“Doa Papa Mama Takkan Berhenti Selagi Bernyawa.” Johan & Ozlynn Kongsi Momen Anak Sulung Sambung belajar, Bakal Jadi Doktor!

Share

Tiada yang lebih membahagiakan ibu bapa apabila melihat anak-anak meniti kejayaan dalam hidup. Biarpun terpaksa berkorban berjauhan, namun demi masa depan mereka reda.

Dalam satu perkongsian, pasangan selebriti Johan dan Ozlynn Wati memuat naik luahan rasa usai anak sulung berangkat ke luar negara bagi melanjutkan pengajiannya. Ariq dikatakan bakal menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Dublin, Ireland.

Luahan Ozlynn tersebut cukup menyentuh hati ramai. Antara lain, dia menitipkan doa agar anak sulungnya dipermudahkan dalam menimba ilmu.“Anak sape mcm ni? X malu dh besar panjang mintak dukung, mintak suap makan, mintak korekkan telinga, mintak ptgkan kuku, mandi kalau papa dia ketuk suh bukak pon dia selamber jek bukak🤦‍♀️..

“Tidur kt ketiak papa lg.. kdg mintak papa buatkan susu sblm tdo.. ada ke mcm dia nih.. tp tu time manja.. time ngaji time harfiah.. mmg x dpt la manja2 mcm tu.. tapak kaki dia tu still kena libas jugak kalau buat salah.. menyakat adik.. adik melalak haaa sume kena libas🤣.. masih baby di mata papa n mama..skrg baby besar ni dh mula kena berdikari, urus diri sendiri, makan minom sume dh xde sape nk suapkan.

Ya Allah, peliharalah anak kami Ariq, permudahkanlah segala urusannya, terangkanlah hatinya dlm menimba ilmu, kuatkan imannya dlm beribadah, cekalkan hatinya dlm menempuh ujianmu.. dan berkatilah setiap ilmu dan rezeki yg kau berikan aamiin YRA.Abg Ariq, papa n mama syg kamu.. jadilah anak yg sentiasa mengutamakan akhirat.. doa papa dan mama xkan pernah henti selagi bernyawa.. we ❤️ u Ariq Hanania 😢

Perkongsian tersebut mendapat reaksi ramai. Rata-rata melahirkan ucapan tahniah dan tak kurang juga yang sebak dengan luahan hati seorang ibu terhadap anaknya.

hairulazreen Tanda tangan tu mcm Yusuf 😍 maybe Yusuf boleh jadi anak yg soleh mcm Abg Ariq btw belajar rajin2 dekat Dublin , jadi Doctor 😍
farahdianaanuar Amin YRA,aku pulak yg sedih 😢😭❤️ moga makbul doa2 ampa semua ❤️
ayu_abas Semoga perjalanan abang ariq hanania dipermudahkan sehingga berjaya….semoga juga urusan mama dalam berpantang dan menguruskan anak-anak juga dipermudahkan….😘
vanidah_imran Such a beautiful family! Aminn YRA. 🤲🏼 All the best Ariq!
sitinurjannah_mohamedzaidi Serius suka cara johan mendidik anak.. 😍😍😍 semoga sentiasa bahagia beyy
quinsha_wc Bagusnye johan n ozlynn, lyn ank smpai cmtu skli. Ssh nk jmpe yg btl2 sbr. Sy xleh jd cmtu😂semoga berjaya dunia akhirat ariq

‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍

 

 

 

 

IKLAN