Keluarga kini berada di dalam aplikasi   
Keluarga kini berada di dalam aplikasi   
Home Inspirasi “Disiplin Berpuasa Baik Untuk Semua.” Siap Bangun Sahur, Soo Wincci Syukur Sambut...

“Disiplin Berpuasa Baik Untuk Semua.” Siap Bangun Sahur, Soo Wincci Syukur Sambut Puasa Tahun Ke 9 Di Malaysia!

Saban tahun pelakon cantik manis ini tidak ketinggalan untuk turut sama berpuasa di bulan ramadan seperti mana umat Islam yang lain. Malah,  Dr Soo Wincci mengakui, tahun ini merupakan tahun kesembilan dia berpuasa.

“Disiplin Berpuasa Baik Untuk Semua.” Siap Bangun Sahur, Soo Wincci Syukur Sambut Puasa Tahun Ke 9 Di Malaysia!

Menurutnya, apa sahaja yang diniatkan pada bulan Ramadan sering memberikan keajaiban buat dirinya. Malah lebih utama, berpuasa juga menjadi satu rutin diet terbaik dan ada nikmat tersendiri

Dia melihat bulan puasa ini bukan  ruang untuk makan apa sahaja tanpa membendung nafsu diri.

“Semuanya bersifat ala kadar. Apatah lagi kita diuji dengan penularan wabak covid 19 dan Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa.

“Disiplin Berpuasa Baik Untuk Semua.” Siap Bangun Sahur, Soo Wincci Syukur Sambut Puasa Tahun Ke 9 Di Malaysia!

“Saya tahu dalam Islam sendiri pun amalan berlebih lebihan itu tak digalakkan. Jadi kuncinya bersederhana.

IKLAN

“Kita pun tidak tahu apa kesudahan kepada ujian yang dihadapi ini nanti. Kita mengharap pengakhiran yang baik. Pastinya kita perlu sediakan payung sebelum hujan,” katanya kepada BH Online.

Kata penyanyi lagu Terus Terang itu, dia turut bersyukur kerana puasa kali ini dilalui di Malaysia. Malah pensyarah sambilan ini juga turut mengajak pelajarnya yang bukan beragama Islam untuk mencuba berpuasa dan menjadikan ia disiplin.

“Disiplin Berpuasa Baik Untuk Semua.” Siap Bangun Sahur, Soo Wincci Syukur Sambut Puasa Tahun Ke 9 Di Malaysia!

“Sejak mula berpuasa sembilan tahun lalu, saya mendapat banyak nikmat dari banyak segi. Ia membuatkan minda saya lebih ringan dan fokus pada perkara penting.

IKLAN

“Saya juga berkongsi mengenai amalan ini kepada pelajar dari seluruh dunia yang bertanya kenapa saya berpuasa. Disiplin berpuasa sangat baik untuk semua dan bukan buat orang Islam saja.

“Paling menggembirakan, kali ini saya dapat berpuasa di Malaysia dan bukannya di Sepanyol. Maklumlah waktu puasa di sana panjang selain makanannya juga tidak sama seperti di sini,” kata pelajar pengajian peringkat doktor falsafah kedua dalam bidang produksi artistik di Sepanyol itu

IKLAN

Wincci turut bersyukur dirinya terkandas di sini memandangkan situasi wabak berkenaan di Sepanyol cukup membimbangkan.

Bekas ratu cantik Miss World Malaysia itu bagaimanapun tetap meneruskan kerjanya sebagai pensyarah dengan mengadakan kelas dalam talian.

“Disiplin Berpuasa Baik Untuk Semua.” Siap Bangun Sahur, Soo Wincci Syukur Sambut Puasa Tahun Ke 9 Di Malaysia!

“Sepatutnya saya kena balik ke sana semula pada bulan lalu disebabkan banyak kerja perlu diselesaikan. Bagaimanapun, saya terpaksa lupakan hajat disebabkan kes Covid-19 sangat teruk di negara itu.

“Oleh itu, saya putuskan untuk mengajar pelajar saya menerusi kelas dalam talian saja. Saya rancang untuk kembali ke Sepanyol sebaik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat nanti,” katanya.

Sumber: dr.soowincci

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI