Tugas uruskan hal rumah bukan untuk perempuan aje tetapi lelaki kena turut membantu. Ini namanya tanggungjawab bersama.
Oleh itu, anak-anak sejak kecil kena didik untuk menguruskan hal rumah. Memang nampak agak kejam tetapi ia sebenarnya mendidik anak menjadi seorang yang bertanggungjawab. Malah apabila berkahwin kelak akan melakukan perkara yang sama kepada isterinya.
Kita pastinya mahu anak lelaki kita membesar dalam didikan yang baik. Kerana kita tahu, satu hari nanti dia akan berkahwin dan berkeluarga, mempunyai isteri dan anak-anak mereka sendiri.
Zaman sekarang dah tak sama dengan zaman dulu. Dulu orang lelaki hanya pergi kerja, selebihnya orang perempuan uruskan segalanya di rumah. Sekarang zaman berbeza, kebanyakan pasangan suami isteri, dua-dua kena bekerja atau mahu bekerja.
Ads
Kalau kita masih nak ikut cara dulu, pengurusan rumah tangga memang tak akan baik. Masa yang suntuk di rumah ditambah lagi dengan kepenatan yang amat sangat kedua-dua pasangan.
Jika masih dengan norma lama, kesian kepada isteri yang pastinya sangat kepenatan untuk uruskan segalanya. Emosi yang tak baik akan cenderung kepada pergaduhan yang kemudiannya menyumbang kepada asbab keruntuhan rumah tangga.
Ads
Jika anak-anak lelaki kita tidak diajar dan dibiasakan dari kecil dengan kerja-kerja rumah. Bagaimana mungkin kita nak harapkan keajaiban berlaku. Kerana dalam kepalanya sudah tertanam bahawa ini kerja perempuan.
Silapnya kita, jika kita lebih suka untuk minta anak perempuan kita bantu buat kerja rumah.
Ads
Sikit-sikit panggil kakak atau adik perempuan untuk uruskan dapur, tolong basuh baju dan sebagainya. Kerana kita masih berpendapat ini semua kerja perempuan. Sementara anak lelaki tidak dipanggil untuk membantu.
+ minta anak lelaki cuci pinggan + suruh anak lelaki buang sampah + ajar anak lelaki sidai kain + tegas dan pastikan mereka mengemas + biasakan anak lelaki memasak
Beritahu dan ajar anak lelaki kita yang kerja rumah bukannya kerja orang perempuan, tapi ia sebenarnya tanggungjawab bersama.
Sumber: Fb Najmi Nawawi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sesungguhnya menjadi isteri terbaik buat suami bukannya mudah. Isteri yang baik berusaha melayani suaminya dengan baik seperti menyiapkan makanannya, menyiapkan keperluan, menjaga perasaannya serta tutur katanya. Bahkan isteri juga perlu mempunyai sikap bersabar dan redha dengan kehidupannya.
Bagi wanita yang bergelar surirumahtangga, pasti ada cabarannya. Begitulah perkongsian puan Intan Dzulkefli mengenai peranan isteri yang harus memberi kedamaian hati buat suami. Cara inilah yang akan menyantuni kebahagiaan buat keluarga.
Suatu hari, suami pulang agak lewat dari kerja. Kemudian selepas dia menyantuni kami dan anak-anak selepas solat, dia minta izin untuk keluar berjoging. Katanya untuk ‘warming up’ sempena charity run yang dia akan dia sertai pada hujung minggu.
“30 minit je…” janjinya.
Saya hargai dia bertanya, tanda dia menghormati isterinya. Walau sebenarnya selaku suami, dia tak perlu pun izin saya.
Setelah suami pergi, saya sambung semula buat kerja bisnes di workstation, sambil memantau anak-anak mewarna menggunakan water color.
Namun, terhenti taipan di papan kekunci. Tiba-tiba sahaja hati rasa tersentuh.
“Arghh… seronoknyalah jadi orang lelaki. Bebas sebebas burung. Aku jugalah yang seperti gajah yang dirantai besi. Kalau dibukakan rantai kaki pun tak reti nak ke mana..” bisik hati kecil.
Yelah, apabila suami beri masa keluar untuk ME-TIME, ada masanya (bukan setiap kali) hati asyik teringat pada anak. Rasa tak tahu pula nak ke mana. Rasa sunyi tanpa usikan suami dan keletah anak-anak. Sudahnya beberapa minit dah terpacul semula depan pintu rumah.
Ya Allah.. wanita.. wanita.. sungguh complicated! Terus teringat lagu Ragaman. Huhu. Wanita ni, kadang dia pun tak faham kenapa dia rasa dan bertindak begitu.
Gambar hiasan
Dengar bunyi pintu rumah dibuka, suami sudah pulang. Dia terus naik mendapatkan saya. Secepatnya dia perasan perubahan riak wajah ini. Bertahun-tahun hidup bersama, dia sudah masak dengan segala perubahan reaksi wajah isterinya.
“SAYA CEMBURU, CEMBURU DENGAN KEBEBASAN ABANG,” luah saya. Jujur.
Suami saya senyum. Fahamlah dia gelojak hati saya.
“Terima kasih yang.. atas segala pengorbanan. Jaga anak-anak, jaga abang.” Katanya perlahan. Mungkin untuk menyejukkan hati ini.
Alhamdulillah. Terpujuk juga hati ini. Walau kadang rasa sebak dan menitis juga air mata bila singgah perasaan kacau sebegini, tanpa tahu kenapa.
Pesanan ustazah, “orang perempuan yang Allah pilih duduk rumah, dia perlu bersyukur, Allah pilih nak beri dia pahala tanpa perlu bersusah pun keluar dari rumah. Dia redha ‘lepaskan’ suami buat jihad, dakwah, cari nafkah halal, pahala tersebut dia pun dapat.”
MasyaAllah. Mudah bunyinya. Namun, selalu ada masanya emosi seperti roller coaster.
Nak pujuk hati, nak redha itu sangat payah. Tak pernah pun cemburu dengan wanita lain tentang hidup mereka. It’s their life. We woman are not in competing with each other. We should empower each other.
Namun setelah berkahwin, disebabkan hanya suami best friend forever (BFF) yang ada. Maka, dialah sasaran rasa cemburu itu. Cemburu dia boleh bebas ke mana tanpa perlu risau pada anak-anak, sebab ada isteri di rumah menjaga mereka.
Hati bapa tak seperti hati ibu, itu kata orang tua-tua.
Saya tahu, ada juga wanita lain rasa seperti ini. Bukan tak redha, tetapi inilah cabaran yang kadangkala singgah menguji hati.
Ada suatu masa, bila dengar radio ikimfm, berkumandang lagu ‘Jangan Menangis Habibah’. Sampai korus, suami turut ikut menyanyi,
“Solat lima waktu.. Puasa di Ramadhan.. Taati suamimu.. Maruah dipertahan..
Sabdanya pilihlah.. Syurga mana.. Pintu mana.. Yang kau suka”
Suami pandang pada saya sambil senyum. Beria dia menyanyi. Saya tahu dia maksudkan lirik itu untuk menguatkan saya. Dulu semasa sebelum nikah, dengar khutbah baitul muslim, asatizah bacakan hadis betapa mudahnya isteri nak masuk syurga.
Rupanya lepas kahwin, I have to admit, this journey is tougher than what I was thought before.
Everyday is a battle. Sometimes I win. Sometimes I lose. But as Muslim, I never give up.
“I am not a bad mom, it’s just a bad day.” Reset semula esok, insyaAllah. Syukur alhamdulillah, masih waras lagi.
Bercerita pada ibu kadang ibu hanya gelakkan sahaja. Ya, mungkin cabaran ibu bahkan lebih sukar lagi kerana kesibukan ayah bahkan lebih berganda. Terima kasih ibu, atas segala pengorbanan untuk kami anak-anakmu.
Suami teman rapat
Gambar hiasan
Medan rumahtangga nampak kecil. Sekecil dalam rumah, bahkan cuma menangani anak-anak kecil, “it’s not a big deal.” Sesetengah memang akan fikir begini. Namun, di sebalik dinding batu itu, ramai wanita telah tewas menangani emosi sendiri. Ramai yang ‘lost’ kerana depresi.
