Bila agaknya masa yang sesuai untuk anda menggunakan ujian kehamilan di rumah? Ini panduan untuk bakal ibu bagi memeriksa kehamilan anda.
Sebelum itu jom ikuti dahulu mengapa ujian ini perlu dan bagaimana cara melakukannya.
Apa itu ujian kehamilan?
Ujian kehamilan boleh menentukan sama ada anda mengandung menggunakan sampel urin (air kencing) atau darah untuk hormon tertentu. Hormon ini dipanggil human chorionic gonadotropin (hCG).
Bila hormon hCG dapat dikesan?
Tahap hCG yang tinggi adalah tanda kehamilan. Biasanya hCG akan meningkat dengan cepat dalam tempoh 10 minggu pertama selepas telur disenyawakan menempel pada dinding rahim.
Jadi bila boleh buat urine pregnancy test?
Ujian air kencing untuk kehamilan paling tepat untuk dilakukan selepas satu atau dua minggu anda tidak mengalami kedatangan haid.
Jika dilakukan terlalu awal, keputusan yang diperolehi mungkin negatif walaupun diri anda sebenarnya hamil. Ini kerana badan mungkin belum menghasilkan hCG yang mencukupi untuk dapat dikesan kit kehamilan.
Malah ujian air kencing hormon hCG ini boleh dilakukan sama ada di klinik atau dengan menggunakan kit ujian di rumah.
Ads
Panduan untuk ibu hamil melakukan ujian kehamilan ini di rumah.
1. Masa sesuai lakukan ujian kehamilan
Pregnancy test yang baik biasanya boleh mengesan kehamilan dalam masa tujuh hari selepas terlepas haid.
Pada masa itu badan berkemungkinan telah menghasilkan hCG mencukupi untuk dapat dikesan melalui ujian air kencing. Jika terdapat hCG dalam badan, ia akan terkumpul dalam air kencing semalaman dan memuncak pada waktu pagi. Melakukan ujian selepas bangun pagi membantu untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat.
3. Semak tarikh
Pastikan menyemak tarikh luput kit kehamilan atau anda mungkin akan mendapat hasil kurang tepat.
4. Baca arahan ujian kehamilan
Tidak semua kit kehamilan sama. Jadi walaupun anda mungkin pernah melakukannya sebelum ini, anda tetap perlu membaca arahan sepenuhnya untuk memastikan ia dilakukan dengan betul.
5. Gunakan cawan
Bagi mendapatkan keputusan lebih tepat, ikuti langkah berikut:
Kumpulkan air kencing di dalam cawan plastik kemudian, rendam kit kehamilan di dalamnya mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Ads
6. Ujian susulan
Tidak kira apa keputusan yang diperolehi – positif atau negatif – anda boleh mendapatkan lebih kepastian dengan melakukan ujian perubatan. Ia akan dilakukan oleh doktor atau kakitangan perubatan.
Perkara perlu dielakkan
Berikut pula beberapa perkara yang harus dihindari semasa melakukan ujian air kencing untuk kehamilan di rumah:
1. Minum air terlalu banyak
Anda mungkin akan mendapat hasil negatif palsu jika minum terlalu banyak air sebelum mengambil ujian. Ini kerana tindakan tersebut boleh mencairkan air kencing dan mengakibatkan hCG yang mencukupi sukar dikesan.
2. Tempoh lama melakukan ujian
Terdapat had masa untuk membaca hasil keputusan. Jika anda membacanya di luar tempoh masa yang digariskan seperti dalam arahan, keputusan yang diperolehi menjadi tidak tepat.
Ads
Kebanyakan ujian bukan digital menunjukkan garis sebagai tanda kehadiran hCG dalam air kencing. Satu baris sebagai garis kawalan dan baris kedua petanda kehamilan.
Jika ujian negatif, terdapat kemungkinan anda masih melihat garis penyejatan samar dan tidak berwarna yang muncul semasa air kencing mengering.
Bagi mereka yang tidak biasa dengan garis penyejatan, akan menganggapnya sebagai keputusan positif apabila melihat garisan ini. Jadi elak membiarkan ujian terlalu lama sebelum dibaca. Jika tidak anda mungkin membaca garis penyejatan dan menganggap diri hamil.
Bila anak sudah mula belajar dan menginjak ke alam persekolahan, banyak yang terpaksa anak fokus terutama dalam mengingat pelbagai pelajaran di sekolah.
Selain kismis, kurma dan kekacang, antara makanan yang baik untuk perkembangan otak anak adalah pengambilan saffron. Tak perlu banyak, cukup hanya sehelai dua untuk bekalan dalam air anak ke sekolah.
Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Hanis Athirah Rusli, saffron adalah suplement semulajadi yang mengandungi pelbagai jenis khasiat termasuklah vitamin dan banyak lagi.
Salah satu supplement semulajadi yang bagus untuk otak anak ialah saffron ni.
Kena ada kat rumah, sebagai supplement semulajadi untuk otak anak kita mudah belajar dan cepat ingat sesuatu.
Boleh bagi anak minum 1 cawan, waktu pagi sebelum anak pergi sekolah atau sebelum anak belajar.
Saffron ni ternyata bagus untuk; – Memori anak – Stabilkan mood anak – Bersifat antiradang – Tinggi antioksida
Saffron ni, kita guna sikit je, tapi khasiatnya masyaAllah sangat banyak untuk anak-anak. Antara kandungan vitamin dan mineral dalam saffron;
– Vitamin C – Iron – Magnesium – Vitamin B – Pottasium
Cara minum air saffron. 1. Ambil 3 helai saffron, masukkan dalam 1.5 liter air. 2. Masukkan dalam peti sejuk, atau boleh letak di suhu bilik. 3. Bagi anak minum setiap hari, bila-bila waktu pun boleh, sebelum anak pergi sekolah pun boleh.
Mudah kan. Air ni, akan bertukar jadi warna kuning tau. Air dengan pewarna semulajadi untuk anak.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Pasangan selebriti Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia yang baru beberapa hari pulang dari Tanah Suci Mekah mengerjakan umrah diuji apabila kesemua mereka dimasukkan ke hospital berikutan dijangkiti rotavirus.
Menerusi Instagram, Almy memaklumkan anak bongsunya, Nur Afrina Aisyah terlebih dahulu mengalami muntah dan ciri-birit selama empat hari, sebelum tiga lagi anaknya yang lain turut berdepan masalah sama.
“Tolong doakan kami (anak-anak) cepat sihat. Mula-mula Aisyah muntah dan cirit-birit selama empat hari, kemudian Ayra (Nur Afrina Ayra). Terus mama bawa ke hospital.
“Aunty uncle, semalam mama minta tolong doakan untyk Dak Ayra, Dak aisyah, Dak Aurora kan, petang ni mama minta tolong sangat, tolong doakan anak mama yang sulung pulak baru add on untuk admit join the club adik-adik dalam wad.
“Dan tolong doakan mama dan papa sihat kuat untuk jaga anak-anak dalam wad please @fizzfairuzofficial. Terima kasih semua,” katanya berkongsi.
Pun begitu menurut perkongsian Fizz, keadaan keempat-empat anaknya semakin bertambah baik dan dalam keadaan stabil di bawah pemantauan pihak hospital.
“Ahamdulillah… sekarang anak-anak saya beransur pulih,” katanya berkongsi.
Dalam pada itu, Almy turut berterima kasih kepada pengikutnya di Instagram kerana tidak putus doa untuk mendoakan kesemua anak-anaknya agar kembali sihat.
“Subahanallah syukur padaMu Ya Allah, ramai sayang anak-anak mama. Terima kasih semua kawan-kawan, sahabat mama aunty uncle. Terima kasih doakan anak-anak Almy, hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik semua,” tulisnya lagi.
Semoga kesemuanya semakin bertambah baik dan kembali sihat dan ceria seperti selalu.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.