Banyak manfaatnya anda boleh peroleh melalui saluran youtube, bukan semata-mata membuang masa atau duit, tapi kena lah dengan caranya. Seperti yang dikongsikan lelaki ini, dia dan isteri menggunakan saluran youtube untuk belajar membuat sendiri kabinet dapur.
Hasilnya memang meletup, apalagi mereka baru sahaja belajar dan bukan ada pengalaman pun dalam bab tersebut.
Admin kongsikan hasil kreativiti saudara Mulo Pacheco dan isterinya. Memang menarik, canti, nampak kemas dan praktikal untuk ruang dapur kediaman mereka.
Ads
Ads
Hasil bertukang dengan isteri semasa PKPB sambung ke PKP 2.0 😂. DIY kabinet dapur ala newbie hasil berguru dari Youtube. Total kerugian ~RM1800.
Ads
Bagi anda yang ingin mencuba sendiri membuat kabinet sebegini, boleh lihat di laman yang dikongsikan ini.
Tiga bulan, bukanlah tempoh yang lama, namun keprihatinan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh wanita yang dikenali sebagai Yanti dalam menjaga Fatima membuatkan Fazura menyenangi wanita ini.
Di dalam perkongsiannya baru-baru ini, Fazura memuji akan keprihatinan wanita berkenaan yang sangat menyayangi anaknya seperti anak sendiri. Namun, mereka terpaksa berpisah kerana Yanti akan pulang ke kampung halamannya semula.
Sebenarnya sepanjang hari semalam dah mula rasa sangat sayu dan sedih sebab hari ni merupakan hari terakhir Yanti bersama kami menjaga Fatima.
Faz memang akan rasa sangat sedih yang luar biasa kalau ada perpisahan begini terutama jika orang tu orang yang baik. Yanti memang ikhlas kerja untuk mencari rezeki buat ibu, anak dan keluarga. 7 tahun tak bertemu anak dan ibu, something yang Faz tak boleh bayangkan dan hari ni tiba masa Yanti pulang bertemu mereka yang pasti sangat dirinduinya.
Fazura dalam pada itu turut berterima kasih kepada Yanti kerana menjaga Fatima seperti anaknya sendiri. Malah, Fazura juga tidak dapat menyembunyikan rasa sedih dan mengalirkan air mata.
Terima kasih Yanti kerana telah menjaga Fatima sebaik-baiknya seperti anak yanti sendiri. Walaupun hanya 3 bulan bersama tapi dah rasa macam bertahun dan Yanti dah dianggap sebahagian dari keluarga kami. Kami sayangkan Yanti.
Menangis berpelukan kami tadi teresak-esak. Sedih sangat. Syukur ke-hadrat Allah SWT kurniakan Yanti, orang yang baik. Semoga semuanya dipermudahkan buat Yanti sekeluarga. Doa Faz, Fattah, Mama, Chot dan seluruh keluarga sentiasa mengiringi Yanti InsyaAllah.
Terima kasih sis Rina di @fazrina_postnatalcare for your kindness and amazing service. Terima kasih kirimkan Yanti buat kami.
Menerusi ruangan komen, ada yang turut berterima kasih kepada Yanti kerana menjaga Fatima dengan baik selama ini dan mendoakan semoga dia dipermudahkan segala urusan.
Tidak dinafikan semenjak bergelar ibu, semua ibu mengalami masalah gangguan tidur. Selain anak yang bangun untuk menyusu di tengah malam, gangguan lain juga sentiasa membuatkan ibu tidak tidur dengan nyenyak.
Sepanjang malam adakalanya terjaga dan mata terus tidak mahu terlelap. Banyak penyebabnya masalah ini berlaku. Selain sudah mula terbiasa dengan rutin jadual baru, ibu juga adakalanya merasa berjaga-jaga sepanjang malam. Inilah yang membuatkan ramai wanita mula menghadapi tidur yang tidak berkualiti.
Bagi membantu mendapatkan tidur yang nyenyak, faktor ini kena dititikberatkan. Bermula dengan pakaian yang anda pakai semasa tidur, kebersihan tempat tidur, suasana bilik tidur, serta makanan yang anda ambil sebelum masuk tidur.
