Tiada yang lebih membahagiakan ibu bapa apabila melihat anak-anak meniti kejayaan dalam hidup. Biarpun terpaksa berkorban berjauhan, namun demi masa depan mereka reda.
Dalam satu perkongsian, pasangan selebriti Johan dan Ozlynn Wati memuat naik luahan rasa usai anak sulung berangkat ke luar negara bagi melanjutkan pengajiannya. Ariq dikatakan bakal menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Dublin, Ireland.
Luahan Ozlynn tersebut cukup menyentuh hati ramai. Antara lain, dia menitipkan doa agar anak sulungnya dipermudahkan dalam menimba ilmu.“Anak sape mcm ni? X malu dh besar panjang mintak dukung, mintak suap makan, mintak korekkan telinga, mintak ptgkan kuku, mandi kalau papa dia ketuk suh bukak pon dia selamber jek bukak🤦♀️..“Tidur kt ketiak papa lg.. kdg mintak papa buatkan susu sblm tdo.. ada ke mcm dia nih.. tp tu time manja.. time ngaji time harfiah.. mmg x dpt la manja2 mcm tu.. tapak kaki dia tu still kena libas jugak kalau buat salah.. menyakat adik.. adik melalak haaa sume kena libas🤣.. masih baby di mata papa n mama..skrg baby besar ni dh mula kena berdikari, urus diri sendiri, makan minom sume dh xde sape nk suapkan.
Ya Allah, peliharalah anak kami Ariq, permudahkanlah segala urusannya, terangkanlah hatinya dlm menimba ilmu, kuatkan imannya dlm beribadah, cekalkan hatinya dlm menempuh ujianmu.. dan berkatilah setiap ilmu dan rezeki yg kau berikan aamiin YRA.Abg Ariq, papa n mama syg kamu.. jadilah anak yg sentiasa mengutamakan akhirat.. doa papa dan mama xkan pernah henti selagi bernyawa.. we ❤️ u Ariq Hanania 😢
Perkongsian tersebut mendapat reaksi ramai. Rata-rata melahirkan ucapan tahniah dan tak kurang juga yang sebak dengan luahan hati seorang ibu terhadap anaknya.
hairulazreen Tanda tangan tu mcm Yusuf 😍 maybe Yusuf boleh jadi anak yg soleh mcm Abg Ariq btw belajar rajin2 dekat Dublin , jadi Doctor 😍
ayu_abasSemoga perjalanan abang ariq hanania dipermudahkan sehingga berjaya….semoga juga urusan mama dalam berpantang dan menguruskan anak-anak juga dipermudahkan….😘
vanidah_imranSuch a beautiful family! Aminn YRA. 🤲🏼 All the best Ariq!
Impiannya segunung tinggi untuk menggenggam segulung Ijazah Sarjana. Biarpun berhadapan dengan masalah kewangan, namun dia nekad dan berusaha mencari pendapatan tambahan usai mendapat tawaran menyambung pengajian.
Lelaki bernama Ridzuan khalid ini merupakan pelajar Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan membantu ibunya membuat kuih untuk menambah pendapatan keluarga.
Berkat Usaha gigih dan sokongan keluarga, dia berjaya melalui semua ujian tersebut. Lebih membanggakan bila mana berjaya menamatkan pengajian dan muncul sebagai Penerima Anugerah Sarjana Cemerlang.
Kisah lelaki ini dikongsikan menerusi laman instagramnya.
“Mesti ada yang teringat bagaimana saya sibuk belajar dan pada masa sama terpaksa menguli tepung bersama Opah Sapiah untuk memenuhi tempahan kuih bangkit #projekkuihbangkit.
“Ketika mendapat tawaran menyambung pengajian saya memang gembira tetapi pada yang sama saya tahu bakal berhadapan dengan masalah kewangan. Saya terpaksa berjimat kerana simpanan semakin susut dan elaun lewat diterima. Saya tiada pilihan lain.
“Pada awalnya Opah Sapiah agak keberatan tapi saya cuba yakinkan Opah Sapiah. Kami bermula agak perlahan dan susah. Orang tak tahu macamana kita struggle untuk berjaya,”tulisnya di ruangan kapsyen.
