Nak cantik badan bukan diet main terjah je. Kena ada ilmu yang tinggi supaya diet tak sia-sia atau salah tafsir.
Perkongsian seorang doktor di laman facebooknya Rafidah Abdullah berkaitan dengan pengambilan makanan tambahan untuk yang berjinak-jinak dalam acara larian sebagai salah satu cara untuk menjaga kesihatan.
Ikuti perkongsian doktor ini. Moga jadi panduan bagi yang bercadang diet atkins.
Ads
Pelik saya bila orang tanya diet jenis itu ini. Nak lari, makan tak suplemen, gel itu ini.
Aduhai.
Ads
Macam ini lah, ini apa yang saya amalkan. Saya training lari dalam 45-50km seminggu. Jadi, saya ambil 1800-2000kcal sehari dan dalam 45 hingga 65 peratus (untuk saya dalam 300gm) adalah karbohidrat. Kalau nak kuruskan badan, kurangkan kalori dan juga kandungan karbohidrat. Nah saya bagi contoh kandungan karbohidrat dalam makanan (gambar kedua). Kalau tak ambil karbohidrat, nak dapat tenaga dari mana pulak? Ya, mula-mula badan kurus tapi lepas tu susah nak maintain. Jadi, saya tak sarankan Atkins. Tak payah tanya lagi.
Ads
Untuk acara larian, apa produk pun saya tak ambil. Gel tidak, recovery protein bar tidak. Saya makan makanan. Lagi sedaaap. Semasa larian, saya ambil kismis ni sahaja, setiap jam satu kotak kecil 14g (tinggi dah kandungan karbohidrat dan gula), memang sumber tenaga. Air? Air biasa cukup. Tak ada nya cramp bagai. Kalau cramp tu maksudnya tak cukup training biasanya.
Jadi, untuk pelari-pelari sendu macam saya, tak payah bazir duit beli produk itu ini. Produk itu sendiri banyak kalori. Penat je dok bakar dengan berlari. Lain lah kalau professional, yang ini ok sebab patut ada nutritionist sendiri.
Rafidah Abdullah Pelari sendu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tahniah diucapkan buat pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang telah selamat melahirkan cahaya mata kedua, seorang bayi lelaki semalam.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh Ayda dan Nabil menerusi Instagram mereka.
Malah menerusi entri itu juga, sekeping gambar sambil keduanya memegang bayi lelaki mereka turut dikongsikan oleh Ayda dan Nabil.
“Assalamualaikum semua.
“Alhamdulillah lahirnya putera kami pagi tadi. Syukur segalanya dipermudahkan. Terima kasih atas semua doa kalian.
“12.12.2023.. (Takde sale, dah tanya dah hihu). Sekarang Mommy and Dadaa tengah back to Zombi world,” tulisnya berseloroh.
Menerusi entri itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut meluahkan rasa syukur segalanya dipermudahkan serta mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakannya.
Ayda dan Nabil sebelum ini memuat naik sekeping gambar ketika berada di hospital dengan mengenakan baju sepadan sambil memohon doa semua agar kelahiran anak kedua mereka dipermudahkan.
“Dah check-in hospital! Doakan Ayda pagi nanti dipermudahkan, selamat melahirkan dan baby sihat insyaallah. Amin.
“Twinning with my soulmate konsepnya gittew. (Padahal Ayda dah takde baju yang dia muat and nak terus tidur,” tulisnya.
Terdahulu, Ayda Jebat dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla kini berusia 2 tahun.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Nabila Razali masih bekerja, tak boleh duduk diam, berdebar bersalin anak pertama. Dalam keterujaan menantikan kelahiran anak sulung pada Januari depan, penyanyi dan pelakon Nabila Razali mengakui gementar untuk melalui proses bersalin.
Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd. Razali masih aktif bekerja meski usia kandungann sudah mencecah sembilan bulan. Wanita berusia 32 tahun itu banyak bertanya tentang pengalaman wanita lain yang pernah melalui proses tersebut sebelum ini.
“Kini saya hanya menunggu minggu untuk melahirkan anak pertama yang dijangka pada Januari depan.
“Ya rasa gemuruh, saya sudah tanya ramai orang mengenai pengalaman bersalin termasuk Bella Astillah.