Jadi, untuk menyelesaikan masalah anda ini, terdapat beberapa makanan yang boleh membantu anda untuk tidur lebih nyenyak.
1. Kacang badam
Nutrisi yang terdapat pada kacang badam dipercayai membantu untuk melenturkan otot – otot tubuh dan saraf pada otak punca kepada insomnia. Beberapa kajian mendapati bahawa nutrisi pada almond MAMPU menjaga kestabilan paras gula darah ketika seseorang sedang tidur. Untuk dapatkan tidur nyenyak dan berkualiti, cubalah untuk mengamalkan kacang badam sekurang-kurangnya 5 – 7 butir setiap hari.
2. Buah pisang
Apabila anda ingin tidur nyenyak dan berkualiti setiap malam , amalkan buah pisang 2 atau 3 jam sebelum tidur. Buah pisang kaya dengan kalium, magnesium dan beberapa mineral yang baik untuk otot semasa tidur. Kajian juga mendapati, pisang sangat baik untuk membantu tidur lebih nyenyak.
3. Telur Rebus
Salah satu penyebab gangguan tidur adalah kerana badan anda kekurangan protein. Jadi, untuk mendapatkan tidur nyenyak dan berkualiti, pastikan anda memenuhi nutrisi protein dalam tubuh. Dan salah satu sumber protein tinggi yang paling MUDAH untuk didapati adalah telur. Dengan mengamalkan telur rebus sebelum tidur, ia akan membantu anda mendapatkan tidur nyenyak hingga subuh.
4. Buah Ceri
Siapa yang tidak kenal dengan buah ceri? Buah merah ini mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan rupanya. Ia menjadi salah satu buah-buahan yang boleh membantu seseorang untuk mendapatkan tidur nyenyak serta berkualiti. Minum segelas jus ceri sebelum tidur untuk lebih cepat mengantuk dan tidur nyenyak lebih cepat.
Perlu anda ketahui, selain makanan tersebut, anda boleh amalkan hidup yang sihat dengan bersukan, serta pola makanan yang sihat untuk mendapatkan tidur lebih nyenyak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bilamana anak-anak tidak sihat dan mula muntah-muntah biasanya kita akan berasa resah gelisah, apatah lagi jika muntah berkali-kali. Memahami cara terbaik untuk berdepan dengan situasi ini, perkongsian info daripada seorang doktor ini sangat memberi manfaat. Jom semak.
APA NAK BUAT BILA ANAK MUNTAH?
Anak yang muntah memang akan buatkan ibu bapa resah gelisah. Nak nak pula bila muntah waktu malam dan tanpa henti.
Ok, jom kita tahu dulu kenapa kanak-kanak muntah.
Muntah biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam sistem pencernaan kanak kanak. Kuman yang menyebabkan jangkitan ini adalah biasanya virus. Bakteria pun boleh juga cuma jarang.
Penyebab kanak kanak muntahadalah:
1. Jangkitan kuman di dalam sistem pencernaan
– biasanya akan diiringi dengan cirit birit, demam dan kurang selera makan
– akan sembuh dalam 1-3 hari.
2. Alahan kepada sesuatu makanan atau bahan
– sebab tu ibu bapa perlu cakna apa yang anak anda alah.Bukan semua alahan adalah disebabkan oleh makanan sahaja, ada juga yang alah kepada pewarna, sabun, debu yada yada yada.
– Makanan yang menyebabkan alahan adalah seperti telur, makanan laut, ayam, kekacang.
3. Keracunan
– boleh jadi disebabkan makanan yang sudah basi, makanan yang dijangkiti virus atau bahan kimia racun yang lain seperti clorok.
4. Masalah usus
– contohnya masalah jangkitan appendiks, usus terbelit atau usus bocor.
5. Jangkitan kuman yang lain
– contohnya kencing kotor, jangkitan kuman dalam telinga, radang paru paru atau yang paling takut adalah jangkitan kuman di dalam otak.
