Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, demi anak ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja. Lebih-lebih lagi apabila anak dilanda musibah.
Demikian juga dengan Delvirahafiz Masnel, 37 yang terpaksa bertungkus lumus mencari wang bagi menampung rawatan anak, Del Uwais Alqarni Delvirahafiz, 10 bulan.
Uwais dikatakan mengihidap Meningitis atau radang otak sejak tahun lalu. Awalnya Uwais diserang demam panas pada 9 september tahun lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 3 hari selepas itu.
Menurut Delvirahafiz, selepas 22 hari mendapat rawatan, anaknya mula menunjukkan perkembangan positif.
“Sebelum ini Uwais terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan tetapi selepas menunjukkan perkembangan postif, jantung dan pernafasan makin baik, alat tersebut dicabut.
“Namun apabila dipindahkan ke wad biasa, badannya mula menegang sehingga tulang belakang membengkok, jari tangan tertutup rapat dan pergelangan tangan juga bengkok. Pihak hospital terpaksa memasukkan susu melalui tiub kerana Del Uwais tidak memberikan sebarang respond,”ujar Delvirahafiz sambil memberitahu sampel air tulang belakang anaknya di ambil sebanyak 3 kali bagi memastikan tiada kuman di bahagian saraf tunjang dan otaknya.
Dalam pada itu, Delvirahafiz terpaksa menjual biskut dengan jenama Cookies Kukimon di sekitar Shah Alam bagi menambahkan pendapatan hariannya.
“Kami sekeluarga juga sepakat untuk menapatkan rawatan alternatif memandangkan Del Uwais tidak memberikan sebarang respond. RM100 sehari diperlukan dan kos untuk tempoh sebulan RM3000 untuk digunakan bagi rawatan terapi saraf.
“Alhamdulillah dengan kuasa Allah SWT, otot mulut dan kerongkong anak mula bergerak dan kami mula berikan susu melalui mulut. Doktor cakap Del Uwais mungkin lumpuh, pekak, bisu, buta dan tidak waras. Namun kita harus berusaha selagi mampu kerana setiap penyakit ada penawar kecuali mati,” ujar Delvirahafiz lagi.
Ads
Berikut adalah perkongsian Delvirahafiz kronologi anaknya jatuh sakit sehingga ke hari ini.
9 Sept = Del Uwais Alqarni demam
11 Sept = masuk icu dengan pelbagai ubat
18 Sept = 2 doktor pakar panggil saya dan isteri ke biliknya dan katakan, DEL Uwais Alqarni tiada harapan hidup dan sedang menunggu maut. Dr benarkan kami bawa 6 anak yg lain ke icu jika mahu melihatnya buat kali yg terakhir.
19 Sept = Allah swt pencipta saya dan kita serta Del Uwais Alqarni, Alhamdulillah, telah berikan dia kekuatan dan jantung serta pernafasan nya semakin baik.
2 okt = Del Uwais Alqarni dicabut bantuan pernafasan dari mulut (22 hari di icu)
Ads
3 okt = Del Uwais Alqarni di masukkan ke wad biasa. Semasa di wad biasa, badannya mula menegang sehingga tulang belakang membengkok, jari tangan tertutup rapat, pergelangan tangan bengkok, dan dia masih belum respon bila di panggil dan belum boleh hisap susu. Susu dimasukkan melalui tiub dari hidung ke perut.
19 Okt = Del. Uwais Alqarni dibenarkan pulang setelah 3x di ambil air tulang belakang untuk pengesahan tiada kuman lagi di saraf tunjang dan otak. Masih belum. Respon dan belum boleh hisap susu.
26 okt – Del Uwais mula buat rawatan terapi saraf di Sri petaling. Kos rawatan sehari hampir RM 100 sehari (dibuat setiap hari), sebulan RM 3000.
29 okt – setelah nampak otot mulut dan kerongkong ada bergerak, kami mula berikan del Uwais Alqarni susu melalui mulut, Alhamdulillah hingga hari ini dah hampir sebulan del Uwais Alqarni minum susu melalui mulut.
