Bila seorang doktor tidak sihat dan dimasukkan ke wad sebagai pesakit, pasti sahaja itu perkara biasa terjadi.
Pun begitu perkongsian daripada doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan, cukup berbeza.
Pengalamannya menjadi pesakit dan kini masih ditahan diwad akibat terkena jangkitan influenza cukup memberi kesan terhadapnya.
Apakah kisahnya itu, ikuti perkongsian ini dan sama-sama kita doakan agar beliau segera sembuh dan dapat kembali bertugas seperti biasa.
Ini perkongsiannya.
Seumur hidup saya, ini kali ketiga saya masuk wad sebagai pesakit. Pertama, patah tangan (9 tahun). Kedua, appendicitis(17 tahun). Ketiga, influenza A(masih di wad).
Kemasukan kali ketiga ni, banyak perkara saya belajar. Mungkin kerana ini kali pertama saya jadi pesakit di wad, setelah saya jadi doktor. Ia benar beri saya perspektif yang baharu.
Kemasukan wad kali ini, saya belajar 3 perkara mustahak ini:
Ads
1. Sangat tidak selesa menjawab soalan sambil baring atau duduk, dan doktor pula berdiri. Terasa amat janggal dan kekok, seolah-olah kita tidak menghormati orang sedang berkomunikasi dengan kita.
Berbezaan posisi ini juga buatkan diri terasa seperti dihakimi. Ia sangat menggerunkan. Tidak hairanlah dalam mahkamah, meja hakim lebih tinggi daripada orang lain.
Mulai hari ini, akan cuba elakkan bertanya soalan ketika pesakit baring terlantar selagi mana keadaan mengizinkan. Paling tidak, bangunkan sedikit badannya atau benarkan pesakit duduk.
Selain itu, sebagai doktor, saya juga akan cuba duduk semasa bertanya berbanding berdiri agar perbezaan paras mata saya dan pesakit dapat dikurangkan untuk dapat komunikasi yang lebih selesa.
2. Pesakit sukar untuk berehat. Jika bukan doktor datang memeriksa, jururawat datang periksa. Pekerja sajian hantar makanan, kemudian datang semula untuk kutip pinggan. Pekerja sanitasi lagi.
Ads
Entah berapa kali orang keluar masuk bilik. Namun, saya tak salahkan mereka. Mereka semua kelaur masuk kerana jalankan tugas. Bukan suka-suka, atau dengan niat sengaja nak ganggu.
Sekarang saya benar-benar faham kenapa hospital (kerajaan) hadkan waktu melawat kepada 2 jam, 2 kali sehari sahaja. Ia sebahagian langkah untuk beri masa kepada pesakit untuk berehat.
Takkan nak kurangkan kekerapan periksa pesakit pula. Pesakit memang dimasukkan ke wad untuk dipantau dan diperhati. Apapun, saya akan minimakan kekerapan peperiksaan jika keadaan izinkan.
3. Apabila doktor tanya sama ada terdapat apa-apa soalan yang hendak ditanyakan kepadanya, automatik terus otak jadi beku, sedangkan sebelum itu ada seribu satu persoalan.
Ads
Ini mungkin berlaku setelah doktor tanya banyak soalan kepada kita, dan sudah terangkan bermacam-macam perkara. Otak sedang sibuk memproses hal itu dan tak mampu berfikir dah.
Nanti, lepas doktor dah beredar dan otak dah cair semula, baru muncul balik kemusykilan tu. Aduhai! Masa tu nak cari doktor, entah di mana pula. Itu yang jadi bertanya di sosial media. Kan?
Mulai sekarang, saya beri peluang untuk pesakit tanya dulu kemusykilan mereka sebelum saya bertanya, dan pesan pesakit supaya tulis soalan sebelum jumpa doktor di masa akan datang.
KESIMPULAN: ada perkara, kita kena alami dahulu baru kita faham. Kita boleh belajar, namun ia tidak setara dengan pelajaran yang kita timba melalui pengalaman.
Ikhlas,
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Doktor di katil Pesakit
Update : Saya dah 4 kali masuk wad. Kali pertama sebenarnya adalah ketika saya dilahirkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila kita diuji dengan kesakitan. Allah bukan sekadar uji diri kita. Tapi Allah uji semua orang yang berada disekeliling kita. Boleh ke suami tahan dengan karenah kita. Boleh ke anak-anak paham keadaan kita. Boleh ke adik beradik bantu kita. Boleh ke orang tua kita memahami kita.
Masih ada ke Kawan-kawan yang nak ambil berat pasal kita. Dan paling penting, dapat ke orang sekeliling kita ambil iktibar dan pengajaran dari sakit kita.