Penyebab muntah kepada bayi adalah :
1. Jangkitan kuman di dalam sistem pencernaan
2. Gastroesophageal reflux
– kandungan dalam perut terkeluar balik ke atas.
3. Alahan makanan atau bahan lain
4. Lubang botol terlalu besar menyebabkan susu masuk ke dalam mulut demgan laju dan banyaknya.
5. Masalah kongenital
– biasanya adalah congenital pyloric stenosis iaitu keadaan yang berlaku sejak lahir di mana laluan kemasukan makanan adalah sempit.
6. Intussusception
– keadaan yang dipanggil bowel telescope, iaitu di mana usus menjadi seperti teleskop ( usus termasuk masuk ke dalam usus berdekatan dengannya) menyebabkannya tersumbat.
7. Strangulated hernia
– Angin pasang bersimpul.
8. Terlebih makan atau minum.
Ok, bila kita perlu risau bila anak kita muntah?
1. Muntah yang melebihi 24-28 jam
2. Muntah yang mengandungi darah atau sedikit kehijauan (hijau ini dikhuatiri daripada bile-sejenis jus dari hempedu)
3. Muntah yang diiringi dengan demam yang tinggi ( suhu melebihi 38.5 ke atas)
4. Muntah yang diiringi dengan cirit birit yang teruk
5. Anak menjadi kurang aktif/lemah/lesu
6. Anak kurang makan dan minum
7. Tanda tanda dehidrasi:
– Mulut/bibir kering
– Menangis tapi tiada air mata
– Lesu dan nampak celaru
– Kurang air kencing ( sebab tu kena rajin periksa pampers anak 4-6 jam sekali untuk melihat air kencing ada atau tidak)
8. Nampak resah gelisah/ tak senang duduk
9. Asyik mengadu sakit /menangis
10. Ada sakit kepala atau leher menjadi kejang.
11. Perut kelihatan kembung atau keras.
12. Anda sendiri berasa risau melihat anak anda.
Jika ada tanda tanda seperti di atas, silalah bawa anak anda berjumpa doktor bertauliah di klinik atau hospital berhampiran.
Tak usahlah melengahkan masa dengan bertanya di media sosial atau di whatsapp/telegram/line/mesej. Anda hanya melengahkan masa dan memburukkan lagi kesihatan anak anda.
Setiap masalah perlu diperiksa di depan mata bukan secara maya.
Perhatikan anak anda sebaiknya. Jika mereka muntah, lihat samada mereka selesa atau tidak.
Jika anda berasa tidak sedap hati dengan kelakuan anak anda, terus bawa berjumpa doktor.
Masa adalah nyawa.
Berikut adalah langkah langkah pengawalan yang boleh di amalkan di rumah untuk mengelakkan orang lain terjangkit sama:)
1. Jangan beri ubat tahan cirit (anti-diarrhea) kepada anak anda jika bukan atas nasihat doktor. Ianya boleh membahayakan anak anda.
2. Cuci tangan anda selepas anda membersihkan anak anda.
3. Kalau boleh, jangan hantar anak anda ke sekolah atau taska atau tadika untuk beberapa hari sehingga muntah mereka sudah berhenti. Ianya takut berjangkit kepada kanak kanak yang lain.
4. Elakkan anak anak mandi kolam atau laut atau mana mana tempat mandian terbuka sehinggalah mereka betul betul pulih dari muntah atau cirit. Jangan biarkan orang lain terjangkit sama ok.
5. Jangan berkongsi barang keperluan yang sama dengan mereka.
6. Cuci dan tukar cadar atau kain lapik yang telah terkena muntah anak.
7. Pastikan mereka mandi dan cuci mulut/gosok gigi seperti biasa. Pastikan mereka kekal bersih.
Jadi, apa yang perlu dibuat untuk merawat?
Saya senaraikan dalam gambar di bawah ya
Nota kaki : Anak kita, amanah kita. Anak kita, bukan anak mereka
sumber : Dr. Erna Nadia
Kebersihan itu sebagian dari iman
(HR. Ahmad)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.