Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah membawa murid Orang Kurang Upaya (OKU) Muhammad Aqil Naufal Zahiran, bertemu dengan pakar untuk menentukan jenis prostetik yang diperlukan bagi membolehkannya menyertai aktiviti sukan.
Menerusi hantaran di Facebook, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pihaknya melalui Institut Sukan Negara (ISN), akan menyelia pemasangan prostetik bagi murid berusia 11 tersebut yang memerlukan kaki palsu paras pinggul, pada Jumaat.
Kisah Muhammad Aqil menjadi tular, apabila klip yang memaparkan dia menamatkan perlumbaan 100 meter menggunakan tongkat, dalam satu Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas.
Pelajar sekolah tersebut merupakan murid Program Pendidikan Inklusif Penuh di sebuah sekolah rendah di Pahang itu, kehilangan kaki kirinya akibat jangkitan kuman pada 2015.
“Ia bukan tentang menjadi yang terpantas, tetapi mengenai keinginan dan keazamannya untuk menamatkan perlumbaan yang mengagumkan saya,” kata Hannah dalam hantaran itu.
Ads
Sementara itu, Pakar Perubatan Sukan di ISN Dr Ahmad Munawwar Helmi berkata pihaknya akan menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas Muhammad Aqil, bagi memastikan tiada sebarang komplikasi yang berlaku sekiranya beliau memakai kaki palsu berkenaan.
“Kami membuat pemeriksaan susulan untuk memastikan sokongan jangka panjang dan tiada komplikasi,” katanya.
Ads
Turut hadir pada sesi pertemuan tersebut adalah pihak Persatuan Bola Sepak Orang Kudung Malaysia (MAFA), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mengetuai inisiatif Projek Tongkat yang bertujuan menawarkan sokongan, kepada mereka yang diamputasi melalui sukan.
Mereka yang kudung kaki dan ingin bermain bola sepak boleh hubungi 011-36296375 atau e-mel ke myamputeefa@gmail.com atau berhubung di media sosial melalui laman Facebook Projek Tongkat dan Instagram projek_tongkat.
Sumber : BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hanya orang yang mengalami dan merasai sendiri kesukaran itu tahu bagaimana rasanya yang sebenar. Berkongsi kisah terkini berkenaan Achey dan tujuh orang keluarganya yang telah dijangkiti virus Covid-19 membuatkan seisi keluarga berasa resah. Apatah lagi mendengar perkembangan terkini keadaan ibunya yang telah ditiarapkan.
“Hospital hubungi saya dan memaklumkan dia ada radang sedikit di paru-paru dan ubat anti-radang masih dimasukkan dalam badan sampai 14 hari. Jadi, dia ada baki dalam 4 hari. Dia demam sedikit. Ibu saya sebenarnya stage 3, tapi dia diletakkan di dalam wad stage 4 sebab dia perlu pemerhatian yang lebih rapi.
“Dia ada demam dan masih dimasukkan antibiotik untuk menguatkan badan, sehingga kini masih memerlukan bantuan oksigen dan ditidurkan secara meniarap. Badan pula semakin susut. Kesihatan dia turun naik,” ujar pelawak Achey yang memberitahu keadaan ibunya, Ngaisah Hassan, 73, kini masih menerima rawatan sebagai pesakit C0VID-19 tahap tiga di Hospital Segamat, Johor.
Bagaimanapun, ibunya terpaksa diletakkan di dalam wad pesakit C0VID-19 tahap empat memandangkan perlu mendapatkan pemantauan rapi.
Pelanggan Jadi Punca
Jelas Achey keluarganya dijangkiti virus berbahaya itu bermula daripada pelanggan yang membeli jualan mereka di tepi jalan.
“Keluarga saya cari makan dengan menjaja tepi jalan dan jual produk sendiri. Wabak ini berjangkit daripada pelanggan, apabila bawa balik rumah seorang demi seorang kena bermula dengan abang saya, ibu saya dan kakak. Buat masa sekarang kakak saya sudah balik, tinggal abang dan ibu saya masih dirawat di hospital.
“Balik saja kakak saya, adik saya, Natasha pula dibawa ke PKRC Johor Bahru. Hari ini dapat tahu adik ipar perempuan dan anaknya pula positif C0VID-19. Kemungkinan dia tiga beranak akan dibawa untuk kuarantin. Ada dua orang lagi yang belum ada keputusan iaitu suami kepada adik saya Natasha dan abang sulung saya. Ramai di rumah dan berganti-ganti,” jelas Achey.
Hikmah Di Sebalik Musibah
Kata Achey lagi, kemalangan yang menimpanya pada Julai lalu ada hikmah apabila kini dia dan isteri, Nor Hasanah Yahaya menjadi jurugegas menghantar barang keperluan di hospital dan rumah keluarganya di Labis.
“Ada hikmah sebenarnya selepas saya patah tangan, saya diuruskan oleh isteri saya di rumah mentua saya. Jarak dengan rumah keluarga saya di Labis cuma 15 minit. Bila semua kena (C0VID-19), yang boleh hantar makanan dan keperluan hanya saya dan orang rumah saya. Kami saja yang free. Kalau saya tak berapa sihat, isteri saya tolong hantarkan.
“Kadang-kadang saya yang hantar, tapi maklumlah nak bawa kereta pun susah sebab tangan dah dua-dua cedera, tak boleh nak pusing stereng. Cuma, apa boleh saya katakan sekarang apa yang berlaku, jalan je dulu. Kami tak boleh ambil barangan dari rumah keluarga untuk dihantar ke hospital sebab di rumah ramai yang positif.