Sehingga hari ini, usaha merangsang saraf sarafnya di terus setiap hari sehingga pulih.
Kos rawatan sehari mencecah RM 100 sehari membuatkan saya terpaksa aktif dalam menjual apa apa barang. Dan sekarang saya menjual Cookies kukimon (home made) dari meja ke meja makan restoran sekitar Shah Alam. Mmg berat untuk merendahkan diri bergerak menjual barang dari meja ke meja, namun, bila melihat wajah Del Uwais Alqarni yg sakit, saya menjadi kuat untuk terus mencari dana untuknya dengan usaha jualan.
Doktor pakar mengatakan Del Uwais Alqarni mungkin lumpuh, pekak, bisu, buta dan tiada kewarasan. Namun, siapalah kita untuk menentukan masa depannya, sedangkan kita masih ada Allah. Semua penyakit InsyaAllah ada penawarnya kecuali maut dan ketuaan. Setiap jualan sangat membantu cikgu dalam menampung kos rawatan dan pengurusan anak kami.
Buat masa ini, Uwais (Muhammad), Alhamdulillah sudah mula hisap susu badan ibu susuan. Tapi masih belum respon bila di panggil dan kejang otot kaki tangan dan pinggang. Mohon doa semua setiap lepas solat.
Uwais (Muhammad) setiap hari di bawa rawatan terapi saraf dan diberi susu oleh isteri perawat. Proses rawatan mengambil masa sehingga 5 jam setiap hari dengan kos rawatan RM 100 sehari.
Pengarah dan Youtuber terkenal, Syahmi Sazli sekali lagi mendapat perhatian ramai selepas tularnya satu video yang menunjukkan dia bersama isteri, Anissa Faizul dilaman sosial. Ini kerana, mereka dilihat sedang berniaga air di bulan puasa.
Sikap mereka ketika berniaga juga menerima pujian oleh warganet apabila Syahmi Sazli juga digelar sebagai Youtuber paling humble meskipun kejayaannya kini bukanlah rahsia lagi.
Menerusi perkongsian video tersebut ditiktok, kelihatan bapa kepada seorang cahaya mata ini bersama isterinya dirakam sedang sibuk menjual air. Malah difahamkan, air yang dijual juga dalam pada masa yang sama telah viral.
Perkongsian video oleh akaun bernama, Milobenggg_ di aplikasi tersebut dihujani dengan ratusan reaksi memuji sikap Syahmi Sazli dan isterinya disamping hantaran terbabit ditinggalkan ribuan tanda suka yang setakat ini sahaja sudah meraih lebih 55,000 tanda suka.
Perancangn kita sebagai hamba itu adalah usaha namun perancangan Allah itulah takdirnya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Baru-baru ini tular di Tiktok menerusi video yang dikongsikan oleh @JajaED yang berhasrat untuk mengucapkan terima kasih kepada ‘rider’ yang membantunya memberi laluan sewaktu dalam perjalanan ke hospital
Namun rasa sebak dan sedih menyelubungi hatinya apabila dia mendapat tahu rider Food Panda yang pernah menolongnya itu telah meninggal dunia akibat dilanggar oleh pemandu yang disyaki mabuk di Segamat, Johor.
Menerusi perkongsian video itu, wanita tersebut memaklumkan dia mencari penghantar makanan tersebut kerana pernah membantunya pada 20 September lalu.
Walau bagaimanapun, wanita itu terkejut apabila dimaklumkan lelaki tersebut maut selepas terlibat dalam kemalangan baru-baru ini.
“Saya baru berniat hendak mencarinya. Dia membantu saya pada pukul 5, 20 September lalu. Saya sakit hendak bersalin, dia bantu membuka jalan untuk laluan kami.
“Ya Allah, mengigil saya apabila mendapat tahu dia adalah individu yang sama (membantu),” katanya.
Melihat di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna turut berkongsi rasa sedih dan terharu dengan kebaikan yang pernah dilakukan oleh rider tersebut.
“Semoga kebaikan arwah menjadi inspirasi kepada kita. Semoga beliau juga ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” doa antara yang dititipkan di ruangan komen.
