Pernah viral satu kes di mana pisang dikatakan menjadi penyebab usus anak tersumbat dan tidak dapat kencing. Ramai di kalangan kita suka makan pisang kerana ia dikatakan membantu untuk pelawasan. Namun bagaimana pula timbul isu pisang boleh memudharatkan kesihatan terutama kanak-kanak.
Dr Sakinah Sulong telah berkongsi tentang info mengenai pisang dan perkaitannya dengan sistem penghadaman si kecil. Rupa-rupanya ia berkait rapat dengan tahap keranuman buah pisang dan kuantiti pengambilan.
Berikut ialah perkongsian beliau:
Adakah benar pisang menyebabkan usus tersumbat?
Pisang adalah buah yang mudah didapati di negara beriklim tropika seperti Malaysia. Ianya mudah didapati dan murah harganya.
Selama ini, pisang memang jadi antara kegemaran saya dan anak-anak. Alhamdulillah kami semua tiada masalah.
Ia kaya dengan potassium dan kaya karbohidrat jadi sesuai dijadikan snek ringkas, lebih-lebih lagi bagi seseorang yang nak memulakan aktiviti fizikal seperti hiking atau berbasikal.
Doktor Ini Kongsi Fakta Tentang Pisang
PISANG TIDAK MASAK/TIDAK RANUM MENYEBABKAN SEMBELIT
Cerita yang dikongsi ada kebenaran tapi tak semuanya tepat. Pisang tak masak yang boleh menyebabkan sembelit atau menerukkan sembelit. Bukannya pisang yang masak.
Ads
Pisang tak masak mengandungi tinggi tannin dan amylase-resistant starch menyebabkan ia sukar dicernakan.
Berlainan dengan pisang yang masak. Kandungan tannin sudah berkurang, begitu juga amylase-resistant starch. Kandungan gulanya lebih tinggi. Jadi ia kurang menyebabkan sembelit.
Betulkah Jadi Penyebab Usus Kanak-Kanak Tersumbat
KUANTITI PISANG YANG DIAMBIL
Pisang juga boleh jadi sumber fiber yang membantu melawaskan pencernaan. Bagi setiap 120gm pisang, terdapat lebih kurang 3gm fiber. Keperluan fiber anak-anak berumur 3-5 tahun adalah 8-10gram sehari. Jadi dengan mengambil 2-3 biji pisang setiap hari sudah memadai.
Bukan untuk diambil dalam kuantiti yang banyak sekaligus!
Jadi para ibu yang risau,
Ads
Nak bagi pisang, bagilah pisang yang masak ranum dan berilah dalam kuantiti yang sederhana. Segalanya perlu diberi secara sederhana.
Sekiranya anak mempunyai masalah sembelit, mungkin boleh juga cuba buah yang lain seperti betik dan epal hijau. Dan jangan lupa berikan air masak secukupnya.
Satu lagi, galakkan anak membuat aktiviti fizikal seperti bermain di padang untuk mengaktifkan salur pencernaannya. Elakkan bertangguh untuk ke tandas bagi mereka kerana makin lama mereka bertangguh, najis akan menjadi semakin keras.
Khasiat pisang untuk anak-anak:
*Pisang yang masak mengandungi gula yang lebih tinggi. Jadi ia kurang menyebabkan sembelit.
Ads
*Mengurangkan stres. Jangan ingat kanak-kanak tidak stres. Mereka pun ada masa-masanya stres juga.
*Mencegah asthma
Tahukah ibu, menurut kajian yang dijalankan oleh Imperial College of London, pakar menemui bahawa anak-anak yang makan pisang setiap hari berkurang risikonya untuk terkena asthma hingga 34%.
*Melancarkan pencernaan
Bagi setiap 120gm pisang, terdapat lebih kurang 3gm serat. Keperluan serat bagi anak-anak berumur 3-5 tahun adalah 8-10 gram sehari. Jadi dengan mengambil 2-3 biji pisang setiap hari sudah memadai.
