Buat sendiri lagi jimat, itu semestinya. Lihat sahaja idea rak deko untuk pasu bunga yang dihasilkan oleh saudara Mohd Azrin Roselan ini.
Dengan menggunakan bahan-bahan yang rosak dan tidak boleh digunakan lagi, namun mampu menjadikan sesuatu yang boleh dimanfaatkan untuk perletakkan pasu lebih menarik.
Jadi untuk anda yang ingin memiliki rak pasu seperti ini, boleh sangat dibuat kerana ianya cukup mudah untuk dihasilkan dan bajet pun rendah.
Selamat mencuba.
DIY buat Rak deko untuk pasu bunga.
Kebetulan saya mempunyai rangka besi rak Ikea yang sudah rosak dan tidak digunakan lagi.
Ads
Dari berakhir ke besi buruk. Baik saya kitar semula guna untuk buat Rak deko pasu bunga.
Kelebihan Rak deko pasu bunga ini kita boleh susun pasu pokok bunga ikut citarasa sendiri.
Rak Deko ini mudah alih dan kita boleh letak dimana-mana lokasi ikut kesesuaian dan ikut citarasa sendiri.
Ads
Bahan-bahan yang diperlukan untuk bina rak deko hiasan pasu bunga:
1. Frame besi @ buat sendiri dari kayu @ sambungan paip PVC.
2. Dawai sangkar
3. Cable tie kedai ECO
4. Pasu bunga mini kedai ECO
Ads
Cara buat :
1. Dawai sangkar digunakan untuk sokongan dan penyakut pasu mini.
2. Cable tie digunakan untuk mengikat dawai sangkar pada frame besi.
Bila dah memasuki gerbang perkahwinan, semestinya pasangan suami isteri mengimpikan untuk memperoleh cahaya mata.
Rezeki orang lain-lain, ada yang baru kahwin, terus bunting pelamin dapat rezeki zuriat awal. Ada juga yang sudah lama berumah tangga tapi belum mempunyai rezeki untuk peroleh zuriat sendiri. Malah ada juga yang berusaha lebih dengan mengambil beberapa inisiatif seperti rawatan untuk ke arah itu.
Selepas beberapa kali menangguh hasrat, pelakon Siti Elizad akhirnya meneruskan rawatan kesuburan invitro (IVF).
Siti Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin telah berkongsi di Instagram miliknya foto dan video sepanjang proses rawatan.
” Hari pertama suntikan untuk IVF. Hari ini periksa darah. Sambil itu doktor dan jururawat ajar suami cara nak memberi suntikan dekat bahagian perut.
” Jadi hari ini, hari pertama kami. Dah mula proses cucuk-cucuk sendiri dekat rumah sendiri. Doakan kami ya. InsyaAllah jumpa doktor lagi dua minggu,” tulisnya.
Dalam perkongsian itu juga, Elizad sempat membuat pesanan supaya anaknya nanti menyedari betapa sukarnya untuk melalui proses itu.
” Susahnya nak dapat awak ni anak. Harap-harap awak tengoklah video & gambar2 macam mana struggle nya nak dapatkan awak. Ya Allah perkenankan lah doa ku yg satu ni , juga buat mereka yg ttc seperti saya,” kongsinya.
Tambah Elizad, dia tidak dapat menjawab persoalan mengenai harga untuk melakukan rawatan tersebut berikutan permasalahan yang dihadapi setiap pasangan berbeza-beza.
Elizad mendirikan rumahtangga dengan Shamsul Baharin pada 11 Januari 2015.
Prihatin dengan kepayahan abang-abang rider mencari rezeki, umumnya sebagai pelanggan ramai yang bermurah hati untuk memberikan wang lebih sebagai tanda penghargaan.
Pun begitu, ada satu video di laman TikTok melalui perkongsian Abang Rider telah menerima pujian positif daripada netizen kerana melakukan sesuatu yang baik apabila dia pula belanja makanan kepada pelanggannya.
Video yang dikongsikan memaparkan seorang rider telah menerima pesanan daripada pelanggan dan memintanya untuk naik ke atas dan meletakkan bungkusan makanan di atas kerusi yang telah disediakan sahaja.
Menurutya mereka satu keluarga sedang di kuarantin dan pelanggan itu terpaksa memilih untuk membayar secara tunai kerana duit di dalam bank tidak cukup.
Setibanya di rumah pelanggan, rider tersebut menolak wang yang ingin diberikan kepadanya dan menyatakan hasratnya untuk belanja makanan yang telah dipesan oleh keluarga tersebut.
Meskipun berbeza agama dan bangsa, tidak sedikit pun menghalang untuk rider tersebut berbuat baik.
“Tak apa lah, hari ini kita tolong orang, nanti kita susah Allah hantar orang lain pula tolong kita”, tulisnya di video tersebut.
Video ini mendapatan tontonan hingga 159.4K dan mendapat banyak komen yang positif bahkan ramai yang mendoakan kebaikan untuk Abang Rider. Antara yang memberikan komen adalah seperti
@Bulan Yang Indah: “sy pon. runner.kdang ksian org tu smua tgh kurantin,xde online bankin,dan xde spe leh tlg smua runner tlak dia, tp sy sorng trima sbb sy tau Allah ada”
@Pat.pinKy- “kesian org yg tengah kuarintin.. moga murah rezeki awak dan sentiasa dilindungi dr segala penyakit…aminn”
07:14
@Faghaaaa- “Alhamdulillah syukur, semoga dimurahkan lagi rzki berlipat kali ganda”
@user2273705632581- “mantap la bang. semoga post cam ni blh inspire org lain utk tolong menolong jgk. spread love not hate. bak pepatah org terengganu : you are awesome”
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri dan pengikat kasih sayang dalam rumah tangga. Lazimnya tidak sampai setahun usia perkahwinan, si isteri sudah mengandung. Alhamdulillah, syukur begitu mudah untuk pasangan tersebut mendapat zuriat.
