Lebih menarik, perkongsian yang dikongsi oleh penyanyi berusia 35 tahun itu mendapat perhatian daripada peminatnya dan menyifatkan anaknya itu berbakat dalam bidang nyanyian.
Tular beberapa gambar sambutan Hari Raya Aidilfitri di sebuah sekolah. Apa yang meraih perhatian ramai adalah para pelajar disuruh duduk di atas lantai.
Ini menimbulkan pelbagai reaksi,Ada yang mengecam tindakan tersebut kerana anak-anak dibiarkan makan di lantai tanpa sebarang lapik baik surat khabar mahupun tikar.
Lebih memburukkan keadaan apabila seorang tetamu jemputan (VIP) dilihat memberikan duit raya tanpa menanggalkan kasut ketika menghampiri para pelajar.
Tular teruk gambar-gambar ni. Banyak teladan kita boleh ambil dari penularan gambar-gambar ni.
1. Tidak sesuai duduk atas lantai untuk makan walau lantai telah dimop.
2. Aras makanan sama tinggi dengan aras kasut. Kasut tu pula murid keluar masuk tandas, pijak sana pijak sini, confirm tak bersih.
3. VIP bagi duit raya pada murid yang bersila di atas lantai kantin. Jarak kasut VIP dengan makan kurang sejengkal. Tak ada adab kata orang tua kasut dengan makanan begitu dekat.
4. VIP makan bawah khemah mewah, kerusi siap dibalut cantik, meja dihias sedang murid makan bersila dilantai yang kemungkinan dah dimop, tapi kembali kotor sebab murid tak diminta pun buka kasut. Nak rai murid ke rai VIP ni?
Ada orang komen, ‘Manja sangat la ibubapa sekarang. Semua benda nak sentap’.
Ni bukan soal manja. Ni soal adab, ni soal kesopanan, ni soal patut atau tidak.
Kalau aku diminta makan bersila atas lantai, kemudian ada orang datang pakai kasut sejengkal dari makanan aku hulur duit, tobat aku bangun dan tinggalkan majlis. Ia biadab pada aku. Sangat tak patut buat macam tu.
Jika pun lantai dimop elok dan dipercayai bersih, minta murid buka kasut dan makanlah bersila. Guru-guru dan VIP turut sama makan bersila bersama murid atas lantai, bukan berada dimeja yang dihias mewah.
Hal ini sering berlaku pada bulan Ramadan biasanya. Kononnya nak raikan anak-anak yatim dan keluarga asnaf, sebaliknya raikan VVIP. Kena tunggu VIP baru dapat mula majlis, VIP makan meja mewah siap orang senduk semua lauk tapi anak-anak yatim beratur panjang makan ala kadar dan tak selesa.
Budaya ini mula menular di majlis sekolah. Dan hal ini kita patut bendung segera.
Jangan buat majlis untuk murid, tapi VVIP pula dirai lebih-lebih sedangkan murid terabai dan tak dirai seperti yang sepatutnya.
Tak perlu dah hentam sekolah dan individu terlibat. Hentam, sindir, maki mereka tak mengubah apa-apa. Tapi kita ambil iktibar dari kes ini untuk berubah menjadi lebih baik pada masa depan.
“Abah & Mak Tetap Orang Tua Saya,” – kisah Zizi Kirana bekas suami nyata menyentuh hati ramai apabila penyanyi itu dilihat masih mengekalkan hubungan baik dengan keluarga bekas suaminya meskipun rumah tangga mereka telah berakhir.
Dalam dunia hiburan, kisah perceraian selebriti sering menjadi perhatian dan bahan bualan ramai. Namun, tidak semua perpisahan berakhir dengan sengketa, sindiran atau hubungan yang dingin. Ada juga yang memilih untuk terus menjaga adab, memelihara silaturahim dan menghormati insan yang pernah hadir dalam perjalanan hidup mereka. Itulah yang ditunjukkan oleh Zizi Kirana.
Baru-baru ini, pemilik nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil itu memuat naik sekeping gambar di platform Threads yang memaparkan dirinya bersama keluarga bekas suami, Yusuf Bahrin. Perkongsian tersebut segera menarik perhatian netizen kerana sarat dengan mesej kematangan, kasih sayang dan rasa hormat yang masih utuh.
