Siapa yang suka berkebun, bercucuk tanam pastinya sentiasa mencari ilmu baru dan pelbagai petua untuk memastikan pokok subur dan mengelak serangga.

Maklumlah, setiap hari sepenuh jiwa membelek pokok, menyiram dan sebagainya dengan harapan pokok membesar dan mendatangkan hasil. Namun tidak semua baja sesuai dan menjadi. Tapi tak salah mencuba. Malah ada yang menjadikan kulit buah sebagai baja organik.

Sebagaimana perkongsian saudara Norahim Ibrahim menerusi grup Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri. Beliau seorang pensyarah kanan,juga penyelidik di dalam bidang pertanian organik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kini beliau giat menjalankan projek dan program-program berkaitan pelestarian alam sekitar melalui kitar semula sisa organik.

Menariknya, beliau menjadikan kulit buah-buahan sebagai baja. Ia dikitar semula menjadi baja cecair. Apa kata cuba panduan yang beliau berikan. Mana tahu nasihat pakar menjadi, pokok pun subur!

Cara mengitar semula kulit buah dan cara membuat baja cecair.

Ramai yang tidak tahu bahawa buah-buahan mengandungi nutrien penting bagi perkembangan tumbesaran tanaman. Memandangkan sekarang musim buah, kita boleh memanfaatkannya bagi yang berminat dengan pembuatan baja organik.
Contoh paling mudah adalah buah rambutan.

Rambutan mengandungi unsur Potassium (K) yang tinggi. Begitu juga dengan buah-buahan tropika lainnya. Jadi bagi mengelakkan pembaziran sumber, kita boleh membuat baja peram (MOL) dari kulit buah-buahan dan buah2 yang busuk dengan mencampurkannya dengan gula merah. Kemudian tutup rapat.

Kulit Buah Jangan Buang, Kitar Semula Buat Baja. Pensyarah Kanan Dan Penyelidik Pertanian Organik Ini Tunjukan Cara Suburkan Pokok.

Formula sukatan baja kulit buah

Formula: 1kg buah / kulit buah +1 kg gula merah + sedikit air (ikut suka). Peram selama 2~4minggu. Tapis patinya. Kulit2 buah tu pula letakkan di sekeliling tanaman.
Cara guna: 20ml pati + 1L air (siram)

IKLAN

Jenis kulit buah yang sesuai 

Saya selalu gunakan kulit pisang, jambu air, belimbing buluh, dan apa-apa saje buah yang ada. Boleh juga campurkan sekali sisa sayur seperti batang, akar dan daunnya seperti kangkung, bayam, lobak dsbnya. Boleh juga campurkan sedikit yis dan minuman berkultur seperti yakult untuk mendapatkan kualiti baja yang lebih baik.

Baja ini boleh digunakan untuk semua jenis tanaman, terutama tanaman berbunga dan berbuah. Berkenaan isu bau ni bagi saya sangat subjektif. Baunya masam-masam manis buah saje. Terpulang kepada kesesuaian tempat tinggal dan persekitaran masing-masing. Ini salah satu kaedah kitar semula yang boleh dipraktikkan oleh kita semua.
Cubalah.

Kulit Buah Jangan Buang, Kitar Semula Buat Baja. Pensyarah Kanan Dan Penyelidik Pertanian Organik Ini Tunjukan Cara Suburkan Pokok.

Sumber: Norahim Ibrahim

IKLAN

Kulit Buah Jangan Buang, Kitar Semula Buat Baja. Pensyarah Kanan Dan Penyelidik Pertanian Organik Ini Tunjukan Cara Suburkan Pokok.

Kulit Buah Jangan Buang, Kitar Semula Buat Baja. Pensyarah Kanan Dan Penyelidik Pertanian Organik Ini Tunjukan Cara Suburkan Pokok.

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

IKLAN

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Kulit Buah Jangan Buang, Kitar Semula Buat Baja. Pensyarah Kanan Dan Penyelidik Pertanian Organik Ini Tunjukan Cara Suburkan Pokok.

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI