Puas dan berbangga. Itulah yang dirasai Sarjan Saidatul Husna Kamarudin, selepas lompatan mengagumkannya merentasi 66 motosikal Royal Enfield pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 pada Khamis.
Lebih membanggakan, lompatan pertama kali di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah itu disempurnakan pada hari lahir ke-35.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang teruja melihat aksi mendebarkan Saidatul Husna memberikan tepuk sanjungan kepada anak kelahiran Kedah itu yang turut mendapat tepukan gemuruh daripada ribuan pengunjung yang hadir di Dataran Putrajaya pagi ini.
“Aura lompatan hari ini cukup hebat dan lain dari lompatan-lompatan saya sebelum ini. Buat lompatan merentasi 66 motosikal Royal Enfield di hadapan (Yang di-Pertuan) Agong dan Permaisuri Agong serta disaksikan lautan manusia di kiri dan kanan landasan cukup mendebarkan.
Ads
“Seperti kebiasaan sebelum buat lompatan, saya kosongkan fikiran dan banyakkan berdoa berharap semuanya dilancarkan. Keluarga yang hadir menyaksikan saya di sini turut menyumbang selesaikan amanah yang besar ini,” katanya kepada Bernama.
Tambah wanita yang telah 13 tahun menyertai pasukan Akrobatik Motosikal Tentera Darat Army Red Warrior itu, masalah teknikal yang dihadapi motosikal jenis Scrambler Kawasaki 250cc kendaliannya pada sesi raptai penuh Selasa lepas sedikit mencemaskannya.
Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut pasukan mekanik akhirnya membolehkan lompatan paling jauh dalam rekod peribadi dan pasukan Army Red Warrior berjaya disempurnakan semalam.
Ads
“Alhamdulillah berkat kerjasama rakan sepasukan yang umpama satu keluarga ini, semuanya berjalan lancar. Kami saling menyokong antara satu sama lain untuk jayakan setiap misi lebih-lebih lagi misi besar untuk negara, hari ini,” kata ibu kepada seorang cahaya mata itu.
Saidatul Husna sebelum ini pernah mencipta rekod Lompatan Motosikal Terpanjang (Wanita) yang dicatatkan di Malaysia Books of Record (MBOR) pada persembahan TATU Tentera Darat (TDM) bersempena Hari Tentera Darat ke-90 di Port Dickson, Negeri Sembilan, Mac lepas.
Lompatan ekstrem bermotosikal itu antara persembahan menarik Army Red Warrior sempena Hari Kebangsaan 2023 selain aksi akrobatik motosikal membabitkan motosikal carrier menerusi aksi penunggang membawa motosikal menaiki tangga setinggi lapan kaki, formasi bunga Raflesia, tugu negara dan merak.
Sumber : BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lama tidak mendengar khabar selebriti yang satu ini. Usai mendirikan rumah tangga, Farah Diana Anuar dilihat lebih fokus kepada rumah tangga yang baru dibinanya. Namun, selepas 15 tahun tidak melihat kelibatnya di dalam arena seni, ibu kepada dua cahaya mata ini dilihat mula kembali aktif.
“Apabila berumah tangga misi dah lari dan pastinya saya lebih mengutamakan keluarga. Apatah lagi waktu itu, saya melalui proses bersalin dan menyusukan anak sepenuhnya selama dua tahun. Kemudian lahir pula anak kedua, jadi proses itu memakan masa yang panjang dan tiada masa untuk melakukan hal lain.
“Anak saya yang sulung, Elsa Johan berumur 7 tahun dan yang kedua, Mya Johan 4 tahun. Lepas berhenti susukan anak sulung, mengandung pula yang kedua. Apabila orang tanya ke mana saya menghilang, itulah yang berlaku sebenarnya.
“Sekarang anak makin membesar dan saya cuba juga anak ketiga tapi belum ada rezeki. Jadi masa terluang ini saya fokus pada kerja dan ingat mungkin nak kembali menyanyi. Selain itu, saya juga menjadi hos bagi program Assalamualaikum untuk TV Al-Hijrah selain beberapa program lain bersama dengan stesen ini.
“Selain itu, saya juga buat dengan RTM, jadi apabila keluar tentang Pencarian Hos Mingguan Wanita, jadi saya pun cabar diri untuk mencuba sesuatu yang baru. Lagipun dah lama tak masuk Astro dan terus cuba memandangkan suami dan adik saya pun bagi sokongan,” ujar Farah yang ditemui dalam majlis Sambutan Hari Raya bersama Top sekali gus meraikan 5 keluarga pemenang Kempen Gaya Raya Bersama Top dan Jovian Mandagie anjuran Majalah Nona baru-baru ini.
Lama meninggalkan industri seni, Farah tidak menafikan sedikit ‘canggung’ namun teruja kerana dapat bertemu dengan rakan-rakan lama di Astro.
“Ada yang dulu krew biasa waktu saya masuk AF tapi dah berpangkat sekarang. Memang saya jadi teruja dan bila cakap nak buat ‘comeback’ ada yang terkejut dan turut memberi sokongan. Ramai lagi kawan-kawan saya dalam industri nyanyian dan saya cuba-cuba menyanyi semula.
“Dulu saya tinggal di Pulau Pinang sampai sekarang, tapi mungkin akan berpindah ke Kuala Lumpur nanti. Buat masa sekarang anak dijaga oleh suami dan ibu mentua selain pembantu yang tenggokkan, jadi lega lah sikit. Mujurlah suami memahami bila saya terpaksa berulang-alik walaupun terpaksa ‘stuggle’.
“Awal-awal tinggalkan anak dulu waktu pencarian hos membuatkan anak-anak cari. Sebulan kena siapkan tugasan sehinggakan tidak dapat pulang ke rumah seminggu lebih. Mereka syik tanya bila nak balik.
“Itulah pengorbanan kita, kerinduan yang ditanggung. Memang asyik teringat anak, dah makan belum, sihat atau tidak. Itulah masalah utama, namun alhamdulillah saya dapat mengatasinya,” ujar Farah sambil mengakui seronok dapat belajar dan kutip ilmu baru dari orang muda terutama dalam sosial media dan sebagainya.
Mengambil keputusan berhijab 9 tahun yang lalu, akui Farah semuanya adalah ‘kerja’ Dia Yang Di Atas.
“Bila cakap pasal hidayah semuanya terletak pada Dia yang menentukannya. Pengalaman sendiri yang melalui banyak membuka mata saya. Waktu itu saya join penggambaran Rasa Halal Orient di Kemboja.
“Waktu itu berjumpa dengan orang susah, yang belajar agama tapi Ya Allah hebatnya mereka. Semangat dan iman yang kuat untuk belajar. Kalau kita meletakkan diri pada situasi tersebut, dengan tiada makanan, duit dan elektrik yang tidak mencukupi dan sebagainya membuka mata saya.
“Lepas pulang ke tanah air, saya cakap pada ayah yang kebetulan jaga saya ketika itu, rasanya sampai masa dah memandangkan orang lain ‘struggle’ nak belajar agama. Kita ni yang aman damai kadang kadang lupa. Tetapi saya belum pakai tudung kerana abah waktu itu was-was dengan keputusan saya.
“Kebetulan komitmen saya masih bergelar duta untuk beberapa produk. Mujur klien memahami dan bagi respond positif. Tak lama lepas tu saya jumpa satu ayat dalam surah An-Nur dan itulah yang membawa saya pada tahun 2010 untuk bertudung,” jelas Farah bercerita pengalaman apabila mengambil keputusan berhijab.
Min respect dengan Farah Anuar, lama duduk bersama mak mertua! Bukan takat mak mertua tolong backup, malah sempat lagi ye korek rahsia suami demi kebahagiaan bersama pasangan tersayang! Semoga berbahagia sentiasa. amin..#keluargamag#chitchat
Ditanya hubungan bersama mentua memandangkan dia tinggal lama bersama selepas berkahwin, akui Farah semuanya bergantung pada pembawaan diri.
“10 tahun tinggal bersama alhamdulillah tiada sebarang masalah. Ibu mentua jenis yang ‘back up’ menantu dan bukannya anak sendiri. Kira ektra point untuk kita kerana walaupun kenal dengan suami 5-10 tahun sebelum kahwin, tetapi apabila duduk serumah dan sebilik jangan kata kita kenal dia 100%, belum tentu lagi. Dengan adanya ibu mentua, bolehlah korek rahsia untuk memenangi hati suami.
“Dengan mentua pula, kami selalu bantu antara satu sama lain selain memberi dan menerima. Walaupun ada turn memasak, tetapi selalunya ibu mentua masak kerana air tangan dia terbaik. Tetapi kalau saya memasak, ibu pun datang bantu. Bila dia buat kerja, saya pula bantu dia. Masing-masing main peranan. Tak boleh dua-dua ego dan keras kepala. Takkan ada ‘chemistry’ kat situ.
A post shared by Farah Anuar (@farahdianaanuar) on
“Alhamdulillah kerana mentua cikgu sekolah (pencen). Minda dia jenis yang terbuka dan rezeki saya dapat ibu mentua yang baik dan memahami. Di dalam rumah itu ada adik-beradik lain dan memang suasana riuh. Bapa mentua dah lama meninggal dunia dan kerana itu kami ambil keputusan untuk tinggal bersama dan menjaganya,” ujar Farah lagi.
Terlalu lama menyimpan beras, kadang kala menyebabkan kutu beras ini akan memakan isi beras. Nak mudah guna botol jer, ini tip yang dikongsikan oleh puan Sara Saad.
Cara Simpan Beras Tahan Lama Tanpa Bubuk – the Thailand way.
Nak bagi beras tahan lama:
1. Simpan dalam botol – tahan bertahun2.
– keringkan beras
– keringkan botol 1.5 litre atau 5 litre,
– tapis beras dahulu kemudian baru isi botol dgn beras dan tutup rapat.
Bila oxygen habis dlm botol, semua bubuk dan telur bubuk tidak boleh hidup.
2. Letak sudu teh stainless steel – tahan satu tahun.
3. Letak sebiji limau nipis/lemon atau daun limau purut atau daun peria kering – tahan 2-3 bulan.
Nota:
Nak bg kutu beras keluar semua, perlu letak satu cawan cuka ditengah2 beras. Atau daun ketumbar jawa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ada cara untuk menguruskan wayar yang berselirat ini. Yang penting ruang nampak kemas dan tak sakit mata memandang. Lagi satu dapat elak anak-anak kecil menarik wayar tersebut.
Perkongsian saudara Mazlan Nurul ini boleh dijadikan panduan untuk anda mengatasi masalah wayar berselirat ini.
Wall TV panel bagi menjimatkan ruang. Rujuk post sebelum ini untuk DIY accent wall.Saya nak share DIY Wall TV Panel. Inspirasi dari post sebelum ni dari group ni jugak. Kebetulan ada kayu dan papan lama kita buat laa tv panel. Barang-barang untuk projek ni banyak yang kami pakai barang terpakai saja.
Tujuan utama design ni, nak sorok wayar-wayar yg bersirat-birat dan menjimatkan ruang. Cara-cara sila rujuk gambar ya.
P/s: Ramai yang comment/tanya:
1. Habis la TV rosak nanti, haba tak keluar.
– Haba boleh keluar sebab kita buat lubang utk letak TV tu.. TV tu nampak tertanam dalam dinding tp sebenarnya ada ruang antara TV dan Wall Panel.
– Tak perlu, TV attached kat bracket dinding.. kalau ada apa2 masalah boleh angkat TV dr bracket dan repair la apa masalah kat dalam tu dan boleh je nak pasang kabel lain kat TV.
3. Kira TV sentiasa ON la yer, habis la rosak mcm tu.
-Kat atas para ada plug point.. boleh switch on and off bila2 masa nak.