Mulianya seorang ibu hingga doanya tiada hijab. Allah telah meletakkan seseorang ibu di peringkat yang paling tinggi doanya untuk dimakbulkan. Disebabkan itulah reda dan restu dari ibu sangat penting dalam kehidupan anak-anak.
Pun begitu, betapa ruginya kalau sebagai ibu tidak menggunakan kelebihan tersebut untuk sentiasa mendoakan mendoakan anak-anak. Setiap hari tak kira pagi atau malam, ambil peluang berdoa untuk anak-anak kita sejak mereka lahir sampailah ke akhir hayat kita.
1) Doakan anak suka solat dan baca Al Quran.
Ads
2) Doakan anak kita halus tutur katanya dan beradab.
3) Doakan anak kita terlindung matanya dari perkara lucah dan terjaga lidahnya dari berkata perkataan yang kotor.
4) Doakan anak kita sentiasa sayang pada adik beradik dan saling melindungi ahli keluarganya.
5) Doakan anak lelaki kita menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan rajin membantu di rumah.
6) Doakan anak kita untuk menjadi anak yang taat, lembut hati dan mudah mendengar kata.
7) Doakan anak perempuan kita supaya boleh melindungi diri, sentiasa menjaga maruah dan pandai berdikari.
8 ) Doakan anak kita menjadi manusia soleh, solehah yang tenang dan tenteram jiwanya.
9) Doakan anak kita akan saling memaafkan dan saling berdamai antara adik beradik bila berlaku salah silap.
Ads
10) Doakan anak kita sentiasa mendoakan kita dalam setiap solatnya setiap hari.
Ulang dan ulang doa kalian. Ada orang yang berjaya luar biasa pada hari ini, bukanlah disebabkan usaha atau amalannya semata. Tapi mereka berjaya disebabkan doa ibunya (dengan izin Allah).
Kepada yang suka makan telur, inilah cara menyimpan telur yang disarankan oleh doktor. Cara yang ditunjukkan oleh doktor ini menjelaskan kenapa telur tidak boleh dibasuh dan sebaliknya.
Informasi yang dinyatakan oleh doktor ni di laman facebooknya sungguh bermanfaat Kamarul Ariffin Nor Sadan.
…………………………………………………………
“Doktor, betul ke kalau nak telur tak cepat rosak, jangan cuci telur tu?”
Macam-macam pendapat, ada yang kata basuh dulu sebelum simpan sebab nak elak pencemaran dari tahi ayam. Ada pula yang kata jangan basuh dulu sebab nanti telur cepat rosak.
Mana yang betul? Jom lihat penjelasan pada kedua-dua pendapat ini.
ℹ️JANGAN BASUH SEBELUM SIMPAN
Kalau kalian nak tahu, semasa proses bertelur ayam keluarkan sejenis cecair dikenali sebagai egg bloom atau cuticle.
Ianya umpama protective layer yang melitupi liang-liang di seluruh permukaan telur untuk elak kemasukan kuman ke dalam telur selain bantu kekal kelembapan dengan cara mencegah air dari meruap keluar dari kulit telur.
Jika basuh sebelum disimpan protective layer ni akan menipis / hilang. Inilah asas kepada pendapat yang tak galakkan telur dibasuh sebelum disimpan.
Tapi… kalau ada najis pada kulit telur, takkan nak simpan terus? Kotor dan berkuman, kan?
ℹ️BASUH SEBELUM SIMPAN
Najis dan kulit telur boleh tercemar dengan kuman seperti Salmonella, dan ia boleh berpindah kepada makanan lain yang disimpan dalam peti sejuk.
Walaupun peti sejuk berada suhu yang rendah (4°C ke bawah) yakni bebas dari zon suhu bahaya (5°C-63°C), kita tetap perlu beringat!
Pada suhu itu, kuman tidak mati. Mereka hanya dorman(kurang aktif). Maka, kerosakan pada telur boleh berlaku walaupun pada kadar yang rendah.
Jadi perlu basuh buang najis pada kulit telur agar bersih dan tiada kontaminasi silang. Kalau simpan diluar pula, telur lagi akan cepat rosak.
⚠️AMALAN MANA YANG BETUL?
Tak usah gaduh-gaduh. Dua-dua betul dan boleh diamalkan. Kita ambil sikap diplomatik dan dasar terbuka. Kahkahkah macam politik pulak!
Kalau ada tahi yang jelas kelihatan, basuhlah telur-telur yang tercemar itu terlebih dahulu. Kita pun tak mahu peti sejuk kita dicemari kuman.
Tak perlulah sental kuat-kuat kulit telur tu sampai hilang semua protective layer-nya. Sekadar hilangkan najis. Kemudian simpan dalam bekas bertutup.
Bila nak memasak nanti, beri keutamaan pada telur yang telah dibasuh dahulu kerana ia lebih berpotensi dimasuki kuman dan rosak.