Lebih menyentuh hati, Zizi turut menitipkan kapsyen ringkas namun penuh makna, mendoakan agar hubungan yang terbina sesama mereka terus dipelihara dengan kebaikan dan keberkatan.
“Semoga ALLAH memelihara kebaikan antara kita dan menurunkan keberkatan dalam setiap kenangan,” tulisnya.
Perkongsian berkaitan Zizi Kirana bekas suami ini menjadi semakin istimewa apabila Zizi membalas komen aktivis kemanusiaan, Musa Nuwayri, yang menyatakan bahawa hubungan antara menantu dan mentua adalah sesuatu yang unik dan kekal bernilai.
“Apapun berlaku, hubungan menantu mentua kekal buat selamanya,” tulis Musa.
Zizi kemudian membalas dengan ayat yang cukup sederhana tetapi begitu mendalam maksudnya.
“Abah dan mak tetap menjadi orang tua saya sampai bila-bila.”
Ungkapan itu membuatkan ramai netizen tersentuh. Di ruangan komen, ramai yang memuji sikap matang Zizi dan menyifatkannya sebagai wanita yang berhati besar. Bagi mereka, tindakan penyanyi itu wajar dijadikan contoh kerana masih mampu menjaga hubungan baik dengan keluarga bekas suami walaupun sudah tidak lagi bergelar isteri.
Untuk rekod, kisah Zizi Kirana bekas suami bermula apabila beliau dan Yusuf Bahrin mendirikan rumah tangga pada September 2021. Bagaimanapun, pasangan itu dilaporkan bercerai talak satu secara raj’ie selepas Mahkamah Rendah Syariah Petaling mengesahkan perceraian yang difailkan Zizi mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Sepanjang tempoh perkahwinan, mereka belum dikurniakan cahaya mata. Sebelum ini, spekulasi mengenai rumah tangga mereka mula timbul apabila kedua-duanya dilihat menyambut Aidilfitri secara berasingan.
Namun, apa yang ditunjukkan dalam kisah Zizi Kirana bekas suami ini membuktikan bahawa perpisahan bukan alasan untuk bermusuh atau memutuskan terus hubungan yang pernah terjalin.
Sebaliknya, ia boleh menjadi ruang untuk terus menjaga silaturahim atas dasar hormat, kasih sayang dan mengenang jasa keluarga yang pernah menerima kita dengan baik. Sikap seperti ini sememangnya cukup indah dan memberi pengajaran besar kepada masyarakat.
Kisah Zizi Kirana bekas suami ini juga mengingatkan kita bahawa hubungan yang baik tidak semestinya berakhir apabila status perkahwinan berubah. Selagi ada adab, keikhlasan dan rasa hormat, silaturahim itu masih boleh dijaga dengan sebaiknya.
Dalam kehidupan, bukan semua perpisahan perlu dipenuhi dengan luka yang berpanjangan. Ada kalanya, kematangan hati dan kekuatan untuk terus berbuat baik itulah yang menjadikan seseorang lebih dihormati.
Dan Zizi Kirana membuktikan, nilai kasih sayang serta hormat kepada orang tua tetap boleh kekal sampai bila-bila.
‘Bagaimana acuan, begitulah kuihnya’. Peribahasa ini memberi maksud perangai atau sifat seorang anak yang persis dengan ibu bapanya. Cuba anda bayangkan, jika adab anak anda sangat baik di hadapan individu lain. Sudah pasti anda yang dapat pujian, bukan?
Pun begitu, bagaimana pula jika anak anda adalah seorang yang nakal dan tidak mempunyai adab yang sopan? Individu lain pasti akan melabel anda sebagai ibu bapa yang gagal.
Jadi, sesuatu perlu dilakukan untuk mengajar anak anda agar membesar menjadi seorang individu yang beradab, bersopan dan berguna dewasa kelak.
Adab seorang anak yang ibu bapa wajib ajar!
Buat ibu bapa, sila tanamkan dan terapkan adab dengan ibu bapa dan individu lain ini dalam diri anak anda supaya dia membesar menjadi seorang yang beradab dan disenangi oleh individu di sekeliling mereka.
#1. Adab meminta tolong dan berterima kasih
Ini adalah asas kepada jati diri seorang kanak-kanak yang beradab.
