Bila sudah namanya kreatif, memang macam-macam benda boleh dihasilkan sendiri.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Puan Maria dalam menghasilkan troli bertingkat ala ikea.
Disebabkan ramai yang pm dan wasap tanya pasai troli ala ala ikeaaa ni,nah kat sini saya post hasil kerja suami.step by stepnya.
Dengan izin dari suami,dia sudi kongsikan sedikit ilmu yang tak seberapa ni. Diharap dapat membantu korang untuk berjimat sebab dia kata “benda boleh diy,buat apa beli”..dia kata lagi, klau korang nak share silakan laa. dan 1 ja dia minta,doakan la untuk Mariana Binti Othman supaya sihat selalu, dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan..Aamiin
Puas dan berbangga. Itulah yang dirasai Sarjan Saidatul Husna Kamarudin, selepas lompatan mengagumkannya merentasi 66 motosikal Royal Enfield pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 pada Khamis.
Lebih membanggakan, lompatan pertama kali di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah itu disempurnakan pada hari lahir ke-35.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang teruja melihat aksi mendebarkan Saidatul Husna memberikan tepuk sanjungan kepada anak kelahiran Kedah itu yang turut mendapat tepukan gemuruh daripada ribuan pengunjung yang hadir di Dataran Putrajaya pagi ini.
“Aura lompatan hari ini cukup hebat dan lain dari lompatan-lompatan saya sebelum ini. Buat lompatan merentasi 66 motosikal Royal Enfield di hadapan (Yang di-Pertuan) Agong dan Permaisuri Agong serta disaksikan lautan manusia di kiri dan kanan landasan cukup mendebarkan.
“Seperti kebiasaan sebelum buat lompatan, saya kosongkan fikiran dan banyakkan berdoa berharap semuanya dilancarkan. Keluarga yang hadir menyaksikan saya di sini turut menyumbang selesaikan amanah yang besar ini,” katanya kepada Bernama.
Tambah wanita yang telah 13 tahun menyertai pasukan Akrobatik Motosikal Tentera Darat Army Red Warrior itu, masalah teknikal yang dihadapi motosikal jenis Scrambler Kawasaki 250cc kendaliannya pada sesi raptai penuh Selasa lepas sedikit mencemaskannya.
Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut pasukan mekanik akhirnya membolehkan lompatan paling jauh dalam rekod peribadi dan pasukan Army Red Warrior berjaya disempurnakan semalam.
“Alhamdulillah berkat kerjasama rakan sepasukan yang umpama satu keluarga ini, semuanya berjalan lancar. Kami saling menyokong antara satu sama lain untuk jayakan setiap misi lebih-lebih lagi misi besar untuk negara, hari ini,” kata ibu kepada seorang cahaya mata itu.
Saidatul Husna sebelum ini pernah mencipta rekod Lompatan Motosikal Terpanjang (Wanita) yang dicatatkan di Malaysia Books of Record (MBOR) pada persembahan TATU Tentera Darat (TDM) bersempena Hari Tentera Darat ke-90 di Port Dickson, Negeri Sembilan, Mac lepas.
Lompatan ekstrem bermotosikal itu antara persembahan menarik Army Red Warrior sempena Hari Kebangsaan 2023 selain aksi akrobatik motosikal membabitkan motosikal carrier menerusi aksi penunggang membawa motosikal menaiki tangga setinggi lapan kaki, formasi bunga Raflesia, tugu negara dan merak.
Sumber : BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rasa kecewa bila dapat duit kertas yang koyak kan atau tanpa sengaja anak-anak anda bermain dan mengoyakkan duit tersebut. Lagi lagi jika nilainya agak besar, nak marah pun benda dah terjadi kan. Tapi tahukah anda, sebenarnya duit koyak ini ada nilainya. Jangan dibuang terus.
Mungkin pada pandangan mata seakan sudah tidak ada nilai, tetapi jangan dibuang kerana masih bernilai sekiranya ditukar di Bank Negara Malaysia (BNM).
Menerusi perkongsian Abdul Rahman Al Amin Bin Ismail, duit kertas rosak yang ditukarkan di BNM masih mempunyai nilai separuh atau penuh, bergantung kepada saiz.
Namun sekiranya wang tersebut kurang 1/2 daripada saiz wasal wang kertas, ianya sudah tidak mempunyai nilai lagi.