Pisang bukan hanya sedap dimakan begitu saja, malah ia sesuai sangat diolah dalam pelbagai resipi untuk bayi dan juga kanak-kanak:
Wani Comel, namanya pernah tular suatu ketika dulu kerana mengalami masalah berat badan dan terbaharu menerusi entri di Instagram miliknya yang dimuatnaik oleh keluarga terdekat, Wani dikatakan telah meninggal dunia pada hari yang sama dengan rakan baiknya, Nur Rabiatul Nabihah. Difahamkan, mereka berdua telah disahkan positif COVID-19.
Di entri berasingan turut dimaklumkan bahawa PUTRI NUR RABIATUL NABIHAH BT RIDUAN, meninggal pada 4.40am 18 Ogos 2021 dan manakala NURUL AIRAWANI NAZIRA BT IBRAHIM pula pada 9.00pm 18 Ogos 2021.
Difahamkan juga arwah sudah lengkap mendapat 2 dose vaksin covid-19, namun Allah lebih sayangkannya. Bersama kita sedekahkan al-Fatihah semogo arwah berada di dalam golongan orang-orang yang beriman.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Perkahwinan adalah membentuk sebuah keluarga bahagia. Diserikan lagi kehadiran anak-anak sebagai penyambung keturunan.
Namun apabila berlaku perpisahan, anak-anak tetap mempunyai hubungan pertalian dengan ibu bapa.
Bagaimana pun, ia akan menjadi konflik apabila pasangan yang sudah bercerai dan berkahwin dengan pasangan barunya yang turut mempunyai anak menerusi perkahwinan sebelumnya.
Barangkali ramai yang tak tahu bahawa hubungan anak berlainan bapa ini mempunyai batas aurat dan pembahagian harta yang lain.
Nak tahu lanjut ikuti perkongsian Prof Madya Dr Yasmin Hanani Mohd Safian yang juga merupakan pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia.
Pensyarah ini berkongsi bagaimana perkahwinan Engku E Dan Nabila mengenai status anak bukan mahramnya.
________________
Anak Engku E dan anak Nabila bukan mahram ya walaupun Engku E dan Nabila berkahwin. Perkahwinan ibu bapa mereka tidak menjadikan mereka mahram kerana masing-masing berlainan ibu dan bapa.
Pengharaman abadi disebabkan perkahwinan atau persemendaan musaharah ada empat iaitu usul zaujah (emak isteri dan ke atas termasuk line nenek isteri dan ke atas tapi emak saudara isteri bukan mahram kita) Ini berdasarkan ayat Allah;
وأمهات نسائكم
Kedua; zaujah usul (isteri bapa atau isteri datuk tapi bukan isteri bapa saudara atau isteri atuk saudara) Ini berdasarkan ayat لا تنكحوا ما نكح آباؤكم من النساء إلا ما قد سلف
Lagi dua ialah zaujah ibn (isteri anak lelaki) قال تعالى : و حلائل أبنائكم الذين من أصلابكم dan bintu zaujah (anak kepada isteri).
Engku E memang tak boleh berkahwin dengan anak Nabila jika anak dia lelaki. Tetapi anak mereka boleh berkahwin sesama mereka.
Pengharaman sementara pula yang berkaitan dengan perkahwinan ialah isteri orang, mengumpulkan dua isteri dari adik beradik atau anak emak saudara, perempuan dalam eddah, dan perempuan mushrik.
Sekian subjek ahwal syaksiah fiqh munakahat untuk hari ini.
Dan kalau boleh jangan gunakan istilah batal air sembahyang untuk merujuk kepada lelaki mahram atau pun bukan. Mazhab lain pegang laki pempuan tak batal air semayang.
Lumrah kanak-kanak memang sukar duduk diam dalam tempoh lama. Akibatnya ramai tersalah anggap pada kanak-kanak jenis ini yang dianggap sebagai bermasalah atau hiperaktif.
Ada guru di sesetengah tadika atau sekolah kurang sabar berhadapan dengan kanak-kanak jenis ini. Mereka segera meminta ibu bapa merujuk anak kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Ibu bapa pula keliru dan terkejut kerana pada pemerhatian mereka, si anak membesar normal di rumah tetapi mendapat komen mengejutkan daripada guru di sekolah.
Perkongsian daripada pengguna Facebook Nani Zaik yang bertugas sebagai doktor mengenai pengalamannya mengendalikan pesakit kanak-kanak patut diberi perhatian oleh ibu bapa lain.