“Jadi, apa keperluan di hospital dan pusat kuarantin kita perlu beli baru. Sama juga dengan rumah di Labis yang perlukan keperluan pun kami juga yang akan hantarkan. Kejap hospital, kejap ke Labis,” tambahnya.
Menerusi kemaskini di Instagram, keluarga Achey difahamkan mula dimasukkan ke hospital di Johor sejak minggu lalu akibat dijangkiti C0VID-19.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Betul ke anak degil hanya disebabkan mak ayah masih tidak melunaskan majlis akikah? Persoalan ini diajukan kepada seorang ustaz di laman Tiktok @fitrahummah apabila ada yang menyatakan bahawa anak-anak mereka degil kerana tidak menjalankan ibadah aqiqah.
Dengarkan penjelasan ini agar tidak sebarang kekeliruan.
Mula-mula dahulu kita kena faham aqiqah ini menurut bahasa ertinya “rambut yang tumbuh di atas kepala bayi pada kala waktu lahirnya.” Demikian pendapat ‘Ubaid, Ashmu’i dan Zamakhsyari. Menurut istilah hukum syarak aqiqah ialah “penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.” Imam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad.
Ini bersesuaian dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”– (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi) Ibnu Al-Qayyim.
Ini menegaskan bahawa aqiqah itu memelihara bayi tersebut daripada golongan syaitan dalam urusan dunia dan akhirat.
Juga sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
“Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.”– (Maksud hadis riwayat Tirmidzi)
Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak dapat diperselisihkan lagi.
Imam Ibnu Qayyim pula menyabitkan aqiqah dengan nilai korban seekor kambing yang dikurniakan oleh Allah SWT sebagai ganti diri untuk Nabi Ismail AS.. Maka dengan itu, difahamkan bahawa penyembelihan aqiqah untuk anak yang dilahirkan berguna untuk melindungi bayi daripada gangguan syaitan.
Menurut Fitrah Ummah, terdapat beberapa fadhilat yang baik apabila mak ayah membuat korban aqiqah kepada anak-anak iaitu:
-Anak-anak anda akan membesar dengan baik dan sama seperti anak orang lain.
-Anak-anak yang diaqiqahkan itu akan terhindar daripada gangguan syaitan daripada ingin membuat kebaikan.
-Anak-anak yang diaqiqahkan itu dapat memberikan syafaat kepada ibu bapanya di akhirat kelak.
Jadi dengan kenyataan 3 fadhilat itu memberi penerangan jelas bahawa membuat aqiqah untuk anak sedikit sebanyak dapat bantu mendoakan kesejahteraan anak anda. Sekali seumur hidup sudah memadai!
Bilamana seorang wanita itu telah berkahwin, reda suaminya adalah syurga baginya.
Hakikatnya, syurga itu menjadi dambaan semua antara kira. Namun perjalanan menuju ke sana tentu ada cabaran dan syaratnya.
Hal ini dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin. Bersama fahaminya dan semoga kita semua melalui jalan yang dipermudahkan dengan adanya sabar dalam hati.
Perjalanan mencari syurga buat seorang isteri…
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Apabila seorang wanita (isteri) itu melakukan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga harga dirinya, dan mentaati perintah suaminya, maka di akhirat kelak, dia dipanggil untuk masuk ke syurga daripada mana-mana pintu yang dia sukai (sesuai dengan pilihannya)”.
– Hadis Riwayat Ahmad.
4 syarat utama buat seorang isteri untuk masuk ke syurga pilihannya ialah :
1 – Solat Lima Waktu…✍️ ✅
2 – Puasa Di Bulan Ramadan…✍️ ✅
3 – Menjaga Harga Diri…✍️ ✅
4 – Taat Perintah Suami…✍️❓
3 syarat utama untuk melayakkan isteri masuk syurga tu tak susah untuk dipenuhi, tapi syarat ke 4…?
Ianya bergantung kepada siapa yang menjadi suaminya…
Adakah si suami memudahkan urusan si isteri untuk taat? Atau menyukarkan isteri untuk taat…?
Suami tak solat, isteri kena taat…suami tak puasa, isteri kena taat…suami culas bab nafkah serta tanggungjawab, isteri kena taat…suami pemalas, isteri kena taat…
Selagi suami tak suruh berbuat jahat, tak suruh melakukan perkara yang dilarang agama, tak suruh menyekutukan Allah s.w.t…
Tapi, isteri susah nak taat dan hormat pada suami yang tak memenuhi hak-hak seorang isteri dan tak menjalankan perintah-perintah Allah s.w.t…ketaatan itu adakalanya dibuat dalam keterpaksaan disebabkan,
Rasa tidak puas hati dan tidak senang hati untuk menurut perintah suami kerana suami tidak menunjukkan contoh-contoh yang baik sebagai seorang ketua keluarga…
Selagi masih bergelar isteri, walaupun dikurniakan dengan pasangan yang berbentuk ujian, ketaatan itu perlu ada dalam hubungan berkenaan selagi anda memegang status isteri dan dia suami…
Ini untuk melengkapkan syarat ke 4 yang membolehkan anda memasuki syurga pilihan anda sendiri…bersabar dan bertabah lah duhai si isteri yang diuji…
Hafiz Suip kembali bergelar suami dalam satu majlis selepas solat Jumaat. Penyanyi terkenal itu meluahkan rasa syukur dan teruja memulakan fasa baharu dalam kehidupannya.