Dinding Rumah Lagi Cantik Bila Buat Camni. DIY Sendiri Je!

Share

Mahukan mood baharu di ruang kediaman selain perlu dilakukan transformasi berskala besar untuk nampak berbeza. Pun begitu tidak dinafikan dengan sentuhan kecil juga ianya mampu memberi impak istimewa pada kediaman.

​​​Umpamanya dalam merias dinding dengan gantungan hiasan bentuk hexagon seperti mana yang dikongsikan oleh Princess Haliza Azani.

Malah dekorasi sebegini bertambah istimewa bilamana pemilik kediaman hanya menggunakan batang aiskrim, hasilnya memang wow!

Teruja untuk mengetahui lanjut, jom baca perkongsian istimewa ini.

Ini perkongsiannya.

Hai salam semua warga deco bajet .. bajet ciput .. nak share deco wall yang simple .. mudah saje buat .

Semua bingkai tu diperbuat dari batang aiskrim kedai ECO rm2 sekupang .. satu biji 75batang . Ikut la ketebalan anda nak . Nak nipis boleh kurangkan lagii .. borong 10 paket .

Satu paket ade 50 batang .. guna batang aiskrim yang besar nah baru cantik . Nak tahu cara dia youtube Hexagon Wall ..

*saya tampal guna paku yerrr . Guna double tape pon boleh ..

Bahan-bahan yang digunakan:
Batang aiskrim rm2.10 x 10 paket
Lampu + Lilin (Daiso) rm5.90×3
Pasu (ikea) rm4lebih
Glue Gun

Sumber : Princess Haliza Azni via Kelab Deco Bajet Malaysia

IKLAN