Allah bukakan rezeki dengan cara yang tidak disangka. Menurut Ridzuan lagi, segalanya berubah selepas dia menghadiahkan Kuih Bangkit kepada Dato’ Seri Siti Nurhaliza.
“Seorang kawan datang ke rumah dan memberitahu akan bertemu Tokti. Masa tu kebetulan ada stock kt rumah. Saya minta bantuan kawan untuk memberikan hadiah kuih kepada Tokti.
“Keesokan hari ketika di dalam kelas, saya pelik kenapa handphone saya tak henti vibrate. Notification untuk WhatsApp dengan IG penuh dekat skrin. Masa rehat baru saya bukak tengok. Allahuakbar! Tangan saya mengeletar.Jantung macam nak luruh. Tokti post gambar kuih kat Instagram. Macam dalam mimpi je. Opah Sapiah sampai menangis yeh.
“Terima kasih kerana mempromosikan kuih kami. Sejak tu kami tak menang tangan. Masa Aidilfitri 2017, beribu balang tempahan sampai kami terpaksa tolak. Masa tu jadi gila kejap. Mana nak belajar lagi..Mana nak mengadap kuih lagi. Tapi Alhamdulillah saya dapat bahagikan masa. Cuma sekarang terpaksa berehat kejap sebab abah tak sihat,”ulas Ridzuan lagi.
Disebalik setiap rezeki kita ada rezeki milik orang lain yang Allah SWT amanahkan. Alhamdulillah dengan izin-Nya dapat mereka berkongsi rezeki dengan pelbagai aktiviti kebajikan.Terima kasih Allah!
Saya dah berjaya menamatkan pengajian dan Anugerah Sarjana Cemerlang ini saya tujukan juga kepada Tokti. Ternyata post Instagram Tokti menjadi magis yang telah mengubah hidup kami. Terima kasih..Hanya Allah SWT yang mampu membalasnya.
ADHD Yusoff Al Qardawi menjadi perhatian ramai selepas Datin Seri Shahida Mohd Rashid berkongsi kisah jujur mengenai anak keempatnya itu yang disahkan menghidap Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) serta masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia.
Perkongsian tersebut membuka mata ramai tentang cabaran sebenar membesarkan anak yang mempunyai keperluan pembelajaran berbeza. Dalam masa yang sama, ia juga memberi inspirasi kepada ibu bapa lain agar lebih peka terhadap perkembangan anak-anak.
Salah satu kisah yang paling mengejutkan ialah apabila Yusoff pernah duduk di atas genting rumah kerana mahu menjadi “superhero”.
Sebagai seorang ibu, Shahida mengakui beliau mula menyedari ada sesuatu yang berbeza pada Yusoff sejak anak itu masih kecil lagi.
Sifatnya yang terlalu aktif, berani mencuba perkara luar jangka dan sukar duduk diam membuatkan naluri seorang ibu segera dapat menangkap bahawa perkembangan anaknya tidak sama seperti kanak-kanak lain seusia.
Menurut Shahida, Yusoff menunjukkan tingkah laku yang jauh lebih aktif berbanding kanak-kanak lain sejak usia satu hingga dua tahun.
Malah hampir setiap hari ada sahaja benjol di kepala anak itu kerana terlalu lasak bermain, berlari dan memanjat pelbagai tempat tanpa rasa takut.
Situasi itu sebenarnya antara tanda awal yang sering berlaku kepada kanak-kanak yang mengalami ADHD Yusoff Al Qardawi, di mana mereka mempunyai tahap tenaga yang sangat tinggi serta sifat impulsif.
Satu kejadian yang tidak dapat dilupakan oleh Shahida ialah apabila Yusoff pernah memanjat sehingga ke atas bumbung rumah.
Anak kecil itu duduk di atas genting seorang diri kerana mahu menjadi “superhero”.
Bagi seorang ibu, situasi seperti itu sudah tentu sangat mendebarkan. Perkongsian tersebut membuatkan ramai ibu bapa memahami betapa mencabarnya menjaga anak yang terlalu aktif.
Kanak-kanak dengan ADHD sering bertindak secara spontan tanpa memikirkan risiko. Mereka juga cenderung melakukan perkara berbahaya kerana rasa ingin tahu yang sangat tinggi.