Ibu bapa perlu pastikan mereka sentiasa menggunakan perkataan ‘tolong’ apabila meminta sesuatu dan ‘terima kasih’ apabila menerima sesuatu daripada anda.
Tegaskan juga kepada mereka bahawa ini tidak termaktub antara dia dengan ibu bapa sahaja malahan juga kepada individu lain seperti adik-beradik, saudara-mara,rakan-rakan, guru ataupun pembantu rumah.
#2. Adab untuk tidak menyampuk
Pasti anda pernah melihat ibu bapa memarahi anak mereka kerana menyampuk ketika mereka sedang bercakap dengan individu lain bukan?
Ini kerana perbuatan menyampuk adalah biadab terutamanya dalam kalangan masyarakat kita.
Jadi, ajar anak anda awal-awal lagi untuk tidak menyampuk ketika anda atau sesiapapun sedang bercakap walaupun ia ada kaitan dengan mereka.
Jika terjadi, jangan marah mereka tetapi nasihatilah mereka dengan cara baik.
#3. Adab untuk tidak mengkritik dan mengejek individu lain
Siapa sahaja yang suka akan kritikan dan ejekan bukan? Jadi, anda perlu sentiasa ajar anak anda untuk tidak mengkritik atau mengejek individu lain terutamanya perkara yang melibatkan fizikal semula jadi mereka.
Tambahan itu, kita tinggal di bumi Malaysia yang hidup berbilang kaum. Jadi, sebarang kutukan berbaur rasis seperti warna kulit atau saiz mata perlu dilarang sama sekali.
Sebaliknya, ajar mereka untuk gemar memuji dan menghargai individu lain.
#4. Adab untuk berkongsi dengan anak lain
Sharing is caring. Sikap suka berkongsi adalah sesuatu yang sangat mulia. Bayangkan apabila anda melihat anak anda sanggup berkongsi permainan mereka bersama kanak-kanak yang kurang mampu.
Pasti ia akan membuat anda berasa syahdu bukan?
Seiring mereka membesar, sentiasa ajar anak anda untuk berkongsi apa yang mereka ada sama ada dalam bentuk wang ringgit, harta, idea atau tenaga bersama individu lain yang kurang bernasib baik.
#5. Adab ketika bercakap di telefon
Ketika menjawab panggilan telefon, kita perlu sentiasa beradap. Mulakan dengan sapaan seperti ‘helo’ atau ‘hi’ dengan nada yang baik dan kenalkan diri anda.
Jika sedang menelefon seseorang pula, kita tidak patut bertanya siapakah individu itu.
Paling penting, gunakan kata-kata yang sopan sahaja. Ini perlu diajar kepada anak anda daripada kecil lagi agar dia terbiasa dan terus melakukannya sehingga dewasa kelak.
#6. Adab ketika bermain di luar
Anda sebagai perlu menetapkan peraturan buat anak anda ketika bermain di luar agar mereka tidak bermain sehingga tidak ingat dunia.
Sebagai contoh, ajar mereka untuk membasuh kaki sebelum masuk ke rumah dan mandi setiap kali selepas bermain.
Selain itu, tetapkan waktu mereka boleh keluar bermain dengan pengawasan anda. Ini bukan sahaja akan mengajar anak anda untuk beradap, ia juga akan membentuk mereka agar berdisiplin dewasa kelak.
#7. Adab di meja makan
Bukan sahaja dari aspek perbuatan, seorang kanak-kanak juga perlu beradab ketika berada di meja makan.
Tanpa mengira siapa ada di meja makan atau jenis keraian yang sedang diraikan, anda perlu ajar mereka untuk sentiasa bersopan di meja makan.
Antara yang perlu diutamakan adalah untuk tidak bercakap semasa mulut penuh dengan makanan dan makan apabila semua sudah ada di meja makan terlebih dahulu.
Paling penting, ajar mereka untuk bercakap benda-benda baik sahaja ketika sedang makan.
Ajarkan adab seorang anak ini sejak kecil lagi!
adab mendidik anak
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi adab dengan ibu bapa serta individu lain yang anda perlu ajar kepada anak anda untuk memastikan mereka berjaya menjadi modal insan yang beradab, bersopan dan berguna kelak.
Apa yang paling penting, kekalkan semua sifat positif dan buangkan segala sikap negatif dalam diri mereka!
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.