Demikian luahan wanita yang disahkan menghidap kanser tahap 2. Segala-galanya bermula selepas dia merasai ada benda yang tidak kena pada dirinya. Biji di leher yang disangka biji angin, rupanya membawa perkhabaran duka. Selepas diperiksa, doktor memberitahu dia mempunyai tiroid dan suspek kepada kanser.
Ujian tidak terhenti disitu apabila selepas pembedahan dia mengalami komplikasi dimana sarafnya bengkok dan melekat di tiroid. Lebih memilukan satu daripada 4 kalenjar melekat itu positif kanser tahap 2. Ikuti cerita empunya diri Shazrin Qureenmenerusi laman facebooknya.
Memulakan hari pertama puasa tahun ini, pengambilan buah kurma bersama mentega kembali tular bertebaran di media sosial. Walaupun ia merupakan makanan sunnah, namun anda tetap perlu berjaga-jaga supaya tidak berlebihan.
Menurut perkongsian Public Health Malaysia, pengambilan kedua bahan ini secara berlebihan kurang baik untuk kesihatan. Ikuti perkongsiannya.
Kurma mengandungi pelbagai khasiat dan mineral penting serta serat. Tetapi apabila ia di tambah dengan bahan seperti butter dan diambil dalam kuantititi yang banyak, ia lebih membawa mudarat berbanding kebaikan.
Mentega adalah lemak haiwan yang mempunyai lemak tepu yang tinggi. Ia juga tinggi kalori. 1 biji kurma butter = sesenduk nasi.
Nak makan untuk rasa rasa tiada masalah, untuk pengambilan kerap dan banyak tidak baik untuk kesihatan.
Lemak haiwan yang ada dalam mentega mempunyai tahap lemak tepu dan trans yang lebih tinggi. Ini boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan meningkatkan paras kolesterol jahat dalam diri.
Selain itu, ia juga tinggi kalori dan boleh mengakibatkan kegemukan. Jadi, anda perlu makan dalam pengambilan yang disarankan.
Selain itu, campuran bahan lain seperti madu dan krim keju perlu dikawal supaya tidak berlebihan. Walaupun sedap namun tidak disarankan untuk makan secara berlebihan.
Bercerita tentang nostalgia minum air dadih ini, mungkin ada diantara anda pernah melalui kenangan zaman kecil-kecil dulu bila demam ibu akan turut berikan air didih nasi sebagai penawar.
Ibu akan segera menanak nasi dan diambilnya semangkuk air didih dan disuakan ke mulut kita. Rasa air tersebut tidak dinafikan memang enak dan sekali gus dapat membantu menambah selera makan ketika itu.
Berkongsi info berkenaan khasiat air didih, Dr Suri Roowi ada faktanya yang telah dikongsikan di facebooknya yang mungkin ada yang tak tahu.
KHASIAT AIR NASI – ‘Ubat’ Demam Orang Dulu-Dulu
Kalau sudah memang rakyat Malaysia, semestinya tidak boleh lari lagi dari makan nasi.
Beras ada pelbagai jenis antaranya beras perang, beras putih, beras basmathi dan lain-lain lagi.
Sebelum kita masak nasi menggunakan periuk nasi elektrik atau masak atas api, perkara utama yang perlu kita lakukan adalah basuh dahulu beras tersebut. Ia bertujuan untuk membuang habuk pada beras tersebut.
Tahukah anda, air rebusan nasi sebenarnya lebih berkhasiat berbanding nasi itu sendiri. Ini kerana
a. Kajian menunjukkan air nasi beras perang kaya asid coumaric dan asid ferulik. Bahan-bahan ini bertindak sebagai antikanser, antidiabetes dan antioksidan.
b. Bahan berkhasiat ini biasanya hadir dalam bentuk bebas dalam air nasi dan mudah diserap ke dalam darah.
c. Air nasi yang dibuat menggunakan beras perang dan beras berwarna juga didapati lebih tinggi bahan antioksidan berbanding beras putih.
d. Air nasi juga dapat membantu mengatasi masalah angin, sembelit atau cirit birit
e. Selain itu, air nasi dapat menstabilkan suhu badan dan mengelakkan dehidrasi.
g. Air nasi juga membantu menurunkan berat badan
h. Seeloknya diminum bersama madu asli
Selain itu diperkongsian lain, Puan Zaiton Ahmad telah berkongsi di group masakan berkenaan cara penyediaan air dadih dan dalam masa yang sama dapat memasak nasi dengan sempurna.
Masak atas dapur jer..
Rebus air dalam periuk nasi dan lebihkan anggaran 2 mug..
Air sudah mendidih masukkan beras yang sudah di basuh. Biarkan air rebusan menjadi keruh dan mendidih (tak perlu tutup periuk nasi).
Cedok dengan senduk air anggaran lebihan tadi.
Nasi dah kering air baru pelahan api dan tutup tudung periuk. Air didih dapat, nasi pun masak cantik sebiji tau!!