Pun begitu tidak kurang juga ada yang bertahun-tahun terpaksa menunggu dan berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan anak, namun masih belum direzekikan cahaya mata. Walaupun berat menerima ketentuan itu, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah dan perlulah bersangka baik dengan ketentuanNya.
Begitulah buat pelakon Arash Mohd reda dengan takdir yang sudah tertulis buat dirinya apabila belum dikurniakan cahaya mata selepas 13 tahun berkahwin dengan isteri tercinta, Noor Afidahwati Mohammad, 41.
Menurut laporan di dalam H.Metro, Arash bersama isteri sentiasa berfikiran positif selain menganggap belum ada rezeki untuk menimang zuriat walaupun pelbagai usaha sudah dibuat.
“Saya sudah 13 tahun berkahwin, tapi belum ada rezeki cahaya mata. Tapi alhamdulillah, kami pun sudah berusaha. Masing-masing okay, cuma tiada rezeki lagi.
“Kami macam biasa menjalani kehidupan sama seperti orang lain. Setiap hari adalah bulan madu bagi kami berdua sebab tiada anak. Kami lalui normal saja.
“Kami rapat dengan semua anak saudara dan mereka pun rapat dengan kami. Tak pernah rasa kecil hati apabila ada yang tanya sudah berapa anak, sebaliknya kami selesa berterus terang. Tiada masalah pun.
“Alhamdulillah, saya dan isteri terima apa berlaku dan lalui sekarang. Kami selalu anggap belum ada rezeki. Mungkin ada sebab Allah tak nak bagi lagi. Mungkin juga ada sebab yang kita tak nampak sekarang. Insya-Allah pada masa depan baharu tahu. Saya percaya pada qada dan qadar Allah. Saya dan isteri reda dengan apa yang berlaku. Usaha tetap usaha, cuma hasilnya belum ada rezeki lagi,” katanya.
Arash yang menjadi sohor kini ekoran lakonannya dalam drama Scammer berkata, dia dan isteri juga sering menerima pandangan dan cadangan daripada rakan untuk mengambil anak angkat.
“Kami sudah biasa dengan soalan sebegini. Sebab kami jenis terbuka, jadi okay saja. Tiada apa yang perlu dikesali. Kadang-kadang ada juga yang cakap tak nak ambil anak angkatkah.
“Niat hati memang nak, tapi ada sebab belum masanya ambil anak angkat. Tak tahu sekarang, mungkin esok lusa dan akan datang baharu tahu kenapa,” katanya.
Menurut Arash, sepanjang tempoh perkahwinan itu juga, dia dan isteri sudah mendapatkan khidmat nasihat doktor dalam usaha mendapatkan cahaya mata.
“Usaha kami lebih kepada perubatan moden di mana mendapatkan khidmat nasihat doktor di hospital. Macam sebelum ini iaitu dalam lima ke enam tahun lalu, isteri pernah menjalani pembedahan sebab ada masalah membabitkan kesihatan wanita.
“Selepas itu, doktor pun ada berikan ubat. Semua sudah okay. Cuma belum ada rezeki. Kami tak ada masalah dan tetap gembira,” katanya.
11 Ekor Kucing Anggap Macam Anak
Bagaimanapun, kehidupan seharian Arash dan isteri terubat apabila ditemani dengan 11 kucing yang dianggap sebahagian daripada keluarganya.
“Kucing daripada seekor asalnya yang mana sudah 10 tahun bersama kami. Kemudian saya ada bagi pada kawan empat ekor. Jadi, yang tinggal sekarang dengan kami ada 11 ekor. Semua kucing memang tak kurung dalam sangkar.
“Kami menjaga semua macam anak. Kami dalam rumah. Makan, minum, tidur kami jaga sebaiknya. Alhamdulillah, ada saja rezeki menjaga mereka.
“Kucing saya ini bukan saja binatang peliharaan, tapi sudah menjadi sebahagian daripada keluarga saya. Saya memang pencinta haiwan. Kalau boleh nak buat macam zoo di rumah,” katanya.
Namun, dalam masa sama, Arash berkata, masih ramai belum mengetahui kisah peribadinya disebabkan kurang gemar berkongsi perkara itu terutama di media sosial.
“Saya lebih gemar kongsi mengenai kerjaya. Dari segi status, sebenarnya ramai tahu saya berkahwin iaitu sudah 13 tahun mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, sampai sekarang. Tapi, memang jarang kongsi di Instagram atau Facebook mengenai kehidupan peribadi dengan keluarga. Kadang-kadang ada boleh kongsi, ada kena simpan sendiri. Kalau nak kongsi semua dengan peminat, tidak ada pula nak simpan nanti.
“Tapi, kalau nak tahu dan bagi sesiapa yang mengikuti saya di media sosial, tentu pernah nampak saya bergambar dengan isteri, sambut raya dan sambutan hari jadi saya. Sambutan pun biasa-biasa saja, kami berdua saja. Saya pula jenis yang tidak suka terlalu ‘havoc’.
“Alhamdulillah, saya seronok dengan kehidupan sekarang. Memang kalau tengok di Instagram dan Facebook saya, lebih banyak berkongsi soal kerjaya dan kucing saya. Lagipun, peminat sekarang pun sudah berbeza dengan dulu. Sekarang pun sudah ramai nak tahu perkembangan kerjaya artis yang mereka minat. Namun, ada segelintir nak juga tahu kisah peribadi,” katanya.
Selain berkongsi mengenai kucing kesayangan, ada ketika Arash berkongsi hobi seperti aktiviti berbasikal, mendaki dan joging.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.