Berkongsi lebih lanjut, Shahida turut mendedahkan bahawa dua lagi anaknya iaitu Qadejah El Zahra dan Ibraheem Adham sebelum ini juga disahkan mengalami disleksia.
Kedua-duanya pernah dihantar ke sekolah khas disleksia selama kira-kira enam bulan sebelum dipindahkan semula ke sekolah biasa selepas menunjukkan perkembangan positif.
Pengalaman tersebut sebenarnya banyak membantu Shahida memahami dunia pembelajaran kanak-kanak yang mempunyai cabaran tertentu.
Apabila melihat tanda-tanda yang hampir sama pada ADHD Yusoff Al Qardawi, beliau mula menyedari bahawa anak kecil itu mungkin memerlukan pendekatan pembelajaran yang berbeza.
Satu lagi perkara yang membuatkan Shahida benar-benar mengambil serius keadaan anaknya ialah apabila Yusoff gemar memanjat tempat tinggi dan berani terjun ke dalam kolam ikan tanpa rasa takut.
Sebagai ibu, situasi seperti itu membuatkan hati tidak pernah tenang.
Disebabkan itu, Shahida akhirnya mengambil keputusan membawa Yusoff berjumpa pakar kanak-kanak bagi menjalani pemeriksaan lanjut.
Selepas melalui beberapa ujian, doktor mengesahkan bahawa keadaan yang dialami ialah ADHD Yusoff Al Qardawi.
Pada awalnya, bukan mudah untuk menerima hakikat tersebut. Namun Shahida memilih untuk melihat perkara itu dengan hati terbuka demi kebaikan anaknya.
Menurut Shahida, Yusoff kini mengikuti sesi terapi sebanyak dua kali seminggu sejak awal tahun lalu.
Perubahan positif mula kelihatan sedikit demi sedikit.
Keputusan mendapatkan rawatan dibuat selepas Yusoff berdepan beberapa isu ketika berada di sekolah.
Kanak-kanak dengan ADHD biasanya tidak suka ditekan dan mudah berasa tidak selesa dalam situasi tertentu.
Jika ada individu yang terlalu ramah atau mendekati secara tiba-tiba, Yusoff kadangkala memberi reaksi dengan menolak kerana berasa tidak selesa.
Disebabkan beberapa insiden di sekolah, Shahida akhirnya memindahkan anaknya ke sekolah lain yang lebih dekat dengan rumah bagi memudahkan sesi terapi ADHD Yusoff Al Qardawi.
Langkah tersebut ternyata memberi kesan positif apabila Yusoff kini dilihat semakin kurang lasak berbanding sebelum ini.
Shahida turut mengakui bahawa pada awalnya beliau sendiri tidak mempunyai banyak pengetahuan mengenai ADHD.
Namun selepas dua anaknya terdahulu disahkan mengalami masalah pembelajaran, beliau mula belajar dan memahami keadaan tersebut dengan lebih mendalam.
Doktor juga memaklumkan bahawa gangguan ini mungkin mempunyai kaitan dengan faktor genetik.
Menurut Shahida, apabila ditanya kepada suaminya Datuk Seri Aliff Syukri, usahawan itu turut berkongsi bahawa beliau hanya boleh membaca ketika usia 12 tahun dan sering keliru antara kiri dan kanan sewaktu kecil.
Daripada situ, Shahida semakin memahami bahawa setiap anak mempunyai cabaran tersendiri termasuk pengalaman membesarkan ADHD Yusoff Al Qardawi.
Di sebalik sifatnya yang sangat aktif, Shahida percaya Yusoff juga mempunyai kelebihan yang cukup istimewa.
Salah satu bakat yang mengejutkan ialah kebolehan berenang.
Walaupun tidak pernah dihantar ke kelas renang secara formal, Yusoff mampu melakukan pelbagai gaya renang dengan baik.
Menyedari potensi tersebut, Shahida akhirnya mengambil jurulatih khas untuk melatih anaknya agar bakat itu dapat digilap dengan lebih serius.
Ini membuktikan bahawa kanak-kanak dengan ADHD sebenarnya mempunyai potensi besar jika diberi ruang dan bimbingan yang sesuai.
