Mahukan mood baharu di ruang kediaman selain perlu dilakukan transformasi berskala besar untuk nampak berbeza. Pun begitu tidak dinafikan dengan sentuhan kecil juga ianya mampu memberi impak istimewa pada kediaman.
Umpamanya dalam merias dinding dengan gantungan hiasan bentuk hexagon seperti mana yang dikongsikan oleh Princess Haliza Azani.
Malah dekorasi sebegini bertambah istimewa bilamana pemilik kediaman hanya menggunakan batang aiskrim, hasilnya memang wow!
Teruja untuk mengetahui lanjut, jom baca perkongsian istimewa ini.
Ads
Ini perkongsiannya.
Hai salam semua warga deco bajet .. bajet ciput .. nak share deco wall yang simple .. mudah saje buat .
Ads
Semua bingkai tu diperbuat dari batang aiskrim kedai ECO rm2 sekupang .. satu biji 75batang . Ikut la ketebalan anda nak . Nak nipis boleh kurangkan lagii .. borong 10 paket .
Satu paket ade 50 batang .. guna batang aiskrim yang besar nah baru cantik . Nak tahu cara dia youtube Hexagon Wall ..
Daripada sekadar suka-suka masak dan memuat naik ke yioutube, siapa sangka pasangan ini meraih perhatian. Sugu Pavithra berjaya menambat hati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat umur dan kaum melalui perkongsian video memasak pelbagai menu dan bertutur dalam bahasa Melayu di YouTube.
Sikap rendah diri pasangan ini menjadikan ramai orang mula mengikuti mereka di laman Youtube dan menambah pengikut dalam masa yang singkat. Tidak hairanlah setiap kali memuat naik video pasti mendapat sambutan ramai.
Terbaru, pasangan ini berkongsi berita gembira apabila berpindah ke rumah baru. Kelihatan rumah tersebut lebih besar berbanding rumah lama, dapat diperhatikan pasangan itu bersama beberapa ahli keluarga turut datang membantu membersihkan rumah.
Rumah baru itu terletak di di Pekan Sungai Siput, Perak. Dalam pada itu, suaminya, M-Sugu, sudah tidak lagi bekerja di ladang. Ini kerana, dia mahu fokus dalam penghasilan video di Youtube.
Mendapat tahu diri berbadan dua adalah momen yang cukup indah buat wanita bergelar isteri. Bagi penyanyi Nourul Wahab, keterujaan itu melebihi segala-galanya bila mana mengetahui dirinya berbadan dua.
Nourul atau Noorul Huda Abdul Wahab, 40, berkata dia memilih untuk berkongsi berita itu kerana ingin mengelakkan daripada salah faham.
“Pada mulanya saya segan nak beritahu mengenai kehamilan ini. Yelah, sebab sudah nak masuk anak keempat. Tak ada benda nak kongsi pun
“Terkesima tak tahu nak kata apa. Betapa besarnya kuasa Allah. Anak ke 4 pun dok rasa excited Sama macam anak first . Saya decided untuk kongsi Kan Rahmat allah ini dengan semua. .
“Doakan yang ini semanis @ayu_ace doakan juga ianya seorang perempuan. Andai itu yang terbaik buat kami, mohon Allah izinkan. Tapi jika sebaliknya pun, tak apa.
“Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang terbaik buat semua hambaNya,” tulis Nourul di kapsyen.
Rumah Biru ‘sign off,’ pemilik kediaman berpindah, tiada lagi rumah berlatarkan KLCC, bakal jadi memori. Sebuah rumah yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Rumah Biru sering menarik perhatian ramai.
Kerap muncul dalam iklan raya, drama dan filem seperti Adnan Sempit serta Abang Long Fadil, rumah ini punya nilainya yang tersendiri. Rumah Biru ini dikatakan berusia lebih 80 tahun menjadi tarikan orang ramai di Kampung Baru. Binaan asalnya dahulu dikatakan agak tinggi kerana kerap banjir telah diubah suai menjadi rendah oleh pemilik.
Biarpun ia berpenghuni, ramai pengunjung yang datang dari seluruh pelosok negara mengambil peluang bergambar dengan pemandangan cantik berlatarkan pencakar langit dan mercu tanda negara, Menara Berkembar Petronas.
Bagaimanapun rumah yang sudah didiami oleh pemiliknya selama 40 tahun ini bakal menjadi memori. Menerusi satu hantaran di Facebook, pemilik rumah berkenaan memberi bayangan bahawa tiada lagi rumah biru tersebut selepas. Ia untuk memberi laluan kepada projek pembongkaran semula palong yang di tanam di bawah tanah rumah biru.
Difahamkan, Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Lumpur akan mengambil masa kira-kira empat tahun bagi menyiapkan projek berkenaan.
“Kampungku Kampung Baru, Kuala Lumpur di Jalan Salleh. Kini telah berakhir menetap di sini dari tahun 1984 hingga 31 Mei 2024,” katanya.
Berterima kasih kepada semua pengunjung dan peminat yang menjadikan ia sebagai lokasi bergambar, pemilik rumah ‘legend’ di Kampung Baru itu juga berharap dapat kembali ke tanahnya.
“Maka dengan ini, secara rasmi kami semua telah keluar dari Rumah Biru untuk tempoh tiga atau empat tahun dengan harapan selepas ini, kami pulang semula ke tanah ini,” ujarnya.
“Jutaan terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir secara rasmi mahu pun tidak ke rumah kami untuk bergambar. “Mohon maaf salah silap kami sepanjang tempoh tersebut. “Rumah Biru sign off.”
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa sedih kerana satu-satunya kampung di tengah bandar mungkin akan dirobohkan.
Ada juga yang menitipkan pesanan agar rumah itu dikekalkan dengan ciri kampung yang sama selepas ini.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.