Telur yang tidak dibasuh sebelum simpan, hendaklah dibasuh sebelum digunakan. Nak sental sampai berkilat pun tak apa, asalkan tak guna wax kereta suami kalian. Hehe.
✅ Oh ya! Pastikan masak telur dengan sempurna untuk elakkan keracunan.
Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
#BKKMnakpesan #BKKMHQ
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila tiba masanya perlu berpisah dengan seseorang yang kita sayang buat selama-lamanya, tiada apa yang boleh kita buat melainkan sedekahkan doa buat kesenangan mereka di alam sana. Jasad yang dulunya bila kita rindu boleh ditatap dan sayang, kini hanya gambar peneman dikala rindu yang mendatang.
Bila dulu kalau sedih atau putus harapan, merekalah yang akan bangkitkan semangat, sediakan bahu untuk dengar luahan. Kini, kadang dengan penuh harapan, bila tidur sekurang-kurangnya dapat la jumpa dengan mereka yang tersayang dalam mimpi, meluah rasa ketika gundah, tapi hampa. Mereka tidak kelihatan.
Jom ikuti perkongsian dari Ustaz Tido ini. Semoga bermanfaat.
Ini sebab jarang mimpi arwah mak ayah.. Ramai yang tak tahu..
Mak mertua saya pernah tanya saya “halil selama mak meninggal berapa kali mimpi mak arwah mak?” Sya jawab dengan nada sedih..” Ermm baru 2 kali mama..seminggu selepas mak meninggal dan masa halil sibuk kerja sebelum kawin..kenapa mama?”
Mak mertua saya kata..”maknanya halil anak yg baik yg sentiasa bagi dia pahala dan amal dalam kubur.. Kalau halil kerap sangat mimpi tu tandanya dia tak senang kat alam sana dan dia nak amalan dan doa daripada halil..”
Owh syaa baru faham ingat selalu mimpi mak tanda mak syang kat kita.. Rupanya bukan.. YaAllah..
Saya terus bergenang air mata teringat balik.. Mungkin kali pertama seminggu lepas mak sya meninggal sebab rindu.. Yelaa masa mak saya sakit kat hospital sultanah aminah johor bharu masa tu saya tu saya dah 18 tahun.. Masa tu saya masih mak saya suapkan makan.. Manje sangat ngann arwah mak.. Tapi kali kedua saya mimpi saya ingat masa tu saya sibuk sangat.. Business tengah maju.. Duit belas ribu dapat untung masa tu.. Tapi sedih masa tu saya jarang bukak quran.. X baca quran.. Saya lalai sangat masa tu..
Baru saya faham bila mak mertua saya cakap macam tu.. Ya Allah.. Sebenarnya mak kita yg dah meninggal dunia mereka sangat dahagakan amalan dan doa daripada anak2 yang soleh.. Saya pernah dapat nasihat daripada prof dr razali nawawi presiden abim yg pertama.. Dia kata “kholil.. Niatkan puasa kita solat kota sedekah kita semua untuk mak ayah kita.. Sebba mungkin dalam hidup mereka mereka pernah tinggalkan puasa tinggalkan solat..”
Ya Allah.. Rindunya arwah mak.. Rindu sangat2.. Adik buat dakwah.. Adik ceramah pada pelajar2 untuk jadi baik.. Adik baca quran.. Adik buat sedekah infaq semua adik nak niatkan utk mak dan ayah.. Mak.. Maafkan adik.. X sempat khidmat mak sepenuh hati adik.. Mak.. Maafkan adik.. Mungkin adik pernah buat mak kecil ati dan nangis sebab adik.. Mak suka dengar adik baca quran masa adik kecik.. Nanti dalam syurga adik bacakan quran untuk mak depan mak ya… Huhuk rindu mak sangat… 😞
Ya Allah tenangkan mak ayah kami di alam barzakh.. Letakan mereka di kalangan orang2 beriman.. Jangan lah kau azab mak ayah kami.. Amiiin
Pakar Motivasi Remaja,
Ustaz Tido
Share agar kita timbul rasa rindu kat mak ayah kita.. Dan ajak kawan2 kita untuk sayang mak ayah yg masih ada.. InsyaAllah
Sumber : Ustaz Tido
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebut sahaja cyst, ramai wanita yang mula gerun. Terutama sekali bagi mereka yang sudah berkahwin dan ingin memiliki cahaya mata.
Cyst ialah ialah kantung tidak normal yang terbentuk di mana-mana organ dalam badan manusia. Ia boleh mengandungi udara, cecair atau selaput.Terdapat beberapa jenis cyst iaitu functional cyst, endometriosis, corpus luteal dan dermoid.
Siapa sangka, perut yang selama ini nampak buncit, rupa-rupanya tersimpan penyakit yang menjadi igauan ngeri kaum wanita.
Wanita ini berkongsi pengalaman menjalani pembedahan cyst sebesar 9.7 cm dan 5.7 cm. Satu perkongsian yang cukup bermanfaat buat kaum wanita. Ikuti perkongsian oleh Eyza Zakiey menerusi laman facebooknya.
Sakit badan sampai nak pitam
Ramai sangat wasap masuk, pm masuk tanya kenapa Kak Eyza admit?? Kenapa Kak Eyza operate?? Sampai tak terbalas wasap.
Ok ni la hampa sejenis cyst besaq kan?? Kak Eyza tak penah rasa sakit pun sebelum ni. Period mai macam biasa tak penah senggugut pernah scan bulan 12..2018 tapi tak ada lagi benda alah ni. Tak tau kot tak nampk lagi ka macam mana kan.
Tapi minggu lepas Kak Eyza rasa macam sakit badan ingat angin, sampai nak pitam. Amik tukang urut. Akak tu urut dia kata ada ketui teruih suh Kak Eyza scan. Dia tak berani nak tungku.
Malam tu jugak Kak Eyza scan. Betui ada ketui (dua pulak tu) minggu lepas scan 5.7cm dan 2.8cm. Minggu ni mendadak naik 9.7cm dan 5.7cm. Akhirnya jumpa pakar kmc. Teruih kena operate secepat mungkin sebab cyst yang besaq tu macam ada sesuatu siap ada rambut.
Doktor bagitau benda ni ada dekat semua perempuan cuma active dengan dak ja. Salah satu punca sebab Kak Eyza suka sangat makan fast food, seafood, soya, makan dalam tin. Besaq tau operate macam beranak malah kali ni lagi teruk dari beranak sakit Tuhan ja yang tau. Harini pun Kak Eyza dok sakit sakit bangun ja nak pitam. Dengan angin serang dalam perut. Sakit…
Dan sekarang Kak Eyza tengah berpantang macam orang beranak. Doakan Kak Eyza mana tau lepas buang ni boleh pregnant lagi. Allah sebaik-baik perancang. Doakan Kak Eyza cepat sembuh. Ingat jangan makan ayam banyak sangat sebab ayam cucuk, jangan makan fastfood sangat. Tauhu pun cepat activekan dia. Soya pun jangan.
Boleh share dengan Kak Eyza tak apa lagi kena pantang??
Ari-ari selalu rasa tegang keras.
Dalam banyak-banyak pic. Pic ni paling nampak perut Kak Eyza timbui tu tapi dia tak timbui selalu tau. Ingatkan sebab period yang nampak buncit sikit rupanya ada benda lain. Patutlah dekat ari-ari Kak Eyza selalu rasa tegang keras.
Ovarian cyst bukanlah bersifat penyakit. Setiap kali wanita normal mengalami haid, ovari akan membentuk gelembung yang dipanggil sebagai ovarian folikel. Disitu terdapat benih wanita yang dipanggil ovum.
Selepas ia dikeluarkan melalui darah haid, sepatutnya ovarian folikel ini mengecut. Tetapi ada sesetengah dari wanita yang ovarian folikelnya tidak mengecut dan membesar melebihi 2cm dan ia dipanggil ovarian cyst. Kak Eyza rasa cyst Kak Eyza no 4. Info dekat pic. Share lah sama-sama kita belajaq pasai cyst.
1. FUNCTIONAL
a. Follicle cyst terjadi apabila folikel tidak pecah untuk melepaskan ovum. Ia terus berkembang dan membesar.
b. Luteal cyst pula berlaku apabila ovum telah dibebaskan tetapi kantung pula membesar. Namun ia akan hilang dalam beberapa minggu tetapi ada juga kes yang membesar melebihi 5cm. Ia boleh membesar dan pecah yang menyebakan kesakitan. Kedua-dua jenis ini mudah hilang dalam masa singkat 1- 3 bulan. Ia dikategorikan sebagai fuctional cyst yang terjadi ketika ovari masih berfungsi atau ketika ovulasi.
2.ENDOMETRIOSIS (chocolate CYST)
Biasanya terjadi ke atas wanita yang mempunyai masalah endometriosis. Ia terjadi apabila endometrium (tisu lapisan Rahim) tumbuh diluar Rahim. Ia menyebakan kesakitan semasa kitaran haid atau semasa hubungan suami isteri. Endometriosis tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh menjadi penyebab utama kemandulan wanita.
3.CYSTADENOMA
Cyst ini terbentuk daripada sel sel permukaan luar ovari. Ia menyebakan kesakitan. Cyst ini dipenuhi dengan cecair kekuningan dan pekat dan mampu membesar.
4.DERMOID
Ia mengandungi pelbagai jenis tisu primitive seperti bahan lemak, rambut, gigi, serpihan tulang dan tisu rawan. Ia mampu membesar dan menyebabkan kesakitan.
5. POLYCYSTIC OVARI
Ia juga dikenali sebagai PCOS yang disebabkan oleh timbunan cyst cyst kecil yang berganda akibat ketidakseimbangan hormone. Ia terjadi pada wanita yang mempunyai masalah dalam kitaran haid yang tidak teratur.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.