“Subhanallah, meremang bulu roma apabila baca kebaikan yang arwah buat sebelum meninggal dunia. Semoga arwah tergolong dalam kalangan orang-orang yang mendapat syurga Allah,” ujar yang lain lagi.
“Semoga bantuan yg arwah bg pd akk nk bersalin ni menjadi salah satu asbab dia di tarik ke syurga,” komen yang lain pula.
Difahamkan, ‘rider’ dikenali sebagai Rudi Hermawan Sumarno itu meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Muar-Segamat pada Khamis lalu.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Kehilangan orang tersayang seolah-olah separuh nyawa dibawa pergi.
Kanser tahap 4
Bagi Muhammad Azzioll tabah dan kuat berjuang bersama arwah isteri, Suzana Shafii melawan penyakit kanser tahap 4, namun ketentuan Ilahi tak mampu dilawan. Tempoh 1 tahun 6 bulan dihabiskan bersama isteri untuk terus berjuang namun kini tiada lagi senyum manis dan gelak mesra isteri tersayang.
Kisah pasangan suami isteri ini viral dilaman facebook kira-kira dua bulan yang lalu kerana merakamkan gambar berpakaian pengantin.
Ucapan meruntun jiwa
Selain unik dan disertai anak-anak mereka, momen indah tersebut turut mendapat perhatian netizen. Malah ada yang menitiskan air mata dek ucapan sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 10 cukup meruntun jiwa dari arwah isteri.
Dua hari yang lalu, si suami mengesahkan isterinya telah menghembuskan nafas terakhir setelah sekian lama menanggung sakit. Alfatihah.
Akhirnya kau pergi jua
Jika sebelum ini, arwah isterinya yang memberi ucapan, tetapi kini giliran suaminya pula. ucapan tersebut viral di laman sosial dan membuatkan netizen bergenang air mata.
Assalamualaikum.. Akhirnya kau pergi jua…….. Terima kasih pada semua yg telah mendoakan arwah isteri saya. Sesungguhnya saya amat berpuas hati dapat menabur bakti saya terhadap arwah isteri.. 1 tahun 6 bulan arwah menderita kanser.1 tahun 6 bulan juga saya bejuang utk dirimu..alhamdullilah dpt kami lalui bersama tanpa rasa gentar… Semoga arwah isteri ditempatkan dikalangan syuhada. Senyuman terakhir itu tidak akan saya lupakan sehingga akhir hayat saya.. Semoga saya dpt bersatu kembali bersama arwah isteri saya..Sesungguhnya aku terlalu menyayangi dirimu.
Terima kasih pada mak ayah.mak mertua dan pak mertua.adik beradik.ipar duai.sepupu2 dan makcik2 yg tidak putus2 datang ke rumah dan membantu meringankan bebanan yg saya tanggung.
Terima kasih jugak pada kawan2 isteri dan kawan2 saya yang tidak jemu dtg melawat dan memberi kata kata semangat agar sy kuat menghadapi hari mendatang..terima kasih pada ribuan org yg hadir melawat isteri saya
Segala kenangan akan ku semat di dalam diriku.. Insyallah selagi hayat dikandung badan saya akan menjaga sebaik mungkin anak2 kita yang. Tunggu saya dipintu syurga yang…
Pergimu dengan senyuman dan ditemaniku dan anak2 serta ahli kluarga. dipermudahkan segalanya dan diiringi hujan renyai2 selepas selesai.. Alhamdulillah aku amat berpuas hati dapat berbakti padamu sehingga akhir hayat mu.. Semoga mendapat husnul khotimah..aku redha akan takdir ini.. Kehidupan perlu diteruskan. Pejuanganmu telah selesai..pejuangan ku masih belum selesai..
Nak berjaya dalam pelajaran? Ini nasihat Tun Dr Mahathir buat anak muda. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menitipkan nasihat bermakna buat generasi muda yang ingin cemerlang dalam akademik dan kehidupan, jangan cepat putus asa jika tercicir dalam pelajaran. Sebaliknya, terus berusaha dan ulang kaji pelajaran berkali-kali.