Apa yang paling menyentuh hati, Shahida menegaskan bahawa beliau tidak pernah menganggap anak-anaknya yang mengalami ADHD atau disleksia sebagai kurang upaya.
Sebaliknya beliau percaya mereka adalah anak-anak normal yang cuma mempunyai cara belajar yang berbeza.
Pandangan ini sangat penting kerana masih ramai yang belum benar-benar memahami ADHD dan disleksia.
Ada yang cepat melabel kanak-kanak seperti ini sebagai terlalu nakal atau tidak mendengar kata, sedangkan hakikatnya mereka memerlukan pendekatan yang berbeza.
Kisah yang dikongsikan oleh Shahida tentang ADHD Yusoff Al Qardawi sebenarnya memberi kesedaran kepada ramai ibu bapa.
Jika anak terlalu aktif, impulsif, sukar memberi tumpuan atau mengalami kelewatan pembelajaran, mendapatkan nasihat pakar adalah langkah yang sangat penting.
Lebih cepat bantuan diberikan, lebih besar peluang untuk anak berkembang dengan baik.
Sesungguhnya setiap anak adalah anugerah Allah yang hadir bersama keistimewaan masing-masing.
Tugas ibu bapa bukanlah membandingkan mereka dengan orang lain, tetapi memahami keperluan mereka dan membimbing dengan penuh kasih sayang.
Untuk rekod, Datin Seri Shahida dan Datuk Seri Aliff Syukri mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.
Manusia memang tidak lepas daripada dosa. Sehubugan itu, digalakkan melakukan sunat taubat dalam kehidupan kita.
Taubat ertinya menyesal seperti menyakiti teman kita, lalu kita menyesal atas perbuatan itu. Itu termasuk taubat.
Kerana itu orang yang dianggap bertaubat adalah bila mana dia menyesal dan tidak mengulangi perbuatannya.
Hadis Nabi SAW menyatakan: “Penyesalan itu adalah taubat.” Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hiban. Namun tentu saja tidak cukup dengan menyesal, kita juga mesti berazam tidak mengulangi kesalahan itu.
Solat Sunat Taubat adalah solat yang disunatkan dilakukan apabila seseorang melakukan dosa atau merasakan diri telah berbuat dosa dan ingin bertaubat kepada Allah.
Waktu Sesuai Solat Taubat
Waktu melakukan solat sunat taubat ialah bila-bila masa. Walaupunbagaimana pun, solat ini lebih afdhal dilakukan selepas tengah malam sewaktu qiamulillai.
Cara Taubat
1. Gembiranya Allah menerima TAUBAT hambaNya melebihi kegembiraan seorang yang kehilangan unta dan bekalan makanan ketika berada padang pasir, hanya menunggu mati. Tiba-tiba unta dan bekalan makanan itu muncul semula setelah terjaga dari tidur. Kegembiraan dan harapan untuk hidup bersinar. Sabda Nabi saw ” Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah dan orang – orang yang bertaubat dari dosa adalah seperti orang yang tidak berdosa”
2. Berusaha melepaskan dari daripada berterusan melakukan perbuatan yang mendatang dosa. Jangan cepat terasa jika orang menegur sikap kita, kuatkan hati untuk ucapkan terima kasih kerana menurut Imam Al-Ghazali, dosa tu seperti penyakit kusta di wajah, hanya nampak bila lihat cermin atau orang lain yang menyampaikan.
3. Cari ubat untuk sembuhkan. Menurut imam Al-Ghazali lagi ubat terbaik ialah selalu ingatkan diri kita, setiap yang akan datang itu dekat. Mati itu dekat, sakit itu dekat, kesusahan itu dekat. Sebelum kita tidak mampu, tidak berdaya maka berusahalah.
4. Berusaha meninggalkan kenikmatan dunia kerana mencari kebahagiaan akhirat. Syaitan yang bisikan rasa nikmat bila kita dapat mengata orang, fitnah orang dan dapat menyusahkan hidup orang. Ingatlah sahabat.. Nikmat ini yang menarik kita ke neraka.
5. Jangan bertangguh, takut hilang kesempatan yang ada. Allah tidak bangkitkan kita hari ini untuk sambung dosa semalam.
Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari telah meninggal dunia pada Khamis di Hospital Ampang,...