Anak Ada ADHD Atau Tak?
Semalam last patient yang saya tengok, seorang ayah bawak anak lelaki umur 4 tahun 10 bulan. Reason bawa jumpa dokte sebab cikgu tadika suruh bawak, nak tengok anaknya ada ADHD ke tak
Anaknya nama Umar. Masuk bilik dokte elok je terus duduk atas kerusi. Pandang dokte. Good eye contact. Not wandering around. Not touching here and there. Ok first impression tak nampak macam ADHD. Bagi pen kat Umar suruh lukis spiderman sebab nampak dia pakai baju spiderman. Umar malu. So dokte lukis spiderman dulu. Umar sambung lukis. Ok laju je. Good pencil grip
Tanya ayah kenapa cikgu cakap macamtu? Ayah cakap cikgu bagitau dalam kelas tak duduk diam. Tak fokus masa belajar. Ni report card dia dokte cikgu suruh bawak. Masa tu ingatkan report card kindy yang biasa. Tapi tengok terus terkejut “wow ni macam report card sekolah kebangsaan!” list all the subjects (math, science, bm, english, seni with grades???? He got D for bm, C for science, B for math) APEKAH??
Then ayah keluarkan kertas exam (wait, what..there is exam for 4 y/o kids??) BM he got 11/100. Ayah nampak confuse. Dia pun tak rasa anak dia ada masalah. Tapi cikgu cakap anak macam ada ciri ADHD. Ayah pun dah rasa panik. Kat rumah ok je dokte. Boleh ikut arahan. Boleh makan guna sudu garpu tangan. Sepah rumah tu biasa lah. Tapi kalau ajar buku ni A, ni B, ni C memang tak nak ikut sangat. Anak first perempuan. Memang lain lah dengan anak lelaki
Tanya ayah Umar ni suka main? Sangattt. Umar ni suka bergerak2 ke? Maksudnya tak boleh duduk setempat lama2? Ye betul. Suka main mainan yang hands on with texture? Macam play dough ke? Ye betul. Ok ayah for what i see Umar takde ciri ADHD (after few more questions and examination).
Tapi Umar ni kinesthetic learner. Tapi orang selalu salah anggap budak macam ni ‘hyperactive’ sebab tak nak duk diam kat meja masa belajar. Tapi suka main (padehal memang umur ni tanggungjawab dia main je)
Tanya ayah Umar dah boleh dress and undress himself? Dah pandai. Gunting kertas? Tak sangat. Butang baju? Belum. Bagitau ayah yang time ni yang kena focus ialah fine motor skill. Jangan push untuk academically lagi
Dokte bagi ayah dua pilihan untuk Umar: 1) Tukar ke play school. Lebih sesuai untuk perkembangan Umar 2) Kalau nak sekolah sama ayah kat rumah kena usaha buat cara pengajaran yang sesuai untuk kinesthetic learner 3) Selit jugak advice untuk ayah cut sugar intake and gadget time
Ayah faham. Balik rumah nak discuss dengan ibu dulu macamane. Tapi dokte still refer kepada OT so ayah boleh belajar cara yang betul and for further assessment nanti. Umar pun dah siap lukis. Tunjuk kat dokte Umar lukis spider siap ada 8 legs 🕷good job Umar! 👍🏻 then cerita spiderman warna blue & red. Ada spiderman jahat nama dia venom. Ye Umar dokte tahu kat rumah dah ada budak 2 ketul cerita salasilah keluarga spiderman
Lepas Umar dah balik teringat kat my Umar Hadif. Sedih rasa bila dipaksa macam tu sebab Umar kat rumah tu pun sejenis kinesthetic learner. Ajar cara conventional mengadap buku memang boleh jadi geram. Nak ajar kena sambil lompat trampoline. Atau buat alphabet guna play dough
Hmm tapi macam manapun can we adult let the kids be kids? Janganlah merepek paksa budak besar tu buat exam pastu letak grading pastu bagitau anak encik macam ‘gagal’ pastu menambah stress parents and budak2 dalam dunia yang serba nak cepat & stress ni. We actually destroy the love of learning in children.