“Sekarang alhamdulillah masih diberi tenaga bekerja. Mengikut perancangan, saya sepatutnya dah berehat dari kerjaya seni bulan lalu tetapi disebabkan saya seorang yang tak boleh duduk diam, saya memilih untuk terus bekerja,” katanya.
Dalam masa sama, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami, Nik Iruwan Nik Izani yang sangat menyokong dirinya terutama dalam tempoh kehamilan cahaya mata sulung mereka.
“Suami okey dengan keputusan saya untuk aktif bekerja cuma dia pesan jaga diri elok-elok dan jangan terlalu bekerja keras takut penat.
“Rezeki saya juga memiliki seorang suami yang sangat memahami dan menyokong.
“Cuma setakat tempoh kehamilan, semuanya berjalan dengan baik dan minta semua dapat doakan agar urusan bersalin nanti dipermudahkan,” katanya lagi.
Berkongsi tentang persiapan barangan bayi, Nabila mengakui perkara itu mula dilakukan sejak minggu lalu kerana jadual kerja yang padat sebelum ini.
“Persiapan barang bayi saya mula lakukan sejak minggu lepas. Dalam sibuk bekerja, sempat juga saya curi masa untuk beli beberapa keperluan seperti kereta sorong dan sebagainya.
“Ramai juga nasihatkan saya termasuk ahli keluarga agar berpada-pada dalam berbelanja sebab lihat terlalu galak membeli macam-macam barang,” ujarnya yang dijangka bercuti selama dua bulan untuk berpantang selepas bersalin sebelum kembali mula bekerja pada Ramadan tahun depan.
Nabila hadir ketika majlis pelancaran single terbaharunya bersama Bella berjudul CACACA di sini, semalam.
Berkongsi tentang lagu CACACA, Nabila teruja dapat bergandingan dengan Bella untuk menyanyikan sebuah lagu yang sarat dengan elemen nasihat dan ‘self love’.
“Lirik dan mesej dalam CACACA sangat positif dan mahu lari dari lagu-lagu lain sekarang ini yang banyak mengandungi lirik berbaur negatif.
“Harap peminat dapat menerima CACACA sebab ramai sudah menanti untuk saya muncul kembali dengan elemen pop selepas tampil dengan karya galau sahaja sebelum ini,” kongsinya.
Awal Oktober lalu, Nabila memaklumkan dirinya sedang hamil dan dijangka bakal bersalin pada awal tahun hadapan sebelum mengumumkan jantina bayinya iaitu lelaki pada November lalu.
Nabila dan Nik Iruwan sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis di Bukit Tinggi, Pahang pada 18 November 2023.
Dua tiga hari ini tular klip video yang mempamerkan aksi seorang wanita yang diber gelaran ‘Iron Lady’ gara-gara bertugas di puncak menara berkembar KLCC. Wanita yang bernama Maya Sidek yang bekerja sebagai juruteknik akses tali sama sekali tidak gentar bekerja dengan ketinggian 88 tingkat sambil memakai alat keselamatan lengkap.
Wanita yang berusia 30 tahun ini mendedahkan segalanya bermula daripada hobi kesukaannya, iaitu sukan lasak ‘rock climbing’. Meskipun awalnya diakui agak gayat, tapi lama-kelamaan perasaan itu lenyap dengan sendiri dan sudah 5 tahun berkecimpung dalam bidang berkenaan.
Siapa sangka, walaupun bergelar ‘Iron Lady’ kerja di tempat tinggi, dia tidak menyangka akan bertemu jodoh dalam bidang sama. Hal ini kerana, dia sedar bukan semua lelaki boleh menerima calon isteri yang kerja lasak sepertinya. Lebih manis lagi, perkahwinan mereka diserikan pula dengan kehadiran seorang cahaya mata lelaki sekitar 3 bulan lalu.
Tambahnya, meskipun menggalas tanggungjawab sebagai ibu, namun Maya masih kekal dengan karier serta hobi kesukaannya sebelum kahwin. Malah dia turut memasang impian untuk bawa anaknya turut serta lakukan aktiviti ekstrem, dengan harapan membesar jadi lelaki yang ‘lasak’.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.