Tip duit terkoyak : Kalau kita ada simpan duit lama dahulu kemudian anai-anai makan, jangan buang duit tu. Bawa duit tu ke BNM. Nanti dapat balik nilai separuh atau penuh, bergantung pada saiz. Tapi kalau saiz bawah 1/3, maaf. Gone. Boleh sambung menangis di bucu katil.
Tip duit terkoyak :
Kalau kita ada simpan duit lama dahulu kemudian anai-anai makan, jangan buang duit tu.
Bawa duit tu ke BNM. Nanti dapat balik nilai separuh atau penuh, bergantung pada saiz.
Fasa demi fasa dilalui, bermula dengan perkahwinan kemudian ada rezeki mengandung dan akhirnya dikurniakan anak. Dari berdua kini sudah bertiga dan jika ada rezeki mungkin berempat dan seterusnya.
Lumrah dalam rumah tangga, setiap ibu bapa pasti ada impian untuk anak-anak. Namun kalau sudah namanya keluarga bukan hanya ibu bapa yang membuat keputusan. Sebaliknya campur tangan orang lain ada kalanya membuatkan ada yang tersepit dalam membuat keputusan.
Daripada bab penjagaan sehinggalah pemakanan dan pilihan pakaian ada kalanya ditegur dan tak kurang menjadi isu sehingga menimbulkan situasi yang kurang enak.
Perkongsian wanita bernama Intan Nadiahbenarnya juga ni. Malah ia mungkin boleh dijadikan panduan buat ibu bapa semua.
Masa baru kahwin dulu akan ada kawan-kawan atau saudara mara kita yang dah berkahwin akan wish kita “Welcome to the club” (Kelab Orang Dah Kahwin). Bila dah beranak ni orang akan wish “Welcome to parenthood!”. Wahhhh macam seronok je bunyinya ya.
Minggu Pertama momen indah
Dari hari pertama ke minggu pertama ketibaan bayi comel anda, selalunya hanya moment yang indah-indah belaka. Anak menangis pun kau rasa; haaa comelnya baby nangis. Kuat nangis ya sayang? Haaaaaa alamak dia poo poo la. Anak aku berak pun comel.
Tetapi setelah beberapa ketika, bila anak kau dah start meragam, siang dia tidur, malam berjaga. Nak menyusu setiap sejam, setiap setengah jam. Anak kau nangis tak berhenti. Dah susukan pun nangis, dah sendawakan pun nangis, dah tukar diapers pun nangis, dah tuam perut pun nangis, dah dodoi, dah cium peluk bonding letak atas dada, dah azan, dah pasang ayat Quran siap letak Yassin kat sebelah baby, apa saja cara lah semua tak kena. Masa ni lah kau laki bini pun perlahan-lahan mulai bertukar menjadi Zombi… masa tu terngiang-ngiang ayat “Welcome to parenthood!”.
Believe it or not, mostly new parents (suami dan isteri) masa ni memang akan selalu bercekau!
Style atau cara kau; baby tidur biar dalam keadaan gelap dan sunyi. Tapi cara suami kau pulak; biar la dari awal ajar baby tidur dalam suasana bising, bukak TV kuat pun tak apa, tak ada la baby terkejut-kejut! Biasakan. Kau ni nak full breastfeed baby, tapi bila sampai Mak/ Mak mertua/ Ipar duai semua tu, diaorang duk komen, campur la anak minum dengan susu formula! Susu tak cukup, baby tak kenyang tu!
Masa nak announce nama baby pulak, punya la glamour kau nak letak nama ala mat salleh sikit. Tapi orang duk tanya-tanya, apa maksud nama anak tu? Sampai kat Mak Bapak kau, letak la Nur ke Muhammad ke baru ada maksud! Dari sepatah perkataan je, dah jadi tiga empat patah perkataan panjang menjela nama anak kau. Jenuh la nak isi nama kat borang nanti. Dan bila bab nak vaccine anak, keluarga suami kau anti vaccine pulak. Oh oh oh oh.
Masa ni argue la laki bini mak bapak adik beradik semua. Anak tu kenapa tak dicukur rambutnya? Anak tu kenapa tak dibedung? Tido pakai la buai, baru lena. Anak tu dah kuning kenapa tak dijemur? Bila anak kuning titis la air gula sikit dekat mulut. Mandikan anak dengan air daun kucai, mandikan dengan air herba sensei.
Bagi baby air parutan sengkuang cina. Anak tu kenapa tak pakai barut? Dah waktu Maghrib ni, kejut anak jangan bagi tido lagi. Anak bila nangis jangan dibiar je, dukung terus! Anak tu jangan pakai singlet seluar pendek, nanti masuk angin. Ehhh kenapa bagi pakai puting? Nanti jongang gigi! Tali pusat kalau dah lama 2minggu pun tak tanggal lagi, selalunya orang kata budak ni degil.