Maka, sangat penting suami memainkan peranan sebagai supporter nombor satu isteri, teman paling baik dan paling rapat kepada isteri.
Jangan biarkan isteri sendirian. Selalulah bertanya perasaannya dan berbual dengannya. Selalulah ambil tahu segala gelojak rasanya yang dipendam. Peluk dirinya. Buka pintu rumah, dapatkanlah dia dahulu.
Mehnah dan tribulasi dalam rumahtangga adalah ujian berdua suami dan isteri, maka tangani ujian itu bersama, galasi beban itu bersama.
Support isteri selayaknya dialah ketua penghulu bidadari kalian di syurga. insyaAllah.
Semoga Allah merahmati semua suami dan isteri yang sentiasa berusaha membahagiakan, menyokong dan memahami pasangan masing-masing sebaiknya. Amiin
Hidup ini adalah untuk menggapai redha Ilahi. Semoga dapat lagi berkumpul bersama dalam syurgaNya. InsyaAllah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Si cilik bernama Siti Aafiyah ini sering menjadi perhatian ramai. Apa tidaknya, anak kepada penyanyi nombor satu negara ini merupakan puteri sulung hasil perkongsian hidup Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohd Jiwa.
Tidak hairanlah apabila Aafiyah sering menjadi perhatian ramai ditambah lagi dengan gelagatnya yang mencuit hati para penonton. Ada-ada sahaja yang membuatkan ramai terhibur.
Terbaru terdapat satu video yang memaparkan Aafiyah menari sakan sambil mendengar lagu hindustan.
Dalam video tersebutkedengaran suara Siti Nurhaliza yang ketawa dengan gelagat anaknya itu. Aafiyah juga menyebabkan ayahnya melatah, kerana terkejut dengan gelagatnya itu.
Penjara Ada Bilik VIP? Pendedahan Ini Raih Perhatian Ramai.
Umum mengetahui bahawa Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Datuk Seri Najib Razak yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Dipercayai bekas Perdana Menteri ke-6 ini dihantar ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman penjara 12 tahun setelah rayuan akhirnya ditolak Mahkamah Persekutuan.
Dalam tempoh itu, tular di aplikasi TikTok ada yang mengatakan bahawa Penjara Kajang mempunyai bilik VIP.
Malah menerusi pendedahan Malay Mail pernah menggegarkan Malaysia pada dekad 1980-an apabila dikatakan adanya bilik VIP di penjara berkenaan. Bagaimanapun isu layanan VVIP tak kedengaran lagi.
Video berdurasi 6 minit itu telah mendapat tonton sehingga 1.4 juta.
Ikuti lanjut video berkenaan.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dalam pada itu, perkongsian daripada D’eyo Adie turut memperkatakan mengenai penjara untuk VIP. Namun sama ada kesahihan itu tidak dipastikan. Bagaimana perkongsiannya telah mendapat lebih 3.7k.
Apa yang pasti, kita doa yang baik-baik untuk Datuk Seri Najib Razak agar dipermudahkan urusannya.
WARGAMAYA TERKEJUT BARU TAHU
Meninjua diruangan komen ada yang baru mengetahui kisah berkenaan yang berlaku pada tahun 80an. Bagaimana pun wargamaya titip doa dipermudahkan urusan buat bekas Perdana Menteri itu.
“ooo baru tahu ada bilik vvip.”
“muhasabah diri kita kita Pon tak tahu penghakhiran kita mungkin dia lebih Baik Dari kita…”
“sy doa kan DSNR trus tabah,dipermudhkn urusan ,diberi kesihatan n sgla yg terbaik …”
“aku rasa dlm penjara vvip ni lebih lengkap dr rumah aku.”
Gadis kudung kaki dan tangan terharu dapat sambung pengajian. Kekurangan fizikal bukan penghalang buat seorang remaja perempuan dari Kampung Padang Setebu, Kuala Berang untuk meneruskan impian dalam bidang kemahiran.