menanam sepasu dua pokok bunga. Tujuannya satu, nak juga rumah yang dihuni nampak berseri dan cantik dipandang oleh jiran-jiran!
Jadi, untuk itu apa kata kita mencuba untuk menanam pokok bunga ros. Bukankah bunga ros ini cantik dan wangi pula baunya?
Jom semak perkongsian daripada puan Rose Malinie ini. Moga bermanfaat.
Asal cuti ja bunga ros,asal bunga ros ja cooti hahah elergik sungguh pantang jumpa bunga ros ni mungkin sebab warna dan bunganya yang menawan gitew
Jom cikRose share serba sikit tentang penjagaan dan tanam bunga ros ni walau tak complete boleh la amik yang mana berkenaan dan basic.
Menanam di dalam Pasu
Langkah 1
Pertama sekali kenalah ada pasu yang besar sedikit dari anak pokok tadi. Kedua pilihan tanah hendaklah yang bersesuaian iaitu tanah poros bagi tanaman ros.
Langkah 2
Timbunkan tanah ke dalam pasu. Buat macam bukit kecil di tengah pasu. Taburkan baja Organic ros dua sudu makan.
Langkah 3
Keluarkan anak pokok dari plastik dan buang tanah yang melekat pada akar. Tanam pokok bunga ros di sekeliling tanah yang berbentuk bukit.
Langkah 4
Tambah tanah lagi. Siram pokok dengan air.
Tips penjagaan:
Air – Siram air 2 kali sehari (siram pada tanah bukan pokok) Baja – 2 kali seminggu (guna baja untuk ros)
Cantas/pruning: Cantas dahan pokok bagi mendapatkan bunga yang banyak. Setiap kali selepas bunga gugur, dahan pokok hendaklah dicantas lebih kurang 15cm daripada tangkai bunga gugur. Jika ada ranting yang berpenyakit, terus cantas sahaja.
Cahaya – Letak bawah cahaya matahari untuk mengelak pokok black spot. Antikulat – Sembur organic antikulat apabila terdapat debu putih pada daun pokok.
DIY Antikulat – Campuran 3 teaspoon baking soda, 2 tablespoon minyak kelapa & air. Sembur pada daun yang berpenyakit.
Kalau area SP ni hanya RM15 sepokok,siap tanam sekali pasu dalam rm25. Kalau korang nak pokok bunga ros hidup subur…jom kita tengok apa musuh utama pokok ini.
Penyakit yang selalu menyerang pokok bunga ros ialah:
Thrip – Kutu halus yang menghisap nutrien pokok. Tanda-tanda yang dapat dilihat adalah seperti kecacatan (kerinting) pada pucuk bunga dan perlahan-lahan membantutkan pucuk bunga seakan-akan terbakar, seterusnya perlahan-lahan mati.
Kawalan penyakit – Ia boleh dikawal dengan spray ridsect water base atau berasaskan air seminggu sekali atau sehingga simtom penyakit berkurangan.
Pada peringkat serangan yang serius, pokok bunga ros harus dirawat dengan cara daun bunga dan dahan yang dipangkas terlebih dahulu, dibakar atau dibungkus dengan plastik dan dibuang jauh dari kawasaan tanaman pokok bunga ros.
Blackspot – Merupakan penyakit yang sering terjadi di musim hujan. Penyakit ini lebih membahaya dari thrip biasanya.
Apabila diserang akan mengakibatkan 50 – 50 hidup dan mati pokok. Ianya merupakan penyakit kulapuk atau kulat. Spora kulat bercambah apabila daun atau batang lembab dan basah.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.