Pusat tersembul keluar, tekan pusat tu dengan duit syiling! Fuhhh masa ni bertalu-talu komen, segala petua zaman tok kadok dan mitos kau dengar. Kau dah cakap tunggu 44 hari baru nak tunjuk secara official muka full baby kat Instagram/Facebook. Tapi ada pulak saudara mara yang dah datang visit pergi upload tayang muka anak kau dulu. Dalam hati kecil kau pun mula berkata-kata, ni anak aku ke anak korang huh?
Ingat semua benda boleh control
Kau ni feeling-feeling anak nak eat healthy. No sugar, no salt before 2 years old. Semua benda nak home cook, kalau boleh nak beli yang organik je. Dapat ke makcik-makcik yang jumpa anak kau, habis lolipop sebijik dia bagi! Paling dilema masa nak pergi majlis kenduri kahwin, birthday party…
Laju je orang bagi anak kau minum air sirap! Terbeliak bijik mata kau! Kau cakap no gadgets! Suami cakap sekali sekali tak apa la, pasang yang educational video je. Tapi dapat ke orang lain, video joget-joget tak senonoh atau games bunuh-bunuh pun diaorang bagi anak kau tengok! Kau ingat semua benda kau boleh control?
Bila cara kau dan suami bab penjagaan anak ni tak sekata, memang banyak masalah akan timbul, lagi-lagi pulak masing-masing nak tunjuk pandai langsung tak nak mengalah. Masa ni memang bertikam lidah je la, paling tak pun masing-masing pendam dan merajuk. Dari anak kau lahir sampai lah anak dah besar panjang pun, memang akan ada je yang tak kena.
Komunikasi suami isteri penting
Fuuuhhhh. Inilah pentingnya communication between you and partner. Atleast now you know, mostly every couple pun melalui fasa yang lebih kurang sama… Kita akan sentiasa ada 1001 cara nak membesarkan anak. Kalau suami isteri pun tak sependapat, bila dah masuk campur tangan orang luar nanti bab penjagaan anak-anak, memang akan bertambah masalahnya! Dan ini lah orang kata, bila kau dah kahwin, kau kena kahwin dengan keluarga partner kau sekali. Imagine kalau kau ni jenis tak sebulu dengan keluarga mertua? Masa tu tadah je la telinga kena terima kritikan, ini tak kena, itu tak kena. Dapat pulak anak kau ni cucu sulung… Huhuhu la ya. Decision making tu mostly bukan dari kau/ suami dah 100%.
Terima teguran dengan hati terbuka
Ya memang tu anak kau, tapi akan sentiasa ada kata-kata dari orang lain. Apa pun kata-kata tu, kita kena sentiasa pertimbangkan walaupun kata-kata tu keluar dari mulut orang yang paling kita tak suka. Especially bila orang tua menegur, kita cuba terima dengan hati terbuka dan kena sentiasa bersangka baik dahulu. Mungkin ada baik pengajarannya dan yang buruk tu kita buang la jauh-jauh. Memang orang tua dulu hidup zaman tak sama macam zaman kita sekarang, tapi apa pun mereka lebih makan garam dari kita kan? Walaupun kita hidup dalam zaman serba moden, nak tau apa semua goggle je dah dapat jawapan, tapi jangan sampai langsung tak nak terima pendapat/ teguran orang lain. Kang orang kata dah la bodoh, sombong pulak tu. Dasar bodoh sombong! Kau ingat semua benda kau betul?
Masa ni baru la kau sedar, bukan senang rupanya ada anak ni. Penat nak kena jaga anak, nak kena jaga hati orang lain pun satu hal lagi. Ada benda kita perlu tegak kan, jangan sampai jadi lurus bendul. Apa pun sebagai ibu bapa, kita yang lebih kenal anak-anak dan cara kita membesarkan anak-anak mungkin tak sama dengan cara orang lain. Esok lusa kalau anak sakit, tetap kau laki bini yang kena berhabis duit, kena bersengkang mata (unless bibik/ mak bapak yang tolong jaga anak, dan kau masih dapat tidur yang lena). Kalau mulut ni dah habis kata-kata, kita hanya perlu hormat satu sama lain dan senyum tak perlu kata apa-apa. Bunyinya mudah, tapi tak semuanya mudah kan?
WELCOME TO PARENTHOOD!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.