DIY Baja Organik Dengan Bahan Dapur Je, Mudah & Bebas Serangan Perosak. Pokok Berbunga Lebat & Sayur Subur Merimbun!

Share

Tanaman pokok, baik sayur atau bunga jika tahu cara jaga pasti akan hidup subur. Selain memerlukan cahaya, air dan tanah untuk hidup subur, hakikatnya tanaman juga memerlukan baja sebagai agen penggalak kesuburan.

Jadi apa kata anda hasilkan sendiri baja organik lagi bagus kerana bebas bahan kimia, hasilnya pun segar dan sihat. Nak tahu cara buatnya mudah je ikut langkah yang dikongsikan oleh saudaraΒ Md Khalil Salleh ini.

Ok stok baja organik dh nk abih.. Jd kita proses bt lain.. Sesuai utk smua tanaman.. Modal RM pn ciput jaa nk bt baja ni.. Saya guna dh hampir 2 thn dh sejak belajar berkebun kt rumah dlm musim PKP ni.. Sayuran dn bunga2an saya blum pernah kena serangan serangga perosak sejak guna baja buatan sendiri ni lg…bagus kanπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ‘ŒπŸ˜

Cara membuat:

1. Sediakan 100gm MSG, sisa perut ikan 3kg, gula merah 3kg, bawang putih 5 labu atau lebih, kulit telur yang dikisar 500gm.2. Letak semua bahan ini dalam bekas dan campur air yang tiada klorin lebih kurang 10 atau 15 liter.3. Perap sebulan atau sekurang-kurangnya 2 minggu. Letak di tempat gelap tutup dengan plastik hitam.4. Selepas sebulan tapis dan boleh terus guna. Nak simpan dulu pun boleh.Ambil 10ml baja organik campur dengan 2 liter air tanpa klorin. Sembur pada daun dan pucuk pokok.Boleh juga siram pada pangkal pokok. Bagusnya baja organik ini semua untuk pokok sayur berdaun, berbuah dan juga pokok bunga hiasan.

‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍

Β 

Β 

Β 

Β 

IKLAN